Dengan ini, aku mengumumkan bahawa tarikh tutup Kontest Baca London : Menang London akan dianjakkan ke hadapan daripada 17 May kepada 4 May atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Sesiapa yang masih belum lagi join dan teringin join, sila cepat sedikit yerk. Bagi sesiapa yang dah join, jangan lupa tinggalkan pesanan korang di entri kontest supaya aku tidak terlepas pandang.
Aku baru sahaja bangun daripada tidur petang. Buat julung-julung kalinya aku pergi study di library petang tadi. Asalnya aku nak study di bilik sahaja memandangkan aku nie memang malas kalau nak bergerak pergi mana-mana dan lebih suka duduk lepak dan rehat di bilik sahaja. Tetapi, tiba-tiba budak bilik sebelah aku nie membuat konsert jamming free untuk aku. Jadi, nak taknak, aku kena pergi library LSE untuk study. Dahla LSE tu jauh daripada hall aku. Selamatlah semasa di LSE tu, aku berjaya siap dan pahamkan 4 set soalan Math. Tapi pasnie nak tengok balik empat set soalan tu. Malas weih! Facebook lagi best~!!
Beberapa hari lepas, semasa aku duduk penat-penat study Facebook, aku ternampak status member aku yang memberitahu bahawa tiga orang candidates untuk the next UK Prime Minister sedang berdebat di ITV.com. So, aku dengan pantasnya pergilah tengok diorang berdebat melalui internet. Tiga orang calon yang sedang berdebate itu ialah Nick Clegg daripada Parti Liberal Demokrat, David Cameron daripada Parti Konservatif dan juga Gordon Brown daripada Parti Buruh. Tengok mereka bertiga sedang berdebate, teringat aku semasa zaman sebelum aku terbang ke UK dahulu. Pernah juga aku layan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Sabery Chek berdebat di TV 3 semasa itu. So, memandangkan aku dah tengok kedua-dua jenis debate ini, bolehlah aku suarakan pendapat dan komen aku sedikit. Ngeh3!!

>David Cameron : Ketua Parti Konservatif : Perlu diimprove lagi<
Kalau tak silap aku, di Malaysia ada beberapa debate lain di antara ahli politik dan ini adalah benda yang amat bagus. Tetapi satu-satunya debate yang aku layan daripada awal sampai habis ialah debate antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Sabery Chek. Bagi aku, itu memang rancangan yang amat bagus memandangkan tak pernah dianjurkan debate open sebelum itu di Malaysia. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia boleh menilai dengan sendiri yang mana bagus dan yang mana kurang bagus. Tetapi debate itu dianjurkan selepas pilihan raya umum yang mana sebarang perubahan kepada pendirian pengundi hanya akan berlaku ketika next pilihan raya yakni 4-5 tahun akan datang. Selain daripada itu, tindakan sesetengah debater yang menyerang peribadi debaters lain juga perlu dielakkan suapaya takde lah nampak macam "ko takda modal". Then, soalan-soalan yang datang daripada pengundi yang perlu didebatekan dan bukannya isu perjuangan parti itu sendiri. Ingat! Parti berkhidmat untuk rakyat dan bukannya parti yang menentukan untuk rakyat!! Apapun, program sebegitu amat bagus dan aku setuju diteruskan. ^_^
Manakala, debate di UK pula ditayangkan secara live menerusi tv kerajaan. Yang bagusnya, di sini tidak bias mana-mana pihak. Semua orang boleh untuk kutuk ataupun puji mana-mana pihak. Selain itu, debate ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pemimpin parti respons dengan masalah-masalah rakyat (yang pengundi utarakan). Kalau tak silap aku, Nick Clegg tu langsung tidak famous sebelum nie tetapi selepas dia memberi performance yang dikira *thumbs up* masa debate tu, terus rating dia naik mendadak. Selain itu, selepas debate berakhir, pihak ITV pun terus menganalisis debate tersebut dan seterusnya surat khabar juga mengeluarkan analisis debate kebesokkan harinya. Walaupun Parti Buruh adalah parti yang memerintah sekarang, tetapi diorang ngam-ngam jer condemn Gordon Brown (ketua Parti Buruh) sebab performance dia yang tak seberapa dan terus-menerus puji Nick Clegg. David Cameron pun tak seberapa semasa debate itu. Semasa aku duduk layan debate itu juga, ramai juga penonton yang menyuarakan pendapat diorang melalui internet. Dan ini yang sempat aku salin semasa hari itu :
- "New Style of Politics". What a load of ballocks.
