Aku baru sahaja kembali dari Spain kelmarin tapi dah ramai mula bertanya bila aku akan menulis mengenainya. Seriously aku sendiri pun tak tahu memandangkan aku ada final exam tak lama lagi. Lagipun kisah trip aku ke Germany last December pun masih belum habis untuk dicover : last entri mengenainya adalah pasal kitorang menjelajah bukit salji di Freiburg, Germany. InsyAllah akan aku cuba rangkumkan dalam entri nie. Kalau rasa nak tengok gambar, boleh terus stalk Facebook aku. *senang dan mudah kan?!* Selepas bermain salji seharian di Freiburg, kitorang planning nak bersnowboarding pada Hari Krismas (yakni kebesokan harinya).
>Selamat Datang ke Munchen : Destinasi Terakhir<
Malangnya, angkara penat yang melampau-lampau, maka plan itu terpaksa untuk dicancel dan kitorang rehat seharian. Sepanjang Hari Krismas, kitorang lepak di bilik untuk tidur dan online. Kemudian pada petangnya, Idayu ada masakkan kitorang makanan : ala-ala Christmas Dinner gitu. So, kitorang lepak dengan dia dan kengkawan Konstanz yang lain : makan-makan dan jugak layan movies. Kitorang lepak sampai ke malam. Selepas hari keenam yang santai, hari ketujuh kitorang mula bersiap-sedia untuk bergerak ke destinasi terakhir yakni Munich ataupun Munchen, Germany. Namun sebelum naik train, sempat jugak kami pergi ke sempadan Switzerland-Germany dan bergambar sekadar yang perlu. Ahakz!!
Hari ketujuh dan hari kelapan (hari teakhir) dikhaskan untuk meneroka Munchen. Namun memandangkan kitorang sampai agak lewat petang di Munchen, maka tak sempat untuk berjalan-jalan di sana. Lagipun waktu itu train kitorang mengalami delay yang agak teruk. Di Munchen, kitorang stay di rumah member aku yang belajar di sana. Selamatlah ada beliau : kalau tak mesti kena bermalam di hostel. Pada pagi hari kelapan yakni hari teakhir; aku, Zaki dan Nabilah keluar daripada rumah member aku itu agak awal memandangkan kitorang nak kena manfaatkan semaksimun mungkin masa yang ada. Kitorang terus ambil train ke Central Munchen dengan menggunakan Group Ticket yang sama seperti sebelum nie. And now : the mission begin!! (^_^)/
Di Munchen, kitorang pergi ke mana-mana sahaja attractions yang kitorang sempat gapai. Antara yang sempat adalah Marienplatz dan kawasan City Centre. Namun tempat yang paling utama kitorang pergi adalah Allienz Arena Stadium dan BMW Museum. Kalau sesiapa yang minat bola, confirm kenal team Bayern Munich kan? Allienz Arena merupakan stadium utama untuk Bayern Munich. Memandangkan aku nie memang kepingin bola, maka bergambar sakan di sana sambil membeli souvenirs yang perlu. Sebelum kitorang ke Allienz Arena, kitorang sempat singgah di BMW Museum. Yang bestnya adabanyak kenderaan keluaran BMW yang dipamerkan. Ada kereta sports, kereta mewah, motorsikal dan pelbagai lagi. So, hampir setiap jenis kenderaan kitorang bergambar. Mana-mana yang boleh try masuk : aku try untuk posing dalam kereta. *mueheheheee*
Namun sedar tak sedar, cuaca dah hampir malam. Memandangkan hanya ada seharian penuh di Munchen, maka kitorang hanya target attractions utama seperti aku cerita di atas. Sebelum bertolak ke airport, kitorang sempatlah untuk lepak di KFC Munchen. Yang bestnya KFC di sini adalah halal dan aku rasa mampu untuk beli. Kalau di London, confirm-confirmlah aku takkan beli. *kehkehkeh* Lepas dah makan sampai perut full, kitorang bertolak ke Munchen Airport : juga dengan menggunakan train dan terbang pulang ke London Stanstead. Memang memenatkan kitorang punya Germany Trip tapi puas hati memandangkan banyak town dapat discover dan still within the budget. Kalau tak silap aku, semua kos perbelanjaan termasuk flight, makan, travel dan semua jenis aspek : dalam 400 pound sahaja. Jimat kan?! Yeehaaaa!! Wakakakaaaa!!
