My Followers Who Follow My Blog

Friday, May 28, 2010

Isu Crocs & Segan Dengan Perbualan British Ini

Singgah blog mana-mana, mesti rancak berbicara pasal Crocs kan?! Sibuk betul sekarang dengan isu tulisan or perkataan Allah yang terdapat di Crocs yerk?! Kawan aku sempat bertanya dengan ustaz kami di United Kingdom untuk bertanya pendapat beliau mengenai hukum memakai kasut Crocs ini. Komennya adalah seperti berikut :

Pada asalnya, dia gelak mendengar persoalan itu. Menurut beliau, sebenarnya mungkin tulisan di Crocs itu hanya nampak tak nampak sahaja dan hukumnya tidak berdosa kalau tidak disedari. Lagipun, kewujudan perkataan Allah itu agak jelas nampak selepas disambung-sambungkan designnya itu. Kalau tak, mungkin tak perasan pun kan. Tambah beliau lagi, kita tidak bolehlah berprasangka terhadap orang lain : mungkin pencipta Crocs tu tiada niat untuk meletakkan perkataan Allah itu dan mungkin juga berlaku secara tidak sengaja. Memanglah ada non-muslim yang nak menjatuhkan muslim tapi janganlah kita berprasangka buruk terhadap mereka sebab bukan semuanya sama dan bukan semuanya datang daripada mereka adalah buruk dan jahat.


crocs menghina islam>Sibuk tul isu crocs : Isu masalah sosial taknak fikirkan sekali?!<


Selain itu, beliau juga hairan kenapa isu minor seperti ini dijadikan isu besar?! Maksudnya sekiranya benar pencipta Crocs itu berniat sedemikian rupa, yang mampu kita buat hanyalah memboikot crocs yakni itu antara urusan kita (diri sendiri) dan dealer Crocs. Kenapa isu yang lagi besar tidak dibawak ke tengah seperti isu judi, isu aurat, isu buang anak, isu seks rambang, isu pelacuran, isu gay dan lesbian dan macam-macam lagi masalah social lain yang adalah jauh lebih penting. Lagipun isu-isu ini melibatkan kita diri sendiri dan keimanan dalam diri kita : urusannya melibatkan diri sendiri dan dealer kta yakni Allah SWT. Fokus kepada isu yang lagi besar dan melibatkan pahala dosa diri sendiri dahulu : Bak kata ustaz kami ^_^

So, itulah sahaja perkongsian aku hari ini. Sorry memandangkan agak pendek daripada kebiasaan dan belum buat sambungan untuk entri semalam. Aku hanya berkongsi apa yang disharekan dengan aku kerana menjadi satu keperluan untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan semua. Aku harapkan kita semua mampu untuk bersama-sama membanteras isu-isu seperti isu judi, isu aurat, isu buang anak, isu seks rambang, isu pelacuran, isu-isu yang korang sendiri faham rasanya. Harap-harap dapat disebarkan yerk. Sebarang perbahasan diharapkan dapat dielakkan sebab rasa macam tak cukup ilmu nak jawab. Papepon, yang boleh dijawab, aku cuba jawabkan!! InsyAllah!!


crocs menghina islam>Kerana nila setitik rosak susu sebelanga<


crocs menghina islam
>Secara tidak langsung : isu church menimbulkan tempiasnya<


Tambahan sedikit :

Ini merupakan satu perbualan yang aku dapat daripada member aku yang dia dapat dari member dia yang turut study di UK. Just nak share dengan korang semua. Agak-agak, apa pendapat korang yerk?!

Anonymous : I like your accent, where are you from?
The friend of my friend : Ohh thanks. I'm from Malaysia
Anonymous : Ohh, is that the country that burn churches?

P/S : Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Tak dapat nak minum susu lagi dah!! TT__TT


*So, camner?! Entri paling pendek pernah aku tulis rasa-rasanya!!*
[Cepat! Siapa nak tolong aku kemas bilik dan packing barang storage?!]

50 comments:

Dakjaat said...

kira padan muka kita sendiri... tu la perangai org malaysia

Faisal Abdullah said...

Ohh, is that the country that burn churches? ni pasl ape eh?leh kongsi sikt..xtaw lak saya psl ni =)

Rafi Harumin said...

haa... setuju sangat lah pasal isu ni.. perangai 'kita' yang cepat melatah.. ada isu/masalah yang lebih besar untuk dirisaukan dan perlu dicari penyelesaian...

joonie-girl said...

arghh ya Allah.. malunyaaaa !!

