Pagi tadi secara tidak sengajanya aku terbangun lambat yakni pada jam pukul 10.30 pagi. Asalnya plan nak hantar member aku tiga orang balik Malaysia dan nyaris-nyaris aku terlepas nak jumpa diorang. Luckily aku sempat jugak untuk jumpa dan hantar diorang di Heathrow tadi. Melihat kengkawan semua dah mula berdusun-dusun balik ke Malaysia, bilakah pulak turn aku yerk?! Mungkin lambat lagi rasanya sebab ticket yang agak lambat. Sabar sahajalah menuggu tarikhnya tiba. Kita countdown ramai-ramai : but still tarikh itu tetap dirahsiakan. Ngeh3!! Taknak bagitahu korang!! *muehehe*
Sepanjang aku dalam musim exam hari itu, aku menerima berpuluh-puluh tag dan award. Tapi macam keterlaluan lah pulak sekiranya aku ingin buat satu entri untuk setiap tag itu semua. Untuk tidak menunjukkan bahawa aku lupa dengan janji aku, maka aku akan cuba untuk langsaikan semua tag itu. Kepada member-member semua yang memberi aku tag dan award itu, segala nama korang sudah dicatatkan di entri sebelum nie. Ini bagi membolehkan aku tidak terlepas pandang nama korang yang bersemangat memberi "hadiah" ini kepada aku. Syukran Jazilan dan Jazakallah Khair kepada semua yerk. Jom kita tengok : tag mana yang aku pilih yerk?! ^_^
Antara banyak-banyak wasiat, tag dan juga award yang aku dapat, aku memilih untuk menulis mengenai satu tag yang diberi nama tag dua juta. Sebab aku yang menulis entri nie, maka aku nak ubah sedikit syaratnya yerk. Di dalam tag nie, aku kena senaraikan apa yang ingin aku buat ataupun aimkan sekiranya aku berjaya mendapat duit sebanyak RM 2 juta nie (kan best kalau dapat 2 juta pound.) Memandangkan korang semua tak tahu mengenai impian jangka pendek dan panjang aku, maka ini merupakan salah satu cara untuk share impian aku dengan korang semua. Kalau dapat dua juta ringgit, aku mahu :
1. Aku teringin untuk membeli tanah aku sendiri di Terengganu. Mungkin dalam ukuran satu or dua ekar. Di atas tanah itu, aku ingin membangunkan satu servis yakni servis futsal. Aku ingin jadikan itu sebagai sumber pendapatan sampingan aku selain daripada bekerja di Petronas. Ini memang impian aku sejak daripada aku di Form Three tau dan aku dah draft segala plan dan selalu check price tanah dari masa ke semasa untuk langsaikan impian nie. InsyAllah.
2. Sebagaimana yang pernah aku cerita dahulu, sekolah rendah aku tiada padang untuk diorang brsukan. Jadi, dengan dua juta ini, aku ingin hadiahkan kepada sekolah rendah aku untuk mereka membeli padang baru. Bolehlah budak-budak untuk bersukan dan tak menerima nasib seperti aku dulu-dulu.
3. Antara impian yang turut aku ingin gapai sekiranya aku ada duit lebih adalah aku ingin tingkatkan taraf kehidupan family aku dan diri aku sendiri. Aku taknak naikkan dengan mendadak sangat sebab itu boleh melalaikan. Sekurang-kurangnya better sedikit daripada sekarang nie. *thumbs up!!*
4. Dengan duit dua juta itu juga, aku ingin membawa family aku dan Cik Asliza Ahmad ke London. Aku ingin mereka semua tengok aku graduate daripada LSE yang merupakan antara university terbaik di dunia dan aku ingin mereka jalan-jalan di London. Aku ingin berkongsi dengan mereka semua kehidupan yang aku lalui ketika di sini. Aku ingin membuat mereka semua bangga!!
