My Followers Who Follow My Blog

Saturday, October 30, 2010

Bersama Pelakon Hindustan & Komen Filem Hindustan

Sedar tak sedar dah sebulan aku kembali ke London dan rutin study aku di LSE kembali seperti sediakala. Jadual yang makin pack di second year sedikit sebanyak menghalang aku daripada mengupdate blog dengan lebih kerap. Sekiranya ada yang tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya bila entri baru akan dipaparkan : memang aku pohon seribu kemaafan. Assignments memang tak putus-putus dan makin bertimbun-timbun dari hari ke hari sehinggakan ada yang tak mampu nak handle. TT___TT


review filem hindustan terbaik>Aku bergambar dengan Shah Rukh Khan : Jangan jeles korang semua<


Sekarang memang banyak isu hangat di Malaysia. Antaranya pasal isu sesetengah golongan yang tak berpuas hati dengan budget 2011, ada isu tentang Islamic Fashion Show dan isu yang paling hangat tentulah mengenai pembinaan Menara Warisan Merdeka yang setinggi 100 tingkat di bawah kelolaan sepenuhnya PNB. Terus terang aku cakap yang niat di hati memang nak tulis pasal isu itu tapi risau jugak aku kalau blog aku kena boikot nanti : mana tahu ramai yang tak setuju denga pendapat aku kan?! Ahakz!! Papepon, ikhlas daripada sudut hati aku memang aku agak bersetuju dengan pembinaan Menara Warisan Merdeka itu kerana inilah kali pertama sebuah syarikat yang dibawah pentadbiran BOD Melayu berani untuk membuat projek sebesar itu. Bangga aku sekejap!! *full stop bab itu*


review filem hindustan terbaik>Sempat jugak untuk bergambar dengan legend Amitabh Bachan<


review filem hindustan terbaik>Mohabbatein : filem Hindustan yang paling paling aku suka<


Siapa kat sini memang suka layan cerita Hindustan?! Seriously semasa aku di usia menengah rendah dulu, aku memang agak kuat melayan cerita Hindustan nie. Kalau boleh, setiap hari Sabtu jam 2.00 petang mesti aku akan terpacak di depan TV3. Aku sendiri pun tak faham kenapa aku suka sangat layan Hindustan. Kalau nak cakap cerita best, boleh jadi panjang berjela-jela sampai 2-3 jam. Kalau nak sebut tentang kelogikan cerita Hindustan, memang dah confirm out awal-awallah. Setiap kali hero lawan, mesti hero akan menang. Pastu kalau menyanyi tu, tak sah kalau tak ubah tempat dan pakaian 3-4 kali. Padahal lagu dalam 5 minit jer pon. -_-"


review filem hindustan terbaik>Sedang cuba tiru gaya Aishwarya Rai tapi tak menjadi la pulak<


review filem hindustan terbaik
>Sebuah movie yang memang bagus, memang best dan lakonan SRK thumbs up!!<


Papepon, aku perasan yang Hindustan di zaman aku sekolah menengah memang jauh berbeza dengan cerita Hindustan di zaman sekarang. Kalau dulu, filem-filem seperti Mohabbatein, Kuch Kuch Hota Hei dan Maan memang betul-betul menusuk kalbu tapi kalau filem Hindustan zaman sekarang seolah-olah terlampau mengikut gaya filem Hollywood sehingga hilang keoriginalan Hindustan. Pastu, pelakon filem Hindustan sekarang pun memang seksi maut gitu sehinggakan aku rasa mual nak tengok lama-lama. Makin kurang pahala aku jadinya. *kehkehkeh*


review filem hindustan terbaik>Lama tak dengan kisah Salman Khan tapi aku sempat bergambar jugak<


review filem hindustan terbaik>Ada banyak pengajaran daripada movie nie : tawa dalam tangisan<


Namun, dalam dua minggu lepas, aku sempat untuk melayan dua movie Hindustan yang aku bagi rating “Terbaik” dan mengimbau zaman-zaman kegemilangan cerita Hindustan dulu. Dua movie tersebut ialah 3 Idiots dan My Name is Khan. Kedua-dua cerita nie memang ada asas kelogikan dan tidak terlalu terikut-ikut gaya filem barat. Lakonan Shah Rukh Khan dan Amiir Khan memang terbaik dan aku memang salute kedua-dua mereka. Lagu-lagu dalam kedua-dua movie ini memang best kalau dilayan. Secara tak langsung semangat aku untuk melayan movie Hindustan membuak-buak kembali. Kalau korang ada cadangan movie Hindustan yang best, bolehlah untuk rekemenkan kepada aku yerk. Tapi kalau boleh janganlah yang sedih-sedih. Mahal nak beli tisu nak buat lap air mata nanti. Ngeh3!!


*Badan berbau ayam sebab sibuk cuci ayam untuk dijadikan makanan 160 orang besok*
[3 course works due next week : semuanya bertulis dan semuanya panjang-panjang]
    Related Posts with Thumbnails