My Followers Who Follow My Blog

Sunday, February 13, 2011

Europe Trip 2010 : Hari Keempat Menjelajah Bumi Zurich

Alhamdulillah. Semalam kita semua menerima satu berita gembira yakni Hosni Mobarak telah pun step down daripada pemerintahan Egypt. Aku pernah cover pasal isu nie di entri Krisis Mesir : Bukan Semudah Disangka. InsyAllah aku akan cover lagi sekali pasal krisis Mesir pada masa yang akan datang : termasuk pengalaman aku join Egypt Rally di Trafalgar Square, London hari nie beserta gambarnya. Yang aku harapkan adalah supaya peneraju pemerintahan Mesir selepas ini bukanlah pengikut Hosni Mobarak dan yang betul-betul layak akan dipilih oleh penduduk Mesir sendiri. So, entri nie mahu cerita apa?! Sebagaimana tajuk di atas, aku mahu sambung pasal Europe Trip aku. *muehehehee*


cuti-cuti sekitar eropah>Nampak tak korang semua dengan perkataan Zurich?!<


cuti-cuti sekitar eropah>Di depan Swiss National Museum : Museum terutama<


cuti-cuti sekitar eropah>Di hadapan sebuah gereja di tengah bandar Zurich<


cuti-cuti sekitar eropah>Train ke Zurich akan bertolak pada jam 10.00 pagi<


cuti-cuti sekitar eropah>Walaupun pengangkutan awam ada di mana sahaja : kami mahu jalan<


cuti-cuti sekitar eropah>Betul-betul di tengah Zurich : pemandangan menghadap sungai<


Sebelum nie aku pernah cerita pasal Europe Trip aku : Hari Pertama di Paris, Hari Kedua di Berlin, Hari Ketiga di Konstanz dan Basel, maka sekarang tiba untuk hari keempat pulak. Memandangkan kami bertiga sebagai anggota trip bermalam di Konstanz yang berdekatan dengan Switzerland, maka kami mengambil keputusan untuk sambung perjalanan ke Zurich, Switzerland. Zurich merupakan bandar terbesar di Switzerland walaupun sebenarnya ia bukan ibu negara Switzerland. Selain itu, kita semua juga tahu bahawa Switzerland memang ada banyak main financial centres dan kebanyakkannya terletak di Zurich. Tapi kitorang nak jejalan sahaja di Zurich : bukannya nak buka bank akaun tau. Ahakz!!


cuti-cuti sekitar eropah>Okay! Sebenarnya air itu bukan untuk manusia minum<


cuti-cuti sekitar eropah>Rehat sekejap di waktu tengahhari : tak tahu mahu ke mana<


cuti-cuti sekitar eropah>Lepak di tengah jalan : aku pun tak tahu ke mana orang ramai<


cuti-cuti sekitar eropah>Aku sendiri pun tak tahu maksud di sebalik gambar nie<


cuti-cuti sekitar eropah>Waterfront menjadi trademark di tengah Zurich<


cuti-cuti sekitar eropah>Kitorang memang rezeki murah memandangkan cuaca amat bagus<


Aku dan member aku ke sana dengan menaiki train daripada Konstanz dan perjalanan mengambil masa dalam 2 jam kalau tak silap. Harga ticket tidak pulak aku ingat. Memandangkan aku memang dah planning nak turun Zurich sebelum nie, aku telah pun sediakan Swiss Franc 50 untuk dibuat belanja. Yang bestnya travel daripada Konstanz ke Zurich adalah tiada pemeriksaan imigresen untuk melepasi sempadan. Namun kami still bawa passport bersama-sama sebagai any persediaan. Kitorang sampai sana dalam jam 12.00 tengahhari dan pulang pada lewat petangnya yakni jam 5.30. Lebih dari cukup untuk cover Zurich tau. Sampai sahaja di Zurich Main Train Station, aku ke Tourist Information Centre, dapatkan peta Zurich dan terus analisa peta tersebut. *kuikuikui*