T__T

malumalumalumalumalu..

ZR said...

erkkkk...aduihaiiii...terkenal dgn itu kah m'sia....

Anonymous said...

betul2....
kerana itu juga...
kita telah memalukan negara kita..

Deen said...

thanks for sharing

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

huhuhu~

memalukan je ayat yg last tu~~

Ieqa Swetluv said...

hurmm.. cr sebilangan pihak yang salah kesannya terkena pada semua

zai said...

kalau nk ikutkan bnyk benda yg kita guna neh boleh relate dengan symbol2 keagamaan..

upss, kalau zai duk kt tempat mber long tu, mesti terdiam jup..keluu

Anonymous said...

hadoih~

bedebik kene muke sndrik~

Heart of Roses said...

yupp...betullah tuh apa yg dikongsikan... tp apapepon sentiasalah berwaspada dlm pemilihan barang2=)

ayat last td tuh..cam no komen jek..kalo trkena soklan tu kt sy.. agk terkedu gk la..ghee

Lelord said...

yup mungkin org kite cepat melatah...

2R said...

emm ntah mmg byk la jpe asyk cite sal lambag crocs ni je..tp mls nk amek port sgt..ye la kn x kn da berprasangka jdiknya..klo sahih btol x pe kn..ni tatawu mana yg btol ke x..;p

hans said...

rakyat malaysia suka memperbesarkan isu yang sebenarnya tak perlu dibangkitkan pun
ntah apa2 la
aku xpenah pakai crocs tapi melihat pada design tu
tak ada sama pun macam kalimah Allah
yg diorang gatal pergi sambung2 jadi macam tu buat apa
pelik aku
siapalah yg mencetuskan hal nih
buang masa
baik fikir masalah dadah ker PATI ker
ada juga faedah kan?

shameel Iskandar said...

Dah tabiat org kita suka perbesrkan perkara yg kecil. Suka hebohkan perkara yg samar. Dulu pernah kawan saya masuk ke gereja. habis kecoh kata dia murtad. Padahal takde larangan pun drp memasuki gereja. umar al-khatab pernah masuk gereja dan solat tepi gereja9 namun tetap sah kalau solat dalam gereja)

nuriz said...

saya tak nampak pun nama Allah dalam tu. Bak kata seorang ustaz..Nama Hang Tuah ada T , jadi T tu takkan lambang chris lak?

Syafrizal said...

yang bakar gereja tu sapa suruh
nama Malaysia dah buruk dah
Nabi tak ajar pun bakar Gereja

Althafunisa said...

stuju2....bnyk lag isu besar yg msih kita terlepas pndg kan...yg remeh temeh juga kita nk ksa sgt...

Sufy said...

kontroversi gak isu ni kan...hopefully ada jln pnyelesaian yg spatutnya cuz sy pown pakai crocs ni tpi x brani pakai skrg..hehe

Penulis Rindu said...

Dalam kaedah Fiqh Islam, melarang dari umat Islam mencerca agama yang lain.. Kalau kita cerca inilah akibatnya..

Idda Hashim said...

Salam
Malu nk mengaku org Msia if 1 org punya hal, smue Malaysian terbabit..Jadi rakyat Arab lak lah..hahaha

rynas said...

betul kalau nak difikirkan banyak lg isu besar yg harus ketengahkan dan diperbetulkan semula. masalah sosial remaja hari ni, buang bayi, gay yang sangat ler bermaharajalela, semua tu sgtlah penting untuk pembinaan bangsa kita pd masa akan datang..tapi apakah yg dilakukan???? sedangkan amsalah menjadi semakin rumit dan meluas...wallahhualam...

Mama Zharfan said...

can't agree more..and me tumpang rasa malu dgn last part tu...

Anonymous said...

malu siot.!.
adeiyh, camne la pasaan kawan tu.?

Hasrol Nizam said...

kita terlalu sensitif @ sensitif secara melulu?

amirah said...

so pelajar2 malaysia yg study oversea tunjukkanlah sikap yg baik spy diorg tahu mcm mna sikap org malaysia sebenar :)
jgn sebab isu tu diorg cop kita ni bukan2 lak.
nice entry ;)

Amir Izzat said...

Ohh, is that the country that burn churches?

apa makna nie ek?? sapa leh bagitahu?? konpius...

Rara said...

uih..perbualan bawah sekali tertusuk di kalbu..
Setuju dengan pendapat anda di atas.benda lain yang memang sah2 dosa ngan haram tak bising lak.

