My Followers Who Follow My Blog

Monday, November 08, 2010

Musim Luruh di United Kingdom

Sekiranya aku sebut pasal musim luruh ataupun autumn, apakah yang korang dapat bayangkan?! Mesti korang semua imaginekan daun-daun kekuningan yang jatuh dan angin sempoi-sempoi bahasa seperti gaya Winter Sonata gitu. Selalunya pada musim luruh begini, orang akan ambil peluang untuk bersiar-siar ataupun bersantai di taman-taman sekitar London. Begitu juga dengan aku!! Aku sempat untuk berjogging pada waktu tengahhari di sini!! Kalau di Malaysia, confirm hanguslah!! *kuikuikui*


permandangan gambar musim luruh>Sekitar Hyde Park di London pada waktu tengahhari<


permandangan gambar musim luruh>Itik-itik di Nottingham<


permandangan gambar musim luruh>Lagi kekuningan di sekitar Hyde Park<


permandangan gambar musim luruh>Penuh dengan keemasan di sekitar Hyde Park<


permandangan gambar musim luruh>Tak nampak orang sebab aku ambil gambar di kawasan non-people<


permandangan gambar musim luruh>Dah nampak orang tengah jalan-jalan<


permandangan gambar musim luruh>Berada di bawah pokok : nampak seperti kebun<


permandangan gambar musim luruh>Masih ada rumput yang berwarna hijau<


Selalunya musim luruh akan bermula pada awal September sehingga akhir November. So, sepatutnya sekarang masih lagi dalam musim luruh : yakni daun-daun kuning keguguran dan sebagainya. Namun lain pulak yang jadi. Dilaporkan bahawa winter tahun nie akan tiba awal dan lagi sejuk berbanding biasa. Contohnya suhu hari nie serendah 3 degree dan angin sekuat 75km/j pada pagi tadi. Semasa aku keluar daripada rumah pagi tadi pun, memang kuat betul angin. Rasa macam nak beku tangan dan muka aku. Dahla hujan agak lebat. TT__TT


permandangan gambar musim luruh>Sinaran matahari yang agak terik tapi sejuk<


permandangan gambar musim luruh>Pokok-pokok yang lengkap berwarna kekuningan<


permandangan gambar musim luruh>Ramai jugak orang yang berjalan-jalan di sekitar Hyde Park<


permandangan gambar musim luruh>Ini pemandangan pada jam 1.00 tengahhari lebih kurang<


permandangan gambar musim luruh>Nampak tak daun-daun kekuningan yang gugur?!<


permandangan gambar musim luruh>Permandangan di Nottingham : tiada unsur-unsur Adobe yerk<


permandangan gambar musim luruh>Lagi permandangan indah di sekitar Nottingham<


permandangan gambar musim luruh>Kalau dijadikan tempat bergolek-golek nie pun best<


Namun, korang semua bernasib baik kerana aku sempat untuk tangkap gambar musim luruh untuk korang semua. Hari Sabtu dua minggu lepas aku bersiar-siar di Hyde Park dan aku berkesempatan untuk menangkap gambar-gambar pemandangan musim luruh di sekitar Hyde Park. Memang boleh nampak daun-daun yang kuning dan sinaran matahari yang sejuk. Mungkin gambar aku tangkap tidak sehebat kemara DSLR tapi ini yang termampu dengan menggunakan Blackberry aku. Harap korang semua enjoy gambar di atas tadi yerk. (^_^)/


*Trimas kepada member aku yang contribute beberapa gambar di atas yerk*
[Hari Rabu nie ada demonstrasi besar-besaran di London : wajarlah aku join kan]
    Related Posts with Thumbnails