My Followers Who Follow My Blog

Saturday, December 08, 2012

Coretan Perjalanan Tiga Tahun di Kota London - Summary Part One

Dah lebih sebulan rasanya aku tak update blog nie angkara komitmen kerja dan juga study yang berterusan setiap hari. Namun atas permintaan rakan blogger; Hotcourses Malaysia dan juga beberapa rakan pembaca lain – terutamanya yang sedang menduduki exam SPM; aku kembali dengan entri baru berkenaan perjalanan aku daripada selepas SPM sehinggalah aku graduate daripada London School of Economics (LSE) pada Julai yang lepas. Oleh kerana aku perlu summarizekan lima tahun perjalanan aku ke dalam dua entri yakni Part One dan Part Two; maka korang boleh expect penerangan yang agak kurang spesifik dan sekiranya korang memerlukan penerangan yang lebih details, korang boleh “search” entri-entri yang berkenaan di dalam blog nie. InsyAllah; kisah yang lagi spesifik akan muncul! (^_^)/


>Makan roti canai Singapore dengan kengkawan KTJ<


>Ketika bersiap sedia sebelum fly ke London pada 2009<


Selepas berjaya mendapat 9A1 dan 2A2 dalam peperiksaan SPM 2006, aku pun memulakan misi meng-apply scholarships dan memang banyak scholarship yang aku apply ketika itu. Hampir setiap hari aku pergi Cyber CafĂ© sebab nak “search” any scholarships baru yang available. Tapi akhirnya aku dipanggil interview untuk scholarship ke luar negara di bawah tajaan Petronas, Kementerian Pelajaran dan juga MNRB Sdn Bhd – dan alhamdulillah aku berjaya secure ketiga-tiga scholarships tersebut. Setelah berfikir panjang, aku memilih scholarship Petronas dalam bidang Accounting. Menurut kontrak yang diberikan, aku akan ditaja selama dua tahun bagi program A Level dan lagi tiga tahun bagi program degree di luar negara – subject to result yang bersesuaian. Aku meneruskan pelajaran dalam A Level selama dua tahun di Kolej Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan. Kalau korang nak tahu, A Level nie lebih kurang sama dengan STPM di Malaysia. Kalau result STPM diperlukan untuk apply university tempatan, result A Level pulak diperlukan untuk apply university di United Kingdom. Berdasarkan result akhir A Level aku (straight A) pada 2009, aku ditawarkan tempat di lima buah universiti di United Kingdom yakni London School of Economics, Warwick University, Lancaster University, Birmingham University dan University of Bristol. Selepas befikir panjang; aku memilih university yang berada di dalam Top 10 in the World bagi kategori Social Science yakni LSE. \(^_^)/


>First time jumpa salji ketika di London : tak sejuk pon!!<


>Menghadiri perjumpaan dengan menteri di Kedutaan Malaysia<


>Lepak-lepak di Hyde Park ketika Musim Bunga<


Pada September 2009, dengan diiringi family aku dari Terengganu; aku berlepas ke Kota London daripada KLIA bersama beberapa student tajaan Petronas yang lain. Kitorang sampai di Heathrow Airport dalam pukul 4 petang waktu tempatan; yakni selepas 14 jam flight direct menaiki MAS. Memang aku culture shock semasa mula-mula sampai tapi berbekalkan bantuan senior-senior dan juga Petronas Student Advisor, aku berjaya menempuh bulan-bulan pertama aku di London. Kehidupan aku dan Zaki (member aku) ketika first year agak menyedihkan memandangkan elaun Petronas pada waktu itu adalah antara yang terendah dan kitorang selalu “convert Pound ke RM” setiap kali sebelum beli anything. Ini menyebabkan kitorang selalu terbeli roti paling murah yang memang amat keras dan cicah dengan “Rempah Brahim” yang dibawa siap-siap dari Malaysia. Selain itu, aku juga selalu merekod segala perbelanjaan aku kerana risau tak cukup duit bila sampai hujung bulan. Agak menyedihkan yerk!! TT__TT


