My Followers Who Follow My Blog

Saturday, October 30, 2010

Bersama Pelakon Hindustan & Komen Filem Hindustan

Sedar tak sedar dah sebulan aku kembali ke London dan rutin study aku di LSE kembali seperti sediakala. Jadual yang makin pack di second year sedikit sebanyak menghalang aku daripada mengupdate blog dengan lebih kerap. Sekiranya ada yang tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya bila entri baru akan dipaparkan : memang aku pohon seribu kemaafan. Assignments memang tak putus-putus dan makin bertimbun-timbun dari hari ke hari sehinggakan ada yang tak mampu nak handle. TT___TT


review filem hindustan terbaik>Aku bergambar dengan Shah Rukh Khan : Jangan jeles korang semua<


Sekarang memang banyak isu hangat di Malaysia. Antaranya pasal isu sesetengah golongan yang tak berpuas hati dengan budget 2011, ada isu tentang Islamic Fashion Show dan isu yang paling hangat tentulah mengenai pembinaan Menara Warisan Merdeka yang setinggi 100 tingkat di bawah kelolaan sepenuhnya PNB. Terus terang aku cakap yang niat di hati memang nak tulis pasal isu itu tapi risau jugak aku kalau blog aku kena boikot nanti : mana tahu ramai yang tak setuju denga pendapat aku kan?! Ahakz!! Papepon, ikhlas daripada sudut hati aku memang aku agak bersetuju dengan pembinaan Menara Warisan Merdeka itu kerana inilah kali pertama sebuah syarikat yang dibawah pentadbiran BOD Melayu berani untuk membuat projek sebesar itu. Bangga aku sekejap!! *full stop bab itu*


review filem hindustan terbaik>Sempat jugak untuk bergambar dengan legend Amitabh Bachan<


review filem hindustan terbaik>Mohabbatein : filem Hindustan yang paling paling aku suka<


Siapa kat sini memang suka layan cerita Hindustan?! Seriously semasa aku di usia menengah rendah dulu, aku memang agak kuat melayan cerita Hindustan nie. Kalau boleh, setiap hari Sabtu jam 2.00 petang mesti aku akan terpacak di depan TV3. Aku sendiri pun tak faham kenapa aku suka sangat layan Hindustan. Kalau nak cakap cerita best, boleh jadi panjang berjela-jela sampai 2-3 jam. Kalau nak sebut tentang kelogikan cerita Hindustan, memang dah confirm out awal-awallah. Setiap kali hero lawan, mesti hero akan menang. Pastu kalau menyanyi tu, tak sah kalau tak ubah tempat dan pakaian 3-4 kali. Padahal lagu dalam 5 minit jer pon. -_-"


review filem hindustan terbaik>Sedang cuba tiru gaya Aishwarya Rai tapi tak menjadi la pulak<


review filem hindustan terbaik
>Sebuah movie yang memang bagus, memang best dan lakonan SRK thumbs up!!<


Papepon, aku perasan yang Hindustan di zaman aku sekolah menengah memang jauh berbeza dengan cerita Hindustan di zaman sekarang. Kalau dulu, filem-filem seperti Mohabbatein, Kuch Kuch Hota Hei dan Maan memang betul-betul menusuk kalbu tapi kalau filem Hindustan zaman sekarang seolah-olah terlampau mengikut gaya filem Hollywood sehingga hilang keoriginalan Hindustan. Pastu, pelakon filem Hindustan sekarang pun memang seksi maut gitu sehinggakan aku rasa mual nak tengok lama-lama. Makin kurang pahala aku jadinya. *kehkehkeh*


review filem hindustan terbaik>Lama tak dengan kisah Salman Khan tapi aku sempat bergambar jugak<


review filem hindustan terbaik>Ada banyak pengajaran daripada movie nie : tawa dalam tangisan<


Namun, dalam dua minggu lepas, aku sempat untuk melayan dua movie Hindustan yang aku bagi rating “Terbaik” dan mengimbau zaman-zaman kegemilangan cerita Hindustan dulu. Dua movie tersebut ialah 3 Idiots dan My Name is Khan. Kedua-dua cerita nie memang ada asas kelogikan dan tidak terlalu terikut-ikut gaya filem barat. Lakonan Shah Rukh Khan dan Amiir Khan memang terbaik dan aku memang salute kedua-dua mereka. Lagu-lagu dalam kedua-dua movie ini memang best kalau dilayan. Secara tak langsung semangat aku untuk melayan movie Hindustan membuak-buak kembali. Kalau korang ada cadangan movie Hindustan yang best, bolehlah untuk rekemenkan kepada aku yerk. Tapi kalau boleh janganlah yang sedih-sedih. Mahal nak beli tisu nak buat lap air mata nanti. Ngeh3!!


*Badan berbau ayam sebab sibuk cuci ayam untuk dijadikan makanan 160 orang besok*
[3 course works due next week : semuanya bertulis dan semuanya panjang-panjang]

35 comments:

ana ayesha said...

tak berpeluang nak tgk criter hindustan abg hafiz control tv

ikram said...

bestnya entry ni :) info dan cerita hidup :) sangat menarik :)

Atiqah said...

try tgk Don lak..lakonan shah rukh khan jgk..wat kat malaysia..haha
Dhoom pon best..psl seksi no comment la kn..tp suka la tgk bollywood nye film de skt twist dr normal jln cite yg asyik cite psl cinta je memanjang..try ar tgk dua filem ni..Dhoom 1 & 2, Don..best..bg 4.5/5 bntg..kurg 0.5 sbb seksi maut sgt..haha.

