Sebagaimana yang korang semua tengok, ini adalah kontest pertama aku yang aku buat. Tapi tak mengapa, yang penting korang perlu awas dan berhati-hati dalam membaca entri ini. Mengapakah begitu? Sebab sebarang kecuaian di dalam membaca entri ini akan membuatkan korang semua terlepas peluang untuk mendapatkan free goodies daripada London, United Kingdom. Bukan barangan Made in Golok tapi barangan yang diimport khas dari UK bersama dengan resitnya sekali. Bagaimanakah?! Langkau perenggan di bawah ini untuk terus ke part utama!! (Eh, jangan tak baca pula yang bawah ini~!!)
Aku just nak bagitahu sedikit update daripada diri aku sendiri. Untuk pengetahuan semua, aku sudah pun upgrade shoutmix aku kepada yang berbayar. Maka, setiap pesanan korang tinggalkan tidak lagi akan lupus dan aku akan still dapat reply walaupun agak lambat. Selain itu, usaha mencari rumah sewa term depan berterusan dengan pesatnya dan dah jumpa satu rumah yang memang agak jauh dari LSE. Kalau terdesak, ambil yang itu sahaja walaupun memang tempatnya umpama "Lorong Gelap". Dan, update terakhir. Aku sekarang menunggu surat tawaran daripada Ernst & Young untuk buat internship di Malaysia di pejabatnya yang terletak di Menara Millenium, Jalan Damanlela, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur. Seriously aku tak tahu kat mana tapi yang penting, aku kena cari bilik sewa nanti!! -_-"
Okay!! Jom masuk topik utama. Apa yang korang kena awaskan sebenarnya?! Baiklah! Dengan ini aku mengumumkan aku akan membuat satu kontest yang bertajuk "Baca London : Menang London" Apa yang korang kena buat sebenarnya yerk?! Senang sahaja dan amat mudah sekali. Tapi ingin aku ingatkan terlebih dahulu bahawa contest ini akan berlanjutan sehingga 04 May 2010 yakni tarikh terakhir aku exam. Jadi, apa yang perlu dibuat?! Ikuti di bawah ini~!!
Perkara 01 : Buat satu entri yang menceritakan pasal kontest ini dengan tajuk "Contest Baca London : Menang London". Di dalam entri itu, korang perlu pilih satu entri yang paling best dari blog aku ini dan bagitahu kenapa entri itu yang paling best bagi korang. Entri yang korang pilih daripada blog aku nie mestilah terus link ke entri tersebut.
Perkara 02 : Selain itu, di dalam entri itu juga, korang perlu cakap bagaimana korang dapat tahu pasal kontest ini. Daripada sini ataupun daripada orang lain. Terpulang yerk~!!
Perkara 03 : Selepas korang dah siap tulis dan publish entri itu, sila tinggalkan komen di blog entri ini supaya aku tahu yang korang dah join kontest ini dan aku boleh ambil jawapan korang untuk penilaian.
Senang?! Mudah?! Memang senang pun nak join kontest ini. Tapi, bagaimanakah anda dinilai untuk kemenangan? Anda hanya akan dinilai dengan satu cara yakni berdasarkan jawapan yang terbaik. Siapa yang dapat memberi sebab yang paling best dan terbaik untuk pilihan entri (dari blog aku) itu, akan menjadi pemenang. Aku dan Cik Asliza Ahmad akan menjadi juri untuk kontest ini. Kami akan strict this time!!
Jadi, apakah hadiahnya?! Contest ini akan berlangsung dengan agak lama dan juga memerlukan korang semua post entri kan. Jadi, aku akan sediakan hadiah yang terbaik untuk korang semua. Eh, bukan semua (macam kontest poskad London) tetapi pemenang-pemenang sahaja yerk. Jadi, inilah hadiahnya :
Dua Entri Terbaik : Akan menerima GBP 15.00 setiap seorang. Terpulang kepada korang berdua samada nak GBP 15.00 cash untuk setiap orang ataupun nak aku belikan barang-barang dari London yang berharga sama.
Kedua-dua Mereka : Dua orang untuk entri terbaik juga akan menerima key chain dan mouse pad London bagi setiap seorang yang bernilai lebih kurang GBP 5.00 setiap satu. Selain itu, sekiranya aku sempat siapkan, korang juga akan dapat CD E-book London pertama aku.
Jadi, hadiah agak lumayan this time kan? Oh ya, hadiah akan dihantar once aku berada di Malaysia untuk menjimatkan kos dan memanjangkan tempoh waktu untuk aku cari barang korang sekiranya korang taknak cash dan memilih untuk aku beli barang-barang di sini. Jadi, up to korang semua. Yang penting, MARI KITA JOIN KONTEST!!
*Pakat ramai-ramai join kontest : Free Goodies from London*
[Cari rumah..cari rumah..cari rumah..cari rumah sewa]


