My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Sunday, April 04, 2010

Mengenal dan Menikmati Empat Musim di London

Aku perasan yang di shoutmix aku tu dah ada bertimbun-timbun dengan pesanan daripada para pelawat dan pembaca-pembaca cerita kisah London aku nie. Namun apakan daya, aku cuba untuk membalas semuanya dan melakukan blogwalking tapi masih belum berkesempatan sebab internet hall aku nie ada problem sikit dan mengakibatkannya lambat untuk loading sekiranya ada nuffnang di blog tu. InsyAllah. Aku akan membuat gerakan gempur blogwalking bila dah okay semula internet nanti. Korang jangan risau yerk!! *wink2!!*


empat musim di london>Berpoyo di Hyde Park ketika awal-awal musim sejuk<


empat musim di london>Salah satu taman di Kota London ketika musim luruh<


Untuk pengetahuan semua, jam sekarang menunjukkan pukul 10.50 malam di London. Aku baru sahaja balik daripada tugas part time biasa aku di sini : jadi tourist guide sejati. Dahla aku keluar petang tadi hanya dengan memakai baju lengan pendek, jeans dan boot Karrimor aku. Ingatkan tak sejuk memandangkan dah masuk spring kan tapi jangkaan aku silap. Sejuk gila!! Aku balik saja ke hall aku tadi, terus pergi duduk sebelah heater sambil pegang heater tu. Nak taip sekarang pun tangan masih terasa beku lagi. Eh kejap, korang tahu kan yang UK ada 4 musim? Bukan musim buah durian dan rambutan tapi musim cuaca. Kalau tak tahu, mari aku story this time~!! Turun bawah sedikit scroll tu!!

Musim London Pertama : Musim Luruh (Autumn or Fall)
Ikut Wikipedia, Bila Agaknya?? : 01 September - 30 November
Yang Menariknya : Ada daylight saving dan taman-taman lawa
Explanation Tambahan : Aku sampai di Kota London ketika musim luruh. Semasa dalam flight, aku budget yang sejuk gila dan ada snow terus bila aku sampai. Tapi jangkaan aku meleset terbabas jauh. Sebenarnya masa itu musim luruh dan suhu takdalah sejuk sangat sebenarnya. Biasa-biasa sahaja : suhu budget duduk dalam air-cond. Yang bestnya semasa musim luruh ialah kalau pergi taman-taman (yang memang wujud banyak di sekitar London), penuh dengan daun-daun yang berwarna kekuningan. Memang kalau ambil gambar amat cantik dan gaya-gaya dalam filem Korea gitu. Memang ramai orang London ambil peluang ketika ini untuk bersiar-siar di luar. Selain itu, yang bestnya juga ketika musim luruh ialah wujudnya daylight saving. Daylight saving adalah untuk memaksimunkan penggunaan cahaya matahari. Jadi, waktu ataupun time di London akan dilambatkan sejam. Contohnya pukul 1.00 pagi akan menjadi 12.00 tengah malam. Jadi, semasa proses ini berlaku, aku tambah masa tidur aku lagi sejam. Confirmlah aku suka bangat sih!! ^_^


