My Followers Who Follow My Blog

Thursday, August 25, 2011

10 Lagu Raya Paling Best

Nampaknya suasana Hari Raya Aidilfitri mula terasa memandangkan 1 Syawal akan tiba kurang daripada seminggu lagi. Di pusat-pusat membeli-belah utama seperti Jalan TAR, Masjid India dan pelbagai shopping complex yang lain : memang penuh dengan orang ramai yang bershopping sakan. Selain itu, lagu-lagu raya pun dah mula kedengaran di mana-mana sahaja termasuklah di radio, tv dan juga handphone. Ahakz!! Setakat aku perasan memang terdapat banyak jenis lagu raya : samada yang baru ataupun lama; yang best ataupun tak best. Namun setiap orang mesti ada senarai lagu raya favret kan?! Jadi dalam entri kali nie, aku nak share dengan korang semua 10 lagu raya paling best. Ini pendapat aku tau : korang mungkin ada taste yang berlainan. Papepon inilah dia 10 lagu raya paling best aku yang disusun tidak mengikut turutan. Yeehaaa!!


10 lagu raya paling best
>Nak bincang pasal 10 lagu raya paling best tapi DJ di atas<


01. Sepasang Kurung Biru by Khairil Johari Johar : Seriously aku tak berapa nak kenal Khairil Johari Johar dan aku langsung tak tahu lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau selain daripada lagu raya ini. Dalam banyak-banyak lagu raya, memang inilah favret paling utama aku.

02. Dari Jauh Ku Pohon Maaf by Sudirman : Sudirman ada banyak lagu raya yang sesuai untuk masuk list 10 lagu raya paling best aku. Namun, antara kesemua lagu yang beliau nyanyikan : ini yang paling aku suka sebab lirik yang masyuk habis untuk perantau macam aku.

03. Dendang Perantau by P. Ramlee : Kalau tak pasang lagu nie masa raya, memang macam tak berapa nak meriah rasanya raya. Sebab itulah lagu nie memang antara lagu wajib masuk dalam list 10 lagu raya paling best nie. Silap-silap ada yang menangis kan. *sobs2*


10 lagu raya paling best
>Memang tak diragui yang lagu raya zaman dulu paling best<


04. Salam Dunia by M. Nasir : Selain daripada lagu Satu Hari di Hari Raya yang dah biasa korang dengar, M. Nasir ada satu lagi lagu hari raya yang mungkin korang tak berapa nak familiar sangat yakni “Salam Dunia”. Disebabkan rentak yang relax, aku layan gakla lagu nie.

05. Nazam Lebaran dan Sesuci Lebaran by Siti Nurhaliza : Sesiapa yang rasa lagu raya zaman sekarang takda kualiti, bolehlah try usha kedua-dua lagu Siti Nurhaliza nie. Aku pilih kedua-dua lagu untuk dimasukkan dalam list 10 lagu raya paling best aku. Siti Nurhaliza memang awesome!!

06. Suasana Hari Raya by Anuar Zain dan Ellina : Kalau mahukan lagu raya yang bernada cheerful dan sesuai untuk any open house, inilah lagu yang menjadi pilihan utama. Daripada Anuar Zain kecil sampailah besar, lagu nie tetap sinonim dengan hari raya.


10 lagu raya paling best
>Tetapi lagu raya zaman sekarang pun tak kurang hebatnya<


07. Menjelang Hari Raya by DJ Dave : Lagu raya yang muncul ketika zaman rock kapak nie pun memang segar dalam ingatan seperti mana lagu-lagu rock kapak yang lain. Liriknya simple sahaja tapi masih menjadi siulan setiap kali hari raya.

08. Bersabarlah Sayang by Sanisah Huri : Dengarkan sahaja rentak dan irama lagu nie sudah cukup untuk membuatkan hati nie terus hanyut kesedihan. Lirik yang begitu mendalam memang menjadi symbol strong lagu nie termasuklah kekuatan vocal Sanisah Huri sendiri.

09. Lebaran Ini by Raihan, Rem, Ajai dan Nowseeheart : Aku masukkan lagu raya nie dalam list 10 lagu raya paling best aku sebab keempat-empat penyanyi lagu nie memang favret aku. Selain itu rentaknya yang berirama nasyid dapat memberi seribu ketenangan!!

10. Ku Pohon Restu Ayah Bonda by Mamat : Kalau takda lagu nie dalam senarai 10 lagu raya paling best, memang confirm tak lengkap list nie. Walaupun Mamat sekarang dah tak popular seperti dulu tetapi lagu raya dia adalah antara lagu raya paling best setiap tahun.


10 lagu raya paling best
>Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin<


10 lagu raya paling best
>Walaupun pakcik nie dah bersara tapi sentiasa diingati semasa raya<


Itulah dia sepuluh biji lagu raya paling best dan memang menjadi favret aku sejak daripada kecil hinggalah aku dah sampai perantauan sekarang. Sebenarnya terdapat banyak lagi lagu raya lain yang best tetapi terlepas masuk dalam list 10 lagu raya paling best aku nie. Antaranya ialah Bila Takbir Bergema, Cahaya di Aidilfitri, Doa di Hari Mulia, Kepulangan Yang Dinanti, Lambaian Aidilfitri, Selamat Hari Raya, Balik Kampung, Satu Pagi di Hari Raya, Puasa dan Raya, Pulang di Hari Raya, Seloka Hari Raya, Seminggu Berhari Raya, Setahun Sekali dan bertimbun-timbun lagi lagu raya lain yang best. Papepon itu semua bergantung kepada taste korang la yerk. Wakakakaa!! (^_^)/


*Korang semua pulak : apakah lagu raya yang korang rasa paling best?!*
[Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin diucapkan buat semua rakan pembaca longHaffiz.com]
    Related Posts with Thumbnails