Setiap tahun memang ramai Malaysian yang akan membawa
diri ke London – samada untuk berjalan-jalan, shopping, bekerja dan pelbagai
lagi tujuan lain. Namun setiap kali sebelum korang travel, korang mesti akan
ada pelbagai expectations mengenai London kan? Ada kisah yang best dan ada jugak
yang kurang menarik untuk didengari. Jadi kali ini aku mengambil keputusan
untuk berkongsi dengan rakan pembaca beberapa “expectation vs reality” mengenai
London. Harap dapat membuka mata sedikit yerk.
Point Nombor Satu : "Kebersihan" di Tahap Terbaik.
Korang fikir : Sebagai sebuah negara maju, surely London pun bersih
yang amat.
Sebenarnya : Kawan-kawan aku yang dating
dari luar London selalu akan komen bahawa London ini kotor, udara tercemar,
tube busuk dan pelbagai lagi kritikan lain. Memandangkan aku memang sudah
membiasakan diri dengan London, mungkin aku tak perasan situasi ini. Namun
sekitanya dibandingkan dengan Malaysia – still London lagi bersih berbanding
Kuala Lumpur.
Point Nombor Dua : Pencarian Public Toilet di Bandar London
Korang fikir : Tak perlu dirisaukan kerana public toilet ada di
mana-mana sahaja
Sebenarnya : Mencari public toilet di Kota Metropolitan London
umpama join aktiviti treasure hunt di tengah hutan belantara. Realitinya
mungkin lagi mudah untuk mencari harta karun berbanding mencari public toilet
di London. Selalunya aku akan ambil peluang untuk membuang air kecil di
Starbucks dan sewaktu dengannya memandangkan public toilet memang payah dicari.
Better sekiranya buang air kecil awal-awal sebelum keluar rumah untuk jejalan.
Point Nombor Tiga : Jalan Laju Mahu Menuju ke Mana?
Korang fikir : Relaks la bro. Laju-laju ni, nak kejar per? Tak lari punya tube tu nanti. Confirm mesti ada bas jugak nanti. Boleh saja jalan kaki kan?
Korang fikir : Relaks la bro. Laju-laju ni, nak kejar per? Tak lari punya tube tu nanti. Confirm mesti ada bas jugak nanti. Boleh saja jalan kaki kan?
Sebenarnya : Londoners betul-betul mengamalkan konsep "masa
itu emas". Berjalan dengan path biasa adalah satu kesilapan di London
sebab korang mungkin akan tertinggal tube ataupun bas yang memang confirm on
time. Berbeza dengan Malaysia, public transport di London adalah amat efisien. Londoners
pun berjalan laju dan mencelah-celah di antara ruang yang ada. Semua benda
hendak dilajukan.
Point Nombor Empat : London sepatutnya penuh dengan mat dan minah saleh.
Korang fikir : Aku datang London nie sebab nak tengok mat-mat dan minah-minah saleh nie. Cun tul kalau tengok dalam tv. Inilah peluang terbaik untuk tengok depan-depan.

Sebenarnya : Memang agak payah nak mencari mat-mat dan minah-minah
saleh di Kota London. Jarang nak nampak diorang nie. London ini dipenuhi dengan
foreigners yang datang dari seluruh dunia. Ada Pak Arab, Ratu Cantik Romania,
Gergasi Russia dan banyak lagi. Pelbagai jenis bahasa turut dapat dijumpai di
sini. Tapi kalau nak cari pure British people, lebih baik pergi area di luar
London.
Point Nombor Lima : Londoners Berfikiran Matang dan
Bijak
Korang fikir : Londoners berfikiran matang dan mengamalkan dasar keterbukaan asasi manusia. Tak kisah apa korang nak buat, asalkan tak ganggu hidup kitorang.
Korang fikir : Londoners berfikiran matang dan mengamalkan dasar keterbukaan asasi manusia. Tak kisah apa korang nak buat, asalkan tak ganggu hidup kitorang.
Sebenarnya : Dasar keterbukaan yang diamalkan adalah amat terbuka
sehinggakan bercumbuan di tempat public dan berjemur topless di tengah park
merupakan perkara biasa. Bagi kita yang berasal daripada belah Timur, ini
merupakan sedikit sebanyak culture shock. Namun asalkan kita tak ganggu hidup
dorang dan sebaliknya – semuanya pun okay kan? Namun pepandai korang survive
sendiri.
Maka itulah serba sedikit letar belakang London yang mungkin korang tak tahu sangat. Ini merupakan side kekurangan London. Namun takdalah semua benda mengenai London merupakan buruk ataupun kurang baik. London sendiri pun ada kelebihannya yang tersendiri yang akan aku cover dan sharekan pada waktu dan ketika yang lain.

*Nak belajar jimat duit, duduklah London*
[Duit dah kurang..Macam mana nak balik Malaysia nie?]