Untuk pengetahuan semua, aku sudahpun mendelete entri yang bersusah payah aku taip semalam. Ini adalah disebabkan dua punca utama. Punca yang pertama ialah kerana panjang entri itu yang melampau-lafmpau dan berduyung-duyung yang menjadikannya tidak menarik untuk dibaca. Selain itu, sebab kedua ialah kerana aku tidak sewajarnya membawa kesusahan peribadi ke blog umum ini. Jadi, sesiapa yang sudah baca, korang memang peka dan bernasib baik. Bagi sesiapa yang belum baca, korang memang bagus sebab takyah baca entri mengarut dan meluat aku semalam!! ^_^
Aku percaya yang ramai antara pembaca blog aku ini berada di dalam demam peperiksaan. Sekiranya bukan korang sendiri yang nak exam : mungkin anak korang, mungkin parents korang dan juga mungkin sesiapa sahaja yang berada di sekeliling korang semua. Kadang-kadang bila kita terlalu fokus sangat study dan bila tak dapat apa yang kita hajatkan, kita akan menjadi amat "down" dan rasa diri ini amat teruk. Kadang-kadang bila kita buat latihan dan masih tak dapat jawapan walaupun berkali-kali try, kita terus mencarut ataupun terus give up dengan relanya. Sesetengah orang ada cara dan tips sendiri untuk naikkan semangat balik. Up to you tetapi yang penting, fokus kepada tujuan kita itu!!
Kita sebagai manusia tidak boleh hanya bersendirian di dalam hidup ini. Kita perlukan rakan-rakan untuk support kita. Bila korang tengok member-member korang down ataupun macam give up, bagi support kat diorang supaya terus untuk berusaha. Bercakap pasal down dan give up nie, aku selalu gak macam itu bila apa yang aku nak usahakan tak dapat. Tak pun bila study payah sangat dan stress melebih-lebih. Aku ada kengkawan dan ramai lagi individu di sekeliling aku untuk terus support aku. Aku percaya korang pun macam tu kan?! Selain itu, aku juga rasa ada antara korang yang bila dah dengar lagu yang korang suka ataupun tengok movie yang inspired, terus korang jadi semangat kan?! Begitu juga dengan aku. Sebenarnya, aku ada satu video yang selalu menjadi sumber inspirasi aku dan ini yang aku akan kongsikan dengan semua yerk~!!
Video yang aku kongsikan ini adalah hasil ciptaan member aku, Sadiq Shafiq yang sekarang sedang belajar di US. Video ini adalah kompilasi gambar-gambar kami dan member-member kami semasa di KTJ dahulu. Oh ya, KTJ ialah tempat aku buat persediaan A Level sebelum fly. Memandangkan di KTJ tak ramai melayu yang pure melayu, maka hubungan kami antara geng melayu kami terutamanya memang amat kuat. Once kitorang semua dah fly ke negara masing-masing, terasa "rindu" itu. Jadi, Sadiq nie pun buatlah video ini. Dia nyanyi dan main gitar sendiri untuk background music. Tiap kali aku rasa down ataupun macam stress, aku layan video ini sebab aku tahu yang aku kena terus keep it up for everyone. So, layanlah video di bawah ini dan nyanyi bersama-sama~!!
Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...
Mungkin satu entri yang amat ringkas dan pendek tetapi sesungguhnya amat bermakna untuk diri aku sebenarnya. Lagu "Kau Ilhamku" memang antara lagu favret aku sepanjang zaman yang aku memang dah boleh hafal lirik dia. Ada member aku yang menangis tengok video ini sebab kitorang semua memang rapat semasa di zaman KTJ : yakni zaman semasa kitorang semua buat persediaan untuk ke luar negara. Lebih-lebih lagi ada member kitorang yang tak bernasib baik dan tak dapat fly. Kalau korang rasa down ataupun give up, korang cuba untuk cari apa-apa yang boleh memberi korang semangat dan inspirasi untuk terus bangun dan berjuang. Sesungguhnya, korang bukan berseorangan!!
>Aku dan antara geng-geng pure melayu di KTJ<
Sebelum aku menutup entri ini, ada tiga soalan yang ingin aku utarakan yerk. Aku harap korang semua mampu untuk menjawab di bahagian komen sebab aku memerlukan feedback daripada korang semua. Ini soalannya :-
- Selain daripada kisah aku di London, apa yang korang mahu aku ceritakan pasal peribadi aku yang ingin korang tahu?!
