Setiap Malaysian sukakan roti canai termasuklah aku. Semasa aku di Malaysia dulu, hampir setiap minggu aku akan ke mamak untuk makan roti canai : tak kisahlah roti kosong, roti telur, roti planta, roti susu, roti pisang, roti milo ataupun pelbagai lagi variasi roti canai yang pasti aku dan korang semua suka. Papepon, korang semua pernah terfikir tak untuk menguli, mengcanai dan juga menggoreng roti canai korang sendiri?! Pernah tak?! Cepat jawab!! *muehehehe*
Last week, aku teramat idamkan roti canai dan kalau nak beli di sini, memang agak mahal compare dengan di Malaysia. Oleh itu, aku dan housemates bekerjasama untuk menghasilkan roti canai kitorang sendiri. Operasi yang bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada pukul 10.00 malam itu amat membanggakan sebab roti canai kitorang dikira “lulus” dan “selamat” untuk dimakan. Jadi aku nak share resepi roti canai aku dengan korang semua sekarang. Ikuti senarai resepi roti canai di bawah :
Langkah Satu : Sediakan bahan-bahan masakan secukupnya. Antaranya ialah :
- 1 kilo tepung gadum (sukatan bergantung berapa banyak korang nak buat)
- 500 gram air (kalau rasa tak cukup or ulian kering, tambah sahaja air)
- 3 biji telur
- 5 sudu besar susu pekat manis
- Garam, gula dan marjerin satu ataupun dua sudu besar tiap satu

>Gaulkan semuanya sehingga sebati dan masukkan air membentuk doh<
Langkah Dua : Letakkan tepung di atas dulang ataupun mangkuk yang besar. Bentukkan lubang di tengah-tengah dan masukkan air, telur, susu pekat manis, garam, gula dan manjerin ke dalamnya. Uli sehingga menjadi doh. Kalau rasa amat lembut, tambah tepung dan kalau rasa keras, tambah air. Bergantung pada skil. Menguli boleh mengambil masa sehingga mencecah sejam ataupun dua jam lebih.
Langkah Tiga : Rehatkan doh untuk 10-15 minit. Selepas itu sambung menguli untuk 5-10 minit. Ulangi langkah ini berkali-kali sehingga doh betul-betul pejal dan tak melekat di tangan. Kalau rasa dah penat, leh stop jugak yerk. Masa untuk menguli bagi mendapatkan doh yang terbaik bergantung kepada acuan dan kuantiti yang dibuat.
Langkah Empat : Selepas mendapatkan doh yang terbaik, ambil sedikit dan bentukkan dalam bulatan yang kecil : bergantung kepada saiz roti canai yang korang plankan. Kalau rasa doh masih melekat di tangan, sila ambil sedikit tepung dan bentukkan doh tersebut menjadi kecil. Letak sedikit marjerin untuk mengelakkan ia melekat di atas dulang.
Langkah Lima : Biarkan or perapkan doh yang kecil-kecil itu selama 2 hingga 3 jam. Oleh kerana aku malas nak menunggu dan aku dah penat menguli, maka aku biarkan ia diperap hanya selama sejam.Yang penting, ia cukup liat untuk digunakan semasa proses penebaran. Namun, kalau stamina dan perut kelaparan tak mengizinkan, korang boleh pendekkan masa untuk pemerapan itu. Boleh diletak dalam peti sejuk or di mana-mana sahaja.
Langkah Enam : Ambil doh kecil tersebut dan korang sudah ready untuk menebar roti canai. Tekan doh dengan menggunakan marjerin dan proses penebaran boleh dimulakan. Sekiranya doh tidak cukup kuat untuk ditebarkan, cuba untuk nipiskan ia dan lipat menjadi roti canai.
Langkah Tujuh : Goreng roti canai tersebut dengan menggunakan api yang kecil dan minyak yang amat sedikit. Minyak yang banyak akan merosakkan roti canai. Digalakkan untuk masak dengan mentega supaya ia menjadi lebih berlemak dah creamy.
Langkah Lapan : Selepas siap digoreng, roti canai sudah ready untuk dimakan dengan kari ataupun susu pekat manis. Kalau takda itu semua, boleh makan dengan gula. Yang penting, asalkan boleh dimakan dengan kenyang. Kalau makan dengan the tarik panas lagi masyuk jawabnya. Ngeh3!!
Itulah resepi lengkap aku dalam membuat roti canai. Sumbernya adalah daripada internet dan berbekalkan kepada kreativiti diri sendiri untuk mengubah resepi tersebut kepada cara sendiri. Memang badan aku penat seharian kebesokkannya sebab penat menguli tepung dan acuan untuk dijadikan doh. Kitorang guna dalam 1.7 kilo tepung pada hari itu dan kitorang mampu untuk buat 32 keping roti canai. Malangnya, hanya 15 yang siap untuk disajikan sebab yang lagi 17 sudah habis dimakan once ia siap digoreng. Kemaruk roti canai yang melampau sangat. Ahakz!! ^_^
*Inilah resepi roti canai lengkap bersama demonstrasi bergambar khas untuk semua*
[Dua pasang sandal Timberland, satu kasut futsal Umbro : nantikan entri seterusnya]
[Dua pasang sandal Timberland, satu kasut futsal Umbro : nantikan entri seterusnya]






