My Followers Who Follow My Blog

Sunday, July 11, 2010

Caj Blackberry Aku : 97.32 Pound!!

Aku rasa entri nie akan menjadi entri terpendek dan terpantas pernah aku tulis kut sebab tiada lagi internet within sejam. *hukhuk* Aku percaya yang kebanyakan daripada korang semua tahu bahawa di London aku menggunakan contract phone Blackberry kan?! Kalau tak tahu, boleh cuba search entri terdahulu. Ahakz!! Pastu sebarang caj bulanan yang dikenakan akan ditolak terus daripada bank : maknanya direct debitlah. Kalau tinggi penggunaan aku, maka tinggilah caj itu. Kalau kurang, maka kuranglah jugak. Faham semua kan?! ^_^


servis blackberry yang mahal>Kalau kena caj camnie setiap bulan : Pokai aku tau!<


Mahu dijadikan ceritanya, once aku dah balik ke Malaysia nie, aku ada juga on Blackberry aku untuk beberapa kali. Tujuannya adalah untuk check sebarang mesej yang mungkin penting dan urgent. Tapi Blackberry nie akan terus connect to internet tau. Jadi, segala mail akan terus masuk direct dan internet pun akan automatic terus on. Pada masa yang sama, akan terus dicaj ke bank. Memandangkan semalam aku ada internet, maka aku pun check akaun bank UK aku dan mendapati caj bulanan untuk bulan lepas adalah 97.32. Oh ya, bukannya ringgit tapi pound!!


servis blackberry yang mahal>Vodafone yang kejam banyak caj bulan lepas<


servis blackberry yang mahal>Tengok caj dua bulan lepas dan bulan lepas : Berbeza melampau<


Aku amat terkejut memandangkan caj bulanan yang biasa aku dapat adalah hanya dalam 30 pound sahaja tapi yang nie dah melebihi tiga kali ganda. Kalau convert ke dalam ringgit Malaysia, dah menjadi hampir RM500. Kalau RM500 tu, aku dah boleh buat macam-macam benda di Malaysia nie. Siap boleh topup nombor Celcom aku lagi kut. Memang menyesal tak sudahlah. Papepon kan, aku yakin yang aku takkan lagi on Blackberry aku selepas nie ketika di Malaysia. Aku tak nak kena caj 90 pound lagi. Terus habis duit aku!! Kejamnya Vodafone!! TT__TT


*Kembali hidup tanpa internet selepas nie : Shoutmix tekan icon Mic di sebelah*
[Aku akan post entri baru minggu depan kut : Semalam pun ada entri baru gak]
    Related Posts with Thumbnails