Aliesha Kirana said...

try layan citer Vivah... mmg sopan giler..hehe..... citer yg xmcm citer bollywood skrg.. sopan sgt3! heeheh~

recommended! 5/5 bintang..hehe

Amira is mira said...

seronok dpt gmbr dgn diorg.wlaupun hanyA patung!

Abu Uwais said...

rasanya kat atas 2 semua patung lilin

aried said...

my name is khan mmg bgus bro.....huhuhu

kruniza said...

try tgk om shanti om, srk juge yg berlakon, confirm sedih

Anonymous said...

kat madame tussaud je pun...hehe
nak masuk ctu lagilah...

Mel said...

yeah! sy pun suka my name is khan. :D Dulu masa muda2 Papa sy pun pernah pergi madame tussaud. cool betul. sy ni entah bila. heh. XP

Anonymous said...

3idiots the best..hahaha..puas ati kalau tengok...

Post Terhangat...


Kerana Kamu Pengikutku...

Aida Azryn said...

lama xlayan hindustan~ XD

Anonymous said...

besh2!
suke mohabbatein!

dya adriza said...

Wey tingginya diorang!! Tu betul ke Asywarya Rai?!! Nape cam lain je muka?

Wey tinggi tol la diorang..

Puteri Iqa Izyan said...

keh3.. patung lilin :P

zaimah said...

3 idiots memang best!!

sweetsal said...

pernah tgk lakonan live dr SRK depan mata dkt klcc, citer One Two Ka Four, hensem siot dia, tp citer paling best dr SRK ialah Kal Ho Naa Ho, paling best..tak caya jom tengok..hehe

ruby zaizi said...

haha..nice gmbr2 tu

Anonymous said...

muzium lilin Madame Tussauds ker bro??



muzium lilin Madame Tussauds

Cik Azz said...

Tengok la cite Raaz... citer ala2 seram sikit... tapi besttt... lagupun sedap2... heropun mantop... apa lagi heroin dia.. hehehe...

Unknown said...

ahh...jeles...jeles...

Anonymous said...

mereka itu sangat real. ;)

Berto said...

malikha serawat mana??

Perjalanan Tanpa Noktah said...

kuch kuch ho ta hai, dil to pagal hai...best

Nasir said...

hidung mancung sahrukh khan xleh nak challenge la noo....hahaha :)..tapi bro ada iras2 gak la..ngan org aryan hindustan tue:)
Ahad Yg Indah

Jejaka Terhangat said...

kahkah..patung lilin..

ramai yg bila ditanya ckp tak minat hindusetan..hipokrit btol..tp bila lagu hindusetan, siap hapal lg tu..ahaks..

Mun said...

ahakkss..layan hindustan gak dia nie erk...haha.. best3 tgok citer idiot..mmg klakar..dan ada mesej dlm citer...

ghost said...

my name is phan im not terrorist...
citer sal khan(shah rukh Khan)paling meletop sampai kat london owank dok sebut nama dia.Dulu layan gak tapi dah beralih pada citer tamil.

nurul rasya said...

macam bergambar ngan patung lilin je.
tapi merasa jugak bermesra dengan pelakon bollywood kn

Salwa said...

wa..tgkp gambar dengan diorang..salman khan posing maut.ke patung lilin ni.(susah nak percaya)hehe.

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

hahaha.
kelakar. bajet jumpe pelakon hindustan btol2 laaa? hahaha :P

suke gile 3 idiots tuuu!
eeeee :D

akuzle ayu said...

owh! filem2 yg dik sebut tuh sme mmg kak minat sgt2... 10 kali tgk, 10 kali 'belenjo'... lelagu pon 100% besh... my name is khan lom tgk... 3 idiots, cara depa sebut 'all is vell' tuh mmg ori sgt2....eheheheheh

khairyahya23 said...

tengah mencari tajuk filem lama zaman2 bobby lau xsilap yg ada scene sorg budak kaki tempang menyanyikan lagu sedih di parti hari jadi dye....ada siapa2 tahu tajuk filem tu x?? puas cari tp xde sorg pun tahu.. yg pasti bukan akele hum akle tum, sebab tu cter terbaek sy da tngok bnyak kali, amir khan is my idOl lerr...hahaha yg terbaru ni pun best gak filem amir khan tajuk "Like Star One Earth",superb story.....haaa berbalik pada pencarian saya td, ada siapa2 yang tahu x filem pe yg sy sedang cari sebenarnye??? hurmmm

Anonymous said...

3 idiots mmg best gilerrr

Anonymous said...

3 idiots adalah adaptasi dari filem Tamil. Filem Tamil hari ini 90 peratus menarik daripada filem Hindustan hari ini yang terlampau kebaratan sampai hilang pengisisan cerita malah lebih menjurus ke agenda seksi seks dan sebagainya.

Filem terbaru paling menarik hasil buah tangan terakhir pengarah tersohor, mendian Yash Chopra, Jab Tak Hai....

    Related Posts with Thumbnails