empat musim di london>Berada di utara UK ketika musim sejuk<


empat musim di london>Antara permandangan pertama semasa sampai di LSE<


Musim London Kedua : Musim Sejuk (Winter)
Ikut Wikipedia, Bila Agaknya?? : 1 December - 28 Februari
Yang Menariknya : Boxing Day, Salji dan Winter Break
Explanation Tambahan : Aku pernah cerita kat semua orang kan yang pasal kegilaan semasa shopping di London dan salah satu waktu shopping paling best ialah ketika Boxing Day yang mana semua barang-barang akan diskaun bagai nak gila. Kadang-kadang, aku pun jadi gila bershopping sakan. Boxing Day adalah satu hari selepas daripada Christmas Day. Memang banyak duit habis ketika dan saat ini. Selain daripada itu, ketika musim ini juga ada winter break ataupun cuti sekolah. Cuti sekolah aku ada dalam 5 minggu jugalah. Plan hari itu nak study tapi last-last aku berjalan-jalan di sekitar UK. Masa inilah untuk menenangkan minda daripada study yang berat di LSE. Eh jap, berat ker?! Kui3!! Semasa winter, mestilah ada salji kan? Tapi, untuk pengetahuan korang semua, London memang payah nak turun salji memandangkan ia berada di bahagian selatan UK. Selalunya part-part utara sahaja akan dapat salji yang lebat dan best. Salji di London amat nipis dan kotor akibat pencemaran udara yang melampau. Mana best nak main salji camtu kan?! So, aku gie lepak tempat member aku di Newcastle yang terletak di utara UK. Salji pun memang putih meleput. Tapi sejuk lah...Grrrr~~


empat musim di london>Baru balik dari talk Muhyiddin Yassin di Kedutaan Malaysia<


empat musim di london>Kali pertama jejak kaki di London : Musim Luruh<


Muslim London Ketiga : Musim Bunga (Spring)
Ikut Wikipedia, Bila Agaknya?? : 01 Mac - 31 May
Yang Menariknya : Daylight Saving lagi, Easter Break dan Bunga-Bunga Cinta
Explanation Tambahan : Lagi sekali sebagimana ketika musim luruh, daylight saving lagi sekali dipraktiskan kali ini. Tapi yang bezanya ialah kalau sebelum ini, waktu dilambatkan sejam tapi kali ini dicepatkan sejam. Maknanya kalau sekarang ini pukul 1.00 pagi, maka waktu dipercepatkan menjadi pukul 2.00 pagi. Apa signifikasinya?! Kuranglah masa aku untuk tidur sejam. T__T Memang penting untuk saling mengingati waktu untuk mempercepatkan atau memperlambatkan jam sejam. Tapi kalaiu blackberry dan juga laptop aku, memang automatik. Canggih tul. Kalau tidak, memang boleh hancur segala plan yang dirancang. Untuk pengetahuan semua, semasa musim ini juga ada cuti yang panjang yakni cuti easter selama lima minggu. Sekarang nie aku sedang enjoy cutilah nie. Sepatutnya kena study sebab buka-buka cuti nanti akan terus exam tapi macam tak menjadi sahaja nie. Selain itu, bunga-bunga wajar tumbuh di musim ini tapi setakat aku lihat, belum lagi ada bunga yang mekar. Angin pun masih lagi kuat dan suhu pun boleh diconsider sejuk lagi. Entah bila bunga nak tumbuh nie. Nak petik untuk si dia. Chewah~!!


empat musim di london>Hujung-hujung musim sejuk : Hujan selalu<


empat musim di london>Permandangan Hyde Park ketika musim luruh<


empat musim di london>Musim sejuk di Durham : Utara UK<


Musim London Keempat : Musim Panas (Summer)
Ikut Wikipedia, Bila Agaknya?? : 01 June - 31 August
Yang Menariknya : Summer Break, Cuaca Panas dan Balik Malaysia
Explanation Tambahan : Memang confirmlah kan ketika musim panas, akan adanya cuti musim panas. Aku yakin yang semua tahu kan. Lebih-lebih lagi korang tengok dalam filem-filem dan cerita-cerita mat salleh. Biasanya cuti musim panas boleh menjadi lebih kurang tiga bulan. Untuk pengetahuan semua juga, biasanya para pelajar luar negara (termasuk aku sekali) akan pulang ke negara masing-masing. Sebabnya kerana kos beli ticket kapal terbang adalah jauh lagi murah daripada kos untuk stay sini. Rumah sahaja dah boleh cost lebih kurang GBP520 sebulan yakni sama harga dengan ticket nak balik Malaysia. Tu baru kos penginapan. Belum lagi kos nak makan dan jalan-jalan. Sekurang-kurangnya, kalau di Malaysia, kos permakanan akan ditanggung oleh keluarga. (huk2!! batuk jap) Selain daripada itu boleh aku sambut raya dan juga puasa di Malaysia. Ada senior cakap yang waktu untuk puasa ketika summer maksimun boleh jadi dalam 16 jam tau?! Yakni daripada pukul 4 pagi sehingga pukul 8 malam. Tak tahan kut aku kalau camtu. Oh ya, selain itu, musim panas juga confirmlah panas kan?! Bestnya jumpa matahari!!


