Biskut Almond London!! Kalau ada yang tak tahu pasal biskut Almond London memang aku tak tahu nak cakap apalah. Biskut Almond London memang antara biskut raya yang paling aku suka sepanjang zaman selain daripada biskut Cornflakes Madu. Oh ya, aku bukannya suka biskut Almond London sebab aku belajar di London tetapi sebab rasanya yang rangup, kacang badam yang mampat dan coklat yang lazat. Pergh!! Dah nak meleleh air liur aku duk bayangkan nie. *muehehehe*
Memandangkan kita berada di bulan Ramadhan dan tak lama lagi (sebenarnya berzaman lagi kut) kita akan sambut Hari Raya Aidilfitri, mesti pelbagai persediaan perlu dibuat kan?! Antaranya ialah membuat biskut raya dan salah satu biskut raya yang utama ialah biskut Almond London. Memandangkan aku amat excited dengan biskut nie, maka aku nak share dengan korang semua resepi biskut Almond London. Mana tahu ada yang nak buatkan biskut Almond London untuk aku kan?! *kuikuikui* Sila rujuk resepi biskut Almond London di bawah yerk :
Bahan & Ramuan Biskut Almond London
250 gram mentega/butter
125 gram gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
50 gram serbuk badam (sediakan kalau nak rasa lagi best)
200 gram tepung jagung
300 gram tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 sudu teh baking powder
200 gram kacang badam (digoreng tanpa minyak)
50 gram badam cincang (untuk hiasan)
+/- 700 gram coklat masakan (budget sendiri yerk)
Resepi Membuat Biskut Almond London
Langkah 1 : Pukul mentega bersama-sama dengan gula sehingga kembang
Langkah 2 : Selepas itu, masukkan telur dan esen vanilla ke dalam adunan tersebut. Adunan itu dipukul lagi. Kemudian, masukkan serbuk badam.
Langkah 3 : Dengan menggunakan bekas lain : ayak tepung jagung, tepung beras, baking powder dan tepung jagung. Selepas itu, masukkan adunan di langkah dua (telur+esen vanilla+serbuk badam) ke dalam adunan tepung nie sedikit demi sedikit sambil gaul.
Langkah 4 : Teruskan gaul sehingga menjadi doh. Bentukkan doh tersebut dalam bentuk bulat-bulat kecil ataupun lonjong. Masukkan kacang di dalamnya ataupun di tengah-tengahnya.
Langkah 5 : Letakkan doh-doh kecil itu diatas dulang pembakar yg telah dilenserkan dengan sedikit mentega. Ini bagi memastikan doh Almond London tu tak melekat di atas dulang pembakar nanti.
Langkah 6 : Bakar pada suhu 200'c.d selama 20 minit.
Langkah 7 : Cairkan coklat masakan dengan kaedah "double-boil" . Masukkan biskut Almond London yang telah dibakar tadi ke dalam mangkuk kertas. Tuangkan ataupun celupkan dengan coklat masakan. Taburkan sedikit badam cincang sebagai hiasan ataupun penyeri.
Langkah 8 : Biarkan ia kering seketika. Sekarang biskut Almond London dan siap untuk dimakan ataupun disimpan.
Jadi, itulah resepi biskut Almond London. Tapi entah bila nak buat sendiri, aku pun tak tahulah. Maybe aku akan minta tolong Cik Asliza Ahmad untuk buatkan biskut Almond London sempena raya tahun nie tapi aku lebih suka kalau dia buatkan biskut Cornflakes Madu. Oh ya, kepada rakan pembaca : anyone yang tahu resepi ataupun biskut raya lain (yang mungkin lagi best daripada biskut Almond London), bolehlah untuk share resepi ataupun nama biskut yerk. *wink2!!*
*Tahun lepas aku bawak bekal biskut Almond London ke UK : tahun nie?!!*
[Semalam aku keluar Harian Metro lagi tapi gambar yang sama macam di Berita Harian tu]




18 comments:
me tak suka sgt almond london tu...tp cornflake madu tu my no 1 fav!!!
almond london tu mmg favourite my doters...insyaallah tahun nie nak buat lagik biskut almond london nie..
suka cornflakes madu.. almond london pun suka.. senang cite semua2 sy suka.. hehehe.. (^__^)
best la org tu kuar paper...
biskut almond london memang sedap sgt..tak sempat raya dh habis cepat..feberet akak gn anak2..biskut cornflakes madu pn sedap tp manis sgt kut, kurang la sikit...tak sangka Long suka almond london jugak ye..hehe
feveret jugak.. tp xpernah buat.. selalu beli ajer.. sbb buat dia leceh sikit..
sapa xsuke almond london..fav no.1 malaysia..pekata kita tukar kpd almond malaysia..huu..baru je beli semalam...dah nak abs kena serbu kat anak
setiap thn sy akan buat biskut cornflake madu... tp x sampai raya ke2 dah abis smua adik beradik makan.. :)huhu
kat london takde plak biskut ni kan..pelik ...hehe
salam.. terima kasih bagi resipi :)
sgt menyukai almond london
makan mmg suka..
honey cornflakes ...ade persamaan disitu
adeh,manis ranggup..rasa bijan
Suka cornflakes madu. Kalau dapat, memang tak merasa kat orang lain :-)
uhhh..suka sangat almond london ni...
Salam Long,
Alhamdulillah atas resepi tu. Bolehlah cuba pula selepas ni nanti.
Akak rasa ramai yang memang sukakan kuih 'cum' biskut raya ni, termasuklah diri akak dan keluarga. Tapi ada satu insiden yang tak boleh dilupakan tentang kuih ini...
Adalah seorang hamba Allah ni yang menjual kuih / biskut ini. Siap bawa sample lebih untuk pelanggannya rasa. Memang sedap! Tapi bila pesanan sampai di dalamnya tiada 'almond', yang ada hanya kacang tanah biasa... sedih... Pula tu, tak sampai hati nak beritahu sbb orang yang jual tu merupakan saudara antara teman rapat akak juga...
Terkilan juga kalau ada yang niat menipu dalam berniaga...
long tq sbb bg resepi almond london, kak nak resepi yg long shere tu untk buat biskut raya thn nie :) hehe
ASsalammualaikumWarohmatullah ...
Saya amat minat "Almond London" tetapi bila sudah berada di negara Orang, amat susah jumpa ..
Hanya beli pada Girl Friends yang membuat perkhidmatan menjual kuih raya sempena hari raya di perantauan ..
Apapun InsyaAllah post ini menarik dan saya akan postkan di laman blog saya ..
ASsalammualaikumWarohmatullah ...
Almond London akan rasa sedap dan
sentiasa nak makan lagi jika kita berada di luar negara terutama London!! ..Seriously ..x tipu ..
Prof.Asyrof rasa nak cuba buat la masa bulan ramadhan yang tak lama da nie ...untuk Aidilfitri di luar negara nie ..
Jangan Lupa baca entri terbaru Prof. Asyrof ..
http://asyrof-asri-studio.blogspot.com/2012/07/rakan-blogger-malaysia-di-luar-negara.html
Post a Comment