- Can't US watch?! Rubbish!!
- Brown! Oh yes...B.R.o.w.N all the way....he has the MOST workable solutions....
- Taxi for Cameron.
- Load of us trying to get comments on ITV website in support of Cameron - typical that they only want to allow the Lib Dem ones through. The debate is a farce.
- It actually shows that Cameron has been reading from prepared script before. Brown is good but Clegg is clever and best.
- Clegg has done very well, Gordon Brown has, to be fair, looked very confident. Cameron has had a DISASTER!
- CLEGG....WELL WELLWELL..GOT MY ATTENION.
- Cameron made the the best points, don't need an Brown old git and dont need a work experience boy Clegg
- Cameron stop bringing in your son! we sympathize with your tragedy...do you need pity?
- Well that was an interesting 90 minutes..
- Was not impressed with any of them just yet, on the left Mister Social, in the middle Mr emotional blackmail. On the right Mr old news.
- GB reassured me. NC inspired me. DC - sorry...
- Nick Clegg is the only leader brave enough to be honest with us about the scale of public debt and how this frames every spending choice our country faces over the coming years.
- What are the Tory policies again???
- Cegg is about the future and a clean sweep Brown is the limping safe bet, Cameron same old selfish stories.
Jadi, itu antara komen-komen yang sempat aku catch up hari itu. Oh ya, untuk pengetahuan semua, salah seorang anak David Cameron dah meninggal. Jadi, pengundi cakap dia asyik membangkitkan soal anak dia itu untuk meraih undi kasihan. Tapi setiap orang ada plan dan perancangan strategi politik diorang sendiri. Yang penting juga, PM yang baru itu mestilah berdedikasi sebab aku ada dua tahun lagi nak stay di UK nie. Oh ya, minta maaf kepada semua sebab entri ini a bit benda-benda politik dan aku tahu yang ramai tak suka kan?! Tapi tak mengapa. Lain kali dah takda dah entri macam ini. Spesel edition kali ini tau~!! -_-"
By the way, aku ternampak banyak entri yang tunjuk korang pergi the biggest blogger gathering eh? Siapa buat yerk? Nuffnang ker? Cmnie la korang semua. Pergi tak ajak aku pun yerk!! Aku nak ngajuklah camnie gak!! T___T
*Entri yang berkenaan dengan politik : Kurang orang minat rasanya"
[Ada lagi seminggu cuti. Masa untuk pulun Math dan Stats habis-habisan]







21 comments:
bukanlah minat sangat.. tapi kan bagus kalau banyakkan macam ni kat Malaysia. supaya banyak benda yang 'tersembunyi' itu kita tahu.
zana ok je bc....blh nmpk perbezaan ....heheh
hey, nuffnang yang menjemput okey, aku merupakan salah seorang yang tidak dijemput sbb aku xbuat entry dia n malas nak g pon, sbb exam..
haha...
bro..
camne bro nakgi kalau bro kat london..
tunggu lpas 2 tahu kalau ada lagi, join le ek?
haha~
psal politik tu mmg saay setuju dengan public debate nih..
kena buat selalu.
salam,,
nice post!
pemimpin kat malaysia suka sgt serang peribadi nk buat lagu mana.masa tgk shabery chek ngn dato seri anwar punya debate tu,,kawan2 kolej ak punye geram dgn shabery chek tu,,smpai diorang balik selipar jepun dekat tv,,LOL..
orang skang pon dah pandai2. bukan percaya bolat2 sumber berita kerajaan. cari sumber pihak 1 lagi. so boleh analisis sendiri,pikir sendiri.secara jujur,,kadang2 tgk tajuk berita kat utusan ke BH ke terus pikir "macam tak logic jer"..ngeh3
=)
yeh.. tertib gayanya..
bagos2.. hihi
gler best!!
nk kasi bukak sikit mata rakyat2 malaysia ni..
biar kasi nmpk..
sape betul sape salah..
bukan nk mempertikaikan..
tapi..
biar mereka sndiri yang nilai..