empat musim di london>Gambar terbaru dua minggu lepas<


empat musim di london>Terkejut saat pertama jumpa salji di London<


empat musim di london>Membina Snow Man yang memang payah gila<


Uisyh2!! Aku dah kasi story pasal keempat-empat musim yang utama di London. Sebenarnya ada lagi musim-musim lain yang kecil-kecilan dan hanya direka oleh para pelajar. Antaranya ialah musim peperiksaan, musim travel, musim shopping dan bermacam-macam lagilah musim lain yang boleh diconsider penting oleh sesetengah orang. Apa-apapon sekarang ini musim bunga dan aku memang tak sabar untuk pergi lepak di taman-taman dan ambil udara segar. Pergi jalan-jalan ataupun jogging. Tapi persoalan timbul di situ. Rajinkah aku??!! Confirm MALAS!!


*Ada lagi tiga minggu cuti untuk berlepak dan bersantai*
[Gerakan mencari rumah sewa untuk second year bermula mulai lusa]

60 comments:

faramira said...

hoyeaaaaa.... jdik org first komen lg! hehehe...

aku tringin nk merase 4 musim tuh weyh..hooho....

aku paling ske musim luruh n bunge... tgkp gmbr mesti lawa kan?!

summer pon aku ske sbb kwn2 sume balik msia!yeay!hehe

cik kotak said...

salam ziarah..
cik kotak suke ayat last as a student...

"rajinkah aku?!!confirm malas!!"

hahaha..thanx for the info=)

Nur Hidayah Yahya said...

best gila dapat rasa 4 musim kat sana kan.

m a h e y r a said...

wahh !! syiokk ouhhh !!
bile laa ak yg dpt pegi haihhh

zaizax said...

musim kenduri takdde ke? hee
wuah best gila dpt rasa semua2 musim tu, confirm laptop ku akn dipenuhi gmbr2 meronggeng di musim summer hee

cikgadis said...

haha sungguh "hensem" ya org salji tu~ :p
TAHNIAH! Hahaha

blueCITY® said...

wahhhhhhhhhh
seronoknya
jeles jeles

bila ku mahu kesana
bawa la daku kesana ya
ahaks!

Amalina E Azmi said...

waahhh nak pergi jugakkkk.

Shidi Shah said...

ble nk ajak ak p sne ni..??
huhu..

Sarah Mohd Ritha said...

eh .tertanya-tanya la.kan biasa kalo musin sejuk org pki menatang yg macam headphone berbulu tu kan?
apa fungsi dia ek?

puteri cahaya. said...

wah!!.. so interesting!..
(",)

eyDa said...

waahhh...
bce dri info 2 cam best je..hehe
nk rase jugak!!! huuuuu..
ble la dpt merase...

Miss Lula said...

teringin pergi jepun and aussie.. london pun sama hahak :D

LuFFy said...

bes oh..ko nie penyokong kelab bola ap?

✿bieyra dhamira✿ said...

huhu..bestnyee tgk org g sana...
xpe la..nka rasa salji..masuk dlm peti ais jelar..huhu...beku trus..hikhik..

maCy said...

bestnya.. nak jugak merasa :(

rossoneri said...

hukhukhuk ingtkan apala y dia suka sgt daylight saving tuh,rupanya tuk tido lebih??? hahahahhaha adeiiii

f_aRa_aINa989 said...

waaaa...bestnya ayam goreng..ea silap...=p

bestnya 4 musim..haa..br betul..=p

Din.. said...

best nye musim sejuk.. malay xde musim sjk.. musim banjir ada laa..huhuhu

Ummiross said...

bestnya,bestnya,nak p,nak p....

