My Followers Who Follow My Blog

Thursday, April 15, 2010

Melawat Greenwich Sekadar Cukup Syarat

Pening! Sakit kepala! Nak muntah! Adakah aku dah mengandung sebab itu menunjukkan simpton-simpton aku dah ada baby?! Tidak!! Aku lelaki la wei. Aku sekarang duduk tengah pening dengan banyak nota yang nak kena cover. Mathematics, Accounting dan Economics sudah dicover untuk kali pertama. Sekarang ini aku sedang untuk cover ketiga-tiganya untuk kali kedua dengan agak mendalam. Selepas itu, baru aku akan cover Statistics yakni subjek terpayah sebab aku selalu tidur di dalam lecture. Eh bukan, selalu terponteng lecture. Huuu~~


garisan meridian greenwich>Di depan The Royal Observatory tapi takleh masuk sebab time's up<


garisan meridian greenwich>Aku berada di tengah antara am dan pm<


garisan meridian greenwich>Inilah peta zon waktu dunia : 0 degree merentasi Greenwich<


Selain itu, aku juga pening memikirkan bab-bab self hosting dan juga domain. Entah macam mana semalam, aku tetiba teringin nak ada domain dan self hosting aku sendiri. Selepas duduk fikir dan research berjam-jam, memang aku sedar yang aku tak pandai nak control self-hosting sendiri. Ada banyak sangat bahasa IT yang aku tak reti langsung. So, aku decide maybe aku akan ambil domain sahaja dan teruskan guna blogger sebagai hosting. Nak guna wordpress?! Malas juga nak belajar walaupun korang cakap senang. Aku takda masa nak belajar. Terima kasih kepada diorang ini sebab sudi menjawab berjuta soalan-soalan aku semalam : Amir, Bluedianthus, Areev, Cikmin dan Ieyra. Mungkin aku akan beli domain sendiri melalui blogger untuk menyenangkan hidup aku. Jadi, anyone ada cadangan nama web baru aku?! Anyone bagi idea please~!!

Seperti yang dijanjikan, kali nie aku akan tulis entri pasal Greenwich. Siapa tahu pasal Greenwich?! Kalau tak tahu, meh aku story serba sedikit mengenai Greenwich ini. Greenwich terletak di London dan boleh diconsider di dalam Zone 3 ataupun Zone 4. Senang cerita, ia berada di agak hujung-hujung Greater London. Kalau korang ingat, aku ada tulis entri pasal naik boat sebelum nie kan?! Naik boat itu adalah bertujuan untuk ke Greenwich la. Kalau korang tanya aku, apa yang menarik di Greenwich : jawapannya ialah tiada apa-apa yang menarik. Seriously, aku sendiri pun tak tahu kenapa ramai sangat yang nak pergi Greenwich. Tapi, ada satu benda special pasal Greenwich. Nak tahu?! Teruskan baca. Ngeh2!!


garisan meridian greenwich>Inilah garisan meridian yang menentukan zon waktu<


garisan meridian greenwich>Ini adalah gambar diambil di Greenwich Market<


garisan meridian greenwich>Berlatarbelakangkan bandar London : Cuba tengok betul-betul<


Di Greenwich, ada garisan Greenwich Meridian. Di sini terletaknya garisan yang mana longitud adalah 0. Maknanya garisan itu yang menentukan waktu dan masa korang. Contoh di Malaysia ialah +8 kan?! Biasa korang tengok benda ini kalau nak set masa international. Jadi, zon waktu adalah berlandaskan kepada garisan Greenwich Meridian ini. Maknanya, di sebelah garisan ini adalah pm dan di sebelah lagi adalah am. Paham tak? Contoh kalau di sebelah kanan garisan adalah pm (past meridian), maka di sebelah kiri garisan ialah am (ante meridian). Kira macam tu lah perkiraannya. Senang dan mudah nak paham penjelasan aku kan?! Apapon, aku bukan nak tulis pasal theori meridian yerk. Aku hanya nak share pengalaman 2 jam di sana.

