My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Friday, May 28, 2010

Isu Crocs & Segan Dengan Perbualan British Ini

Singgah blog mana-mana, mesti rancak berbicara pasal Crocs kan?! Sibuk betul sekarang dengan isu tulisan or perkataan Allah yang terdapat di Crocs yerk?! Kawan aku sempat bertanya dengan ustaz kami di United Kingdom untuk bertanya pendapat beliau mengenai hukum memakai kasut Crocs ini. Komennya adalah seperti berikut :

Pada asalnya, dia gelak mendengar persoalan itu. Menurut beliau, sebenarnya mungkin tulisan di Crocs itu hanya nampak tak nampak sahaja dan hukumnya tidak berdosa kalau tidak disedari. Lagipun, kewujudan perkataan Allah itu agak jelas nampak selepas disambung-sambungkan designnya itu. Kalau tak, mungkin tak perasan pun kan. Tambah beliau lagi, kita tidak bolehlah berprasangka terhadap orang lain : mungkin pencipta Crocs tu tiada niat untuk meletakkan perkataan Allah itu dan mungkin juga berlaku secara tidak sengaja. Memanglah ada non-muslim yang nak menjatuhkan muslim tapi janganlah kita berprasangka buruk terhadap mereka sebab bukan semuanya sama dan bukan semuanya datang daripada mereka adalah buruk dan jahat.


crocs menghina islam>Sibuk tul isu crocs : Isu masalah sosial taknak fikirkan sekali?!<


Selain itu, beliau juga hairan kenapa isu minor seperti ini dijadikan isu besar?! Maksudnya sekiranya benar pencipta Crocs itu berniat sedemikian rupa, yang mampu kita buat hanyalah memboikot crocs yakni itu antara urusan kita (diri sendiri) dan dealer Crocs. Kenapa isu yang lagi besar tidak dibawak ke tengah seperti isu judi, isu aurat, isu buang anak, isu seks rambang, isu pelacuran, isu gay dan lesbian dan macam-macam lagi masalah social lain yang adalah jauh lebih penting. Lagipun isu-isu ini melibatkan kita diri sendiri dan keimanan dalam diri kita : urusannya melibatkan diri sendiri dan dealer kta yakni Allah SWT. Fokus kepada isu yang lagi besar dan melibatkan pahala dosa diri sendiri dahulu : Bak kata ustaz kami ^_^

So, itulah sahaja perkongsian aku hari ini. Sorry memandangkan agak pendek daripada kebiasaan dan belum buat sambungan untuk entri semalam. Aku hanya berkongsi apa yang disharekan dengan aku kerana menjadi satu keperluan untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan semua. Aku harapkan kita semua mampu untuk bersama-sama membanteras isu-isu seperti isu judi, isu aurat, isu buang anak, isu seks rambang, isu pelacuran, isu-isu yang korang sendiri faham rasanya. Harap-harap dapat disebarkan yerk. Sebarang perbahasan diharapkan dapat dielakkan sebab rasa macam tak cukup ilmu nak jawab. Papepon, yang boleh dijawab, aku cuba jawabkan!! InsyAllah!!


crocs menghina islam>Kerana nila setitik rosak susu sebelanga<


crocs menghina islam
>Secara tidak langsung : isu church menimbulkan tempiasnya<


Tambahan sedikit :

Ini merupakan satu perbualan yang aku dapat daripada member aku yang dia dapat dari member dia yang turut study di UK. Just nak share dengan korang semua. Agak-agak, apa pendapat korang yerk?!

Anonymous : I like your accent, where are you from?
The friend of my friend : Ohh thanks. I'm from Malaysia
Anonymous : Ohh, is that the country that burn churches?

P/S : Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tak dapat nak minum susu lagi dah!! TT__TT


*So, camner?! Entri paling pendek pernah aku tulis rasa-rasanya!!*
[Cepat! Siapa nak tolong aku kemas bilik dan packing barang storage?!]

Part Dua : You're A Malaysian Who's Been to UK If...

Sebelum aku memulakan bicara aku hari nie untuk sambungan entri semalam, aku nak berkongsi dengan korang semua apa yang aku jumpa hari nie. Selepas aku penat menggeledah serata London untuk mencari apartment dan rumah untuk term depan, aku berjumpa dengan member aku. Dia cerita kat aku pasal ayam panggang ataupun ayam bakar yang dijual di Finsbury Park. Aku pun dengan kadar segera terus ke Finsbury Park dan beli ayam bakar tu. Hazab yang teramat sangat! Hazab giler! Hazab giler!! Inilah first time aku makan ayam panggang di London dan juga di UK sebenarnya. Dahla harganya murah sahaja : yakni GBP 3.50 untuk seekor ayam kecil. Sedap dan hazab!! Korang mesti jeles kan?! ^_^


kehidupan pelajar di luar negara>Aku selalu turun Finsbury Park untuk beli makanan<


kehidupan pelajar di luar negara>Rindunya rasa nak makan sambal belacan : Sini harganya 50 pence<


Memang excited gila aku tengok ayam panggang halal tu tadi. Dahla payah nak jumpa yang halal kan. Murah pulak tu. Ngeh3!! Apa-apapun, aku sudah memulakan edisi pertama pengemasan bilik dan barang. Apa-apapun, penat betul aku rasa hari ini. Sejak duduk di London nie, memang kurang bersukan kan. Jadi, stamina dan daya tahan kardiovaskular pun dah merudum. Balik Malaysia nanti, kena kasi sukan dan exercise lagi. Alright!! Cukup pasal sedikit update life aku. Kita sambung entri semalam. Jom scroll down~!!

You’re A Malaysian Who’s Been to UK If…..

