Semasa korang tengah duduk lepak-lepak, pernah tak korang ditegur oleh seorang pelajar Malaysia yang belajar di luar negara? Mesti agak jarang kan?! So,aku tukar sedikit soalan aku. Secara jujurnya, apa yang korang fikirkan pasal pelajar Malaysia di luar negara? Bijak, kaya, (poyo??), peramah dan pelbagai lagi mesti terlintas di fikiran korang. So, untuk membetulkan statement itu, aku bersusah payah di sini ingin menerangkan realiti sebenar kehidupan pelajar Malaysia di luar negara. Ini adalah kes umum yerk. Kes-kes terpencil dan jarang-jarang berlaku bolehlah ditolak ke tepi awal-awal.
>Jangan pergi main salji dengan berpakaian sebegini<
Kes 1 : Kepandaian
Fantasi : Pelajar-pelajar Malaysia di luar negara mesti semuanya bijak tahap superb. Sebab itulah dapat tawaran untuk belajar di luar negara. Mesti result gempak dan konsisten jer selalu.
Realiti : Kalau bijak tahap superb tu, confirm tipulah. Kitorang pun manusia biasa gak. Ada up dan ada down juga. Ada sahaja pelajar yang asyik lost dalam pelajaran : termasuklah diri aku sendiri. Pastu, ada juga pelajar yang belajar di luar negara atas tangunggan ibu bapa. Result cukup-cukup makan sahaja tapi sebab berkemampuan, diorang hantarlah anak diorang belajar di luar negara. Nampak cam hebat sikit. Tapi ada saja yang kaya dan bijak pada masa yang sama. Itu memang terbaiklah. Ahakz!!
Kes 2 : Cakap English
Fantasi : Mesti pelajar-pelajar ini hebat speaking English. Study di overseas la katakan. Tiap-tiap hari mesti bercakap English 24 jam, termasuklah sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi.
Kes 2 : Cakap English
Fantasi : Mesti pelajar-pelajar ini hebat speaking English. Study di overseas la katakan. Tiap-tiap hari mesti bercakap English 24 jam, termasuklah sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi.
Realiti : Speaking?!! Please la. Apabila diperlukan sahaja, barulah kitorang akan speaking. Sama-sama pelajar Malaysia, mostly just cakap Malaysia la. Kalau nak speaking pon, mesti ada yang tergagap-gagap walaupun sedikit. Ada pelajar yang English memang fluent habis tapi nak cakap setiap masa : memang jarang untuk berlaku!! Ramai pelajar-pelajar yang aku jumpa, English biasa sahaja. Takdalah nak dikatakan gempak. Mungkin pelajar di Malaysia lagi fluent. Semua sama sahaja.
Fantasi : Kenapalah pelajar-pelajar Malaysia ini suka berpuak-puak? Just bersosial di kalangan melayu diorang sahaja? Kurang yang cuba untuk berkawan rapat dengan pelajar-pelajar asing.
Kes 3 : Sosial
Fantasi : Kenapalah pelajar-pelajar Malaysia ini suka berpuak-puak? Just bersosial di kalangan melayu diorang sahaja? Kurang yang cuba untuk berkawan rapat dengan pelajar-pelajar asing.
Realiti : Errrkk.. Sorry sikit. Bukan tak sudi tapi sekiranya hendak menjadi kamcing rapat kepada mereka, kita seolah-olah perlu menjadi seperti mereka. Perlu ke clubbing, perlu minum and whatever untuk menjadi sebahagian daripada mereka : nie petikan kata-kata senior aku. Kami bukannya tidak bertegur sapa langsung tapi pergaulan adalah terbatas kepada syariat agama. Yang mana yang elok, kami ikut lah. Dan, for sure kami still berkawan (walaupun tak dikira as kamcing) dengan pelajar-pelajar asing. Aku pun ada study-mate daripada Finland sorang bernama Pekka!!
Kes 4 : Kaya
Kes 4 : Kaya
Fantasi : Dah nama pun budak belajar luar negara, mesti kaya kan?? Mesti mak bapak ada rumah banglo berbiji-biji dan kereta berdozen-dozen ni. Kalau tak kaya, jatuhla standard pelajar luar negara.
Realiti : Kebanyakan pelajar di sini adalah dibawah tangungan biasiswa daripada beberapa agensi. So, kami hidup pun bergantung kepada elaun yang diberi. Kalau sedikit yang diberi ,miskinlah jawabnya dan juga sebaliknya. Contohnya : aku setiap hari akan cuba untuk menimakan perbelanjaan sebab takut tak cukup duit masa akhir bulan. Ala, macam masa terima gaji la. (Next payday please!!)
Kes 5 : Cuaca
Fantasi : Bestnya dapat main salji. Cuaca tak panas macam Malaysia.
Kes 5 : Cuaca
Fantasi : Bestnya dapat main salji. Cuaca tak panas macam Malaysia.
Realiti : Siapa cakap salji best, confirm aku lastik hidung dia. Salji amatlah sejuk teramat-amat dan menyusahkan kehidupan seharian. Kalau nak pergi kuliah ataupun nak pergi ke mana-mana sahaja, terasa amat annoying sekali dengan salji ini. Pakaian pun basah dan lembap. Muka lak penuh dengan salji yang jatuh dari langit. Memang argghh~!! (sukar digambarkan dengan kata-kata)
Fantasi : Confirm diorang nie study 24 jam macam ulat buku. Duduk dalam bilik dan tak keluar-keluar dah. Kalau berborak pun, mesti pasal topik-topik yang susah nak difahami orang biasa dan berilmiah.
Kes 6 : Nerd
Fantasi : Confirm diorang nie study 24 jam macam ulat buku. Duduk dalam bilik dan tak keluar-keluar dah. Kalau berborak pun, mesti pasal topik-topik yang susah nak difahami orang biasa dan berilmiah.
Realiti : Kami pun manusia biasa (cam aku dah bagitahu kat atas tu). Time study, kami memain. Time main, kami lagilah memain. Kami pun ada kehidupan normal jugak. Shopping, melancong, bersukan memang jadi sebahgian aktiviti harian. Kalau cuti, pergi ke Holland, Italy, Spain, Germany dan pelbagai lagi. Masa boxing day, shopping bagai nak gila. Aku pun habiskan lebih dari GBP 200 masa tu. So, convert-convert habislah dalam RM1000. Aktiviti futsal setiap minggu diadakan tanpa excuse. Masa inilah untuk menunjukkan skill-skill yang dah berkarat. Aku score hampir setiap games. Opss..terbangga jap. Tak sengaja yerk.
Ini adalah sebahagian daripada kisah benar seorang pelajar di luar negara. Bak kata orang -orang tua, indah khabar dari rupa. Belajar di luar negara bukannya best sangat pon. Tapi memang ada pro dan kontra dalam semua hal kan? So, sama-sama kita semua fikirkan. (^_^)/
*Kita semua sama sahaja : Hanya rezeki dan usaha yang berlainan mungkin*
[Ini antara entri terawal aku yang baru dikemaskini dan dipublish kembali untuk semua]
[Ini antara entri terawal aku yang baru dikemaskini dan dipublish kembali untuk semua]