cuti-cuti sekitar eropah>Aha! Kantoi! Gambar tiada kaitan dengan situasi<


cuti-cuti sekitar eropah>Jalan sedikit pun dah nak berhenti rehat lagi : penat kut<


cuti-cuti sekitar eropah>Sculpture yang cantik pada pandangan aku : menarik kan?!<


cuti-cuti sekitar eropah>Kalau tak silap aku : nie merupakan opera house utama di Zurich<


cuti-cuti sekitar eropah>Sedikit sebanyak permandangan di sekitar Zurich<


cuti-cuti sekitar eropah>Walaupun tak ramai orang tapi kitorang enjoy berjalan!<


cuti-cuti sekitar eropah>Lagi permandangan di sekitar Zurich untuk semua<


So, apa yang ada di Zurich?! Yang bestnya adalah kebanyakan attraction utama dan juga shopping complex terletak berdekatan dengan Zurich Main Train Station dan kitorang boleh berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Bandar Zurich juga terletak berdekatan dengan tasik (ataupun laut?!) dan pemandangan memang amat cun. Kitorang bergerak dari satu attraction ke attraction yang lain menurut peta yang aku dah analisa awal-awal. Pelbagai gereja, bank, museum dan juga attraction lain yang kami sendiri tak tahu namanya sempat dilawati dalam tempoh seharian. Kitorang hanya makan roti untuk lunch memandangkan sudahpun breakfast di sebelah paginya. Lagipun kena maximize waktu untuk berjalan-jalan kan?! (^_^)/


cuti-cuti sekitar eropah>Aku paling suka ini : poyo buat panggilan ke Malaysia<


cuti-cuti sekitar eropah>Tengok! Ada Kedai Kasut Bata di sini tapi mahal macam siot<


cuti-cuti sekitar eropah>Di depan Zurich Main Train Station : pegang souvenirs tu<


cuti-cuti sekitar eropah>Percayalah : semua itu adalah barang kemas Swarovski sebenar<


cuti-cuti sekitar eropah>Cantik kan permandangan di sekitar Zurich?!<


cuti-cuti sekitar eropah>Di hadapan UBS : syarikat paling hebat dalam membina software akaun<


cuti-cuti sekitar eropah>Last but not least : Zurich Christmas Market wajar diceroboh<


Namun yang tak bestnya pasal Zurich adalah living cost yang amat tinggi dan harga bebarang amat mahal. Harga keychain Zurich yang biasa hampir mencecah Swiss Franc 10 dan poskadnya hampir Swiss Franc 2.50 untuk 3 keping kalau tak silap. Selamatlah duit aku bawak yakni Swiss Franc 50 cukup untuk aku belanjakan membeli souvenirs yang perlu serta tak melepas kesempatan merasa roti croissant buatan Switzerland. Selain itu, member aku yakni Zaki sempat jugak membeli Swiss Knife yang beharga dalam Swiss Franc 30. Datang Swizerland tapi kalau tak beli Swiss Knife, memang tak lengkap lah kan?! Oh ya, kalau korang nak tahu : di sini ada kedai kasut Bata dan jauh lagi berprestij daripada di Malaysia tau. Pas penat jejalan semua, kitorang kembali ke Konstanz menaiki train dan sebelum pulang ke tempat bermalam : kitorang singgah makan aiskrim Germany di tempat biasa. *wakakakakaaa*


*Terjumpa Sale kasut Onitzuka Tiger berharga GBP 20.00 yakni lebih kurang RM 100.00*
[12 Nov 2011 : Masuk tahun ketiga aku bersama Cik Asliza Ahmad and keep counting]

41 comments:

z a k w a n said...

babe serius gua jeles dgn lu

NIZAM said...

europe! europe!
mak aih. bestnye. bila la aku dpt peluang nk jln2 cm ko. jelez2.

mamasuri said...

syoknyer..
bl lah akak nak sampai sana yek???

Ein Makrai... said...

wah seronoknyer....seronok giler....oneday sampai...but my daughter akan gie melancong on june with others...me stay home cuti tak banyak...mmmm sedihnyer...