>On the way ke Greenwich menaiki bot merentasi Thames River<


>Bergambar di LSE selepas sembahyang raya Aidiladha<


Semasa first year jugak; aku memang tak travel ke mana-mana melainkan kawasan dan area di dalam United Kingdom seperti Durham, Newcastle, Cambridge dan sewaktu dengannya. Kitorang juga selalu terbeli bebarang yang mahal kerana belum tahu di mana boleh dapatkan deal yang terbaik. Contohnya kitorang selalu shopping dengan amaun yang banyak di SportsDirect dan Primark walaupun barang yang sama boleh didapati dengan harga yang lagi murah menerusi online – Amazon dan eBay. Semasa first year juga; aku habiskan dalam GBP 100 untuk beli segala macam buku rujukan untuk study di LSE walaupun sebenarnya buku-buku tersebut tak lah penting sangat pon. Bila fikir balik; terasa rugi yang amat. Oh ya, dalam bulan ketiga ataupun bulan keempat di London; aku mula menulis blog ini dan pada masa yang sama aku turut subscribe Blackberry Plan untuk Blackberry 8900 yang cost me around GBP 30 per month. Mahal wooo!! (TT__TT)


>Anwar Ibrahim pernah datang ke LSE untuk kasi ceramah<


>First time sampai ke Portsmouth : bergambar di tepi laut<


>Bersama warga LSE dalam merasmikan DIscover Islam Week<


First year aku di LSE or London bolehlah dikatakan agak membosankan kerana aku masih dalam proses belajar mengenali dunia dan culture baru. Selain itu; aku juga tinggal sengsorang di asrama student dan memang payah nak lepak dengan kengkawan yang lain. Kebanyakan daripada kitorang selalu buat hal masing-masing dan kitorang turut terlibat dengan pelbagai aktiviti usrah dan tazkirah yang disediakan oleh senior. Summer 2010 – aku dan Zaki balik ke Malaysia untuk summer break dengan menaiki Ettihad Airways. Untuk pengetahuan semua, ticket flight kitorang berharga lebih kurang GBP 550 yakni hampir RM3000 untuk perjalanan dua hala. Walaupun agak mahal, tapi servis yang disediakan oleh Ettihad Airways memang terbaik! Ketika Summer Break di Malaysia; aku spend dalam dua bulan membuat internship di Ernst and Young – Tax Department. Akhir September 2010, aku kembali semula ke London untuk menyambung tahun kedua di LSE. InsyAllah aku akan sambung kisah tahun kedua dan ketiga aku di London dalam Part Two nanti! Yeehaaa!! \(^_^)/


*Lama sangat tak update blog sampai hilang semua rakan pembaca setia*
[Follow aku di Twitter ataupun Like aku di Facebook : support berterusan!!]

15 comments:

Mama Zharfan said...

i love reading this entry.. :)

Admin said...

Long. Nk tanya ni. Kalau nk apply scholarship utk study luar negara, mmg straight A tu slh satu syarat ke?

emy said...

Lama x dtg cni.....

MISS DIVA said...

i pun suka baca blog ni..terbaikkk..teruskan menulis. sy suka baca

Sheherazade said...

finally updated hehe

OneAhmad said...

long hafiz.. slps hmpr 2 thun ak lupa hg. hari ni terigt balik. cari2 kat fb x jumpa. last2 type kt google "kisah perantau". nama longhafiz dok no 1 dlm carta. tekan2.. cari link fb tiada. guane tiada?

p/s; sedang membaca coretan lama2 hg. =)

nun said...

rindu sungguh nak baca celoteh long haffiz. bila nk dtg london baliknya?

Dai said...

long, kita boleh lihat perubahan ko dari noob masa 1st year sampai segak bergaya masa nak grad.

lol

iloveyoumummyiloveyoudaddy@gmail.com said...

salam perkenalan. best baca blog ni..suka baca kisah orang berjaya :)

Admin said...

Brgntung kpd scholarship sbnrnya..ad yg rquest bil A trtntu n dll..jdi kna tngkla scholarship tu mnx per
:)

=====> Thanks :D Never expect u'd answer me..haha. Sbb nampak mcm org busy. Btw, really enjoy reading your blog! My inspiration. I wish you all the best in whatever you do. Surely you deserve it.

Azizan Zolkipli said...

takpe bro, update blog pada kadar yang tidak membebankan diri sendiri je. kalau terlalu kerap update, nanti saya ketinggalan banyak pulak hehehe ...

teruja nak baca sambungan kisah kamu belajor di luar negara tu ...

Anonymous said...

hi masih buat khidmat tourist guide tak?

Anonymous said...

Bila long nak update entry baru????

outbound malang said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

Anonymous said...

first year duduk hall mana? rosebery bankside or passfield?

    Related Posts with Thumbnails