My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, October 20, 2010

Kisah Housewarming Kami di London

Pada 9 October yakni hari Sabtu lepas, aku dengan housemates aku berpakat untuk mengadakan housewarming dan jamuan makan-makan di rumah baru kami nie. Jadi kitorang jemput ramai jugaklah member-member kitorang di sekitar London untuk berjamu selera makanan free : hasil masakan kami sendiri. Selalunya kitorang yang pergi makan free di tempat lain tapi this time kitorang pulak yang kasi orang lain makan free. *muehehehehe*


cara membuat housewarming>Semua tengah beratur menunggu giliran untuk ambil makanan<


cara membuat housewarming>Malam sebelumnya di tempat yang sama : sedang bertungkus-lumus<


Kitorang berempat dengan bantuan tiga orang member yang lain memang dah lama berpakat untuk mengadakan housewarming nie : cuma kekadang masa tidak mengizinkan. Sempena dengan housewarming nie jugak, kitorang plan untuk masak pelbagai jenis masakan. Antara yang sempat kitorang masak adalah soto, rendang, nasi himpit, sambal pedas dan macam-macam lagi. Selain itu, ada jugak kuih-muih raya yang kitorang bawa daripada Malaysia serta garlic bread yang dibeli dari Tesco berhampiran. Air pun kitorang beli dalam 12 botol yakni 2 catton. Memang besar-besaran tullah ^_^


cara membuat housewarming>Head chef dengan menyediakan bahan masakan dan makanan<


cara membuat housewarming>Perancangan yang cukup rapi yang telah diaturkan daripada awal<


cara membuat housewarming>Antara makanan yang sudah siap untuk dijamu<


Memandangkan anggota tetap rumah nie adalah empat orang, maka kitorang budget untuk setiap seorang daripada kami akan membawa sepuluh orang tetamu dan mungkin boleh mencecah sehingga 50 orang. Kitorang hanya panggil member-member yang terdekat : lagipun takut makanan tak cukup sahaja. Namun, lain pulak yang jadinya pada hari housewarming. Bilangan tetamu yang datang hampir mencecah 70 orang (berdasarkan guest book kitorang) dan kitorang terpaksa memasak nasi goreng as backup sebab makanan yang lain semuanya dah habis. -_-"


cara membuat housewarming>Masa nak ambil gambar : semua pakat buat-buat makan sedikit<


cara membuat housewarming>Jumlah kasut menunjukkan betapa ramainya tetamu yang datang<


cara membuat housewarming>Tengah lepak-lepak sambil berjamu selera<


Papepon, proses merancang dan membeli bahan-bahan masakan sebenarnya sudah bermula 4 hingga 5 hari sebelum hari housewarming nie lagi. Namun kitorang hanya start masak petang Jumaat yakni sehari sebelum hari housewarming. Luckily yang kitorang punya dapur agak besar dan proses memasak boleh dijalankan dengan rapi. Sambil-sambil masak tu, kitorang ambil kesempatan untuk menyusun atur rumah dan membersihkan sebersih yang mungkin. Plan asal kitorang adalah untuk membuka dua biji bilik untuk dijadikan tempat lepak tapi last-last, semua bilik "diceroboh" Ahakz!!


cara membuat housewarming>Aku ambil kesempatan untuk bergambar dengan senior<


cara membuat housewarming>Tengok guest book kitorang : bukankah amat comel?!<


cara membuat housewarming>Klik untuk pemesaran dan tengok page belah kanan : ada LONG TERBAEK<


Housewarming yang bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 9.00 malam tu amat mendapat sambutan dan turut mendapat pelbagai feedback positif : terutamanya masakan yang amat best dan layanan yang terbaik. Kerjasama antara kami : Syafiq dan Nonnel as tukang masak, Zaki dan Hadi as tukang layan tetamu, Amin dan Faris as tukang penghibur dan juga aku as backup dalam semua tugasan membuahkan hasil yang terbaik. Perghh!! Tahun depan plan nak buat jugaklah. Tapi janganlah korang semua pakat datang sekaligus. Camner aku nak layan 2000++ tetamu?! *kuikuikui*


*Berpakaian baju melayu tapi tak lengkap hanya bersempena housewarming nie*
[Besok mahu turun pergi shopping di Portsmouth : agak kepenatan sebenarnya]

39 comments:

Rina Rossoneri said...

wahhhh bestnyaaaa

tiefazatie said...

wah...sgt cumil la...hihi..nice2..=D

Chybee said...

