My Followers Who Follow My Blog

Friday, February 18, 2011

Rangkuman Krisis di Timur Tengah

Egypt Rally telah pun diadakan di London pada hari Ahad lepas untuk meraikan pengakhiran pemerintahan Hosni Mobarak di Mesir. Memang ramai yang join : aku rasa mencecah ratusan demonstrators dan aku salah seorang daripadanya. Sempatlah jugak aku candid gambar untuk dikongsi dengan korang semua. Untuk sesiapa yang belum tahu : pemerintah Tunisia sebelum nie yakni Ben Ali sedang koma angkara strok dan Hosni Mobarak turut dalam keadaan koma sekarang. Mungkin balasan Allah terus menimpa mereka berdua angkara pemerintahan dictator!!


Rangkuman Krisis di Timur Tengah
>Poster menaikkan semangat yang dipetik daripada internet<


Rangkuman Krisis di Timur Tengah
>Sekitar permandangan ketika sambutan Egypt Rally di London<


Rangkuman Krisis di Timur Tengah
>Demonstrasi sekitar Bahrain yang makin memuncak<


Oh ya, arus pembebasan ini sebenarnya bermula di Tunisia dan telah merebak ke Mesir. Hasilnya lihatlah sekarang : Tunisia dan Mesir bebas daripada cengkaman Ben Ali dan Hosni Mobarak. Berdasarkan kepada bacaan dan kajian aku, aku mendapati arus kebebasan kini merebak di sekitar Utara Afrika dan juga kawasan Timur Tengah lain dan inilah aku mahu kongsi dengan korang semua. Harap berinfo yerk :

Algeria : Protes sudah pun bermula sejak daripada Januari lagi yang menuntut President Abdelaziz Boutelfika meletak jawatan. Kumpulan protes nie telah mula bergabung dengan parti-parti politik minority dan juga kesatuan pekerja di Algeria. Selain itu, seorang veteran politik Algeria, Abdelhamid Mehri secara terbuka menyeru Abdelaziz Boutelfika untuk meletak jawatan.

Bahrain : Dijangka negara seterusnya yang akan menurut jejak Tunisia dan Mesir, rakyat Bahrain mula menentang pemerintahan. Majoriti rakyat Bahrain adalah dari golongan Syiah namun berada dibawah pemerintahan golongan Sunni. Mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahan King Hammad Bin Issa Al Khalifa yan ternyata mendahulukan golongan sunni, kesusahan dalam berpolitik serta kemerosotan ekonomi. Rusuhan terus berlaku di serata Bahrain dan hari nie sahaja : anggota selamatan mula menggunakan kekerasan dan open fire.

Djibouti : Beribu penyokong pembangkang yang kebanyakannya adalah pelajar berkumpul untuk meminta Presiden Ismael Omar Guelleh meletak jawatan sebelum bertanding untuk term ketiga pada pilihan raya April nanti.


Rangkuman Krisis di Timur Tengah
>Petikan daripada BBC : Rangkuman krisis di Timur Tengah<


Rangkuman Krisis di Timur Tengah
>Yang nie pulak demonstrasi di Jordan<


Rangkuman Krisis di Timur Tengah
>Daripada gambar di Twitter : sambutan di Tahrir Square<


Rangkuman Krisis di Timur Tengah
>Ratusan ribu orang di Tahrir Square selepas seminggu kejatuhan Hosni Mobarak<


Iran : Berpuluh ribu penyokong kerajaan membanjiri bandar Tehran untuk menyuarakan demand mereka supaya ketua pembangkang : Hossein Mousavi dan Mehdi Karroubi dihukum gantung kerana tindakan mereka menentang kerajaan pimpinan Mahmoud Ahmadinejad.

Jordan : Berpuluh ribu rakyat Jordan berdemonstrasi sejak lima minggu yang lepas menuntut lebih banyak peluang pekerjaan disediakan dan harga makanan serta minyak dipotong. Sebagai tindak balas, King Abdullah II memecat Perdana Menteri Samir Rifai dan melatik Marouf al-Bakhit serta 26 ahli cabinet yang baru. Pergaduhan antara penyokong dan anti-kerajaan menjadi huru hara di Amman.

Kuwait : Sekurang-kurangnya lima cedera dan ramai yang ditahan dalam pertembungan antara polis Kuwait dan beratur Arab tanpa status negara yang meminta hak mereka.

