Sebenarnya aku plan nak pergi berblogwalking sekarang tetapi entah kenapa, internet yang slow membuatkan aku tak boleh buka page-page ataupun blog-blog yang ada nuffnang. Entri blog tu memang ada tetapi di bahagian sidebar (tempat selalunya ada kotak jerit) tak dapat nak loading. Adakah disebabkan internet hall aku yang betul-betul lembab walaupun atas dasarnya, aku duduk di London?! Memang tengah frust dan otak aku pun rungsing sebab banyak sangat benda nak kena settle guna internet!! T___T
Memandangkan aku tak boleh nak berblogwalking buat masa sekarang, jadi aku pun mengambil keputusan untuk menaip ataupun menulis satu entri baru. Memang ikut jadual yang sepatutnya menulis entri tul aku nie kan?! Sekarang jam menunjukkan pukul 9.36 malam dan aku baru sahaja melangsaikan tugas aku sebagai tourist guide di London. Penat tu memanglah campur pulak dengan stress internet buat hal. Harap-harap selepas midnight nanti okay semula lah. Tapi memang kacau kehidupan betullah. Tak London lah kalau macam nie gak~!!
Sambil duduk lepak menenangkan perasaan, aku pun buka website onemanga.com dan juga mangafox.com untuk tengok dan baca manga. Aku pun bacalah beberapa biji manga yang aku rasa menarik. Siapa yang tak suka manga?! Aku yakin teramat sangat bahawa semua orang suka baca manga ataupun komik kan?! So, kali ini aku nak share beberapa komik ataupun buku kartun yang aku baca di Malaysia. Mungkin ada beberapa yang dah berabad lepas tapi ini senarai komik yang aku layan daripada kecik lagi. Belajar membacalah katakan!!
Komik Suka Satu : Kreko
Kisahnya Pasal?! : Aku yakin yang kalau korang semua selalu duduk lepak di kedai-kedai penjual surat khabar untuk mendapatkan bahan bacaan secara percuma, Kreko adalah salah satu komik wajib baca. Aku memang suka betul-betul baca Kreko dan aku memang kumpul Kreko sejak aku Form One lagi. Kalau kat rumah aku di Terengganu tu, dah boleh buat library Kreko dah. Kreko adalah satu komik yang mengumpulkan siri-siri manga popular Jepun di dalam satu buku. Di sebabkan ada banyak jenis manga dalam komik ini, jadi memang berbaloi untuk beli buku ini. Harganya yang dalam RM4.00 memang boleh diconsider murah dan cerita pun memang best dan tahap terbaik. Dari sinilah aku kenal pasal Jepun dan juga manga-manga terkenal seperti Naruto, Fullmetal Alchemist dan juga Eye Shield 21. Tapi memandangkan sekarang aku dah boleh baca semua manga tu online, jadi tak perlulah aku membazirkan duit untuk beli lagi. Ngeh3!! Confirm jimat!!
Komik Suka Dua : Ujang
Kisahnya Pasal?! : Aku kenal watak Din Beramboi melalui komik Ujang. Semasa itu, dia merupakan salah seorang daripada karikatur untuk komik Ujang. Ujang memang best sebab lawaknya memang bebetul lawak style Malaysian yakni lawak yang tak berapa menjadi. -_-" Dengan pelbagai part seperti lawak antarabangsa, lawak antarabenua, dee dan bosnya dan pelbagai jenis lagi, komik Ujang memang boleh aku banggakan sebab itu produk buatan Malaysia sepenuhnya. Selain Ujang, komik-komik yang sewaktu dengannya seperti Apo dan lain-lain pun best juga. Gaya dan gambar kartunnya adalah asli dan penuh dengan unsur-unsur yang baik. Tapi aku memang layan Ujang dulu pun kalau member-member aku beli. Kalau member-member aku tak beli, jangan nak haraplah kalau aku nak membazirkan duit aku untuk beli komik-komik camnie. Better aku simpan menabung~!!
Komik Suka Tiga : Gempak
Kisahnya Pasal?! : Aku yakin yang korang mesti tahu dengan Gempak kan?! Gempak dengan sanak saudaranya seperti Utopia dan Hype memang menguasai zaman remaja aku yakni zaman aku di sekolah menengah. Sekarang nie pun aku still remaja lagi yerk. Setiap kali aku berkunjung ke bilik-bilik member aku, mesti akan ada majalah Gempak di mana-mana sahaja. Tak kiralah di atas meja ataupun di bawah katil. Memang bahan bacaan ruji budak-budak asrama selepas daripada Gempak dan juga Ujang. Selain itu, di dalam majalah Gempak juga ada banyak pertandingan yang menarik dan hadiah-hadiah pun memang santai sahaja. Antara isi kandungan di dalam Gempak yang masih aku ingat ialah pasal Zint, Under 18, Lawak Kampus dan banyak lagilah cerita-cerita yang best. Tidak juga ketinggalan Lowkey and the Gang. Memang asyik gila baca. Kalau duk asrama, memang dah siap tempah awal-awal walaupun member baru nak pergi beli lusa. ^_^

>Detective Conan yang banyak tambah pengetahuan aku<
Komik Best Lain : Utopia, Hype, Beep, Kawan, Wira Tunggal The Series, Arena Komik, Apo, Detektif Conan dan pelbagai jenis dan pelbagai unsur-unsur komik yang lain lagi.