Ryn(^,^)Nas said...

uit...taknak sponsor kite gi sane ker??hukhukhuk...

fatin said...

err..geram betul bila baca blog ni..
rasa nak pergi sekarang je kat london tu..
dan mesti best dapat merasai pengalaman di negara 4 musim..paling teruja nak mengalami musim bila ada salji & musim bunga..
^____^

syue said...

argh, speechless kot. mcm best je london tuu :) mesti seronok kn, ade 4 musim tuuuu!

MiSs TOrA said...

wah sonok nye dpt rasa real musim salji n bunyi n luruh kt cna..sini org pegi bukt chaya alam je kt s.alam ni merasa musim salji hehe..

cikkiah said...

saje buat jeleskan...huhu..
neway belika souvenir banyak..nak bas double decker satu!!heheh ;p

Amirul Faiz Abd. Razak said...

Subhanallah.. best giler tengok korang main salji. :D

missmomot said...

ala..jelesnye..ble nk mrsa sume ne..lalala..

areev19 said...

waaah...bestnye...insyaallah awal blan depan aku akan smpai ke london..ape nasihat abg perantau utk aku? bulan 5 sejuk lg tak? =)

Shiela Latif said...

best baca blog anak malaysia nie...walau duk kat london..blog still bahasa ibunde...senang saya nak membacanyer...buat lagi byk2 n3 bergambar menarik camnie...sure saya datang baca lagi :)ngeh3

Miss Fadhilah said...

wah2...bersuka ria ye dea..hehe

Wahidah said...

rs nk p sana je one fine day nanti..huhuh

ADMAL said...

lawa2..=)
tringin gk ke sana..;)

windi said...

snow mnow tu kata ganda ntah ape pe ntah..mcm curi muri, sorry mory..camtulah..takde maknanye..

Anyway..4 season..bilalah merasa...

Chik chuMeLL said...

tq for the info bro..tgh plan nk ke sana..confirm bro kena jd tourist guide chik dan kwn2..bleh kan??heheh

Aida Effarina said...

kat sini pula ada musim panas dan musim hujan. HAHA. :D mai lah datang melawat malaysia. negaraku.. tanah tumpahnya darahku.. HAHA! :)

[[iidyLL_iceneSS]] said...

suke giler r musim luruh..
snow...xsuke...
xthn sejuk lor...

[[iidyLL_iceneSS]] said...
This comment has been removed by the author.
Situasi_Hidupku said...

Assalamu'alaikum.Teringin hendak merasa 4 musim ciptaan Allah.

Long Haffiz Long Hassan said...

@faramira:hehe..sebut pasal balik malaysia tu, msti trasa nk blnja aku gie mkn kt mamak kn?ahakz..
@cik kotak:tu stndard ayt pljr lah tu..hehe..siapalah yg rjin kn?huk2..
@hidayah yahya:ada musim yg best n ada jugk musim yg cm xbest lgsung tau..huk3
@maheyra:meh2..dlmmimpi..mlm nie puntya mmpi..ready x?ahakz..
@zaizax:ahakz..musim kenduri?tnggu mat-mat salleh kahwin dlu..mner tau diorg jmput kan nnti..ahakz
@cikgads:berpeluh2 tau membuat org salji tu..bygkn lah..berpeluh di dalam cuaca sejuk..heran kan??

Long Haffiz Long Hassan said...

@bluecity:hehe..bwk tu mmg blh..tp duitnya entah ke mana kan?ongkos tarak ada..ahakz
@amalina:meh2..dtg sini meh..hehe..insyAllah..kmpul duit pelan2..lehnya pergi nnti..
@shidi:ajak tu anytime leh..prsoalannya,duit tu ckup or x..ahakz
@sarah:oho..benda tu eh..sllunya masa musim sjuk,mmg sjuk tau..jdi, bnda yg pnting ntuk cover tlinga adlh bnda tu sbb tlinga antra pling cpt sjuk..
@puteri:hehe..cerita ntuk kngkwn smua yg brada di Malaysia..
@eyda:hehe..sy pun xtau..yg pnting, sy dpt wat anda tahu keadaan sbnr di sini..ahakz

Long Haffiz Long Hassan said...