Libya : Berpuluh ribu rakyat Libya berkumpul di Benghazi di luar parlimen bagi menentang pemerintahan kerajaan Libya. Sekurang-kurangnya 24 orang telah terbunuh sepanjang demonstrasi ini. Sebenarnya demonstrasi sebegini diharamkan di Libya namun penahanan seorang peguam yang mengkritik kerajaan telah membakar api kebebasan. Colonel Gaddafi merupakan salah seorang pemerintah autokartik paling lama di Afrika dan Timur Tengah.

Mesir : Beratur ribu demonstrators berkumpul di Tahrir Square bagi merayakan seminggu selepas Hosni Mobarak meletak jawatan. Dijangkakan badan ketenteraan akan mentadbir Mesir buat masa sekarang sehingga pilihan raya seterusnya diadakan yang besar kemungkinan akan dikuasai oleh Muslim Brotherhood sekiranya tiada campur tangan Israel dan Barat.


Rangkuman Krisis di Timur Tengah
>Pakcik nie lagi semangat daripada aku ketika di Egypt Rally<


Rangkuman Krisis di Timur Tengah
>Media asing membuat liputan di London : aku kah wakil media Malaysia?!<


Rangkuman Krisis di Timur Tengah
>Ini adalah petikan rusuhan di Libya<


Rangkuman Krisis di Timur Tengah
>Manakala yang nie pulak adalah sekitar rusuhan di Yaman<


Morocco : Morocco telah berdepan dengan krisis ekonomi yang amat teruk kebelakangan ini dan King Mohammed VI telah cuba untuk menangani masalah nie dengan berhemah sehingga beliau mendapat gelaran “Guardian of The Poor”. Namun anti-kerajaan berpendapat bahawa tiada pembeharuan yang memberangsangkan dan ini mengakibatkan demonstrasi bermula. Kerajaan Morocco telah mengumumkan subsidi 1.4 billion akan dijana ke dalam ekonomi negara.

Syria : Buat masa sekarang keadaan masih lagi tenang di Syria tanpa demonstrasi besar-besaran diadakan. President Bashar al-Assad telah berjanji akan mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi Syria dalam masa terdekat.

Tunisia : Parlimen Speaker Foued Mebazza telah mengangkat sumpah sebagai interim president dan melantik Perdana Menteri Mohammed Ghannouchi untuk membentuk kerajaan campuran dalam masa enam bulan.

Yaman : Demonstrasi diadakan di sekitar bandar utama Yaman pada 18 Februari dan dinamakan sebagai “Friday of Rage” Disebabkan oleh protes yang berterusan, President Ali Abdullah Salleh telah mengumumkan tidak akan bertanding dalam plihan raya akan datang selepas 3 dekad memerintah. Beliau turut berjanji untuk tidak mewariskan jawatan presiden kepada anak beliau.


Rangkuman Krisis di Timur Tengah
>Terserempak dengan warga Burma yang perjuangkan Atasunchi<


Rangkuman Krisis di Timur Tengah
>Repair the world : keep hope alive<


Rangkuman Krisis di Timur Tengah
>Mencecah ratusan yang berada di Trafalgar Square untuk Egypt Rally<


Rangkuman Krisis di Timur Tengah
>Tiada kaitan tapi gambar ditangkap dengan gunakan Panasonic Lumix baru<


Begitulah sedikit sebanyak kisah dan update mengenai status negara-negara utama di Timur Tengah dan juga Utara Afrika. Di Arab Saudi tiada kekecohan berlaku dan semuanya berjalan secara aman damai. So, kalau korang nak pergi haji or umrah : jangan risau yerk!! Aku tak rasa ramai yang akan khatam entri nie memandangkan ramai mungkin fikir benda politik sebegini amat boring tapi aku tetap nak share dengan korang semua supaya korang semua sedar dengan apa yang menimpa saudara seagama dan semanusia kita di sekeliling dunia. Harap dapat dijadikan hikmah dan iktibar!!


*Agak-agak berapa orang yang khatamkan entri nie?! Cuba angkat tangan mengaku!!*
[Aku nak kasi korang semua jealous : aku beli kasut Onitsuka Tiger just 20 pound : jeleslah!!]

34 comments:

faiz said...

semua dah sedar kuasa rakyat...

rafiqah_rizal said...

terima kasih buat entry pnjg lebar mcm ni. :D

mamawana said...

Adakah ini sebahagian tanda2 akhir zaman. Tanda kebangkitan Islam? Apabila Islam ditentang oleh orang2 yg bertolak ansur dgn arak. Islam dimusuhi oleh org2 yg pro rasuah. Islam dimusuhi oleh org2 bernafsu hiburan , musik akhir zaman, club sana sini dan nafsu sana sini? Inikah tanda2 nya AlQuran dimusuhi?