mane betul mane palsu..
if kite duk sebot je..
diorang bkan leh trime pun..
baik buat cenggini..
kasi bukak mata..
bukak ati..
bukak otak~
yeah..satu ulasan terbaek. two thumbs up!
stesyen tv dgn akhbar2 utama malaysia mana brani buat macam nie. media smuanya dah dikawal.
buat forum live kat tv, tapi bila pemanggil suarakan ayat2 yang tak sealiran dengan gomen je trus pengerusi forum cepat2 potong panggilan, tak pun tetiba 'panggilan terputus'.
tambah2 sekarang musim prk..suratkhabar,tv penuh berita setempat prk jer, janji pembangunan itu ini. time lain xde pun.
owhh politik.. alhamdulillah sy dpt habiskan bace entry ni. hehh :D
politik kotor!
bila la rakyat kita nk bebas dari kekotoran nih><"??
aku bosan dgn politik malaysia
paling kotor dkt dunia aku rasa
Biarlah mereka berpolitik... jom kita berblog kerana ini arena kita...ngeeee.. salam ukhwah!
This is one good thing when we are exposed to other cultures or places, we learn from others, from other views.
Berbicara tentang politik, di Malaysia ia masih lagi dipengaruhi nilai-nilai budaya politik yang diwarisi. Kita sudah dapat melihat lebih ramai yang mula bersuara (terutamanya golongan muda). Pun begitu tahap 'penyertaan' golongan muda bila berpolitik adalah masih rendah.
We may be vocal, but we are not vocal enough, collectively, to get anything change. Shaky, maybe..but little impact.
Setakat seronok berkata-kata tetapi tidak pula mahu terlibat secara langsung - agak perlahan perjalanan politik orang muda.
My 2cents' worth =D
@ashrafi:tu la..trlmpau bnyk benda yg tersembnyi..tp ak percaya rmai yg berusaha ntuk cri benda itu..
@farzana:nmpk kn perbezaannya??
@rossoneri:kena buat entri ker?for sure ak xtrlibt awal2..
@noor afzan:dngr cter anda dtg ngn tung..xnk kenalkan ker?
@hanimhusin:aku lak kat umah gelak ngn ayah aku tngk sbb xder modaql..dh la org trg cm aku..
@sky hayyat:tau xper..mmg tertib ssngt..huk3
@asked:tu la pasal..jngn bukak baju sudh..
@areev19:tu pasal kkdg aku xlyn kalo forumkt tv1..ak lyn hujah kt tv9 jer..
@aida:nmpk sngt anda xbermint eh..huk3
@akuinsanlemah:selagi mana yg kotor xdibersihkan..
@hans:tu mmg ak xleh nk ckp perla..sudh terng lgi bersluh kn..
@qaira:mari..mari kita berblog..
@makiko:kbnykn mereka tkut.tulis sdkit dh kena warnoing n tngkp..so, btter slow2 kn..
politik malaysia banyak tunjuk emosi kot..sikit2 serang peribadi..
hihi,,xde modal tu satu hal,,serang peribadi org lagi,,ckp putar,,
klu kat umah sumtime tgk kat tv9 ad satu forum tu,,kire dia jemput pro ngn pembangkang,,,suka btl klu YB dr pkr ke pas jawab,,sodap je dgr,,educated je jawapan tu keluar..
tp itulah,,pengerusi suka potong...
huuu~
diorg open minded..itu yang bestnya..
pemimpin biar telus, apa matlamat mereka biar bermakna untuk rakyat, ingat pemimpin yang gagal memimpin disoal di akhirat
@kerak nasi:sini poticians semua pndai ekonomi..malaysia?!pandai cari silap org len..
@hanim:tu yg xbest tu..tp banyak jer video menarik di youtube kan..
@hamizah:diorasng sensetif ngn rakyat n rakyaT pun cm tau peranan diorang..
@akuvision:setuju ngn sepenuh hati bro..
aku tak campur benda2 macam ni....
salam..TV di Malaysia ni x beri kebenaran utk parti pembangkang menggunakan saluran mrka. pembangkang nak buat stesen TV sendiri pun x leh. kan bagus kalau semua pemimpin boleh berdebat di TV secara langsung?
Jangan Beri Ruang Malaysia Jadi Syurga
Post a Comment