My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, March 13, 2013

4 Perkara Perlu Di-Plan Sebelum ke London

Waktu zaman aku belajar dahulu, selalunya aku akan publish satu entri baru setiap minggu. Namun bila dah start bekerja nie, nak siapkan satu entri sebulan pun ternyata agak payah sebenarnya. Hahahahaa! Papepon memandangkan agak ramai rakan pembaca yang e-mail aku untuk bertanyakan mengenai persediaan yang perlu mereka buat sebelum ke London, United Kingdom; maka aku akan sharekan dengan korang semua beberapa pengetahuan dan tips asas yang confirm akan membantu korang untuk survive di sana. Antara isu yang akan aku cover adalah mengenai transportation, accommodation dan beberapa aspek lain lagi. Harap dapat membantu korang semua yerk!! (^_^)/


>Mudah sahaja nak travel : terus guna Oyster Card di mana-mana<


>Perghhh : memang tube bergerak dengan kelajuan tinggi<


>Ini adalah map tube London : complicated gitu<


Sharing Pertama : Pengangkutan (Transportation)
Apa Perlu Tahu? : Untuk pengetahuan semua, public transport di London adalah teramat-amat efisien dan memang berbeza kalau nak dicomparekan dengan Malaysia. Perkhidmatan bas dan tube di sana memang cover sepenuhnya area Central London dan juga Outer London. Bagi memudahkan korang untuk travel sekitar London, aku strongly advise korang untuk dapatkan Oyster Card. Fungsi Oyster Card nie adalah lebih kurang macam Touch N Go; yakni korang topup dan terus guna. Sekiranya korang plan nak tinggal di London dalam tempoh yang lama, korang boleh guna Oyster Card tersebut dan aktifkan Weekly Pass ataupun Monthly Pass - lagi menjimatkan! Yeayyy!!

Sharing Kedua : Penginapan (Accommodation)
Apa Perlu Tahu? : Selain transportation, accommodation adalah antara isu yang paling utama dan paling memeningkan sekiranya korang nak travel ke London. Untuk long term stay, korang memang kena rent apartment dan selalunya proses ini memerlukan khidmat agen perumahan di sana. Sebaiknya adalah korang minta tolong member di sana untuk carikan agen yang reliable. Bagi short term stay pulak, terdapat banyak hostel dan budget hotel yang korang boleh target. Antaranya adalah Tune Hotel, Travelodge, Hostel World dan banyak lagi. Namun kalau korang hanya nak bermalam untuk semalam dua, aku rekemenkan korang untuk usha hostel Malaysia Hall yang memang murah daripada biasa.


>Details Malaysia Hall di London : boleh overnight sini<


>Travelodge yang terletak di King's Cross<


Sharing Ketiga : Shopping
Apa Perlu Tahu? : Memang tak diragui bahawa terdapat banyak pilihan tempat untuk shopping di high street shops di tengah London; terutamanya area Oxford Street. Namun sekiranya korang mencari deal yang lagi murah dan pelbagai, ada banyak lagi pilihan yang menunggu korang. Selalunya aku akan cadangkan para pelancong yang datang ke London untuk spend at least sehari di Portsmouth Outlet. Perjalanan daripada London ke Portsmouth hanya dua jam menaiki bas dan di sana terdapat banyak factory outlets untuk brand yang terkenal seperti Clarks, Gap, Timberland dan banyak lagi. Selain itu korang jugak boleh travel ke area luar Central London untuk cuba jejaki carboot sales, charity shops dan pilihan-pilihan yang lain. Confirm korang akan jumpa apa yang korang nak! Yeehaaa!! \(^_^)/

Sharing Keempat : Melancong (Travel)
Apa Perlu Tahu? : Sejujur-jujurnya 3 hari 2 malam sudah mengcukupi untuk travel satu London dan adalah amat direkemenkan untuk korang spend hari-hari selebihnya untuk travel ke tempat lain. Ada banyak pilihan tempat pelancongan yang korang boleh pilih untuk buat day trip dari London. Antaranya adalah Portsmouth, Brighton, Oxford, Cambridge, Alton Towers, Greenwich, Bicaster Village, Yale, Wales dan banyak lagi. Sekiranya sempat korang jugak boleh buat road trip pusing satu UK dengan menaiki public transport dan travel hingga ke Manchester, Liverpool dan Newcastle. Oh ya kalau ada duit lebih, korang bolehlah spend semalam dua di Paris dan juga Brussels. Kedua-dua destinasi nie boleh dicapai dengan menaiki Eurostar. Memang ternyata amat best!!


