My Followers Who Follow My Blog

Tuesday, March 26, 2013

3 Stage Tips Memilih Scholarship Malaysia Terbaik Untuk Anda

Alhamdulillah. Result SPM telah pun keluar pada hari Rabu yang lepas. Ada yang suka, ada yang duka - ada yang mendapat keputusan yang cemerlang dan ada juga yang kurang bernasib baik. Papepon, sekarang dah tiba masanya untuk korang fikirkan jalan yang perlu korang tempuhi selepas ini pula. Ada yang akan ke matrikulasi, ada yang akan ke tingkatan enam dan ada juga yang akan mula untuk apply scholarship belajar di luar negara. Memandangkan aku antara yang bernasib baik untuk berpeluang belajar di luar negara di bawah scholarship PETRONAS dan mempunyai agak ramai kengkawan yang mendapat scholarship lain jugak; maka di sini aku nak share dengan rakan pembaca semua antara tips-tips memilih scholarship yang terbaik. Harap membantu para pelajar lepasan SPM yerk. 


>Ini sewaktu Open House PETRONAS sempena Hari Raya<


Short Term : Sebelum Ber-Scholarship
Aku yakin antara benda pertama yang akan korang fikirkan selepas dapat result SPM adalah scholarship apa yang ingin korang apply dan bagaimanakah caranya? Tapi sebelum soalan-soalan itu mendatang, korang kena fikirkan terlebih dahulu samada adakah korang betul-betul memerlukan scholarship dan sekiranya betul – barulah boleh mula mencari. Terdapat banyak pilihan scholarship untuk lepasan SPM seperti UEM, PETRONAS, Bank Negara,Security Commision, Khazanah, Mara, JPA, Felda dan bertimbun-timbun lagi pilihan yang lain; dan selalunya mereka akan iklankan scholarship tersebut di dalam surat khabar. Nasihat aku adalah supaya korang check betul-betul apakah minimum requirement untuk scholarship-scholarship tersebut dan adakah korang layak untuk apply. Pada masa yang sama, korang kena “sedar” bahawa terdapat beberapa scholarship seperti Bank Negara, Khazanah dan Security Commision yang hanya mengambil bilangan yang terhad setiap tahun. Jadi lebih baik usaha itu ditumpukan untuk apply scholarship-scholarship yang lain. Oh ya, pastikan juga korang semua memilih bidang yang memang confirm korang minat memandangkan nanti bila korang dah masuk university, ada banyak lagi pilihan-pilihan lain yang korang akan temui. So, be prepared!


>Yang nie memang saja-saja letak jer nie<



>Antara geng-geng bebudak PETRONAS di UK masa aku final year<


Medium Term : Semasa Ber-Scholarship
Walaupun agak awal untuk korang fikirkan, ada lah sebaiknya korang kaji bebetul ke manakah (or negara manakah) yang akan korang sambung study untuk degree nanti. Ada banyak pilihan negara – antaranya United Kingdom, United States, Australia, Indonesia, Russia dan banyak lagi. Kalau korang minat nak sambung ke UK; maka carilah scholarship yang insyAllah akan taja korang ke UK dan juga selebihnya. Pada masa yang sama, korang juga boleh mengambil  kira isu-isu lain seperti berapa amaun yang akan mereka taja semasa korang berada di bawah scholarship dorang nanti, apakah effect sekiranya “terhantuk” ketika study dan banyak lagi perkara lain. Perkara-perkara sebegini mungkin agak complicated untuk pelajar lepasan SPM – jadi aku cadangkan para ibubapa yang ingin menghantar anak mereka untuk belajar di luar negara dibawah tajaan scholarship untuk membuat full research mengenai perkara di atas.


>Nak prepare for interview? Luaran kena meyakinkan dulu!<


>Di luar kemampuan untuk belajar : scholarships bertimbun ada<


Long Term : Selepas Ber-Scholarship
Antara perkara yang sering diwar-warkan oleh para pelajar tajaan scholarship adalah mereka sudah terjamin kerja dengan scholarship provider mereka sendiri. Jadi perlulah aku tegaskan di sini bahawa perkara tersebut adalah tidak benar memandangkan tidak semua scholarship memberi *100%* jaminan kerja selepas graduate. Selain itu sebagai scholar, kitorang akan kembali ke pangkuan penaja kami dan mula menabur bakti. Maka isu berapa lama bond ataupun period korang akan bersama dengan penaja scholarship turut perlu dititikberatkan. Sebagai contoh; Khazanah 3 tahun, PETRONAS 7-10 tahun, Bank Negara 10 tahun dan banyak lagi yang lain. Sekiranya korang tak kisah; pilihlah scholarship yang mempunyai bond yang lagi panjang dan juga sebaliknya. Semuanya terpulang kepada individu itu sendiri!