buat makan2 x ajak pon! smpi hati. hahaha

Atiqah said...

wow...teruja tgk a group of bachelors msk hebat mcm tu...dan di perantauan pulak..eh sepatutnya mmg begitulah kn..bila jauh dgn best chef in the world (read mak)..semua mskn menjadi padahal x pernah menuntut pun sblm ni..ok sy ckp kpd dr sndr..hehe

pe pun congrats..nmpk best berdsrkn komen2 di guest book

[z@ck] said...

pergh..siap ada guest book tak tahan..hehehe

Ciklinn said...

wallah....cayalah bojang2 tran tang tang ni..... tak leh tahan siap buat trifle bagai.... mana gmbr trifle... taktunjuk pun.. ha tipooo ciklinn yerkk..... tunujuk cepat tunjukkkk

Cik SHiNJU said...

Wow...nmpk sedap jer juadah yg korg masak tu...mcm x caya aku tgk...huhuh

Anonymous said...

aha mmg well manage laa boy masak ciap tick2 lg.. hehehehee

SUHAIDA said...

WAH..BANGGA SU TENGOK...BEST!

omurice said...

wah...bset korang...berdikari...hurm patut anta sume laki2 kat luar malaysia...biar pandai masak....hehehehe....

emy/mamasuri said...

cute nye ..adik2 bt housewarming..
hehehe..
akak yang dah bearnak pinak pun malas nak bt..hehehe

Ummi Aish said...

bestnyer..sampai hati tak ajak..huhuhu

cOnfuSeME said...

best la...xde ole2 kt owg cni ke...^_^

ana ayesha said...

all men no girls betul ker?

jika betul bagus!

tahniah tuan2 berjaya menyediaka makanan dan sudah tentunya juga mesti buat kerja mengemas. semoga sikap ini berkekalan bila telah berkeluarga

suerafe said...

dasat ah kalau siap ada guest book tuh , hehe

Anonymous said...

wah!! org bujang masak!!!!! teruja okeh!

hentakbelipat said...

hulamak..siap ad guess book ea..setail lah

CPFZ said...

tgk je pn dah besh,
apatah lg yg join...
dan makanan tu enak2 nampaknya...
hee~

Aida Azryn said...

Wah!! sodap2~ huhu~

2R said...

waa terpegun sbb lelaki yg masak hehe mmg tora pn kalah cni kekkeke.=) best3 happening je tgk

Unknown said...

Guestbook??? hohohohoooo dah byk kali buat open house tp x pernah sediakan Guestbook... lpsnie kena prepare la satu...

Anonymous said...

wow..pandainya masak..
nmpk sedap giler,.. terliur nih.. :)haha

Yati Ali said...

waaahhhhh...rajinnyer buat house warming...salutelah...

AngahSayang2314 said...

wahhh pandai gak korang masak memasak kan??tabikkkkk springgggggggggggg kat korang lah hehehe

Anem Arnamee said...

Salam. wah sedapnyer. rajin ya kamu2:P

Mindbreaking said...

best dapat kumpul ramai2....

Cik Su Life Cycle said...

housewarming tu kat malaysia ade ke

Cik Su Life Cycle said...

ada buku komen..haha..memang tak leh belah ar

sweetsal said...

orang lelaki pun pandai masak..caya la Long, tahun depan cuba masak nasi beriani pulak..mesti sedap punya..hehe

caliph shuriken said...

nice ^^

Jia Sensei said...

teringat zaman bel d luar neg..hehe

Anonymous said...

pergh...siap da guest book lagi..nice!!!

Post Terhangat...

Dibakar Kerana Muslim Atau Orang Asing?

Kamsiah yusoff said...

fuyooo...ngalahkan seseteanga pompuan la bab masak memasak tu..

ProfHariz said...

Macam-macam Makanan yang terhidang noh :P

izyantyPersonalTaste said...

best kan...banyak gambar besar2 lambat loading arr...berat sgt..dah guna berukband je...xleh nak mnikmati gmbr2 kt sana

eiela said...

wah,,ramai gila tetamu yang datang, nasib ada back up ek. pandai korang masak. Gud luck study sana, k.

noorafzan.blogspot.com said...

satay goreng tu macam best je..
haha!

bukan long terbaik je..
long hemsem pun ada juga..

~~su manje~~~ said...

Boleh bukak restoran nie....nnt kalau dh bukak inform su tau nak gi try.....

aried said...

wah..serius best tgok korang kat sane... huhuuh... beza betul caranya dengan kat malaysia ni kan

    Related Posts with Thumbnails