My Followers Who Follow My Blog

Thursday, February 10, 2011

Homestay di Puchong dan Putrajaya : Murah Segalanya

Aku perasan semakin banyak bisnes homestay sekarang nie di Malaysia kan?! Kalau boleh, di mana-mana sahaja confirm akan ada perkhidmatan homestay. Namun antara banyak-banyak destinasi homestay, yang paling menarik perhatian aku adalah area Puchong dan juga Putrajaya. Dua kawasan nie memang menjadi tumpuan para pekerja sector awam (kerajaan) dan di sini juga terletaknya sekolah-sekolah berasrama penuh yang famous seperti Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) dan juga Sekolah Sri Puteri (SSP). Aku yakin dua tempat nie strategic untuk homestay memandangkan keluarga para pekerja dan pelajar mesti akan selalu datang melawat dan secara tak langsung memerlukan tempat bermalam. Betul tak?! *muehehehe*


homestay rumah sewa puchong putrajaya>Ini adalah ruangan ruang tamu homestay itu<


homestay rumah sewa puchong putrajaya>Yang nie pulak bilik tidur : nampak selesa kan?!<


homestay rumah sewa puchong putrajaya>Manakala ini pula merupakan dapur : senang untuk korang masak<


homestay rumah sewa puchong putrajaya>Peta lokasi terletaknya tempat homestay nie untuk korang terjah<


Bercakap mengenai servis homestay di area Puchong dan juga Putrajaya, aku rasa tak ramai yang mengambil peluang keemasan nie. Namun korang jangan risau memandangkan Abang Mazlan dan juga Akak Zie ada menyediakan perkhidmatan homestay di area Puchong dan juga Putrajaya. Sebagai contoh Homestay Selesa Cempaka yang hanya terletak 15 km daripada KLIA memudahkan sesiapa sahaja yang mencari tempat bermalam di area tersebut. Selain itu ianya berdekatan dengan area-area utama seperti Bandar Baru Bangi, universiti-universiti utama seperti Lim Kok Wing, UNITEN, KLIUC dan juga dengan sekolah berasrama di atas. Aku boleh kategorikan kawasan homestay tersebut amat strategic. Dengan persiapan basic seperti tandas, dapur dan perabot dan juga persiapan extra seperti Astro dan Air-Cond, ternyata harga yang ditawarkan amat bersesuaian. So, sesiapa yang teringin untuk mencari homestay, rumah sewa or tempat tinggal area Puchong dan Putrajaya yang amat selesa dan murah : boleh lawati My Homestay. Maklumat dilengkapkan bersama!!


homestay rumah sewa puchong putrajaya>Made in England tu : Pergh! Hebat!! Hebat!!<


homestay rumah sewa puchong putrajaya>Lawa design kan? Sesuai untuk sesiapa yang memang suka mengumpul<


homestay rumah sewa puchong putrajaya>Set baba nyonya nie hanya berharga RM10 jer tau. Murah kan?!<


Sepanjang aku berada di London nie, sudah beberapa kali aku ditanya oleh rakan pembaca mengenai tempahan pinggan dan juga mangkuk kaca. Memang harganya amat murah di sini namun aku takut nak bawa balik sebab nanti pecah kan. (-_-“) Namun bagi korang yang berminat membeli pinggan mangkuk sebagai hiasan, aku cadangkan korang lawati Blog Zie BlogShop. Di BlogShop nie, terdapat pelbagai pilihan mangkuk yang amat sesuai untuk dikumpul dengan harga yang amat berpatutan. Bukan hanya pinggan mangkuk tau tapi turut termasuk satu set teko, set sudu mangkuk baba nyonya, set kopitiam dan pelbagai lagi dengan harga serendah RM10. Manalah korang nak dapat dengan harga semurah itu kan kalau pergi beli kat pasar raya?! Oh ya, kalau tak silap ini sudahpun termasuk dengan kos penghantaran. Berminat?! Lawatilah Blog Zie BlogShop nie sekarang jugak!!



homestay rumah sewa puchong putrajaya>Nyum! Nie pun wujud jugak di Blog Kak Zie<


homestay rumah sewa puchong putrajaya>Kalau berminat, boleh terus hubungi Kak Zie dengan details di bawah<


homestay rumah sewa puchong putrajaya>Iklan homestay di Puchong dan Putrajaya : amat murah kan?!<


Aku akui ramai jugak yang aku kenali dalam dunia blogger nie sejak menceburi dalam berblog setahun yang lepas. Kalau diikutkan, lebih kurang setahun 2 minggu rasanya. Antara salah seorang pembaca blog aku adalah Kak Zie yang berasal daripada Kuala Lumpur. Yang aku rasa cambest pasal Kak Zie nie adalah determination beliau dalam melakukan bisness dan menggunakan medium blog secara maksimun mungkin untuk mempromosikan bisnes-bisnes beliau. Untuk pengetahuan korang semua, dua bisnes diatas yakni My Homestay dan Blog Zie BlogShop adalah kepunyaan beliau sepenuhnya. Aku hanya tolong mempromosikan kerana inilah tanggungjawab sesame masyarakat kan?! Korang boleh lawati Blog Kak Zie di sini. Sekiranya untuk homestay ataupun membeli pinggan mangkuk, boleh terus ke respective blog masing-masing. Oh ya, nak lagi mudah : hubungi Kak Zie di 019 696 3837 ataupun email di sweetlovelydreams@gmail.com. Jangan hantar mesej or email lucah dahla. Sama-sama kita support business ini!! Yeehaaa!!


*Tetiba aku terasa nak pergi jejalan di Puchong pulak nanti : macam gaya best jer*
[Mari! Mari! Sesiapa yang nak belajar pasal saham dan stock : Aku sedang mastering finance]
    Related Posts with Thumbnails