Sebenarnya, itu sahaja benda yang menarik di Greenwich. Aku pun tak tahu nak tulis apa lagi memandangkan di situ memang tiada apa-apa. Muzium memang banyak tapi not my taste. Aku pergi sana hanya untuk sejam lebih dan terus balik. Aku post entri ini pun memandangkan aku sudah berjanji nak kasi cerita pasal Greenwich kan?! Seriously aku cakap : memang entri ini akan menjadi agak pendek. Walaubagaimanapun, aku berkongsi beberapa gambar yang aku tangkap dan berposing poyo di sana. Yang penting, kalau ada orang tanya samada aku pernah sampai Greenwich ataupun belum, aku boleh dengan bangganya menjawab yang aku sudah sampai ke sana. Hanya untuk cukup syarat seorang yang stay di London. ^_^


garisan meridian greenwich>Sempat untuk ambil gambar di University of Greenwich<


garisan meridian greenwich>Musim bunga sudah bermula : Tapi angin masih kuat<


garisan meridian greenwich
>Di depan bangunan The Observatory Greenwich<


Sebelum aku minta diri, aku mahu berkongsi satu cerita mengarut dengan korang semua. Camnie kisahnya : Di dalam keretapi, ada tiga orang pemuda yakni seorang Melayu, seorang British dan seorang Indon. Si British nie makan epal dan selepas gigit sekali, dia terus buang epal itu ke luar tingkap. Si Melayu dan Si Indon pun bertanya kenapa. Dia menjawab "Di negara saya ada banyak epal. Jadi, saya tak kisah". Kemudian, Si Indon itu pula hisap rokok dan selepas hisap beberapa kepul, dia buang rokok itu. Si Melayu dan Si British pun bertanya kenapa. Dia menjawab "Di negara saya pula ada banyak rokok. Jadi saya pun tak kisah". Selepas itu, Si Melayu pun angkat Si Indon dan buang dia melalui tingkap. Si British kehairanan dan bertanya kenapa. Si Melayu menjawab "Di negara saya ada terlalu ramai Indon. Saya tak kisah kalau kehilangan seorang."

Ayat dan soalan terakhir : Siapa mahu join aku makan nasi putih dan kicap SAHAJA?! Tiada ayam, tiada daging, tiada ikan dan tiada sayur. Hanya nasi putih dan kicap untuk makanan aku hari ini. T___T Lagi satu, minta maaf juga sebab entri ini ditulis dalam keadaan emosi tidak stabil. If you can see it from my point of view, you're going to understand my situation, dear. T___T (Jangan sesiapa berani komen dan tanya aku pasal dua ayat terahir. Aku sekeh kepala kan! Wakaka!!)


*Sorry entri yang agak pendek dan kurang menarik kali ini*
[Idea untuk domain baru diperlukan : Bagi cadangan yang ganas-ganas skit]

43 comments:

adrinaqamarina said...

hepy spring day...
hee~
seronok tengok bunga...
:)

adrinaqamarina said...

ha...
t kalo rasa nak doc...
doc qamarina de eh...
:p

Bb Hussain said...

mendlm dan sungguh bermakna..heheh..tetap best membaca ;)

Ummiross said...

haha,sape kate entry ni tak menarik,ummiross suka dua ayat akhir dlm cerita hafiz tu,kreatif,kreatif....

elwenes said...

hello fiz, wanes suka london dan penulisnya..lalala

Miss Mirror a.k.a Sam said...

sib baik ada kicap...

asked said...

payah doe..
gua yg duk kat negeri org pun dah rse cm duk thailand..

ni lagi ar..
duk negara org..

pergh~

itulah yg dikatakan..

ujian Allah kepade hamba2Nya..
mngikut keimanan dan kesanggupan mereka..

all the best bro..duk sane..
stakat nasi ngn kicap..
mewah ar tu..

len kali mkn ubi kayu ngn garam je...
br ar nmpk sadis sikit..

hehe

asked said...
This comment has been removed by the author.
noorafzan.blogspot.com said...

greenwich..
hampir terlupa pula apa ada di sana.
lupa geografi dah lama tinggal

farida tarmize said...

pasal greenwich memang tau..cume sepanjang 24 tahun hidup ni,xtahu makna pm and am..hahah..malu2..nasib ada entry ni.kalo bdk2 kecik tye takde la malu nak terjun lombong.

bila baca blog ko, mesti tringin nak makan kopok losong..

