My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, March 10, 2010

Sebelum, Semasa dan Selepas SPM

Sejak aku tulis pasal cerita seram semasa last entri, makin bertambah yerk follower aku dan sekarang dah mencecah angka 300 nampaknya. Aku hargai dan terima kasih bebanyak sebab sudi mengikuti blog aku yang tak seberapa ini. Aku hanya insan yang lemah (eh,ayat sastera skema lak~~) Ada yang minta aku untuk tulis kisah seram lain tapi mungkin lain kali kut dan bukan untuk kali ini. Lagipun, blog aku ini bukan sepenuhnya untuk koleksi-koleksi kisah seram yerk. Ngeh2!!

Aku dengar cerita yang besok result SPM akan keluar yerk?! Mesti ramai antara korang semua yang sedang cuak menunggu result SPM yang akan keluar itu kan. Takut tak?! Takut tak?! Wahaha!! Errrkk~~!! Mesti ada yang tak tidur malam dan mesti ada juga yang macam dah berserah dah. Walau apapon jadi, jangan buat perkara bodoh dahla. Mana tahu tertekan sebab result tak okay- ambil keputusan untuk makan tanpa henti di McD kan?! Jangan!! Anda ditegah. Tapi kalau belanja aku makan, anda digalakkan!!



pilihan selepas SPM>Logo MRSM Pengkalan Chepa<


pilihan selepas SPM>Pintu pagar depan MRSM Pengkalan Chepa<

Sebut pasal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bukannya Syarikat Permainan Malaysia (SPM), aku teringat zaman muda-muda aku dulu. Eh kejap, tahun ini umur aku ialah 21 tahun. So, kira muda lagilah kan?! Aku ambil SPM aku di MRSM Pengkalan Chepa pada tahun 2006 yakni 4 tahun yang lepas. Result tu boleh la kata cukup-cukup makan dan akan aku bagitahu last-last nanti. Tapi, aku teringin nak berkongsi dengan korang semua pasal tiga situasi yang berbeza pasal SPM. Ini adalah pengalaman aku. So, pengalaman orang lain tu aku tak tahu lah macam mana. Tiga situasi itu ialah Sebelum SPM, Semasa SPM dan Selepas SPM. Jom kita scroll down~!!

Sebelum SPM

Semasa SPM, aku ambil sebelas subjek. Nak kena senaraikan ker?! Takyah lah kut. Korang boleh tanya aku personally kalau nak tahu. Di MRSM, tak boleh ambil banyak-banyak subjek dan paling maksimun pun adalah 12 subjek. Biasanya, orang normal akan ambil 9 or 10. So, akuboleh diconsider abnormal waktu itu. Jawapan skema sebelum SPM mestilah study, buat kerja rumah dan macam-macam lagilah. Aku pernah bertanding dengan kawan aku study daripada selepas isyak sampai Subuh non-stop selain daripada stop men kad terup jer. Selain itu, sebelum SPM gak, kitorang selalu buat solah hajat berjemaah. Yang hairannya, kalau tiada SPM, confirm wak wujudlah solat hajat tu. -_-"


pilihan selepas SPM>Fly semata-mata untuk roti canai<

Walaupun nak SPM, aktiviti seperti “Fly” pada waktu malam untuk pergi membeli roti canai dan berjaga tengah malam untuk tengok bola masih dipraktiskan. Barulah seimbang study dan social kan?! Mana boleh study sahaja. Nanti jadi gila lak!! Oh yer, sebelum SPM yang sebenar, mesti ada trial SPM kan?! Trial SPM MARA boleh diconsider antara yang tersusah tetapi ada kelemahannya jua pada masa itu. Kelemahannya ialah setiap subjek soalan adalah dibuat oleh setiap MRSM dari satu Malaysia yang dah ditetapkan. Jadi, masa inilah untuk berhubung dengan kawan-kawan MRSM lain untuk dapatkan soalan spot or bocor untuk Trial SPM MARA. Aku pernah buat satu list bab-bab yang akan keluar trial SPM MARA dan list tu sampai ke tangan Pengetua dan HEA. Selamat gak aku tidak tertangkap. Jangan bagitahu sesiapa tau~~

