Pada 9 October yakni hari Sabtu lepas, aku dengan housemates aku berpakat untuk mengadakan housewarming dan jamuan makan-makan di rumah baru kami nie. Jadi kitorang jemput ramai jugaklah member-member kitorang di sekitar London untuk berjamu selera makanan free : hasil masakan kami sendiri. Selalunya kitorang yang pergi makan free di tempat lain tapi this time kitorang pulak yang kasi orang lain makan free. *muehehehehe*
Kitorang berempat dengan bantuan tiga orang member yang lain memang dah lama berpakat untuk mengadakan housewarming nie : cuma kekadang masa tidak mengizinkan. Sempena dengan housewarming nie jugak, kitorang plan untuk masak pelbagai jenis masakan. Antara yang sempat kitorang masak adalah soto, rendang, nasi himpit, sambal pedas dan macam-macam lagi. Selain itu, ada jugak kuih-muih raya yang kitorang bawa daripada Malaysia serta garlic bread yang dibeli dari Tesco berhampiran. Air pun kitorang beli dalam 12 botol yakni 2 catton. Memang besar-besaran tullah ^_^
Memandangkan anggota tetap rumah nie adalah empat orang, maka kitorang budget untuk setiap seorang daripada kami akan membawa sepuluh orang tetamu dan mungkin boleh mencecah sehingga 50 orang. Kitorang hanya panggil member-member yang terdekat : lagipun takut makanan tak cukup sahaja. Namun, lain pulak yang jadinya pada hari housewarming. Bilangan tetamu yang datang hampir mencecah 70 orang (berdasarkan guest book kitorang) dan kitorang terpaksa memasak nasi goreng as backup sebab makanan yang lain semuanya dah habis. -_-"
Papepon, proses merancang dan membeli bahan-bahan masakan sebenarnya sudah bermula 4 hingga 5 hari sebelum hari housewarming nie lagi. Namun kitorang hanya start masak petang Jumaat yakni sehari sebelum hari housewarming. Luckily yang kitorang punya dapur agak besar dan proses memasak boleh dijalankan dengan rapi. Sambil-sambil masak tu, kitorang ambil kesempatan untuk menyusun atur rumah dan membersihkan sebersih yang mungkin. Plan asal kitorang adalah untuk membuka dua biji bilik untuk dijadikan tempat lepak tapi last-last, semua bilik "diceroboh" Ahakz!!
Housewarming yang bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 9.00 malam tu amat mendapat sambutan dan turut mendapat pelbagai feedback positif : terutamanya masakan yang amat best dan layanan yang terbaik. Kerjasama antara kami : Syafiq dan Nonnel as tukang masak, Zaki dan Hadi as tukang layan tetamu, Amin dan Faris as tukang penghibur dan juga aku as backup dalam semua tugasan membuahkan hasil yang terbaik. Perghh!! Tahun depan plan nak buat jugaklah. Tapi janganlah korang semua pakat datang sekaligus. Camner aku nak layan 2000++ tetamu?! *kuikuikui*
*Berpakaian baju melayu tapi tak lengkap hanya bersempena housewarming nie*
[Besok mahu turun pergi shopping di Portsmouth : agak kepenatan sebenarnya]

