Aku perasan yang di shoutmix aku tu dah ada bertimbun-timbun dengan pesanan daripada para pelawat dan pembaca-pembaca cerita kisah London aku nie. Namun apakan daya, aku cuba untuk membalas semuanya dan melakukan blogwalking tapi masih belum berkesempatan sebab internet hall aku nie ada problem sikit dan mengakibatkannya lambat untuk loading sekiranya ada nuffnang di blog tu. InsyAllah. Aku akan membuat gerakan gempur blogwalking bila dah okay semula internet nanti. Korang jangan risau yerk!! *wink2!!*
Untuk pengetahuan semua, jam sekarang menunjukkan pukul 10.50 malam di London. Aku baru sahaja balik daripada tugas part time biasa aku di sini : jadi tourist guide sejati. Dahla aku keluar petang tadi hanya dengan memakai baju lengan pendek, jeans dan boot Karrimor aku. Ingatkan tak sejuk memandangkan dah masuk spring kan tapi jangkaan aku silap. Sejuk gila!! Aku balik saja ke hall aku tadi, terus pergi duduk sebelah heater sambil pegang heater tu. Nak taip sekarang pun tangan masih terasa beku lagi. Eh kejap, korang tahu kan yang UK ada 4 musim? Bukan musim buah durian dan rambutan tapi musim cuaca. Kalau tak tahu, mari aku story this time~!! Turun bawah sedikit scroll tu!!
Musim London Pertama : Musim Luruh (Autumn or Fall)
Ikut Wikipedia, Bila Agaknya?? : 01 September - 30 November
Yang Menariknya : Ada daylight saving dan taman-taman lawa
Explanation Tambahan : Aku sampai di Kota London ketika musim luruh. Semasa dalam flight, aku budget yang sejuk gila dan ada snow terus bila aku sampai. Tapi jangkaan aku meleset terbabas jauh. Sebenarnya masa itu musim luruh dan suhu takdalah sejuk sangat sebenarnya. Biasa-biasa sahaja : suhu budget duduk dalam air-cond. Yang bestnya semasa musim luruh ialah kalau pergi taman-taman (yang memang wujud banyak di sekitar London), penuh dengan daun-daun yang berwarna kekuningan. Memang kalau ambil gambar amat cantik dan gaya-gaya dalam filem Korea gitu. Memang ramai orang London ambil peluang ketika ini untuk bersiar-siar di luar. Selain itu, yang bestnya juga ketika musim luruh ialah wujudnya daylight saving. Daylight saving adalah untuk memaksimunkan penggunaan cahaya matahari. Jadi, waktu ataupun time di London akan dilambatkan sejam. Contohnya pukul 1.00 pagi akan menjadi 12.00 tengah malam. Jadi, semasa proses ini berlaku, aku tambah masa tidur aku lagi sejam. Confirmlah aku suka bangat sih!! ^_^
Musim London Kedua : Musim Sejuk (Winter)
Ikut Wikipedia, Bila Agaknya?? : 1 December - 28 Februari
Yang Menariknya : Boxing Day, Salji dan Winter Break
Explanation Tambahan : Aku pernah cerita kat semua orang kan yang pasal kegilaan semasa shopping di London dan salah satu waktu shopping paling best ialah ketika Boxing Day yang mana semua barang-barang akan diskaun bagai nak gila. Kadang-kadang, aku pun jadi gila bershopping sakan. Boxing Day adalah satu hari selepas daripada Christmas Day. Memang banyak duit habis ketika dan saat ini. Selain daripada itu, ketika musim ini juga ada winter break ataupun cuti sekolah. Cuti sekolah aku ada dalam 5 minggu jugalah. Plan hari itu nak study tapi last-last aku berjalan-jalan di sekitar UK. Masa inilah untuk menenangkan minda daripada study yang berat di LSE. Eh jap, berat ker?! Kui3!! Semasa winter, mestilah ada salji kan? Tapi, untuk pengetahuan korang semua, London memang payah nak turun salji memandangkan ia berada di bahagian selatan UK. Selalunya part-part utara sahaja akan dapat salji yang lebat dan best. Salji di London amat nipis dan kotor akibat pencemaran udara yang melampau. Mana best nak main salji camtu kan?! So, aku gie lepak tempat member aku di Newcastle yang terletak di utara UK. Salji pun memang putih meleput. Tapi sejuk lah...Grrrr~~