Alhamdulillah. Trial SPM aku dapat 7 A1 3A2 dan 1B4. So, aku bolehlah untuk apply temuduga beberapa agensi. Tapi semua tak lepas sebab aku main-main masa interview. Siap boleh buat lawak bodoh dengan tukang interview tu. Mesti dia frust aku rasa. Sebelum SPM juga, aku pergi meminta maaf dengan cikgu-cikgu semua dan minta dihalalkan ilmu semualah. Yang tak tahannya, contohnya; Pagi hari ini minta maaf, petang besok confirm dah start mengumpat dan memangkah cikgu semula. Macam manalah nak berkat ilmu kan. Cikgu, minta maaf semua yerk. Nanti saya belanja makan tom yam kat kedai saya selalu pergi “fly”. Eh, korang tahu tak istilah “Fly” nie?! Kalau tak tahu, nanti tanya aku. Aku akan tolong jawabkan~!!.


pilihan selepas SPMpilihan selepas SPM>Dua-dua cilok dari Google : Good luck everyone!!<

Semasa SPM

Biasalah semasa SPM, mestilah kena jawab soalan kan?! Tetapi yang paling aku ingat pasal semasa aku jawab SPM ialah ketika peperiksaan Matematiks Kertas 2 yang kalau tidak silap aku, masa yang diperuntukkan ialah 2 jam. Tetapi, aku menggemparkan dewan peperiksaan dengan menyiapkannya dalam masa 25 minit dan tempoh masa 25 minit itu juga adalah termasuk sekali dengan aku check beberapa kali. Aku pun angkat tangan dan yang tukang jaga peperiksaan tu datang kearah aku. Aku pun bagitahu dia yang aku dah siap dan nak hantar. Dia macam terkejut dan betul ker awak nie?! Aku cakap “Betullah!!” Dia ingat aku buat lawak bodoh ker. Aku pun hantar kertas peperiksaan itu. Tempat duduk aku adalah yang paling depan. So, aku berjalan daripada depan dewan sampai pintu keluar kat belakang. Semua pakat tengok saja. Bangga pun ada, poyo pun ada. Aku balik bilik dan terus rivise untuk kimia selepas itu.

Aku tahu dan yakin sangat yang semasa korang menjawab soalan SPM itu, mesti ada aktiviti sampingan yang korang buat kan?! Antaranya ialah meniru jawapan orang lain, memberi tiru jawapan kepada orang lain, tidur, makan?!, minum air, lukis kartun, nyanyi dan macam-macam lagilah. Banyak sangat free time masa jawab exam tu. Kalau nak keluar awalkan, takut orang cakap poyo dan takut banyak lagi jawapan salah. Last-last, buatlah segala aktiviti sampingan itu. Aku pun selalu juga macam itu. Kalau terasa bosan menjaab soalan, aku akan tengok ke luar. Fikir nak pergi mana selepas ini. Nak tidur or apa?! Nak makan or fly ker?!!


pilihan selepas SPM>Sony Ericsson 750i yang kena cilok masa hari result SPM<

Selepas SPM

Selepas SPM, confirmlah disambut dengan riang ria umpama result dah dapat kan?! Terus duk kutuk cikgu, terus bakar sekolah (erk??!!), terus buat macam-macam lah lagi. Padahal result tak keluar lagi dan macam-macam boleh berlaku. Aku selepas SPM memang bersorak gak la. Selain daripada itu, aku melakukan satu benda yang bebudak baik macam aku ini tidak patut buat. Itu ialah melukis grafiti di bangunan sekolah. Dah lama aku tak pergi MRSM Pengkalan Chepa. Entah ada or tidak lagi hasil karya aku itu. Dahla lukisan grafiti aku itu menghala or memandang ke arah rumah ketua warden. Tapi tak per, aku tahu dia tak kisah sangat dengan aku nie!! o.O

Aku dapat result pada bulan Februari 2007. Aku bertolak pagi dari Kuala Terengganu dengan menaiki bas dan sampai ke sana pada jam 10 pagi. Aku dapat keputusan 9 A1 dan 2 A2. Kira okaylah sebab takda B langsungkan?! Selepas dapat result dan sibuk compare dengan kawan-kawan, aku pergi lepak Kota Bharu. Yang sedihnya, semasa aku pergi ambil wuduk untuk sembahyang, aku punya phone baru yang hanya berusia 3 bulan kena curi. Spoil tullah!! Dahla hari happy terus jadi sedih. Balik rumah aku di Kuala Terengganu, aku kena bebel dengan parents dulu. Pastu barulah diorang tanya macam mana result aku. Adoi2!! Selamat dapat phone baru 5 bulan selepas itu hasil daripada duit kejayaan SPM.