- Aku bercadang untuk menulis entri mengenai kisah aku semasa di Kolej Tuanku Jaafar (KTJ) yakni semasa zaman aku di A Level dahulu. KTJ tu boleh diconsider sebagai mini-UK. Setuju ataupun tidak?!
- Blog aku nie lambat tak loading?!
Last but not least, di sini aku ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Exam dan All The Best kepada semua insan yang mengambil exam : tak kira A Level, IB, Degree, SPM, PMR, Trial, Ujian Bulanan, Ujian JPJ, Ujian Kesihatan, Interview, Ujian Air Kencing dan apa-apa sahaja. Korang perlu setkan di pemikiran korang yang kita study dan berusaha adalah untuk mendapat keredhaan Allah dan bukannya untuk mengejar duniawi. Pesanan untuk diri aku sendiri jua~ -_-"
*Rindu pula zaman di KTJ : Study dan lepak ramai-ramai*
[For the first time ever : Aku menulis satu entri motivasi yang diharapkan berguna]




30 comments:
x lambat loading =)
ktj...
[ernah bermusuh dengan skolah tu
hehehe
zaman skolh adalah zaman yg best untuk dikenang!!
aku sempat baca entry semalam...heee..
salam...
jwab soklan.
1.post je sesuatu yg menarik..
2.ok je...
3. x lambat loading tp, susa nk scroll..apekate limitkan 1 page= 1 or 2 entries je?
1 - ala, ko cerita je pasal kisah peribadi ko apa2 yang ko rasa menarik, blog ko ni, dah mmg personal blog kan..ko nak cerita pasal inter menang siot semalam, barca kene belasah...pon boleh gak.. hkahakhakhak...
2- post je..
3- x ah..gambar pon cepat je loading, wpun intenet aku macam siput..
suara penyanyi 2 slow sangat la...
suara penyanyi 2 slow sangat la...
rindu mmbr sekolah ku gak..huhu
hafiz, teringat kak cabai masa jadi student dulu bila tengok video tu... best kan jadi student..
huhu..bila dgr lagu ni..tingat lu masa kat hostel..ada org nk kua..then kami nyanyi ramai2 aw..
huhu..mmg kuat ar..lastly,warden kua..
marah..hehehehe..sume pakat cabut masuk dewan makan..
salam...nice video...mmg touching sgt la...tetiba akan pun rasa sedik dik...bila di kenang zaman p'sekolahan (tadika,sek ren,sek men & kat U) mmg terasa rindu kat kawan2..dan segala kenangan time tu...
m'jwb soalan...
1-x kisah la apa cerita pun..akak sudi m'baca :)
2-setujuuuuuu..apa slhnyer share kenangan tu..
3- x pun..ok jer...
i love guitar! ^^
kalau aku g london agak2 ko bole bwk aku jln2 tak?haha
weee 1st time komen...salu bace jerr...weee..nk jwb soklan..weeeeee
1. crite la kisah2 kelakar yg penah blaku mase stdy kt london...weee
2. ehh kolej KTJ yang dekat n9 tu ke???? waa citerr laaa....
3. belog ni x la slow loding nyerr... stakat ini msih oke...
wah dr kolej dulu...cm ne erk dpt twaran ble g london tu..nak jgk jd mcm bro..hehe
erm blog ni xla load lama sgt..cuma berokband ni lem sikit...^_^
betul tu, sebagai manusia kita tak boleh bersendirian.. kita kne sntiasa support kawan2.. masa exam mggu lps pn ada mmber akak yg dh give up sgt, tpi dia duk jauh sbb dia part time.. so, akak kol n msg2 ngan dia.. akhirnya dia cool blk.... itulah pntgnya kawan2 kan..
jawapan kpd soklan Long tu:
1 - pasal keluarga?? tpi rasanya dh ada dlu kan.. hehee..
2 - setuju jer.. sharing is caring.. :)
3 - loading ok jer..
p/s: lagu kau ilhamku mmg sebuah lagu yg penuh bermakna.. itu jge lah lagu yg akak gnekan wat video tuk kawan2.. kerana mereka smue adalah ilhamku.. :)
jangan stres2 bro... jangan down gak...
x lambat loading..cuma slalu bau kedai...=p
inche long..ko padam entry pasal duit tu ke???bia je la..da la aku drop komen kat ctu selepas berabad rsnya x komen kt blog ni..
pendam sndr bila down part yg plg sush..bila xd spe nak share..rs mcm sorg2 je..tp Dia sentiasa ada utk kita~~
jwb soaln ko
1. post je la pape..bc pny..sharing is caring maa~~
2. setuju !!!!!
