Untuk pengetahuan semua, aku sudahpun mendelete entri yang bersusah payah aku taip semalam. Ini adalah disebabkan dua punca utama. Punca yang pertama ialah kerana panjang entri itu yang melampau-lafmpau dan berduyung-duyung yang menjadikannya tidak menarik untuk dibaca. Selain itu, sebab kedua ialah kerana aku tidak sewajarnya membawa kesusahan peribadi ke blog umum ini. Jadi, sesiapa yang sudah baca, korang memang peka dan bernasib baik. Bagi sesiapa yang belum baca, korang memang bagus sebab takyah baca entri mengarut dan meluat aku semalam!! ^_^
Aku percaya yang ramai antara pembaca blog aku ini berada di dalam demam peperiksaan. Sekiranya bukan korang sendiri yang nak exam : mungkin anak korang, mungkin parents korang dan juga mungkin sesiapa sahaja yang berada di sekeliling korang semua. Kadang-kadang bila kita terlalu fokus sangat study dan bila tak dapat apa yang kita hajatkan, kita akan menjadi amat "down" dan rasa diri ini amat teruk. Kadang-kadang bila kita buat latihan dan masih tak dapat jawapan walaupun berkali-kali try, kita terus mencarut ataupun terus give up dengan relanya. Sesetengah orang ada cara dan tips sendiri untuk naikkan semangat balik. Up to you tetapi yang penting, fokus kepada tujuan kita itu!!
Kita sebagai manusia tidak boleh hanya bersendirian di dalam hidup ini. Kita perlukan rakan-rakan untuk support kita. Bila korang tengok member-member korang down ataupun macam give up, bagi support kat diorang supaya terus untuk berusaha. Bercakap pasal down dan give up nie, aku selalu gak macam itu bila apa yang aku nak usahakan tak dapat. Tak pun bila study payah sangat dan stress melebih-lebih. Aku ada kengkawan dan ramai lagi individu di sekeliling aku untuk terus support aku. Aku percaya korang pun macam tu kan?! Selain itu, aku juga rasa ada antara korang yang bila dah dengar lagu yang korang suka ataupun tengok movie yang inspired, terus korang jadi semangat kan?! Begitu juga dengan aku. Sebenarnya, aku ada satu video yang selalu menjadi sumber inspirasi aku dan ini yang aku akan kongsikan dengan semua yerk~!!
Video yang aku kongsikan ini adalah hasil ciptaan member aku, Sadiq Shafiq yang sekarang sedang belajar di US. Video ini adalah kompilasi gambar-gambar kami dan member-member kami semasa di KTJ dahulu. Oh ya, KTJ ialah tempat aku buat persediaan A Level sebelum fly. Memandangkan di KTJ tak ramai melayu yang pure melayu, maka hubungan kami antara geng melayu kami terutamanya memang amat kuat. Once kitorang semua dah fly ke negara masing-masing, terasa "rindu" itu. Jadi, Sadiq nie pun buatlah video ini. Dia nyanyi dan main gitar sendiri untuk background music. Tiap kali aku rasa down ataupun macam stress, aku layan video ini sebab aku tahu yang aku kena terus keep it up for everyone. So, layanlah video di bawah ini dan nyanyi bersama-sama~!!
Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...
Mungkin satu entri yang amat ringkas dan pendek tetapi sesungguhnya amat bermakna untuk diri aku sebenarnya. Lagu "Kau Ilhamku" memang antara lagu favret aku sepanjang zaman yang aku memang dah boleh hafal lirik dia. Ada member aku yang menangis tengok video ini sebab kitorang semua memang rapat semasa di zaman KTJ : yakni zaman semasa kitorang semua buat persediaan untuk ke luar negara. Lebih-lebih lagi ada member kitorang yang tak bernasib baik dan tak dapat fly. Kalau korang rasa down ataupun give up, korang cuba untuk cari apa-apa yang boleh memberi korang semangat dan inspirasi untuk terus bangun dan berjuang. Sesungguhnya, korang bukan berseorangan!!
>Aku dan antara geng-geng pure melayu di KTJ<
Sebelum aku menutup entri ini, ada tiga soalan yang ingin aku utarakan yerk. Aku harap korang semua mampu untuk menjawab di bahagian komen sebab aku memerlukan feedback daripada korang semua. Ini soalannya :-
- Selain daripada kisah aku di London, apa yang korang mahu aku ceritakan pasal peribadi aku yang ingin korang tahu?!
- Aku bercadang untuk menulis entri mengenai kisah aku semasa di Kolej Tuanku Jaafar (KTJ) yakni semasa zaman aku di A Level dahulu. KTJ tu boleh diconsider sebagai mini-UK. Setuju ataupun tidak?!
- Blog aku nie lambat tak loading?!
Last but not least, di sini aku ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Exam dan All The Best kepada semua insan yang mengambil exam : tak kira A Level, IB, Degree, SPM, PMR, Trial, Ujian Bulanan, Ujian JPJ, Ujian Kesihatan, Interview, Ujian Air Kencing dan apa-apa sahaja. Korang perlu setkan di pemikiran korang yang kita study dan berusaha adalah untuk mendapat keredhaan Allah dan bukannya untuk mengejar duniawi. Pesanan untuk diri aku sendiri jua~ -_-"
*Rindu pula zaman di KTJ : Study dan lepak ramai-ramai*
[For the first time ever : Aku menulis satu entri motivasi yang diharapkan berguna]