*Pasnie bercerita Spain Trip pulak : ada dalam 3000 photos ditangkap seminggu*
[Exam dah tak lama dah : tapi banyak benda yang tertangguh sekarang nie]
40 comments:
Bestnya~~ jelez der.. jauh perjalanan luas pemandangan..
jeket tu kalau balik Malaysia, konpem terperap je dlm almari (ckp org jeles...hehe)
errr...kfc sana halal ke?
amazing journey ...
kamu memang mempunyai kehidupan yang wunfervoll !!!!
seronoknya .... ^_^ hihi..saya x jelez cuma cemburu ....ngee
hhhmmmmm... x jeles pon! sgt cemburu je :-)
jeles tgk org g jejln luar negara,,
tp xpe,,,asal dpt tgk gmbr pn da ok,,,
tgu cerita spain plak,,
seronoknya dapat ke tempat org..update la lagi
syok giler travel !
beruntung sungguh. huwaaa huwaaaaa
nk men salji..... amat hot gamba2 nih.
sangat jeles okeh! ntah bila dapat kesana..
sgt best anda dapat main salji dan dpt merasa hdp di luar dr malaysia..hehe.. pe2pon gudluck for ur study n future.. :),,..salam perkenalan.. :)
besttttttt nyeeeeeeeeeee.. :D
deemmm cool!!! bestnya. been there before. tapi, itu dulu2. huaargghh~
cool i loikeeeee :D
nnty ajak la lala g same2 tau ! :D
beznya... T_T nk ikot..
waa...bestnyee...
beruntungnya kalau dapat duk obercea ni
boleh jalan jalan jauh. syukur ALhamdulillah.....
wahhh . bestnya bernasi lemak di germany. hahaa..
wahhh.. beznyer!!!!!!!!!.. jelez..
seronoknya :)
Uih, ni yang rasa nak gi jugak ni.
bestnya~~
Bile la dapat sampai sane..
teringin nk menjejaki kamu..eh silap...
teringin nk jejak kaki ke sana
aigoo~ jeles tengok awk g Jerman. hukhuk. ada jumpa ngn Philip Lahm ek? ngee~
gile ar seronak tgk picca dari luar negara ni.. urrgg...
sengat jelez ni..
dok kt ingolstadt ek? dlu anas ada bgtau :D
bestt nya. bila lah sy dapat jenjalan ke sana plak. huhu
terbaiklah...
tahniah.. merasa dah ke sana... akak tgk gambor ajer lah...
huaaa..jeles2..neway thnx sudi singgah blog sy,,done following u :D
nak pegi jgak laaaaaa, aiyaa source code dah kuar la kat alamanda, eeee, malaysia pon tip top jgak oteh?
;D
bestnye dok overc :),,bile la na pegy,,
dasat bro.. final episode kuar keta BMW, hikk...
latest en3: cara kesan laman web palsu
ni masa bile ni?lebat lagi snownye^^
jwb soklan ko:ye,header aku tu pic kat sevilla..plaza de espana :)
wahh ~ sangat sangat terover jeles bila tengok awak dapat jejakkan kaki ke tempat ni. sumpah, jeles !! :'(
wahh bestnye ^^
bestnyer dpt jln2 kat tpt org...
wah...bestnye. jeles tau! :D
Arghh ==' saje je nak buad Daya jeles ..huhuhuhui
thanks for very gud info bro..keep it up..hahhahaa..bayern tuuu
siyes ker umah ur fren ittew sebelah factory Audi bro? sgt jeles hoccay...
Post a Comment