Memang aku akui bahawa baca komik nie memang best tapi kadang-kadang still boleh melalaikan. Sebab kuat sangat baca komik, waktu sembahyang dilewat-lewatkan dan banyak lagilah unsur-unsur lain yang tidak sihat. Aku baca komik pun sebab nak tambah pengetahuan : terutamanya dari komik-komik macam Detektif Conan. Macam biasa, setiap kali aku cerita pasal kegemaran aku, mesti aku akan tanya kegemaran korang juga. Agak-agak, korang ada cadangan any komik ataupun manga yang best tak?! Sila cadangkan!! #_#






24 comments:
Dulu aku kaki Gempak bro, tapi semenjak habis sekolah menengah, aku dah tak kumpul lagi. Tapi Lawak Kampus tetap jadi koleksi~
mse mude2 dlu ,aku kumpul gempak starz punyer komik...
tp aku slalu bace yg jiwang2 punyer la dlu2...(malu lak bile igt balik.haha)
koleksi yg paling aku ske 'Hari2 Midori'
huhuhu
aku suka baca utopia ngan komik koleksi gempakstarz yang comel2 dan cun2 kartun dia. kalau dapat gaji jangan bawak aku pergi kedai buku.boleh berhabisan kat sane beli koleksi komik tu.
time sekolah rendah dulu rajin layan ujang. every month mesti beli, sanggup naik basikal pegi kedai semata-mata nk carik komik ujang. bila pindah rumah dan kemas2 barang, baru perasan komik ujang penuh satu kotak. (o.0)
lawak kampus bestt...
apo! pon ok gak
time sekolah rendah dulu rajin layan ujang. every month mesti beli, sanggup naik basikal pegi kedai semata-mata nk carik komik ujang. bila pindah rumah dan kemas2 barang, baru perasan komik ujang penuh satu kotak. (o.0)
@ismail noh:lawak kampus mmg lawak kut..lawak sempoi dan buatn malaysia lak tu..bangga aku jap..ahakz
@faramira:eh..pekebenda tu?hehe..sorila..xbrp nk lyn kalo bab2 jiwang nie.ahakz..lyn yg gnas2..
@hidayah:pergh..nie mmg kemaruk baca komik nie,,msti brtmbun komik kt rumh kn?xnk share ker?
@aida:uisyh..kayuh basikal mrntas hujan..masyuk2..haha..nie mmg smngt gila nie kn..cpt ngaku..
@mv medi:lupa nk tulis kt stu komik gila-gila..gila-gila pun best gk kalo lyn..huk3
haha komik???bole la layan jgk..lawak kampus tu agk klaka jgk la..aku blh gelak jgk..
tp..sbb kemaruk sgt ngan ujang dlu la aku pkai spek smpy skang...curi2 bc ujang dlm gelap pdhal kna tdo time tu...haha
x minat manga~~~
@greenrose:ko ptut cuba baca manga..sbgai pmint sjati komik,tu sbhgian isu pnting dlm komik tau..
huhu..ntah la..manga cm plek..hahha mst ko bengang ngan statement aku ni !!!
arsenal kalah weyh..ngan barca..4-1..mst ko x blh tdo lena..huhu sian3...
Assalamualaikum,,,liza banyaknyer komik awak baca.. Liza suka baca novel jer ..komik kureng sikit la.
kalau sudi singgah blog liza
http://muaturunretro.blogspot.com
@greenrose:dah2..ttp kes psl bola..ak tngk straming online cm nk lempar jer laptop aku nie.
@liza:eh..singgah xsign in ker?novel xsuka sngt sbb sllunya novel nie jiwang2 kn..huk2
suka gak lawak kampus..=D
kesimpulan, taste majalah anda bagus...=p..
jue ada bnyak koleksi gmpak starz.
agak mahal,, so org tak leh pinjam yerr..
he3
nurul suka komik ujang dgn dect. conan. mantapppp. hehehhee. ;p
@fara aina:well..mmglah..org2 yg suka komik cam saya mmg bgus taste komiknya..ahakz
@jue:yerker?kasilah pinjm jue..xbek kedekut2 nie..
@nuruh:pergh..detektif conan tu mmg terbek punya komikla gua ckp..
aku pon suke lawak kampus..lawak gile!hehehe..si kosong!
@diabella:haha..si kampus tu mmg gila..si kosong tu siap blh nk buh diri sbb sllu fail exam..
arena komik.
@nadcan:kreko lgi ku gemari..haha
kreko memang best untuk di bace.....
syie paling suke bce ujang n tgk citer dtective conan tu..
baca komik ni bt kita rasa lebih rilex n dpt gelak2..kn2
sempat kumpul kreko.. sampai 20 kut... pastu dah stop... lepas kawin..
assalam..sy ad koleksi gempakstarz utk dijual..sila ke link album fb sy..tq http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1520070127461.2068005.1405778361&type=3
Post a Comment