Nampaknya permintaan untuk cerita-cerita di London makin bertambah dan peminat setia pun dah bertambah seratus lagi menjadi 200 lebih. Terima kasih kepada pengikut blog ini dan aku hargai teramat sangat. Namun, aku agak busy untuk minggu ini dan minggu depan. Jadi, agak sukar (payah?!) untuk aku berkongsi cerita-cerita baru. Namun, demi korang semua, aku akan berusaha untuk mencari masa yang terluang. *wink2!!*
Kali ini aku akan memberi satu cerita masa tidur (bedtime story!!) berkisarkan pasal barang-barang penting yang korang semua kena bawa sekiranya hendak keluar ke Kota London. Maksud aku ialah; kalau nak pergi mana-mana di London ini, apa yang korang wajib bawa bersama dan tidak tertinggal. Segala gadget yang disenaraikan adalah bergantung kepada yang mana paling penting. Walaupun ini cerita masa tidur, pastikan mata tidak tertidur. Buka luas-luas. o.O
Gadget Satu Penting : Oyster Card atau Photo Card
Pentingkah?! : Ini merupakan barang wajib bawa ke mana-mana sahaja. Oyster Card ataupun Photo Card wajar dibawa dan kepentingannya adalah lebih penting berbanding dompet or bank card. Sebab dengan adanya card ini, anda dapat travel menggunakan pengangkutan awam di London. Kalau tiada kad ini, macam mana hendak bergerak pergi mana-mana kan?! Duduk di depan hall sahajalah jawabnya. Oyster Card sudah diceritakan dalam post lepas. Photo Card ini samalah macam Oyster Card tapi ia digunakan oleh para pelajar sahaja dan dapat 30% diskaun dari harga yang dicaj ke atas Oyster Card. Lagi murah lah jawabnya. Lagi jimat!! (YES!! Aku Suka!!)
Gadget Dua Penting : Beg Duit (Plus Bank Card)
Pentingkah?! : Ini merupakan barang kedua terpenting bagi aku selepas Oyster Card. Kalau dah ada Oyster Card tapi duit pula tiada, bagaimana ingin berbelanja sih?! Di London, aku (dan lain-lain juga) kurang menggunakan wang ringgit. Hampir semua urusan adalah menggunakan Debit Card. Aku gunakan Lloyds Tsb Bank sebab diorang sediakan kewangan Islam. Pastu, kalau nak bayar apa-apa sahaja walau serendah mana pon (termasuk pence-pence), terus sahaja slide card tu. Namun, kena bawa jugalah sekeping dua wang kertas dan beberapa syiling sebab ada kedai makanan yang tidak menyediakan perkhidmatan untuk aku slide Debit Card aku. So, taknaklah kalau nak bayar nanti kan, tapi tiada duit kecil. Malu dong~!!

>Lambang bank yang aku guna<
Gadget Tiga Penting : Pinky Blackberry Curve 8900
Pentingkah?? : Confirm P.E.N.T.I.N.G!! Sebelum itu, kasi cerita sikit. Semasa aku berjalan blog, aku ternampak tajuk Hanis Zalikha pasal Blackberry dia. Aku pun ada gak~ (Poyo~!!) Okay!! Aku di London menggunakan telefon Blackberry series ini. Dan aku amat suka telefon ini kerana ia menguruskan kehidupan seharian aku. Nanti aku buat spesial post pasal ini. Tapi kalau aku pergi ke mana-mana sahaja, aku memang akan bawa bersama Blackberry aku. Oh yer, namanya Pinky (errkk~!!) sebab case dia berwarna Pink. Kisah lebih lanjut akan aku cerita dalam kisah blackberry aku di masa akan datang. Jadi, tunggulah korang semua yerk.
Gadget Empat Penting : Payung atau Hoodie or Baju Hujan
Pentingkah?! : Memandangkan cuaca di London yang umpama hendak bermain Cak!!Cak!! dengan aku, jadi aku akan pastikan aku membawa perlindungan daripada hujan setiap masa. Ramalan cuaca?? Aku rasa tak pernah hendak betul kut. Aku tak suka sangat bawa payung sebab memberatkan beg sahaja. So, aku selalu pakai Hoodie. Korang tahu tak apa benda ini sebab semasa aku mula-mula datang London dahulu, aku tidak tahu langsung apa itu Hoodie. Hoodie ialah sweater yang ada hook di belakang yang boleh tarik untuk tutup kepala. Tak faham jua?! Nah!! Ambil gambar sebiji!!
>Blackberry Bold kawan aku punya<
Gadget Lima Penting : Pakai Thermal Ware
Pentingkah?! : Memandangakn suhu di London di bawah paras 5 degree dan boleh mencecah negatif, thermalware amat penting untuk dipakai sekiranya hendak pergi ke mana sahaja. Thermal ware adalah sebiji or sehelai or sepasang or ....... pakaian di bahagian dalam. Umpama pakaian dalamlah. Just boleh memberi kepanasan dan kehangatan. Sebenarnya, mana ada hangat sangat pun. Tipu saja tu. Tapi bolehlah kalau nak tahan sejuk sedikit. Kalau tak, memang boleh beku kesejukan.
Gadget Enam Penting : Lips Balm (Plus Losyen)
Pentingkah?! : Memandangkan suhu di sini adalah sejuk dan kering, maka angin-angin yang menghembus boleh menyebabkan kulit kering. Bibir pun kering dan merekah juga. Jadi, sebagai persediaan, kena bawa losyen dan lips balm bersama untuk pastikan kulit sentiasa lembut dan suci berseci. Chewah~!! Tapi, aku jarang bawa dan pakai kedua-dua benda ini. Sebab itu kalau korang tengok, muka aku dah licin dihakis angin London. Encem kan?!
Jadi, itulah sebahagian daripada benda-benda penting yang aku selalu bawa kemana-mana sahaja aku pergi. Yang paling penting ialah the first three (opss..terspeaking~!!) Sebagaimana yang aku janjikan jua, aku akan buat satu blog post khas bersempena Blackberry Curve 8900 aku. Nama dia Pinky tau!! Tapi tak tahu lagi bila nak ada masa tu. Jadi, teruskan mengikuti dan apa-apa komen, silalah kemukakan yerk.
*Cuaca dah makin cerah!! Aku suka!! Tapi janganlah panas sangat*
[Siapa nak tolong aku buat assignment economics dan math?! Aku bagi keychain London]
[Siapa nak tolong aku buat assignment economics dan math?! Aku bagi keychain London]