>Kalau nain train : dua jam dah sampai Paris dari London<


>Portsmouth : tempat sesuai untuk travel dan shopping<


>Deal yang terbaik dengan harga yang termurah : cari semua!<


Empat aspek di atas yakni pengangkutan, penginapan, travel dan shopping memang antara benda yang korang kena fikir sewaktu planning untuk datang ke London. Aku percaya korang semua confirm akan buat research yang mendalam sebelum korang mulakan perjalanan. Jadi aku sharekan entri nie dengan harapan agar membantu dalam memudahkan research yang korang semua nak kena buat. Papepon sekiranya ada sebarang keraguan ataupun isi yang tak berapa nak difahami, korang boleh cari aku di Twitter, Facebook Fan Page ataupun di Gmail aku terus. Aku memang akan wujud di ketiga-tiga rangkaian nie; tapi mungkin respons ataupun reply aku untuk Gmail tu agak slowlah – jadi better cari aku di Twitter ataupun Facebook terlebih dahulu. InsyAllah akan aku cuba tolong sebaik yang mungkin. =)


>Memang confirm aku pernah share tips sebegini : share lagi dengan korang<
[Terus-menerus sesi bekerja : memang dah tak dapat blogwalking cam dulu-dulu]

22 comments:

Farah said...

thanks for the information especially about the oyster card and interesting places to visit nearby london :))) hehe will def come in handy when i decide to go across the english channel!!

x
farah

Muhammad Adam Rayyan said...

erm, bagus tip ni. tp kalu utk famili duduk malaysia hall cam tak besh kan? ada ke bilik utk famili ke kena dok asing2 ek?

Ainee Cumi said...

Ohsem! ohsem! ohsem! Walaupun lambat lagi nak perginya dan tidak tahu bila rezeki sampai sana. =)

Unknown said...

Woww...tahniah sbb ada chance pegi sana yer. Bagus perkongsian ni. At least org leh tau apa nak buat bila ke sana. :)

ikin said...

wahh! bestnyer ;D memang ohsem. bertuah dapat pergi sana :'D

Cik Nor said...

untungnya dah sampai london...sy sampai gak tp dalam mimpi jer..:)

cik jari manis said...

InsyaAllah aku boleh survive dgn tips kau..! Syabas anak muda..syabas!haha. Apa2pun tips yg sgt membantu. Tq.... ^_^

Unknown said...

wink2 ! best nyer .. hehehee .. thanks for the tips .. =D

Sha said...

TQ untuk perkongsian info ini.

Unknown said...

oversea setakat nie jejak just singapore n thai je.. hahaha

Mime MF said...

tips terbaik..huhu bestnya kalau boleh p travel lama2..wahaha~

Uji Hussein said...

Perkongsian bijak nampaknya.Tq ye.

Unknown said...

ya allah...seronoknya dpt ke sana...mudah mudahan saya juga dpt ke sana...btw doakan result saya ye bang >.<
oh yaaa...follow la my blog !
http://fatihahnazri.blogspot.com/

Lisa Sheila said...

salam kenal...

info yang sangat-sangat membantu...thanks for sharing yaa... :)

bz the witch said...

info yg sgt2 bguna utk yang nak ke travel di sana...rasa saat ni juga nak terbang ke uk, nasib baik la takde sayap.

Admin said...

terbaik la bro

GadizGula said...

alaa...teringinnya nak p london! thanx for da tips

REE said...

thanks :)

Bunda_nora said...

ASSALAM DARI BUNDA...

zainatul abu bakar said...

Oh patutla dah lama tak update entry baru..selamat bekerja, hehe. Nway thanks for sharing :)

Ummi Hanie said...

teringin nak ke london ! ;)

عبده العمراوى said...



شركة تنظيف منازل بالدمام
شركة تنظيف منازل بعنك

    Related Posts with Thumbnails