Seperti yang aku janjikan dalam entri “Coretan Perjalanan Tiga Tahun di Kota London - Summary Part One” dua bulan yang lepas, ini adalah summary part kedua kisah aku di Kota London. Untuk second year aku di LSE, aku tinggal bersama Zaki dan dua orang lagi member yang lain di rumah yang kitorang rent. Pada masa yang sama jugak, aku mula berjinak-jinak dengan dunia shopping online; terutamanya Amazon dan eBay. Aku beli agak banyak barang daripada eBay dan Amazon kerana harganya yang jauh lagi murah berbanding di kedai. Selain itu, aku turut shopping pakaian-pakaian daripada Charity Shops dan mulakan jualan di eBay untuk some extra earnings. Aku turut ignore Boxing Day dan lebih fokuskan factory outlets seperti di Portsmouth untuk bershopping sakan. Wakakakaa!!
 |
| >Saja posing ambil gambar dengan kereta F1 Ferrari< |
Sewaktu aku di second year jugak, aku mula travel ke kawasan di luar United Kingdom. Walaupun mahal tapi aku rasa inilah peluang terbaik untuk aku bebetul menikmati kelebihan belajar di luar negara. Sepanjang setahun aku di second year di LSE, aku travel ke Belgium, Germany dan juga Sepanyol – merangkumi bandar-bandar besar seperti Munich, Berlin, Brussels, Andalusia, Barcelona dan banyak lagi. On average; bagi setiap negara yang aku lawati; aku akan spend dalam GBP 500 untuk accommodation, transportation dan pelbagai lagi expenses lain. Selain daripada travel, menghadiri royal wedding, shopping dan eBay; aku juga improve dalam study aku apabila aku berjaya mendapat 1 first class dan 3 lagi second upper untuk 4 modules aku ketika second year. Pada masa yang sama, aku turut menghadiri beberapa perjumpaan or talk yang diadakan di LSE dan Malaysian Student Department di London bersama dengan para menteri dan ahli-ahli politik – antaranya DS Anwar Ibrahim, DS Muhyiddin Yassin dan ramai lagi.
 |
| >Nie second time aku pergi Emirates Stadium vs Man City< |
Ketika Summer Break 2011, aku spend masa yang terluang untuk mengikuti Projek Kalsom yakni satu projek bagi membantu pelajar tingkatan 4 yang datang daripada keluarga susah di Melaka. Aku merupakan salah seorang facilitator untuk Projek Kalsom tersebut. (^_^)/ Kembalinya ke London, aku sudah pun berada di tahun terakhir aku di London School of Economics dan baru aku sedar bahawa aku hanya memaksimunkan hanya setahun daripada dua tahun yang telah berlalu. Dengan itu tersemat di fikiran; aku target untuk memastikan tahun ketiga aku di London adalah yang terbaik. Memandangkan elaun Petronas yang mula bertukar; aku mengambil inisiatif untuk pindah ke rumah yang lagi murah bersama beberapa rakan LSE yang lain. Di samping menulis blog; aku juga mula menyediakan perkhidmatan tourist guide untuk pelancong-pelancong yang datang daripada Malaysia.
 |
| >Sedang memilih seafood untuk dibuat makan di Barcelona< |
 |
| >Fast forward kejap : nie adalah saat dan ketika graduasi< |
 |
| >Neelofa dan Aziz M Osman datang London untuk penggambaran< |
Selain itu, aku turut menggiatkan bisnes eBay aku dengan mula menjual kepada pembeli-pembeli di luar negara dan pada masa yang sama aku turut cover lagi banyak Charity Shops dan Carboot Sales untuk mendapatkan deal termurah supaya dapat dijual dengan lebih banyak untung di eBay. Ketika final year aku jugak; aku cover banyak negara dan destinasi baru. Antaranya adalah Perancis, Wales, Scotland, Portugal, Turkey, Denmark dan Sweden – merangkumi Cardiff, Paris, Porto, Braga, Istanbul, Copenhagen, Christianhavn dan Malmo. Lagi jauh perjalanan aku; lagi luas pengalaman yang dapat aku nikmati dan tempuhi. Selain daripada eBay dan travel, aku turut focus study aku. Oh ya, kalau korang nak tahu, semasa aku berada di third year, memang aku tak spend pape untuk buku rujukan tambahan. Kebanyakannya aku berbekalkan lecture text and supplement serta buku-buku yang dipinjam daripada library. Jimat wooO!! \(*_*)/
 |
| >Siapa layan bola confirm kenal Alex Chamberlain nie< |
 |
| >Memandangkan entri pergi Cardiff tak keluar lagi : nie gambar< |
 |
| >Wakakakaa : sila jealous! Aku dah jejak kaki di Nou Camp< |
Sekiranya korang perasan, kebanyakan kisah yang aku cover di
atas adalah berkenaan dengan apa yang aku buat ketika masa lapang ataupun cuti.
