My Followers Who Follow My Blog

Saturday, November 23, 2013

4 Tips Jimat Save Cost Bercuti di London UK

Dah nak masuk 8 bulan aku tak update blog memandangkan teramat occupied dengan kerja seharian. Pernah juga aku terfikir nak stop tulis blog tapi ada ramai rakan blogger dan pembaca yang minta untuk aku aktif semula. Jadi aku pun kembali dengan entri yang baru nie. Oh ya, memandangkan ramai yang PM aku untuk minta tips nak ke UK, maka aku decide untuk create e-book berdasarkan blog posts dan juga FAQ. Entah ada yang sudi beli or tak kan? Ngeh3!! Hari nie aku nak share dengan korang 4 tips untuk save costs kalau nak bercuti di UK. Confirm ramai yang nak save cost kan? Jom tengok!!



>Takda kaitan dengan entri : mukadimah tunjuk picture aku snap<


>Kalau korang mampu duduk Hilton : tak sesuai kut entri nie<



Tips 1 : Beli flight ticket dan transport seawal mungkin
Explanation : Tak kisah samada korang plan nak ke London sahaja ataupun negara Europe lain; korang confirm kena beli ticket seawal mungkin. Contohnya harga flight London ke Paris boleh jadi semurah £10 dan semahal £100. Ticket bas pun sama - semurah £1 leh jadi semahal £20. Selain itu, flight ke London pun boleh beli awal dan do research kat website Skyscanner. Planning masa nie amat penting sebab lain airplane dan lain bas ada rate berlainan. Just Google and you can see the difference!!

Tips 2 : Keperluan vs Kemahuan
Explanation : Ramai yang tak tahu bahawa korang mungkin akan membuat pilihan yang mahal kalau tak cukup info. Contohnya pakaian winter lagi murah di UK berbanding di Malaysia - jadi better beli kat sana tau. Pastu ada yang suka travel naik black taxi kat sana yang memang caj amat tinggi. Better korang travel naik tube dan underground yang jauh lagi murah. Oh ya, pilihan makanan yang murah ada banyak di Sainsbury dan Teso - tak perlukah korang berbelanja besar sangat kan? Dengan budget dalam £3-£5, korang dah boleh dapatkan Subway, Kebab dan Burger halal yang confirm akan memuaskan hati dan nafsu makan seharian. Ahakz!


>Tidur di airport untuk budget traveler<

  
>Pemandangan dari atas bas kat Oxford Street<


>Nak pergi memana : kitorang guna tube jer<



Tips 3 : Hotel hanya tempat tidur
Explanation : Make sure korang sedar yang hotel hanyalah sekadar tempat korang tidur. Biasanya korang akan spend lebih banyak masa travel kat luar - melainkan waktu winter. Hotel yang terlampau mahal seperti Hilton dan sewaktu dengannya amat aku tak rekemen melainkan korang tak kisah. Ada banyak choice lain yang lagi better seperti Travelodge dan Malaysian Hall. Kalau korang tak kisah jugak, boleh cuba untuk menempah bilik kat student accommodation waktu cuti summer. Senang dan convenience!!

Tips 4 : Bargain is everywhere
Explanation : Percayalah statement aku bahawa bargain ada di memana saja di London. Contohnya korang boleh dapatkan winter coat murah kat Charity Shops dan carboot sales. Selain itu banyak jer promo dan diskaun untuk makanan di Tesco, Sainsbury dan lain-lain. Student package, tourist package dan Groupon : maximisekan sebaik mungkin. Oh ya, jangan lupa claim VAT kat airport sebelum balik ke Malaysia. Memang banyak wooo!! 



>Suasana di carboot sales on weekend<


>Memang banyak bargain : korang just perlu cari<


>Sumber makanan murah aku : Sainsbury<


Itulah antara 4 tips simple yang aku terfikir; simple and applicable untuk semua. Kalau korang jenis tak kisah berbelanja besar untuk travel - maka entri nie mungkin tak sesuai sangat untuk korang tapi kalau korang memikirkan nak budget sambil travel; inilah yang terbaik. Macam aku cakap awal-awal tadi; aku masih dalam proses untuk create e-book. So your support, doa and pray amatlah aku hargai. InsyAllah aku akan cuba cari kelapangan untuk terus ber-blogging. Terima kasih semua!! (^_^)/


*Entri nie aku taip on the way nak pergi kerja : so kurang fokus sangat..hahahaaa*
[Kurang menyengat nak menulis kembali sebab lama sangat tak karang pepanjang]

20 comments:

Mama Zharfan said...

useful tips :)

Zairi Zaidi said...

Flight apa ya yang ada direct flight KL ke UK (mana-mana tempat di UK)

syieda said...

Tq. Akan guna tips ni very soon..hikhikhik

Unknown said...

salam...
Terima Kasih kerana masih sudi nak share tips kat London ni...ianya sangat2 berguna...mana lah tau ada rezeki pegi kesana...klau tak pun baca post Hafiz ni pun seronok sangat...Teruskanlah menulis

emy said...

walaupun lambat lagi nak g uk tu...tp akak simpanjugak blog long ni...utk kegunaan masa2 akan dtg...keje mana yek???

Zinedine Zaiddin said...

LongHaffiz,

sekarang hang still kat UK ke?

Terfikir nak pi Emirates la tengok game Arsenal...ada tips untuk organise budget trip ke sana tak?

Mohon create satu post khas walaupun hang mungkin tak suka Arsenal...kikikiki

From: Bila Karipap Boleh Bercakap

ساريده سنين said...

tqvm for sharing... info bermanfaat...

Anonymous said...

assalamualaikm. thnks ya for those tips. could u explain a lil bit about VAT? thnks :)

Nora Karim said...

good luck utk e-book tu... tips2 macam ni mmg berguna utk org ramai... mana tahu boleh guna satu hari nanti...

khairie said...

tips tips yang bagus.terima kasih atas perkongsian.harap dapat kesana nanti

bz the witch said...

salam longhaffiz,

menarik tips untuk travel tu...terima kasih, mana la tau
dapat pergi sana satu hari nanti
kan, insyaAllah.

teruskanlah menulis, sentiasa
ada yang membacanya tu. kalau
takde kisah luar negara, cerita
je kisah long di malaysia.mesti
ramai yang nak baca juga.

shokododolls said...

Berguna sangat tips ni..boleh berjimat..hehe

Admin said...

tips yg bagus

Yuni Aisyah said...

wah...thanx kongsi tips...teringgin nak kesana tp entah bila dpt pergi..

p/s maaf bru dpt singgah kesini....lama x menjengguk byk jgk yg berubah...:)

Aunty P :) said...

Untunglakan jadi laki, bole tido kt airport gitu, no worries :( jeles betul

Anonymous said...

Aku nak beli e-book tu.. Nak sgt2..

yahuza said...

Salam, tuan..citer sikit ttg VAT... tu

Unknown said...

Claim VAT kat airport tu apa????

Unknown said...

Salam bkenalan drp kami makan angin London

Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour) dengan kadar berpatutan.

HUBUNGI @
Whatsapp di +447478 684277
Facebook page: Makan Angin London
https://www.facebook.com/makananginlondon
Instagram: makananginlondon
Website : http://ukhomestaypengangkutanionlondon.blogspot.co.uk

Lord Ethereal said...

MAS dan British Airways

    Related Posts with Thumbnails