Berto said...

dah fames malaysia ni kan..hrmm

Redz da Tsar said...

Aku setuju dengan pendapat ustaz tue...

Ironi dop,
sebab sebahagian orang Kafir dan Musyrikin yang sabotaj Islam, semua mereka kena dengan andaian liar....

Macam tue jugak la,
Sebahagian Muslim yang 'bengong' bakara gereja, ko pun kena tempias jugak... Huhu

=)

Frogy said...

Padan muka kita sndiri.. ptt nya bdk2 yg buat tu berada tempat mmber Long tue.. bru betul..

Ingat kn org kenal M'sia negara aman, berbilang kaum, dan pelbagai agama.. tp mcm nie plak..

Hope korang dkt sanalah dpt ubah pandangan buruk mereka pada negara kita... Cheer :)

Captain said...

tu menunjukkan rakyat mesia nie suke buang mase dan wat perkara xberfaedah.. cam kte pepatah,, gajah dpn mata xnmpk,, kuman di seberang nmpk plak.. tp klu pompuan lalu,, xkire dpn mte ke seberng ke mst nmpk kan.. bg laki n lesbian r.. hahaha~

caer sasuke said...

saye pon pkai kasut croc..tp x prsan ade klimah Allah...mhon dosa saye diampunkan olehNya

Rina Rossoneri said...

:Ternganga seluas2nya nih...biar betul wei orang tu cakap cam tuh... Ohhh My Gucciiiii...malunyaaaaaaa.. haish,tapi kan..setiap negara ada masalah sendiri,ala macamlah negara orang tu tak ada masalah kot..yang penting cara kita handle masalah tuh.. xpelah femes skit malaysia.. kalau x kena bagitau plak malaysia diantara thai dgn singapore plak kann..

pasal isu crocs tu kan..sejujur2nya lah kan, serius aku rasa benda tu 'ntah apa2'.. maksud aku serius aku rasa benda tu remeh tetapi telah digembar gemburkan seperti nak menjatuhkan 'sesuatu' atau 'seseorang'. ala macam isu barang ni jangan pakai, benda ni jangan makan sebab nak boikot US dan sebagainya...sebab bagi aku benda ni aku xtau dgn lebih mendalam,jadi kenapa tiba2 aku nak kena boikot..xkan aku xtau apa2 kena boikot,,melainkan ada orang tunjuk bukti dan explain kat aku..

Sheherazade said...

crocs selesa dipakai,tuduhan itu salah?...ade blogger yg buat research logo sebenar crocs tak berasas langsung dgn tuduhan itu.Wallahualam

sentap akak bace dialog tu :(

Syafiqah Allias said...
This comment has been removed by the author.
tehr said...

salam long...

lelaki perempuan ramai yang geram dengan crocs kerana ada bayang2 nama Allah

lelaki perempuan juga ramai yang pakai seluar / baju yang pendek [dedah aurat] setiap hari

...tak pernah pakai crocs - tak cantik langsung

iRfan Johan said...

manusia hanya nmpak yang ada di hadapan saje..yg belakang xnk ambil tahu, sbb itu banyak perkara x dpat diselesai kan. huhu!

Anonymous said...

i thought Indonesia yang well known for burning up churches?

Call me, Eyka said...

isu crocks tu memang buang masa . sapa yang bukak topik kalimah allah tu ? malu nyer bila org luar kenal negara kita yg bakar gereja. malu!!

ibunoor said...

Salam lagi Long,

Takpe Long...pada akak walau Long tanya soalan dan digelakkan ustaz, it's your first step. Amat wajar jika kita berhati-hati dalam semua perkara. InsyaAllah harapnya kalau Long beratkan perkara-perkara sebegini, Long tentunya akan lebih mengambil berat lagi dalam solat, muamalah antara lelaki dan perempuan, isu-isu auray dan segala yang lebih besar lagi termasuk dosa pahala dan yang lain.

Kalau kita tak tahu tak mengapa, tapi kalau kita dah tahu maka kalau boleh kita hindarkan dari memakainya. Tanya iman sendiri.

Mujur Long tanya pada yang faqih...di dunia ni Long ada banyak perkara yg orang lain pun terikut2 sama tetapi langsung tidak bertanya pada yang faqih. Ramai yang buat umpanya sanggul 'unta' yang dibuat tingi-tinggi...itu aurat walau dibuat dalam tudung. Tak masuk lagi rambul palsu yang dibeli dan dijual khas pula di khalayak.