- said...

alahai~ x mau komen yg atas
mau komen part belakang2 tu ja
mkan nasi n kicap ja?? itu ja??
huhuhu sian... T.T

Cikmin said...

owhhhh...ucapan terima kasih kerana tu ye..ermmm..sesama la dik london ye..takpe kalau ko tak self hosted pun gempak jugak..hehehe.

ermmm..tentang nama domain tu..buat masa ni cikmin takde idea la nak cadangkan pada ko..hehehe..tu pasal jadi
cikmin dot com je..cuma boleh bagitahu,nama tu biar sesuatu yang ringkas,senang diingat bukan tuk ko ingat tau..senang diingat oleh pelawat2 ko..hehehe..jangan terlampau ganas sangat nanti orang ingat blog pengganas pulak..padahal isinya hanya suka duka seorang lelaki yang duk di london hanya makan nasi dgn kicap..yummy..sedap tu wei!

faramira said...

nasik dan kicap mmg terbaek! hahahah..

zai said...

makan nasi dgn kicap, nak sedap sikit tambah la lada, mayo, sos...ahhaa

murid2 apa input kita dpt dari entry hari ni?
garisan meridian ada dekat greenwhich cekguu

Sha-na.Szied said...

salam long hafiz :)

apekate wat domain name
hafizlondon.com
perantaulondon.com

ahh entah la. yg ptg fokuskan london dlm domain name tuh.. ok??

sian gile makn nasi ngn kicap jer..?
tp leh thn la kot untuk alas perut je??? erK..?!!

greenwich..? uhh..best2..

ps: npe gmbar kamu kt cni sume cm dah tembam?? hoho emosi tak stabil ..

MineMixs said...

En3 ni besh..xdelah pendek..ok aje macam selalu..
baru nk komen pasl 2 ayat last 2..kna warning daa. Jd kmi nie biarkan diri tertanye2.. Guane gamok?hehe

Best 2 mkan nasi ngan kicap aje.
Kt Somalia nun, xterbayang dorg mkan apa..huhu

ERMM..ermm..hapekah motif cerita 3 org warganegara tersebut, apekah sambungan ceritanya?.
tungguuu sambungannya dari perantau..hehehe

waaa..nak buat domain sendiri..best ah..
bg syelh, lebih baik kekalkan coretanperantau.com. sbb semua org dah biasa dgn nama nie & blog nie pn naek dgn nama tu kan..xpun gne nama longhafiz.com pun seng ingt jgk.. :)

NM said...

akak igtkan kt greenwich tu ley nmpk pertembungan antara waktu siang dan malam.so kotla ley nmpk sebelah gelap..sebelah lagi terang.hehehe

sumeiya anNajeiha said...

hahaha...lawak lawak...posing bukan main...seronok teh!! haha..cukup syarat ek..baguih baguih..leh cite kat anak cucu...nwy, gud luk...
study molek..jgn lupa ALlah..huhu

Aimi Zainudin said...

erk..ramai org nak kene sekeh ni..hoho

suke psl garisan meridian tu je...
hebat lah..nak pi sne gak..

D'lla said...

i prasan satu ja..tumbesaran anda makin sihat..hikhikhikk

Zasillah Ariffin said...

ish3x...
bertambah kesian lak sis tgk awak nie....
makan nasik nagan kicap pon sodap!!...
sana takder ikan bilis ker??
klu ada...goreng ikan bilis curah kicap campak kan bawang besar ngan cili padi ckit...
pastue goreng telur mata lembu ker mata kebau??!...
dah siap tue makan plak ngan nasik panas2...
sedap tak hengat!! yo!...

ada tak bahan2 tue sumer kat london??
klu takder sis mintak mahaap lar banyak2...
kena tunggu balik malaysia jugak ler gamkanyer adeiii...ngeh3!!

bofoyengfeng said...

bila la gua nak sampai situ...hmmm..

Hot Mama said...

teringin nk gi sana,,..ee harus buh dlm senarai ni...hehehe

HAMSINI said...

tq, dr kecik memang nak tengok garisan meridian tapi tak ada rezeki. Belajar kat M'sia je.

Domain name yg sesuai Llong haffiz.com, melainkan awak nak menetap selamanya di London.

Anonymous said...

hishhhh~
dengki niee
bile la chemay nak dpt smbung blaja kat oversea..
T_____T

Haffiz Al-Banna said...

