My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Kemerdekaan

Secara rajinnya aku menyelak kamus Dewan Bahasa dan Pustaka tadi selepas agak berzaman tak bukak. Lagipun aku mana pernah guna kamus tu masa aku zaman sekolah dulu : kalau guna pun, hanya sedikit sahaja. Aku belek punya belek dan terjumpa satu perkataan yaknin”Merdeka” yang bermaksud “Bebas daripada penjajahan, kurungan dan juga naungan”. So, memandangkan hari nie merupakan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu ke-53, maka aku nak tulis satu entri skema mengenai kemerdekaan nie. *muehehehe*


sambutan hari kemerdekaan
>Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua rakan pembaca<


Semasa aku zaman sekolah rendah dahulu, Hari Kemerdekaan bermaksud aku join trip rombongan sekolah dan pergi tengok pembarisan di Stadium Negeri. Apakah yang dimaksudkan dengan kemerdekaan?! Memang aku langsung tak tahu hapa. Yang aku faham : ada pembarisan best dalam TV dan hari cuti sekolah. Kadang-kadang ada kartun disiarkan di TV sepanjang pagi tu. Tapi once usaha dah makin bertambah, aku faham yang Hari Kemerdekaan disambut untuk meraikan pembebasan daripada jajahan British. Betul tak?!


sambutan hari kemerdekaan>Kenanglah jasa-jasa pejuang negara : jangan belot pada negara<


Penjajahan zahir daripada British memang dah lama tercapai yakni dah 53 tahun lepas tetapi penjajahan batin memang still core dalam diri masing-masing. Semua tak sedar yang diri kita masih lagi dijajah dan dibelenggu dengan kurungan anasir-anasir Barat. Aku mungkin tak perlu komen lebih panjang kut memandangkan korang semua sudah cukup dewasa dan besar untuk berfikir sendiri : bagaimana cara untuk memerdekan diri sepenuh-penuhnya?! Bukan dengan cara enjoy ataupun party atau menuai baby : tapi?! Anda ada jawapannya!!


sambutan hari kemerdekaan>Doakanlah agar kemakmuran dan kedamaian Malaysia diimprove lagi<


Mesti korang rasa macam skema gila aku punya entri kali nie kan?! Standard ah : cakap entri khas sempena Hari Kemerdekaan. For me, jasa-jasa pejuang lampau wajar diingati selalu dan segala perjuangan mereka mestilah diteruskan. Masalah-masalah agama dan perkauman wajar dielakkan sebab benda tu kan negative. Kita semua tak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi. Kita semua nak hidup dengan aman damai dan taknak tengok any parang berterbangan di tempat public. Kita yang membentuk semua benda : jadi terpulang pada kitalah arah tujuannya yerk. Ingat tau!! *muehehehe*








*Entri terskema pernah aku tulis : SELAMAT HARI KEMERDEKAAN!!*
[Melihat iklan PETRONAS membuat aku bangga sebagai seorang scholar PETRONAS]
    Related Posts with Thumbnails