10. You made more Malaysian friends in the UK than British friends : Kalau di sini, memang aku berkawan dengan lagi ramai Malaysian berbanding dengan UK friends. Bukannya tak berkawan langsung tapi lagi selesa dalam komuniti sendiri : tak kisahlah anda melayu, cina ataupun india. Kalau nak berkawan rapat dengan orang-orang sini, kita seolah-olah kena menjadi seperti mereka yakni ikuti kehidupan mereka : macam aku pernah bagitahu dulu-dulu.

11. You shed a tear when youtubing over streamyx : Ini dikongsikan oleh student Malaysian yang belajar di UK yang sudah kembali ke Malaysia. Korang cakap Streamyx laju dan memang terbaik kan?! Tapi berdasarkan ulasan member nie, nampaknya internet di UK jauh lagi laju berbanding di Malaysia. Aku harapkan, by tiga dan empat tahun lagi, part internet Malaysia akan berkembang dengan majunya ^_^


kehidupan pelajar di luar negara>Inilah chef celebriti di UK : Nama dia Gordon Ramsay<


kehidupan pelajar di luar negara>Mahunya Chef Wan jadi macam Gordon Ramsay kan?!<


12. You wished there was Amazon.com.my and that easy online was just as easy and safe back home : Aku sendiri akui bahawa aku menghabiskan banyak gila duit di Amazon.co.uk. Hampir semua barang-barang keperluan aku dapatkan di sana. Tak perlu susah-susah pergi keluar shopping dan kadang kala, harganya lagi murah dari shopping complex di luar. Kalau Malaysia ada perkhidmatan dan servis sebegini, senang urusan dan kerja aku. Hidup pun makin senang-menang!!

13. You actually queue : ini berlaku kepada diri aku sendiri tanpa aku langsung sedari. Sebelum nie agak jarang untuk aku beratur sebab aku malas beratur. Kalau macam nampak ramai orang, aku akan tunggu untuk the next trip. Tapi kalau di London, aku still rasa nak beratur sebab setiap detik masa amat bermakna. Lagipun, takkanlah aku nak pintas orang di depan aku memandangkan semuanya pakat beratur. Aku pun beratur jugaklah.

14. Genting is too hot for a jacket : Di manakah kawasan yang paling sejuk di Malaysia?! Aku budget-budget Genting lah yerk sebab ramai yang nak rasa cuaca sejuk akan ke sana. Pastu, sampai di sana mesti pakai pakaian yang tebal-tebal gaya overseas tu. Sebenarnya kan, kalau pakai jacket di Genting tu boleh diconsider panas sebenarnya. Kalau dah biasa dengan cuaca di London, suhu di Genting tu macam biasa-biasa sahaja. Ngeh3!!


kehidupan pelajar di luar negara>Aku main salji pakai camnie sahaja : Genting tu cikai jer<


kehidupan pelajar di luar negara>Kalaulah Malaysia ada perkhidmatan Amazon kan best<


kehidupan pelajar di luar negara>Di sinki ada dua tab : Satu panas dan satu sejuk<


15. You wished Chef Wan cursed like Gordon Ramsay. "Now mak cik, pour in the fucking belacan!" : Siapa di sini yang kenal Gordon Ramsay? Rancangan Hell Kitchen?! Okay2!! Gordon Ramsay nie lebih kurang macam Chef Wan lah yakni dikategorikan sebagai chef selebriti. Dia nie dikira memang popular lah. Yang tak bestnya, dia kuat mencarut dan cursing. Mood pun selalu tak menentu. Bayangkan kalau Chef Wan camtu kan?! *muehehehe*

16. You wished they’d just have one tap instead two, so you won’t burn your left hand and freeze your right hand : Di dalam tandas ataupun bilik mandi, mesti ada tab air kan?! Di London ataupun UK, ada dua paip di tab itu. Satu air sejuk yang amat sejuk dan satu pulak air panas yang amat panas. Tujuan diasingkan adalah sebab air sejuk tu boleh diminum terus (macam biasa korang tengok dalam cerita omputeh) tapi air panas pulak tak boleh. Paham murid-murid?!

17. You notice a sudden increase in the number of cards you have in a wallet : Ini pun satu kes utama jugak. Kalau di Malaysia, dalam beg duit aku langsung tiada kad. Hanya ada kad ATM sahaja dua tiga bijik. Tu pun kadang-kadang tak bawak. Tapi di UK, ada banyak kad kena bawak bersama. Kad bank sebijik, Oyster Card untuk travel, Student ID untuk preparation pape, Boots Card dan macam-macam lagilah kad bonus point lain tau. Berat beg duit aku!! -_-"


kehidupan pelajar di luar negara>Streamyx yang paling laju masih boleh diimprove lagi<


kehidupan pelajar di luar negara>Gambar sampingan : Musim winter di Middlesbrough : Jeles tak?!<


Alright! Malam nie aku kongsi lapan lagi pengalaman kehidupan di London ataupun UK nie. Sorrylah yerk memandangkan hari nie aku letih sedikit. Tadi dah satu petang habiskan masa untuk pergi cari rumah. Besok selepas sembahyang jumaat, aku nak sambung pergi cari rumah sewa lagi dengan member-member semua. Sudah hidup kalau still tak jumpa jugak rumah within kitorang punya budget. Korang semua doa-doakanlah yerk. Nanti balik Malaysia, kena cari rumah untuk sewa di Kuala Lumpur pulak. Banyak benda kena settlekan nie. Penat dan nak tidur sudah~!! *p^


*Besok akan berdepan dengan hari yang memenatkan lagi : Kena tidur awal*
[Bilik aku macam reban ayam selepas exam : Siapa nak tolong kemas?!]
    Related Posts with Thumbnails