My Followers Who Follow My Blog

Thursday, July 15, 2010

Paul The Octopus Predict Result Exam Aku?!!

Confirm korang semua macam terkejut kan sebab aku post entri pada hari nie?! Dengar cerita takda internet kan? Tapi tetiba muncul. Ahakz!! Kisahnya begini : aku dan member aku dah pun berpindah ke rumah baru family Uncle Hashim nie. Jadi, di sini ada internet connection tau. Sebab tulah aku boleh post entri baru nie. Papepon, layan jugaklah rumah baru nie memandangkan makin dekat dengan tempat kerja tapi pada masa yang sama, makin jauh dengan public transport. Memang equal exchangelah!! TT__TT


ramalan Paul The Octopus>Resul exam dah pun keluar : kasi share dengan semua<


ramalan Paul The Octopus>Inilah dia Paul The Octopus : Ahli nujum Pak Belalang<


Sebelum nie famous betul pasal Paul The Octopus ataupun nama Melayunya ialah Paul Si Sotong. Oh ya, nie sotong binatang yerk dan bukannya sotong lembut yang wujud dalam masyarakat kita tau. *muehehehe* Kesemua prediction Paul Si Sotong nie mengena dengan tepatnya dan pada masa yang sama dia predict kemenangan Spain jugak. Memandangkan dia predict Spain yang menang, aku tetiba terasa macam nak buat sotong goreng jer. Ada sesiapa yang nak join aku tak?! ^_^


ramalan Paul The Octopus
>Confirm ramai gamblers yang ikut prediction Paul Si Sotong<


Sebenarnya aku nak komen serba sedikit mengenai masyarakat kita nie. Ada yang betul-betul percayakan kepada prediction Paul sampai taksub gila : sehinggakan ada yang cakap bahawa Spain menang angkara prediction si Paul nie. Ada jugak yang nak membeli Paul nie, ada yang nak goreng Paul dan tak ketinggalan, ada jugak yang nak saman si Paul. Sedar ataupun tidak : Paul nie hanyalah seekor sotong biasa yang dilahirkan di England dan menetap di Germany. Jadi, janganlah percaya sangat kepada binatang nie. Kalau kaki-kaki judi tu betul-betul percaya dan kepada yang beragama Islam : perkara nie boleh membawa kepada syirik. Korang jelas kan?! *kuikuikui*


ramalan Paul The Octopus>Tahniah kepada Spain : Nanti aku tulis pasal World Cup 2010<


So, apakah kaitan Paul The Octopus dengan result exam aku? Adakah Paul predict keputusan exam aku dan berjaya mempredict dengan tepat?! Tidak2!! Sebenarnya aku baru sahaja dapat result exam aku semalam. Just a sharing dengan semua : aku berjaya dapat second class upper. Dengan soalan yang boleh diconsider amat payah hari itu, maka aku bersyukur sangat-sangat sebab dapat result nie. Untuk pengetahuan semua, second class upper adalah gred kedua tertinggi selepas first class. Alhamdulillah! Aku bersyukur denganpemberian Allah nie. Eh, bukan pemberian ataupun prediction Paul The Octopus yerk!! Ahakz!!


ramalan Paul The Octopus>Aku sekarang berada di dalam department tax : Internship bidang nie<


ramalan Paul The Octopus>Aku smenuju kearah keadaan sebegini<


So, entri nie just hanya nak update serba sedikit mengenai keputusan aku dan juga kehidupan aku sekarang. Life cycle aku sekarang macam nie tau : bangun pagi -> pergi kerja -> balik kerja -> tido -> bangun pagi -> kerja!! Memang completely full dengan kerja sekarang dan mungkin aku akan OT untuk weekends jugak. Pada masa yang sama, untuk sesiapa yang selalu bertanya, aku dah share result aku dengan korang yerk. So, Alhamdulillah. Sebagai penutup : janganlah taksub sangat dengan prediction Paul The Octopus sebab aku taknak rakan pembaca aku yang tersyirik tanpa dia sendiri sedar. InsyAllah : sama-sama kita beringat yerk!!


*Aku akan bekerja sepanjang weekend nie : Anyone nak temankan?!*
[Lagi sekali diingatkan bahawa shoutmix adalah MIC di sidebar tu]
    Related Posts with Thumbnails