Wallauhu'alam kerana dunia...kita binasa... Dunia juga boleh jadi penawarnya. Antara kita mahu mencari atau tidak sahaja.

ibunoor said...

Lagi pula tentang isu bakar gereja...hanya orang yang kurang faham agama sahaja yang melakukannya. Banyak lagi cara berhikmah yang kita boleh lakukan. Rasulullah model terbaik kita.

Haffiz Al-Banna said...

dakjaat:segan jap aku tau..haha
faisal:pergh..xyh nk bdget wat2 xphamalah..haha
ashrafi:kan orang melayu memang suka membesarkan isu-isu yang kecik..ahajz
zither:haha..member aku yang depan2 tu lagilah terkedu..
kazaztan:okaylah tu..terkenal jugak dengan benda buruk kan..huk2
pensel:tu la..malu jugak aku pasal isu dan benda nie..
aiuzuddin:haha..xder prob..sharing is caring kan..hnuk3
zara:memang memalukan.tutup muka lah aku jawabnya..
ieqa:tu la pasal..habis dah semua susu2 tu..tak leh nak minum dah..ahakz
zai;Pergh..kalo duk kt tempat member tu, memang terdiam lah jawabnya..oh ya,semua bnda leh relate ngn agama kan?
macy:ahakz..amik ko..sebijik kt atas muka kan..haha
roses:tu lah..memang takde nak jawab pape lah jawabnya..diam jer;ah..
lelord dan tora:memang orang-orang kita nie sibuk untuk huru-harakan benda-=benda yang kecik..
hans:tau xper..PATI tu bertimbun2 kt luar sana..aku nak jejalan pun jadi takur..haha

Haffiz Al-Banna said...

shameel:tu la..benda simple cmnie tapi nak dibesar2klan macam nak khiamat..
nuriz:tu la..takkan huruf T salib kan..same things la la terjadi di sini..
shafirzal:yang bakar tu adalah golongan yang lagi laju tindakan berbanding otak..
althafunisa:nie sebab ada sesetengah individu mencari populariti dengan membersarkan benda yang remeh
sufy:xder prob pun..isu nie macam ombaklah..kejap jer tmbul..nnti diam balik..
abuy luqman:islam sendiri adalah agama yang selamat..
idda:tu la pasal.dahla rakyat arab tu kaya dan cun2 semua..ahakz
rynas:ada banyak lagi isu besar cam isu ekonomics dan lainh2 lagi..
mama zhafran:tu memang takleh nak cakap perlah..dah la kita minoriti di sini..
aainaa:entahlah..mngkin tak keluar rumah kut..haha
nizam:dua2 sekaligus..cepat melenting jugak..ahakz
amirah:thanks for the compliments..huk2..insyAllah..kami akan tnjukkan prngai yug bek..
amir:ko nie betul ke tak faham?,usykil aku..

Haffiz Al-Banna said...

emora:betul2..ada banyak lagi isu lg penting berbanding benda nie kan..
bert:fames gak la..fames ngn benda yg tak betul..
redz:haha..macam u lah jadinya..jadi, jangalah bakar church..taknak kena tanya for the second time..
frogy:haha..malaysia hanya aman dari segi propagandanya sahaha..
captain:Lhaha..tu cnfirmlah..aku pun terus nampak..ke ko tak??
sasuke:Allah melihat kepada usaha dan bukannya hasil yerk..
rossoneri:aku setuju dengan pendapat panujang lebar ko nie..
peri pia:haha..sentap lagi bagiu yang merasanya..
tehr:tak minat jugak crocs..pakai kasut buaya dihasilkan mydin jher..
irfan:patut benda yang kecil dicounter dulu..barulah benda yang remeh temeh
enciksedap:nop2..malaysia is..
eyka:tu la..benda small cmtu tapi dibesarkan macam ntah hapa jer
ibunoor:setju sangtlah dengan pendapay akak tu..memang macam tu lah jadinya..

Anonymous said...

Vi è, ovviamente, molto da sapere su questo. Penso che hai fatto alcuni buoni punti in dispone anche di. Continuare a lavorare, ottimo lavoro!

Anonymous said...

This was really interesting. I loved reading it.

Anonymous said...

Thought I would comment and say neat theme, did you make it for yourself? It’s really awesome!.

Anonymous said...

Really like the graphical design and navigation of the site, easy on the eyes and good content. other sites are just way too overflowing with adds

    Related Posts with Thumbnails