5. Last but not least, aku mahu berkongsi kebaikan ataupun rezeki yang aku terima itu dengan rakan-rakan yang tidak bernasib baik. Sesiapa yang memerlukan, aku akan tolong. Investment di dunia sudahpun wujud, maka investment di akhirat perlu juga dibuat kan?! Sabda Rasulullah SAW : "Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya".
Alright! Langsai sudah satu entri mengenai tag yang sudah dijawab. Oh ya, semuanya lima perkara di atas yang aku share ialah memang harapan yang akan aku bina satu demi satu : melainkan kalau dua juta ringgit ataupun dua juta pound tu jatuh bebetul daripada langit. *tapi cam takkan jer. Ahakz!!* Sepatutnya, aku kena share tag ini dengan sesiapa yang aku mahu. Tapi tak mengapa. Aku bukak tag ini untuk kepada sesiapa yang nak. Sekurang-kurangnya korang ada idea untuk tulis entri baru kan?! Tul tak?! InsyAllah! Aku akan berusaha keras untuk menggapai impian aku nie! Amin~~!!
*Besok cuti umum di London : Malam nie bolehlah aku all out blog*
[Kepada member semua yang ada idea pasal rumah sewa, harap dapat dishare]



37 comments:
murni sangat impian Long tu harap terlaksana walaupun tak dapat duit dua juta ekk...
syabas long kerana mengubah gaya tag yang sedang berlegar-legar di malaysia
moga impian mu tercapai...
nak tanah erk...cari la adah..kikikiki... (mcm la adah ni ade tanah)..hehehe
org da balik bercuti, die lak duk sana lg..rugi tul balik lambat (saje je nak bagi jeles...hehe)
bro..
ada kt luar negara rupanyer, patut laa trafik sy ada dr London ^^
amin..semoga tercapai cita-cita murni anda :)
best nye impian mu ... moga tercapai
boleh tambah lagi tu:
bagi semua blogger muda kat malaysia ni domain sendiri
haha
amalan mulia tak??
semoga segala impian menjadi kenyataan
insyaAllah
banyak tu tujuan.
terlebih kot..
smue skali 2 juta singgit..hehe
waaa..
hope sume impian tu jadi realiti ;)))
kalau saya ada dua juta... hmm rasa macam nak buang je duit tu.. (percaya?)
Hmm, personal matter..wish i can share u u guys.. Being someone to rely on is not easy..huhu.. thanxs ye u..
Hulamak....jelesnya teman!! Heheh
Takpe2 nanti nak buat master or PhD kat oversea...yeahh~~
eh.
sekolah kamu takde padang ye?.
hilang satu nikmat dunia.
hehehe~
uit..dok ganu kat area mn?
murni sungguh niat Long, moga tercapai nanti. bleh la konsi dua juta tu, hehe.. =)
wah...byk tu 2 juta.... kalau la aku,lancarkan web site rasmi aku or bt lmn sosial....hehe..
berpuluh tag dan awards wahh hebatnya...
Semoga tercapai bro..
tapi pasal padang tu sepatutnya kerajaan kena provide la..
isk2..
2 juta... 50k..pun belum nampak lagi.. kalau ada mcm mcm boleh buat ye.
semoga impian trlaksana . amin :)
rm2juta bhai !
tersentuh baca impian2 long ni, nampak sangat long seorang anak yang baik dan sentiasa ingat asal-usul. moga2 segala apa yang diimpikan dan dicitakan akan tercapai sedikit masa lagi...
mudah mudahan tercapai impian itu..tp nape kahwin tak masuk dalam list...??hehehe
tak sayu ker tgk org dh blk malaysia, kamo belum long
bagus impian dan chita-chita kamu itu, buat investment beli property , profit return in future tu berganda
oh bagus juga investment utk hari sana kelak :)
LSE?london school of economics kan?
amek degree ek?brape lame buat..
sila jwb! hoho..
blaja rajen2..
sambil makan angin..
;D
Insyaallah impiannya akan tercapai ...terus berdoa dan berusaha ...
cik asliza ahmad?ohh..my best fren!:)
bestnye..moga tercapai impian ye..=)
2 juta.kalau.haha.