Muslim London Ketiga : Musim Bunga (Spring)
Ikut Wikipedia, Bila Agaknya?? : 01 Mac - 31 May
Yang Menariknya : Daylight Saving lagi, Easter Break dan Bunga-Bunga Cinta
Explanation Tambahan : Lagi sekali sebagimana ketika musim luruh, daylight saving lagi sekali dipraktiskan kali ini. Tapi yang bezanya ialah kalau sebelum ini, waktu dilambatkan sejam tapi kali ini dicepatkan sejam. Maknanya kalau sekarang ini pukul 1.00 pagi, maka waktu dipercepatkan menjadi pukul 2.00 pagi. Apa signifikasinya?! Kuranglah masa aku untuk tidur sejam. T__T Memang penting untuk saling mengingati waktu untuk mempercepatkan atau memperlambatkan jam sejam. Tapi kalaiu blackberry dan juga laptop aku, memang automatik. Canggih tul. Kalau tidak, memang boleh hancur segala plan yang dirancang. Untuk pengetahuan semua, semasa musim ini juga ada cuti yang panjang yakni cuti easter selama lima minggu. Sekarang nie aku sedang enjoy cutilah nie. Sepatutnya kena study sebab buka-buka cuti nanti akan terus exam tapi macam tak menjadi sahaja nie. Selain itu, bunga-bunga wajar tumbuh di musim ini tapi setakat aku lihat, belum lagi ada bunga yang mekar. Angin pun masih lagi kuat dan suhu pun boleh diconsider sejuk lagi. Entah bila bunga nak tumbuh nie. Nak petik untuk si dia. Chewah~!!
Musim London Keempat : Musim Panas (Summer)
Ikut Wikipedia, Bila Agaknya?? : 01 June - 31 August
Yang Menariknya : Summer Break, Cuaca Panas dan Balik Malaysia
Explanation Tambahan : Memang confirmlah kan ketika musim panas, akan adanya cuti musim panas. Aku yakin yang semua tahu kan. Lebih-lebih lagi korang tengok dalam filem-filem dan cerita-cerita mat salleh. Biasanya cuti musim panas boleh menjadi lebih kurang tiga bulan. Untuk pengetahuan semua juga, biasanya para pelajar luar negara (termasuk aku sekali) akan pulang ke negara masing-masing. Sebabnya kerana kos beli ticket kapal terbang adalah jauh lagi murah daripada kos untuk stay sini. Rumah sahaja dah boleh cost lebih kurang GBP520 sebulan yakni sama harga dengan ticket nak balik Malaysia. Tu baru kos penginapan. Belum lagi kos nak makan dan jalan-jalan. Sekurang-kurangnya, kalau di Malaysia, kos permakanan akan ditanggung oleh keluarga. (huk2!! batuk jap) Selain daripada itu boleh aku sambut raya dan juga puasa di Malaysia. Ada senior cakap yang waktu untuk puasa ketika summer maksimun boleh jadi dalam 16 jam tau?! Yakni daripada pukul 4 pagi sehingga pukul 8 malam. Tak tahan kut aku kalau camtu. Oh ya, selain itu, musim panas juga confirmlah panas kan?! Bestnya jumpa matahari!!
Uisyh2!! Aku dah kasi story pasal keempat-empat musim yang utama di London. Sebenarnya ada lagi musim-musim lain yang kecil-kecilan dan hanya direka oleh para pelajar. Antaranya ialah musim peperiksaan, musim travel, musim shopping dan bermacam-macam lagilah musim lain yang boleh diconsider penting oleh sesetengah orang. Apa-apapon sekarang ini musim bunga dan aku memang tak sabar untuk pergi lepak di taman-taman dan ambil udara segar. Pergi jalan-jalan ataupun jogging. Tapi persoalan timbul di situ. Rajinkah aku??!! Confirm MALAS!!
*Ada lagi tiga minggu cuti untuk berlepak dan bersantai*
[Gerakan mencari rumah sewa untuk second year bermula mulai lusa]