@cikgadis:mehla kalo nk try sekali..mmg sdp n best ssngt pon kl nk tau..ahakz
@faheem:cm baca komen cikmin awl2 cm smngt jer..bila bacer last2, nk gk bngkitkn psl kicap tu eh..huk3
@faramira:sahaja yerk..tiada telur goreng atau bhn tmbhn..ahakz
@zaizax:nk ada mayo, sos dan len2 tu kena gie beli..mner nk ader duit..
@naiela:oit..sy bukn duk london sampai ke tua..huk3..cdgn ditolak..next!!
@minexmixs:cdngn anda leh thn gk tu..xpun xyh tukr kn?wakaka..haha..btw,cter psl warganegara tu smpai stu jer..nk tnjuk malaysia bnyk indon..

Haffiz Al-Banna said...

@lin:uit..bukan2..ajrn sst tu..ahakz..xderla..eh,sy ingt cmtu gk ms mula2 dlu..
@sumeiya:skurg2mya bila cucu tnya, tok dh smpai ke greenwich tu, leh ak ngn bngganya ckp dh smpai kn..haha
@cintahati:bgus2..anda tidak termasuk glongn yg kena sekeh..huk3
@d'lla:huk2..snyp2..syyhhh..
@shiela:telur tu ader..ikan blis xder..cili pun kurg..tp dpur xder..tu yg pyh tu..
@bofofengyeng:biler bro dh smpai sini..hehe
@hot mama:msukkn dlm list tp allocate dlm sejam dua sudh..huk3
@hamsini:cnfirm ak akan balik..brkhidmat ntuk negara..chewah..haha
@chemay:bila chemay dah berjaya..insyAllah..

mimi said...

~~~hehehe..tak pe ok lah...nt dh brumhtangga...suruh bini masak sdap2 tau...taklh nasi dgn kicap..~~~

nuriz said...

pm and am..boleh lompat kiri dan kanan berada di 2 zon masa dalam ..bestnye

Rina Rossoneri said...

hkahkahkaahkahk....entry ko plg lawak utk baris 2nd last...

Anonymous said...

tak pnah dpt mrase duk antare am n pm.. antare phg ngn joho pnah.. kikh3

windi said...

long hafiz nak tau, i nak copy paste gambar2 ni sume, masuk dlm PPoint n bagi tengok ngan budak2 tahun 6. mesti diorang seronok sangat dpt tgk garisan masa tu.selalu drg tanya am pm tu hape?. Boleh ke?

hydir said...

itu je ke garisan meridian greenwich tu .. hoho

tu ler sbb diorang jumpa tu dulu .. kalo org malaysia yang buat mungkin kita ada garisan segambut agaknya .. hahaha

scya lollita said...

wuuuU~~
bile ni nk bawak ira pi sanee !
haish !
T.T
>.<

HuSnA said...

pendekkah entry ini???ish3...saya suka cerita mengarut itu.bolekah dipraktikkan di dunia nyata?ngeee...

2R said...

skali skala mkn nsi n kicap sedap pe..nk lg sedap tambah ikan kering ;p

Haffiz Al-Banna said...

@mimi:haha..mngkin itu akn berlaku lmbt lg..jauh lagi masa akn dtg..hehe
@nuriz:ahakz..lompat2 pun bukan ada perubhn pape pun..tp tul tu..leh lmpt..hehe
@rossoneri:ak xtau naper korg semua nk gk trget dua ayt last tu..huk3
@macy:sy prnh antra klntn n ganu..slu jer..ahakz
@windi:sila2..jngn mmlu..
@hydier:haha..kenapa perlu segambut?
@capital s hana:dlm mmpi?alright?on?>
@husna:nie kria pndek drpd biasa tau..sllunya berjela2 pnjg..
@miss tora:nie bukn sekali sekala..tp mknn ruji sini..

ã‚¶-sylver- S said...

gambar tak baper clear la bro..

sjaa64 said...

wah3...besnyer "D

Haffiz Al-Banna said...

@sylver:yerker bro?mngkin sbb nk besarkan kn..so,jdi xclear..
@jaa:msti ko rasa ak brtmbh ensem kn?

farida tarmize said...

hahah..terbaca entry ko asal losong t'ganu..tringat dah lama tak datang jalan2 cr kopok leko

saye kerink said...

haha siot je pasal 'indon' tuh.
kot nye la kalau orang indon bace.
agak2 nye dorang bengang tak?

Melor said...

1 of my dream to go there,since i was 10.

    Related Posts with Thumbnails