@lula:ahakz..jepun mmg best tpi yg xbestnya adalah amat mahal sekali..kalo aussie pun best dan layan jugaklah..huk
@luffy:sbgai pnykong arsenal sejati,aku mmg lepak arsenal jer tiap masa tua..
@bieyra:ahakz..betul tu..kl nk salji,di dalam peti sejuk ada..lbh kurg cmtulah sbnrnya kalo nk tau..
@macy:kl saji tu,leh merasa kt dalam peti sejuk..seriously samer tau..xtipu..
@rossoneri:tidur yg mngkupi amt penting tau..huk2..extra sejam amat bermaknsa sekali..hehe
@fara ainL:ops..sebut psl ayam goreng tu msti plan nk pau aym goreng sy kn?cpt ngaku..huk2

Long Haffiz Long Hassan said...

@din:haha..tu la pasal..nnti aku balik ganu,kena get ready nk berdepan ngn banjir la..ahakz
@ummiross:nak huruf P?lesen P ker?hehe..memen jer.. :D
@ryn nas:huk2!!batuk dngr prktaan sponsor tu..ahakz..sy nk survive kt cnie pun duk ikat perut..hehe
@fatIn:hehe..tu la tjuan blog nie ditulis.ops..bukan2..tujuan nya untuk share pnglmn..hehe
@syue:hehe..mmg best kalo ada duit sckupnya ntuk gie jjln..kl xder duit,mmg xleh lepas la.
@miss tora:eh..ada kwsn salji gk kt malaysia eh?xtau pape pun..kasi story nnti yerk/.huk2

Long Haffiz Long Hassan said...

@cikkiah:sy bru jer gie survey hrga bas double decker tu tdi.mahunya 5 pound gk tu sbjik..huk2
@amirul faiz:hehe.alhmdulillh bro..nest tu mmg la best tp kena skali bola salji kt kepala,mmg nenong la jwbnya..
@missmomot:kl salji,leh merasa dlm peti sejuk..summer lak leh merasa tiap masa..musim luruh gie dusun n musim bunga gie genting..hehe
@areev19:ko dtg nk clbrate chelsea mng league ker?belum lg k..hehe..buln 5 xsjuk dh..leh pkai tshirt jer..
@shiela:trimas..trimas sbb sudi baca blog sy yg xsbrapa pun sbnrnya nie..huk2
@fadhilah:tu jejalan masa elaun masuk..kl elaun ngh kering,duk bilik n hadap laptop jer la..haha

Long Haffiz Long Hassan said...

@wahidah:insyAllah..sama2 kt brharap yerk..huk2..kmpul duit bbnyk..moga trcapai cita2 tu..
@admal:per yg lawa tu?aku ker?hehehe..
@windi:hehe.tau yg snow mnow tu..sajer wat2 xtau..ahakz..memmen saja yerk.kui3
@chik:buleh2..no prob..tp nk dtg bila tu..kna ckp bbtul lah..leh plan bbtul..huk2
@aida:meh dtg mlwt malaysia?malaysia tu negara kelahiran aku la wei..huhu..
@iidyll:mmg xbest pun snow sbb rasa annoying bila snow tu jatuh dpn muka..mmg xbest tulah..
@situasi:tu la pasal..dpt merasa betapa besarnya kurniaan Allah beri kt kita nie..

Miss Fadhilah said...

hehe..biasa la 2.kata stdnt kn..

