My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Sunday, July 11, 2010

Caj Blackberry Aku : 97.32 Pound!!

Aku rasa entri nie akan menjadi entri terpendek dan terpantas pernah aku tulis kut sebab tiada lagi internet within sejam. *hukhuk* Aku percaya yang kebanyakan daripada korang semua tahu bahawa di London aku menggunakan contract phone Blackberry kan?! Kalau tak tahu, boleh cuba search entri terdahulu. Ahakz!! Pastu sebarang caj bulanan yang dikenakan akan ditolak terus daripada bank : maknanya direct debitlah. Kalau tinggi penggunaan aku, maka tinggilah caj itu. Kalau kurang, maka kuranglah jugak. Faham semua kan?! ^_^


servis blackberry yang mahal>Kalau kena caj camnie setiap bulan : Pokai aku tau!<


Mahu dijadikan ceritanya, once aku dah balik ke Malaysia nie, aku ada juga on Blackberry aku untuk beberapa kali. Tujuannya adalah untuk check sebarang mesej yang mungkin penting dan urgent. Tapi Blackberry nie akan terus connect to internet tau. Jadi, segala mail akan terus masuk direct dan internet pun akan automatic terus on. Pada masa yang sama, akan terus dicaj ke bank. Memandangkan semalam aku ada internet, maka aku pun check akaun bank UK aku dan mendapati caj bulanan untuk bulan lepas adalah 97.32. Oh ya, bukannya ringgit tapi pound!!


servis blackberry yang mahal>Vodafone yang kejam banyak caj bulan lepas<


servis blackberry yang mahal>Tengok caj dua bulan lepas dan bulan lepas : Berbeza melampau<


Aku amat terkejut memandangkan caj bulanan yang biasa aku dapat adalah hanya dalam 30 pound sahaja tapi yang nie dah melebihi tiga kali ganda. Kalau convert ke dalam ringgit Malaysia, dah menjadi hampir RM500. Kalau RM500 tu, aku dah boleh buat macam-macam benda di Malaysia nie. Siap boleh topup nombor Celcom aku lagi kut. Memang menyesal tak sudahlah. Papepon kan, aku yakin yang aku takkan lagi on Blackberry aku selepas nie ketika di Malaysia. Aku tak nak kena caj 90 pound lagi. Terus habis duit aku!! Kejamnya Vodafone!! TT__TT


*Kembali hidup tanpa internet selepas nie : Shoutmix tekan icon Mic di sebelah*
[Aku akan post entri baru minggu depan kut : Semalam pun ada entri baru gak]

27 comments:

reen_sofee said...

pergh!
rabak poket!

zai said...

wooo long, lama ko tak update.

rm500, fuihh gila mahal, dah boleh bt macam2 tu

asal ko tak on9 kat kedai mamak jek, wi-fi zone ker

una aurora luver`s said...

pokai lor ..

Sang Karipap said...

Giler laa..rm 500. Memang melampau-lampau!

Xkan xde setting pape kot, so nanti bila on blackberry dia x terus connected to Internet?

FarHa said...

wawawa..tak yah laa on BB hang tu...tenet kat mesia pon ok gak..so rela susah kat tenet dr duk cas sampai RM500...syg woo duit...

zulkbo said...

Salam bertandang lagi..
moga sihat selalu di hari
minggu yang damai..

Nurul a.k.a Riko said...

Long...giler kentang. Mahal giller okey..rm500 tu mcm2 bulih buat!

mama zharfan said...

heehe giler mahal..tp bil gas kat UK sgt mahal...me dok umah sewa kan...masa winter ari tu bil gas me cecah GBP120 sebln!!

Fatin Aliyya said...

kesian nyer dkt ko..sabor jelah.

tehr said...

internet di malaysia [negara kita] mahal tapi lembab

siput tepi pagar rumah aku dok gelak je hari2

farysa said...

byk2ny
tggu 2 3 bln dh leh bli BB baru dh

Elong Bujang said...

Selamat bergabung kembali di internet dah ..lame tak update ...

apies said...

ini mmng gile lah,...500 untk intenet?.....giloossss

si[jari] telunjuk said...

wah..mahal giles...

s.c.h.u.l.t said...

boleh bankrupsi! :D

Peri PiA said...

tak pernah pakai BB,on jer terus ade internet ye??on mcm hp biase xblh ke?

emy/mamasuri said...

mak oii..
mahalnyer
leh byar dua bulan pengasuh cik suri dah ni..

Idda Hashim said...

Salam dik
Aduhai jelesnye akak tgk kau gi gengblogger tu ari, nape lah tak buat masa akak kat Msia, ni ntah bila tahun buat lg daa. Sihat ke dik?

+akufobia+ said...

haha.pengalaman berharga.

.s.o.f.i.a. said...

lenkali on9 jer kat mekdi... beli fries sekotak cukup... he he....

kak ina kl said...

RM500..ehmm kalau bagi ibubapa..boleh beli macam-macam untuk adik beradik kamu..

baik kamu gi ke cc lagi murah.

Reena said...

banyaknya dia makan. haihh

biianczahun said...

OUCH! apableh buat lumrah kehidupan~ perkara kecil kita ble lupa~

ibunoor said...

Salam Long,

Blackberry...oh blackberry...sabar ye Long...

Izyan Yan Cinnamon said...

bawak byk bersabar yew..:)

Nur Amira Radhiah said...

rm500 leh shopping tu bang..haha

syafiqakarim said...

hahah byk gila.boleh bagi separuh duit raya kat iqa.haha

    Related Posts with Thumbnails