pilihan selepas SPM>Cari aku untuk pertanyaan di Gmail yerk<



pilihan selepas SPM>Penaja aku sekarang dan akan datang<

Arah Tujuan Selepas SPM

Selepas dapat result, aku pun applylah beberapa scholarship dan tajaan untuk sambung belajar. Alhamdulillah lagi sekali, aku ditawarkan untuk sambung dalam bidang Accounting and Finance di luar Negara di bawah tajaan PETRONAS. Kisah pasal aku di luar negara, macam biasa, boleh rujuk blog aku yang lagi satu yerk. Tapi yang penting, aku terasa yang segala usaha dan lelah keringat aku berbaloi selama ini. Masa itu memang tiada arah tujuan dan tak tahu nak buat apa-apa langsung. Tak tahu mana nak rujuk, tak tahu mana nak buat pilhan, tak tahu mana yang terbaik dan tak tahu banyak benda lagilah. Semuanya aku usaha dan cari sendiri. Dahlah budak kampong kan!! ^..^

Aku tahu yang apabila result SPM keluar besok, korang akan tertanya-tanya mana pilihan yang terbaik. Mana nak sambung study. Mana nak apply. Apa yang terbaik dan apa yang patut dielakkan. Bagaimana untuk mengarang CV. Bagaimana untuk berjaya di dalam interview dan macam-macam lagilah. JADI, aku tampil di sini untuk membantu sekadar termampu aku bagi sesiapa yang mungkin ada persoalan ataupun rungsing pasal result SPM ini. Korang boleh tanya sahaja apa yang korang nak dan aku berlapang dada untuk menjawab dan membantu korang sebaik dan seadanya. Aku akan cuba untuk tolong korang mencari jalan terbaik untuk semua. Korang samada boleh tinggalkan komen di entri ini ataupun cara yang lagi baik yakni mail jer aku terus di llonghaffiz@gmail.com Tanggungjawab aku untuk membantu anak bangsa!! [Chewah!! Poyo jer lebih!!]

30 comments:

ninis said...

saya tak tau nak pilih kos ape nak study. =.='

HaiDa HiDa said...

mcm kenal jer MRSM tu.. hehehe.. byk kenangan dalam spm ni.. suka duka smue ada.. tpi walau apa pn result yg akan di umumkan nnti, mak ayh jgn la terlalu serius ngan anak2.. x semestinya result teruk, masa depan juga begitu.. bgi mereka peluang.. jgn cepat cri silap mereka..
utk anak sedaraku: apa jua result nnti, mok cik tahu syam dh buat yg terbaik.. :)

para said...

fly semata mata roti canai..hahaha sama la kita...

tp tu dah lama berlaku..kenangan.

Long Haffiz Long Hassan said...

@ninis:nsiht sy,mstilah plih kos yg pling anda suka..kna buat per yg rs terbek..ahakz.
@haida hida: tu mrsm pngkalan chepa..dlku sy studyt kt sana..haha..bisa la tu kan..
@para:haha..tu zmn muda-muda dlu..skrg dh tua2 nie, duk umah jer la kn..kui3

|| nemo mimosh || said...

wahh..hebatlah kamu..shaye dulu belajar main2 je,nyesal ok..huhu..tapi takpe.alhamdulilah.rezeki dimana2..:)

Long Haffiz Long Hassan said...

@nemomimosh:tul tu..masing2 ad rezeki msing2.huk3..kena;la ppndai cari m amik pluang kn

hans said...

hahahaha
tingat zaman2 aku amik result spm dlu

p/s : Jangan lupa join contest Tulis Dan Menang - RM250 untuk dimenangi dekat Entry Sticky Mode dekat blog saya

greenrose said...

inche long..nmpknya aku cam x jd nk m'boikot blog2 ko..ha3 aku hepi!!!

bapak gempak ar 25 mint je jwb m3??+m3 mest mcm xnk kuar dewan kn??ha3

aku jge abnormal coz amek lbh dr 10 sbjek..ha2

Long Haffiz Long Hassan said...

@hans:haha..tringt zaman kt muda3 dlu kn..kui3
@greenrose:oit..cmner result ko?add math dlu pun aku jwb kurg sejam n kluar awl gk..

jaa sweets said...

owh orang terengganu rupanya.....mrsm pengkalan chepa???ada jugak kawan kt ctu...

anyway...hebat btul jawab maths 25 mins...kalau nk kira,boleh je nk siapkan cpt,tp ko mmg mengambil langkah yang bijak keluar n pi study chemistry....

an interesting story.....lebih kurang je cerita kite ek...kecuali yg 'fly'..hahaha...aku xbrani...boys ok lah~

✿ miss aty Ù©(̾●̮̮̃̾•̃̾)Û¶ said...

wah..
gempak la result,,
congrate

AtieAbid said...

gila punya terer..baguih2..