-И α Ě ɨ Ľ α- said...

salam long ..lame x komen page..bz ngn cuti easter :)

nanti kan leh x sy nak tau pasal kegunaan daylight saving nih???

penah tye akak senior, but jawapan dowang x pasti ..erm sy ade 1 cdgn untk long

apekte cuti musim pnas manfaatkan dgn bercuti ke ngara lain, Cth: erope, morocco, spain, turki..etc

juwei said...

salam bro. x de jual2 barang2 dr london ke?? huhu..

teringing barang karrimor.. ^^




juweialhaj.blogspot.com

noor afzan said...

seronoknya...
yang masa dilambatkan sejam tu best..
haha~

salji..
saya nak main salji gak..

Sumijelly said...

seronok tgk org berada di perantauan.....hehehehe

untun gkan belajar sampai ke menara gading...
semoga mendapat pekerjaan pula selepas belajar....... AMIN..

bila habis belajar yek??
thanks sbb sudi jenguk blog sumi.


Sumijelly.com

greenrose said...

aisehhh....aku bru je nak usha entry ni..da 49 komen???!!!! bapak gempak smbutan yg diberikn~~~

arghhhhhh!!!! sungguh jeles aku ngan ko...rsnya musim bungan ngan luruh mesti bes kn???

aku da faham psl yg sejam2 kt FB tu...^_^"

sue said...

seronoknya baca blog ni. seperti berada di sana jua.. bilalah dpt ke sana agaknya. huhuhu...

areev19 said...

heehe...dtg bcuti dgn family.. tp klo chelsea mnang league da kire bonus tuh..hahaha :D

husnazainal said...

wah...best nye dapat rasa sume tu...huhuh

Fyra Ruslan said...

wah,nk g london masa musim autumn la.. haha.
bleh amik gambar gaya2 korea segala bagai. haha.
ada daylight saving lg..
^.^

berbaloi-baloi..
=)

Long Haffiz Long Hassan said...

@fadhilah:tu la pasal.standard student ttp la kan..dasar pemalas tu stil ada..hehe
@naeila:nk bercuti tu mmg trget la..tpi,probnya adalah duit yg xder..sbut psl duit nie mmg sob2!!
@juwei:mmg plan nk wt jualan murh pun tp skrg duit ngh xder lg..jdi,sbar2 la nnti2 yerk..ahakz
@afzan:kalo dilmbtkn sejam tu mmg la best tp kalo diawlkn sejam tu?xbest kan?
@sumijelly:bila abus bljr yerk?huk2..abisnya dlm bulan june taun 2012..so,2 taun lgilah..
@greenrose:bgus2..phm pun ko eh..aku tulis ntuk bgi ko phm jer tu..haha..trhru x?
@sue:hehe..inilah tjuan blog ini dicipta..ntuk bgi pluang kpd yg xbrksmptn ntuk merasa sekali..
@areev19:ak duk pnas tngk match arsenal nnti..oho..buln 5 eh?xpnas dh..cuaca okay2 nnti..
@husnazainal:hehe..mmg syukurlah dapat meras nie semua..jarg dpt rasa kan..
@fyra:ahakz..tapi kna dtg awl autumn la..kl dtg hjung2 autumn dh sjuk sbb nk msuk musim len kn..

Nur Hidayah Yahya said...

nak main salji~~

greenrose said...

hahaha..aku memg memahami la weyh...jap3..rasa amat terharu smpy da bergenang air mata ni...tisu pelis~~

xde rupa snow man pon snow man yg korg buat tuh..hehehe

Long Haffiz Long Hassan said...

@hidayah:percayalah bahwa salji itu amat tidak best.,sejuk dan annoying sngat..ahakz
@greenrose:eh..snyp2..ada rupa tu kan?huk3..pyh kut nk kasi bina benda tu..

Xavi De said...

cam bez jer maen salji... nk g duk lam peti sejuk r jap..lepak dalam tu..XD
tp ada member yg duk kat negara 4 musim, dorang cakap salji ni xbaek utk kesihatan..btl ker..?

Anonymous said...

Ape yg bes sgt nye..:p

    Related Posts with Thumbnails