3. ntah pe mslhnya..blog ko lmbt loading..tp dulu kot..hahha skang mcm x..
hahahaah..lagu kenangan...i love this song too....
aku xsmpat pon bace entri semalam???kisah hape?apesal delete...tulis jela pasal ape2 pon,asal ko bahagia...
cpt je kot loading :D
kalu dikenang zman muda2 dulu time stdy kat scool n matrik mmg xabis.. byk buat keja jhat gak..eh bukan, nakal je..
lepak sama2, stdy sm2 tmbh2 nk dkt exam, punyer la baik ckgu math bg exercise .. jenuh kira smp kalkulator kena tukar bater baru..
rndu nk g scool lama ni....... jum kenang blk zmn tu hee. sayang lah kat ckgu2 :)
stylo ah main gitar :D
suara OK!
LONG AK JADI SEDEY BACE ENTRI NI............................
TP AK SUKE POST NI..
kama... sampai hati ko..
nadirasb
@si hitam maness:yerker?bguslah kalo cmtu gk..hehe..thumbs up!!
@joe:naper ko musuh ngn skolah aku?hehehe..rgby?
@kerak nasi:diam2 sudh..wat2 xtau yerk..ahakz
@saheh:kalo 1-2 rentri sajer xbest la..huk2..ak letak 3 entri jer nie..
@rossoneri:yerker?itu berita yg mnggembirakan..hahahahaha
@lepat:bgusla kalo cmtu gk..nk try improve lgi nie..otw..otw..
@ridzuan:tu mmg sy stuju lah..leh jer nekkan volume anda..hehe
@mr bang:zaman aner tu bro?heheh
@kak cabai:time awal taun mmg best tp kalo time dkt2 exam tu,mmg xbest la..
@bieyra:mesti ada yg menangis masa nyanyi lagu tu kan?
@ismaliana:trimas2..hehehe..komen anda amt sy stju..eh,sedih?jangan nangis dahla..
@macy:ahakz..i love makan..
@mario:bleh ngn syarat ko xdtg wktu ak busy cm skrg nie..hehe..then, prblnjaan sndri tnggung..
@key-one:yerp2..ktj tu kt n9..tpt skali..tau eh?
@budak skema:hehe..nnti aku cter n story..tp agk pnjg prjlnn tu..
@haida hida:betul2.rentak dan lirik lagu ini memang benar2 mendalam..
@ashrafi:aku stabil lagi sekarang nie..haha
@fara aina:smlm sbnrnya nk kasi bau kedai lagi tp xperla..tngguh dlu..
@shafie:lagu jiwang sih..
@greenrose:yerker?mungkin dlu brtimbun2 widget..skrg xderdh..kurg..
@jaa:hehe..per yg aku tulis smlm tu biarlah rhsia..mner leh ckp kuat2..
@rain:pergh..sampai kena tukr bateri?melam[pau2 study tu yerk..haha
@ked:itu dia kritikan drpd juri kt minggunie..hehe
@kama dan nadira:untuk korang..jangan sedih2 yerk..
1. Peribadi... details semua buat satu page senang nak baca.
2. Ya berminat nak tahu cerita KTJ dari A-Z.
3. Blog u tak lambat malah lebih baik cepat dan pantas, lagipun bergantung pada kepantasan internet yang digunakan.
4. ada ker soalan keempat. cuma aku nak tambah sikit, aku minat blog kau ini sebab aku nak tahu sebagai seorang perantau @ pelajar kat luar negara, perasaan kau luaran dan dalaman dalam meniti hari2 yang jauh dari kampung halaman kerana itu aku follow blog kau ini. aku suka semua entri yang kau buat sebab itu mencerminkan emosi kita ini tidak stabil setiap masa apatah lagi bila kita dalam keadaan stress@down. aku tetap sokong blog kau ini. itu dulu lah.
@cermin:terima kasih atas komen yg amat bernas..rasa nak nagis terhaur..huk3..
Okayyy. Aku tau entri ni dah setahun lebih. -.- Dah banyak kali singgah blog ni, baru tau kau ex-student KTJ. :DD
Post a Comment