~ Lady ell ~ said...

bestnye kamu....kirim ole2 boleh tak?antar guna emel je...heheh aduiii...nak jugak tu.takut kempunan barang zurich.:)

blog-tips-kurus said...

UBS memang user friendly.

BATA kat Msia macam biase2 je:-)

iem said...

memang best giler ko berjalan jek..

sculpture y menarik ke, y bwh 2 y menarik,huhu

Juli.Zakaria said...

waaahh..nice gile dPt round europe.better be, slgi msh kt london.hihi

apak cikidong said...

wahhh syioknyer jalan2 kat negara orang...

Salim Harmanain said...

weee...bestnye klu dapat pegi memang x balik msia dah..hehe

Rose Johari said...

wah, bestnyaaaa ;)

EzayHadry said...

best ko dpt jalan2 sana...nak g jugak...bhahahaha

zizoe said...

boleh ikutan jalan2 tak hehehe

rafina mimi abdullah said...

kat zurich tak ada masjid ke? :)

albalang said...

fuh.. layan layan.. sampai kedai bata pon korang jupe.. tapi mmg bata sebuah kedai kasut international kan..

Puteri Balqis said...

seronok dapat g negara orang=)

Unknown said...

bestnye dpt g sne....hope 1hari ni dpt g gak :)

saefu said...

menarik bgt, sangat ingin jalan2..heee

Julia Johari said...

Alhamdulilah...berhijrah ke luar negara..dpt belajar perkara baru :) zurich had good scenary...love to see it. Thx for being my new friend :)

Anonymous said...

bestnya dpt merantau kat negeri org

mirul said...

europe trip. wah. bes bro. btw, murah giler kasut Onitzuka Tiger kat sana. kene usha nih. :D

latest blog post: Hanya 8% Orang US Ada Twitter Serta Tips di Twitter

SnAfiah said...

waa seronoknye :)

Azie Rashid said...

wuhuuu.cmne korg saving tuk jalan2 ek ?kitorg alaun cm xpena cukup je.huhu

Nazim Nasri said...

bestnya.
kadang2 kita tgk orang melayu blaja kat luar negara. rasa bangga :)

cikbella said...

sonok jer p luar negara...
best2

Nor Suhaiza said...

wahhhh...bestnyer...suka pic pokok 2...
xpetik?hik3...

Unknown said...

teramat cantik gambar2 tu...bestnya dapat g trip... ^__^

Adinda Amy Sensei said...

bilalah agaknya sy leh gi ke sana pulak ekk....dalam mimpi agaknyaa...

cik nur said...

wah seronok nyer jalan2 kat tmpt org satu hari nnt nur pn nk smpi sane

Cik Ungu Kamila said...

sume gambar tu menceritakan segalanya. best gileeeee ! hee :)

saljihitam said...

entri berbaur cemburu neh.

baru satu entri usha. arghh !

haha

hacker said...

mak aih...sies jeles gile neh..
kamoo tggu,nnti giliran saya pulak pegi sana!!..hahah~

caliph shuriken said...

nice.. trus update ok ^^

p/s: kali pertama tgk bangunan sykt UBS tu, dulu pnah guna sfware dia jaa..

latest en3: ~ salam maulidur rasul ~

Gimi said...

Waaa..bestnye..
Nak ikut gak...

Gimi said...

Waaa..bestnye..
Nak ikut gak...

Unknown said...

bangunan2 kt sna sumanyer klasik..
nmpak old skool

Anonymous said...

bestnye dpt travel....!! study kat sana ke?? doakn sy straight As dlm result spm next month k!! nnti sy leh join kat sana....huhu

irwannz.blogspot.com

Rina Rossoneri said...

kat malaysia,bata tu orang xpandang pun hahahah...uit kenapa kena beli pisau??

terokai seni said...

tak tahan sejukkk

bz the witch said...

cantiknya pemandangan di sekitar zurich...bila nak sampai sana agaknya...

Anonymous said...

bestnya pegi europe tapi kos tinggi sangat kat zurich

    Related Posts with Thumbnails