Unknown said...

dah khatam!!luas sikit view tgk realiti kat sana sekarang..tankiyu :)

iamtain said...

bgus nih review nih :D
trma kasih jd wakil media utk bloggers..hahahhaha :D

Rina Rossoneri said...

dun worry aku baca sampai habis, walaupun nama2 tu aku kenal ben ali n hosni mubarak je...heheheh.. ko leh jadi reporter ah..

Ninis said...

saya saya!saya baca sampai habis!ngeee.tahniah kerana kamera anda sama dengan saya.haha.okayy,jelesss la dpt kasut baru murah! :P

Anonymous said...

trime ksh..bru arini taw pe y berlaku d ngra2 len..memg berinfo..

HAZRIL HAFIZ said...

aku khatam...tapi kuang asam tul nk jgk gtw pasal kasut..hahaha

Mrs Hakim said...

nasib baiklah Malaysia tak mcm tu...syukur masih boleh hidup aman, tenteram...kalau tak tak tahulah...
huhuhuhu

Pedagang Melayu said...

Salam kenal Long ...Dahsyat ye dengan apa yang terjadi di Timur Tengah, efek dominonya merambah seluruh jazirah arab nampaknye

hidhikariee said...

thanks for da info :)

Unknown said...

rakyat lebih suka memilih pilihanjalan raya daripada pilihanraya... skarang nie... begitu juga ngan kita yg berada di timur...adakah kita akan menjejaki langkah mereka.. apabila berdepan dengan kerajaan yg kurop
?

rafina mimi abdullah said...

risau tengok keadaan dunia sekarang.. :(

yahaya said...

terima kasih dgn laporan perkembangan itimur tengah ini...

Gimi said...

Khatam..rasa da macam kat sana

Ajua Ishak said...

hopefully keadaan di morocco xtwuk and smua ni cpt2 berakhir..my brother blaja d'sana..Moga semua student n rkyat malaysia sentiasa dilindungiNYA..amin.

Fadzli Amir said...

Salam kenal...woii..Aku angkat tangan woii...hehehe....aku minat pasal politik2 ni....pasal kasut tu aku try nak jeles, tapi tak jadi sebab aku tak tau pun kasut apa tu..kalu magnum ke, clubman ke leh gak jeles...

-apis- said...

good info bro..tq :)

Irfa said...

menarik..baca sampai abes..:-)
saya singgah jalan2 disini..minta izin link.tq

Ain Shdn said...

of course ah, btw.. my brother student egypt juga :)

Anonymous said...

huu. kalau tak baca ni tak tahu.

tQ2. hehe

iem said...

info yang lengkap..
thxs share..

izatul qisteena said...

woww..so many info..thanks taw..=)

awEEN said...

thanks la bg info bergune.. saye try khatamkan jugak entry ni hehehe,,, jauh perjalanan luas pengalaman...

ratna said...

salam.. ooo kamu yg akak jumpa kat tesco. syhhhh diam2 tau..jgn bgtau sesapa akak ada blog. malu oooh. i blog for money maaa.. ha ha ha..

Anonymous said...

terima kasih sebab share info ni..sekarang baru saya tau keadaan kat luar sana macam mana..huhu

Penyu said...

terima kasih pasal info. sedar tak sedar, algeria pun ada mogok2 macam ni. nasib baik aku dah terbang balik awal2 dari sana. algeria memang cantik, tapi aku kerja kat tengah padang pasir dulu. tak sempat jalan2.

zaheeyah said...

semua bersemangat.
mesti pilih pemimpin yg betul2 okey kan?
berbanding malaysia?
okey politik.
x nak cakap apa2.

Mawe said...

penuh informatif

MisS CikU said...

thnk's 4 d info ya n follow kamu....

Sweet N Pretty said...

setuju dgn mamawana, tanda2 akhir zaman & juga tanda2 kekuasaan Allah yg agama Islam bukan sesuatu yg blh diperlekehkan. Sheikh Yusuf al-Qaradawi pun dah keluarkan fatwa harus menembak Gadaffi. moga kita semua sentiasa di bawah payung lindunganNya, Allahuakbar

Unknown said...

Agak2 Arab Saudi camne bro? dah merata demostrasi ni melarat....takkan kat belah sana senyappp jerr...atau derang takut??

bz the witch said...

harap semua negara arab tu kembali aman mcm biasa...klu porak-peranda mcm tu, bilalah islam nak jadi kuat?

    Related Posts with Thumbnails