Long Haffiz Long Hassan said...

@jaa sweets:ahakz..kt mrsm aku dlu ada jer girl yg fly..ko nie xkira otai lg..hehe
@miss aty:Ltu results masa zmn muda2 dlu..huk3..
@atieabid:huhu..xderla terror.rezeki jer..huk3

FieYa Pilaez said...

hehe... hepinye result, bila sebut pasal SPM ni.. sy rasa nk hentak je kepala kat dinding..

sumeiya anNajeiha said...

huhu....spm???
x taw nk ckp pe....
cmne nak apply sume2 mnde2 yg pt0t apply 2????
haha...agak blur sikit bab2 apply ni... sye nak balik Ganu ptg ni...haha...nak ikut????

mIsH IeRA cIK irAh said...

ahak. ko musti satu batch dengan Nik adli hakimi zafirah dengan amirul ashraf kan? hohohoh. kire mantap la ko ek. Keep it up ah weh. blaja rajin2 kan negara orang, jaga diri eloq eloq lepas tuh balik msia berkhidmat untuk negara....

Long Haffiz Long Hassan said...

@fieya peliaez:eh..jngn2..jngn jntuk kepala..kl nk hentuk pun, pstikn berlapin bntal erk..
@sumeiya:eh..xperla..balik dlu..hehe..nnti sy join..nk apply per nnti?
@mish ieza:oho..knal2..cne ko knal diorg lak nie??

greenrose said...

inche long..rsult ku x segempak rsult mu..tapi aku ttp bersyukur..sbb da dpt pe yg aku nk..dpt 8A 3B..huhu nk gelakkn aku la tu..hahah

xpe aku da gelakkn ko dulu coz hp ko hlg..kah3..sian3

lg stress nk amek coirse pe nnt..aku benci wat pilihan!!!

laila said...

mmg minat acc ke?

Long Haffiz Long Hassan said...

@greenrose:hehe..ko amik course per yg ko mint..tu yg pnting..jngn gie amik course yg ko xsuka or ko xmint lak..
@laila:yerp2...tpt skali..sy mmg mint acc pon..

anatayuni said...

no wonder lah leh pi London..budak pandai....selama ni..tertanya2 gak...apa result long? mesti gempak kan...arini..soalan ku terjawab..

Long Haffiz Long Hassan said...

@anatayuni:eh..mner ader gmpkla..rmai lg yg len yg lg gmpk n lgi hbt kut..sy biaser3 ajer..huk3

greenrose said...

ye..aku sedang cbe utk dptkn kekuatan dlmn ni..haha hm..aku minat course tu..tapi cm x dpt sokongan la..tensen gak la..

da dekat london ni..mesti x blh fly time exam mkn roti canai kn??haha

Long Haffiz Long Hassan said...

@greenrose:xyh fly..tiap2 ari gie lapk ktluarkn..ahakz

atenhana said...

penin penin. taktau nk pilih yang mne.

Long Haffiz Long Hassan said...

@atenhana:apa2pon..kena pilih berdasarkan minatyerk..huhu..tu yg pling pnting..

greenrose said...

hahah..tp kn inche long..skang klu nk pilih course byk aspek kna pkir..kos..peluang keje bila da grad nnt pastu mampu ke kita study course tu..minat memg penting bg spe2 yg bole pupuk smgt study berdasarkn minat...tp yg x blh??

haha..terpanjang plak komen ni..apapun..inche long memg bes!!
( aku bodek ni..)

~~nAzIrAh aShAr~~ said...

teringt tym skol dlu..best yer u pat py stdy overseas..hurm..dlu2 tym spm men2..now bile tgk kwn2 py stdy overseas ase jelez plak..tp xpe..who noes one day ade rezki pat sambg master@phd kn kt overseas..ngee~~btw..good luck 4 ur stdy..

Long Haffiz Long Hassan said...

@greenrose:hehe..nasiht aku, nak tak nak kena amik course yg mint sbb kt akn bkrja dlm tmph masa yg pnjg nnti.tkut ilg mint di tngh2 jalan..
@nazirah:tau xper..mner tau rezeki u better di malaysia kn?huk2..mmsing ad rezeki mmgsing.ahakz

ila said...

N3 THN LEPAS EA?
SAYE BARU NK KOEMN SKRG.
hhehe

tinggal beberapa hari je lagi spm 2011.
seramm
pandai giler straight A.mklum la budak MRSM.
tips sebelum sblum spm tade ker?hee

    Related Posts with Thumbnails