Err.. futsal tu nak buat kat mana kat Terengganu? buat kat Marang la.. Kat sini payah sikit nak main futsal, apa salahnya tolong orang Marang kan??
kalo dah buat futsal center tu, nnt bagi diskau yer..
masukkan blanje maCy dlm to do list..hehe
wOHOO~ tgk tag nih, terlupa plak x buat lg hoho~
orang susah ramai serata dunia..nti Long boleh tolong kann..kann..
Long...ahkak doakan moga niat murni Long akan terlaksana...Insyaallah!
Salam Long,
Alhamdulillah...sejuk perut mak mengandungkan Long kalau dapat dengar kata, janji dan impian anaknya.
Keep your positive thought Long, attract the positive energy around...work and feel good.
Yang paling penting lepas usaha ialah doa dan tawakkal.
Moga impian murnimu terlaksana.
rynas:yerp2..insyAllah..saya sentiasa mrncg ntuk mggapai impian tu..huk2
tehr:aku ubah sedikit ghaya tag..haha..cam bosan jer kao ikut fesyen lama..
mawaddah:haha..tak per lambat bali cuti pun sebab cuti saya this time panjang..hehe
caliph:hehe..terkejut ker bro?
shuk:amin..arap2 cmtulah..
jijaah:arap2.camtulah jugak..haha
ilham:menarik gak idea anda tu..hanya akan tercapai kalo betul2 dapat 2 juta..
jaya jr:haha..takper2..pependai ah aku budget duit tu..
aainaa:arap2 camtulah..moga tercapai kan..
ashrafi:ko buang n then aku gie amik..bereh?
eikasyaza:no prob..kawan sentiasa ada untuk kawan..
karipap:bereh2..nnti ko dtg tu, ko bawak sekali karipap yerk..
nard:haha..tu ah pasal,.setiap kali nak brsukan, kena main sukan atas tanah tar..
ieqa:ganu area losong..kenal kah anda?
adam:sama2 kta share ah bro..haha..amik sorg2 mmg xlepas..
labuan:kalo aku wat cmtu, entah ada org nak dtg or takj..haha
mania:haha..xtaulah hebat or tak..tapi banyak sangat kut..tp sy mmg amik semuanya..
noorafzan:xtaulah naper..tpi rasa cm kecewa jugaklah xder padang kan..dari dulu mintak..
abu luqman:haha..sama ah kiuta bro..50 k pun masih jauh lagi nk gapai..
maheyra:tu ah pasal..2 juta tu bai..haha..mner nak cekup..
kak hema:yerp2..tu ah pasal..akan saya cuba capai slow2..satu tingkat demi satu tingkat..
chik:aah kan..xingtlak pasal kahwin..haha..adoi2..
zai:muehehe..masa ko komen tu, memang aku sayu..tapi sekarnag, aku dah ada kt malaysia..haha
cik nana:yerp2..itulah LSE nya..amik degree di sana..ada dua tahun lagi nk abis..
bakharuddin:selain daripada berdoa, usaha kena berterusan jugak..
cuteyes:yerker?la..satu kampung n satu geng upanya dia yerk..
tiefazatie:insyAllah..harap semuanya akan berjalan denhan lancar dan dapat untuk direlaisasikan.
akufobia:terus fobia ker ngn 2 juta tu?
sang harimau:kalo ada demand, aku letak ah kt marang gak..haha
bert:bereh2..ko dtg dlu..jadi antara first customer..haha
macy:haha..nak belanja per nie?aiskrim aci tak?
dya:haha..mesti ada banyak tag yg trtngguh tu kan?cepat ngaku..
sweetsal:insyAllah..mmg akn sy tlong skdr trmmpu n brtrusan..
nburul:mnertau nnti leh share rezeki yg saya dapat tu kan..
ibunoor:amin..hjazakallah khair akak..
mau dua jutaaa.!!!!!
hendak bagiii :)
Post a Comment