Tak banyak aku sentuh mengenai kehidupan study aku di LSE kerana study di LSE
adalah amat independent. Berbeza dengan style university-universiti lain; local
ataupun di UK, LSE mewajibkan pelajarnya hanya mengambil 4 modules setiap tahun.
Bagi setiap module, dua jam lectures dan satu jam tutorial class diperuntukkan.
Jadi setiap minggu hanya ada 12 jam untuk formal learning bersama lecturers dan
juga tutors – selebihnya adalah berdasarkan kepada usaha dan inisiatif sendiri.
Walaupun course aku di LSE adalah Accounting and Finance tetapi kami turut
diajar dengan Economics, Statistics, Organizational Behaviour dan banyak lagi
modul-modul lain yang tidak berkaitan. Bagi aku ini adalah amat bagus kerana
LSE mahu meng-improve thinking skills para pelajarnya dan tidak hanya focus
kepada bidang tertentu sahaja. Selain itu; study groups, past year exams, smart
notes, online research dan pada masa yang sama kerap membaca material-material
seperti Financial Times, The Economics, Business Times, City AM dan sewaktu
dengannya amat membantu kitorang dalam final exams. Papepon pada hari Jumaat,
13 July 2012– aku graduate daripada London School of Economics dengan result
akhir Second Class Upper. Alhamdulillah memandangkan aku berjaya mencapai
target yang telah aku tetapkan dan pada masa yang sama; ibuku dapat datang dari
Malaysia untuk bersama-sama aku ketika Majlis Konvokesyen tersebut.
Yeehaaa!! \(^_^)/
>Happy Chinese New Year and Happy Holidays to all friends out there!!<
[Nak bertanya pasal travel di London ataupun Europe? : boleh e-mail aku cam biasa]
13 comments:
entry lepas ni ckp psal study boleh? sbb sy pun budak acc yg bakal fly ke uk tahun depan under mara :D
i sgt suka baca apa2 entry u psl life kat UK--jelesnya sbb u dh tour the whole Europe tu :) priceless!!
bestnya dkt UK.mcm2 pgalamn baru dapat
Perghhhhhhh... syoknya !!! masih belum berkesempatan pergi ke negara orang.. :(
mintak ole2 boleh? XD
neelofa dtg tu shoot dgn amalina tu kan? hee
gila best study kat overseas ! :) awak sama mcm abg saya . tapi dia study kat Beijing , China . Travel and part time job tu mmg feveret dia kalau cuti . hahahaa . dia 5 tahun kat sana . Alhamdulillah skrg dah grad dah pun and da balik malaysia . jeles kot tengok dia travel je . hahaha .
dah 3 tahun ya.. rasanya gambar2 dan entry tu semua sis follow... hehe.. bestkan ble mengimbau detik bersama teman2 blaja ni... macam2 kenangan ada..
** kalau tak silap 2 3 hari lepas baru terbaca balik poskad kiriman Long dari London.. :)
Email???
I nak g london and need tour guide
great time there >.<
syioknya leh study sana
siuknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... mau pergi juga... mau lawat eifell tower..
go gunners!!! COYG
informasinya sangat baik,pantes untuk di simak. terimakasih ya
Post a Comment