My Followers Who Follow My Blog

Sunday, October 10, 2010

Open House Petronas di London

Aku tiba di London dalam dua minggu lebih selepas raya. Oleh sebab itu, aku terlepas banyak jugaklah open house yang diadakan di sini. Open house High Commissioner Malaysia, Open House Malaysia Student Department (MSD), Open House Mara dan banyak lagi : semuanya aku terlepas. Namun aku berjaya juga untuk hadir di Open House Petronas memandangkan ia diadakan pada 2 October yakni selepas aku kembali ke London. *muehehehe*


open house raya makan free>Aku di depan pintu masuk : nampak tak signboard kat situ<


open house raya makan free>Sempatlah jugak berposing mengambil gambar selepas perut kenyang<


open house raya makan free>Nie antara yang datang bersama dengan aku ke open house<


Open House Petronas diadakan di Brodensbury College yang terletak di Kilburn Park. Secara jujurnya memang kolej or kawasan tersebut terletak agak jauh daripada Central London. Untuk ke sana, aku dan member-member aku terpaksa beberapa kali tukar line tube dan juga naik bas. Kitorang bertolak ke sana selepas sembahyang Zuhur sebab tunggu member aku dari luar London untuk sampai terlebih dahulu. Aku risau gak kalau diorang sesat memandangkan memang payah nak ke open house tu. Jadi, lebih baik gerak bersama-sama dan beramai-ramai. Angkat konvoi la katakan. ^_^

Kitorang ke sana dengan berpakaian lengkap baju raya yakni baju melayu dan baju kurung. So, korang boleh bayangkanlah bagaimana kitorang semua berpakaian sebegitu dan travel menaiki tube dan bas di tengah kota London. Semua mat-mat dan minah-minal saleh pakat tengok kitorang jer. Oh ya, kalau korang nak tahu, semasa kitorang nak turun bas bila dah sampai di open house tu, tiba-tiba ada mamat UK sorang nie nyanyi lagi Balik Kampung. Terkejut jap aku : sebelum sempat tanya, pintu bas dah tertutup. Entah macam mana dia tahu pasal lagu Sudirman tu yerk. -_-"


open house raya makan free>Antara makanan yang disajikan pada hari open house nie<

open house raya makan free>Aku sampai agak lambat : maka orang pun dah makin kurang<


open house raya makan free>Pergh!! Ini favret sepanjang zaman nie : sambal belacan<

Di Open House Petronas, aku jumpa agak ramai komuniti Malaysian di London : tanpa mengira bangsa or scholar apa. Semuanya lepak dan borak beramai-ramai. Makanan yang disediakan juga amat sedap dan ada banyak pilihan. Ada teh tarik, sate, rendang, ayam bakar dan ikan masak merah. Nyum3!! Sedap giler. Kuih-muih raya pun banyak. Lama jugaklah aku lepak di sana : dalam setengah jam sebelum habis majlis baru aku dan member-member aku blah. Memandangkan ada banyak makanan lebih, maka banyak jugaklah yang kitorang tapau : dalam 8-9 bungkus tupperware. Simpanan untuk masa depan. Ahakz!!


open house raya makan free>Katanya : mari saya ajarkan cara bancuhan teh tarik tersedap<

open house raya makan free>Tengok!! Itu sebahagian daripada tupperware yang kami tapau<


open house raya makan free>Teh tarik yang panas dan berkrim di cuaca yang dingin<


open house raya makan free>Fimal gambar kami : bersama student advisor Petronas dan anggotanya<


Memang aku agak penat pada hari tu sebab aku kena pergi ke banyak tempat untuk pick-up member-member aku yang sampai dari luar London. Walaupun agak jauh, aku agak puas hati dengan Open House Petronas sebab aku dapat jumpa dengan ramai orang dan at the same time dapat makan free jugak. Excited melihat orang lain mengadakan open house : maka ahli rumah aku turut bekerjasama untuk mengadakan open house kitorang sendiri. Open house baru itu sahaja langsai semalam dan ini akan aku ceritakan di entri-entri yang akan datang. Tunggu!! Tunggu! Tunggu~ *Sila baca dengan gaya gema yerk*


*Pasnie nak pergi rumah terbuka di Finsbury Park tapi assignments bertimbun*
[Kehidupan saya bergantung sepenuhnya kepada keberkatan Allah : Anda bagaimana?!]

22 comments:

paradokshati said...

wah.best.best..tak tau bile nak dapat merasa macam ni pulak:);

kemma said...

bestnye long.........st teringin tol nak merasa cam tu:D

sweetsal said...

untung jugak kan kt London pun ada open house..boleh makan2 sepuas hati mkanan malaysia..hehe

tulip jingga said...

bestnya long, jalan2 kat sana dgn baju melayu...mesti bangga jadi rakyat malaysia kan? ha, siapa kata org luar tak kenal malaysia...tgok mamat uk pun tau nyanyi lagu 'balik kampung'...

Anonymous said...

aku boleh bayangkan..hahaha..sebab aku raya kat jepun..tapi aku tak smyg raya kat embasy..aku g masjid...so memang semua orang tgk la..makhluk pakai baju melayu dgn sampin..dahla ramai2..hahaha..

Post Terhangat...
Peti sejukku Berkumuh Lagi...

Mindbreaking said...

siap ada label lg makanan tu, hahaha...kalau buat kat malaysia camtu mesti org ckap buang tabiat...

Anonymous said...

hidup harus ade keberkatan barulah setiap langkah terasa ringan hayunannya..

semoga Allah permudahkan kerja2 kita smua..& semoga sejahtera di perantauan :)

Gayahspears said...

salam geng~!
wah,sunuk ya open house kat petronas sane :) mkn byk2 ya.. aku tgk byk menu kat atas meja tu.. terliur lak...
ko poskan kat aku cket ley x??? agak2 basi x mknan tu..huhu...

wey, meh baca n3 terbaru aku lak ya... tp mendapat peminat setia :) huhu..

salam,jaga diri,hiasi peribadi~

noorafzan.blogspot.com said...

wow..bestnya..
dapat gak pekena teh tarik di london ye..

Mama Zharfan said...

bestnya dpt pekena teh tarik time2 sejuk tu..bila nak turun notts long..singgahlah umah akak yer :)

SUHAIDA said...

WAH! BEST..TAKE CARE KAT SANE OK

Aida Azryn said...

hensem betol abg yg pakai spek tu~ (gabo yg pertama)hihi~ >_<

Mia Liana said...

seronoknya....

Amira is mira said...

bestnya dapat merasa raya ditempat orang...nak jugak

PERMAISURIMON said...

thehe sonoknyee. bawak iylia ke sana.

Elong Bujang said...

Ade Sambal belacan juge ... hilang juge rindu kat kampung tu ..

Jemanberagas said...

best nye...aku xdpt nak g...moga anak aku berjaya mcm ko...amin

Lia3003 said...

bestnya.. saya kalau ada makan free, xkan lepaskan peluang

'Athifah Markzzaki said...

hehe.. nampaknya rumah terbuka di london lagi syok dari egypt lah.. ;DDD

suriani azwan said...

bestnya....seronok x merantau?

Fyza Lovato said...

bestnyee. :)
teringin nak jadi anak perantauan tapi xde kekuatan :')

Good luck for ur study :)

Adibah Ishak said...

wahhhh meriah2.. anak m'sia di negara org..uuu all da best buat kalian! :)

    Related Posts with Thumbnails