>Lain scholarship : lain courses : lain negara yang dihantar<


>All the best in everything you do then! Yeehaaa!!<



Maka itulah antara perkara-perkara yang perlu korang fikirkan ketika memilih scholarship mana yang terbaik untuk korang. Papepon nasihat aku untuk semua adalah pastikan korang apply scholarship sebanyak mana yang korang layak; pastu pilih mana yang terbaik berdasarkan kepada tips-tips di atas. Pastikan korang tidak memilih scholarship hanya beteraskan kepada prestijnya sahaja tapi turut memikirkan perkara-perkara di atas jua. Ingat : once korang berada di bawah scholarship, korang memang di-expect untuk memberi performance yang terbaik - sebagaimana yang diharapkan oleh scholarship provider tesebut. InsyAllah : aku harap sharing ini amat membantu korangsemua dan ucapan akhirnya : All the best in everything you do then! Yeehaaa!!\(^_^)/


*Aku pernah share tips-tips untuk interview : pape leh usha-usha kat sini yerk*
[Share-sharekan entri nie dengan sesiapa yang mungkin memerlukan tau]

22 comments:

WieyaRaudzi ♡ said...

Assalamualaikum..lama tak singgah blog ni.. :)

best jugak entri ni untuk plih scholarship..terima kasih ..hehe

Zinedine Zaiddin said...

Apekehal aku tgk ngko makin debab ni long? Masa awal2 aku folo blog ngko kemain haluih je lagi..hahaha

Anonymous said...

thanks long
will share this entry with my sister yg bru dpt result spm
btw,just to share, nowadays mungkin lebih payah nk dpt scholarship overseas.talk jpa beberapa minggu lepas, in future jpa hanya hantar student ke top 50 uni dlm dunia.which is kalau kat australia,hanya australian national university (ANU)
bilangan yg dpt straight a pulak makin bertambah
xapa, local uni pn bagus. tu je.hihi

-budak jpa oz-

HaiDa HiDa said...

bagus entry ni.. boleh bntu adik2 yg baru dapat result ni kan..

Azwar Syuhada said...

Thanks info ini..nnti boleh share dekat adik-adik yang bru lepas SPM.. >_<

Unknown said...

Nice entry..i am 2nd year medical students Russia tapi tak ada scholar lagi..still looking

Uwais Al-Qarni said...

thanks for sharing.

iema said...

nice sharing.. ^^

Sabella Mohamad said...

ooo . thanks sharing ye . sebab bella pun lepasan spm & tengah pening jugak ni apply scholarship mana .

Bunda_nora said...

Assalamualaikum,

salam ukhuwah fillah dan salam kenal untuk anak2ku diperantauan...

Mizz Aiza said...

terima kasih di atas perkongsian maklumat.. saya akan maklumkan kepada anak saudara saya yang baru lepas SPM..

sha (chirp chirp) said...

good info. thanks for sharing :)

Unknown said...

nice...thanks for sharing...mmg brguna utk adik2 yg baru ja dpt result spm

bz the witch said...

thanks for sharing

Anonymous said...

info bagus :) thnxs

Asyrof Asri said...

Assalammualaikum ....

Long Haffiz, lama sudah saya tak ke blog ni sejak saya berpindah ke platfrom wordpress self hosted.

Apapun penulisan ni memang sangat membantu. Terima kasih sangat.

Untuk info Long Haffiz dan follower setia blog Long Haffiz, saya ada buat kontes blog, boleh join dipersilakan ------->

http://www.asyrofasristudio.com/join-blogger-contest-tanah-arab/

<----------

Cik-Anne said...

good info...but dah lama x update nie...

Anonymous said...

assalamualaikum.sy pelajar tajaan petronas 2013 dan tgh buat a level di ktj.sy sebenarnya dpt 2 scholarship petronas finance and dentisry jpa.sy naaakkkkk sgt pergi jpa sbb sy nk jd dentist.tp mak dgn ayah sy paksa sy ambil petronas sbb die lg prestij. ape yg patot sy buat sbb sy mmg bnci nk mampus finance nie

Adilah Manaf Celik Vitamin said...

Terima kasih atas perkongsian ini. :)

Kelebihan Ahli Dan Cara Daftar Pengedar Shaklee

Anonymous said...

salam.

nk tanya ckit.study kat uk on scholarship ckup ke nk cover monthly expenses? tq

Unknown said...

Hi..Anybody know who want to sell student AP... I would like to buy....contact me +601115672100....fitri1985@yahoo.com

Anonymous said...

Hey there! I could have sworn I've been to this blog before but after checking through some of the post I realized it's new to
me. Anyhow, I'm definitely delighted I found it and I'll be book-marking and checking back often!

Check out my website ridden

    Related Posts with Thumbnails