Lama jugaklah kiranya last time aku update blog memandangkan aku still tengah struggle nak biasakan diri dengan jadual study third year aku di LSE : kena tahu timing yang sesuai untuk buat assignments, nak buat reading dan so on. Selain itu aku pun tengah agak busy untuk apply placement kerja di London selepas aku grad tahun depan. Entri nie pun aku tulis sambil tengah lepak kat LSE menunggu untuk next kelas dalam masa 2 jam lagi. Oh ya, korang still ingat tak pasal kisah Spain Trip aku yang aku ceritakan dalam beberapa entri sebelum nie termasuklah kisah di Malaga, Nerja, Cordoba, Granada dan juga Sevilla? Ingat tak?! Kalau dah lupa, sila rujuk entri-entri berkenaan. Yeehaaa!!
>Wan dan Haziq di hadapan Sagrada Familia<
>Inilah dia ciri-ciri keindahan binaan Sagrada Familia<
>Bergambar dekat luar Sagrada Familia sahaja sebab penuh<
>Jeng! Jeng! Jeng!! Inilah dia isi dalam FC Barcelona Store<
>Memandangkan aku sorang fanatik bola : gambar aku banyak sikit<
Selepas kitorang berempat bermalam di Sevilla Airport, kitorang bertolak ke destinasi seterusnya yakni Barcelona pada pagi kebesokan harinya. Perjalanan yang hanya mengambil masa sejam lebih memang ternyata amat memenatkan. Lagi memenatkan dan memeningkan once kitorang sampai di Barcelona Airport. Luckily kitorang ternampak kiosk Tourist Guide dan terus beli Daily Pass for Three Days yang membolehkan kitorang bergerak menaiki public transport di Barcelona selama tiga hari secara percuma. Daripada Barcelona Airport, kitorang terus ke hostel kitorang di Central Barcelona dengan menaiki train dan selepas agak sesat, kitorang berjaya menemui hostel tersebut. Malangnya kitorang tak dapat nak check-in, jadi kitorang buat keputusan untuk tinggalkan bebarang kitorang dan teroka Barcelona terlebih dahulu. Oh ya, dalam keadaan belum mandi tau. Wakakaaa!!
>Masa mula-mula sampai : inilah korang nampak<
>Sekitar isi dalaman Nou Camp Store punya isi<
>Tak dapat masuk stadium, masuk store pun orait dah!<
>Tadi turn diorang dan sekarang turn aku pulak<
>Bas mini nie terletak di depan Stadium Nou Camp<
Memandangkan stesen train hostel kitorang terletak tidak jauh daripada stesen train Sagrada Familia, maka kitorang target untuk ke Sagrada Familia dulu. Sagrada Familia merupakan sebuah temple yang dibina oleh Arkitek Antonio Gaudi pada 1882 dan pembinaan masih terus dijalankan sekarang. Masa kitorang dating, memang ramai tengah beratur untuk masuk ke dalam dan terdapat upacara sembahyang jugak dalam tu. Memandangkan minat yang kurang, kitorang berempat just ambil gambar daripada luar dan anything yang sewaktu dengannya. Pas settle dengan Sagrada Familia dan didesak oleh kehendak aku yang tinggi, next destination adalah Nou Camp : Stadium FC Barcelona. Memandangkan ticket untuk masuk ke stadium agak mahal, maka kitorang bergambar di sekitar stadium dan tak dilupakan untuk singgah dan membeli di Nou Camp Souvenirs Shop. Puas hati aku dapat jajah Nou Camp akhirnya!!
>Antara persembahan jalanan yang korang dapat lihat<
>Sesiapa fanatik FC Barcelona patut minta aku shopping sini<
>Budget terhad : so angkut FC Barcelona punya key-chain dah cukup<
>Poyo nak masuk dalam office Nou Camp sahaja nie<
>Black and white version pantai di Barcelona<
Dah settle dengan dua attractions utama Barcelona yakni Sagrada Familia dan Nou Camp, kitorang kembali semula ke hostel untuk check-in. Kitorang settlekan urusan check-in dan pastu rehat seketika, bersihkan diri dan juga sembahyang. Dalam lewat tengahari, kitorang berempat ready untuk keluar meneroka Barcelona kembali dan kali nie kitorang nak try gie lepak pantai Barcelona pulak. Memandangkan pantai adalah berdekatan dengan Las Ramblas, kitorang pun berjalan-jalan sekitar Las Ramblas jugak. Oh ya, Las Ramblas nie lebih kurang cam Oxford Street di London ataupun Petaling Street di Malaysia. Faham korang semua? Bagus3!! Dah habis cover secara tak langsung area pantai dan Las Ramblas, kitorang terus gerak ke Barcelona Cathedral yang terletak di hujung Las Ramblas. Kitorang berjalan sampai nak patah kaki rasanya!!
>Ini adalah cathedral utama Barcelona yang di tengah bandar<
>Ini pulak adalah isi dalam Barcelona Cathedral nie<
>Pasar basah utama di Barcelona : nanti aku story panjang tau<
>Nampak tangan aku tengah duk tunjuk stesen tak?!<
>Sekitar persisiran pantai di sini<
>Ini pulak adalah permandangan sebelah malam daripada hostel aku<
Sudah cover area Central Barcelona dan kaki pun rasa macam nak tercabut, kitorang pun beransur pulang kembali ke hostel. Lagipun hari dah mula gelap dan kitorang bukannya berani sangat nak lepak unknown area macam Barcelona nie. So, on the way kembali ke hostel, kitorang singgah di sebuah kedai muslim untuk beli bekalan makanan. Oh ya, popularity muslim dan bilangan kedai-kedai muslim di Barcelona bolehlah dikira agak banyak. Sesampainya kitorang di hostel, kitorang terus masak apa-apa yang termampu dan terus kenyangkan perut yang tak makan seharian. Aku, Wan, Amin dan Haziq terus tidur selepas langsai mandi, sembahyang dan makan sebab kepenatan pada hari pertama kitorang di Barcelona. Nanti aku sambung hari kedua dan ketiga pulak yerk. Yeeehaaa!!
*Aku masih lagi dalam proses untuk apply placement kerja di London : struggle tul!!*
[Tadi aku dan Zaki buat kek coklat dan proses penyejukan sekarang : besok makan]
37 comments:
bile lah aku dapat p jalan2 cam ni. huh
bestnyer!!!
kalau saya gi sane, boleh tak bawak saya jenjalan?! XD
best nya la dapat jenjalan macam nie..teringin nya...bila la dapat erk...
bestnyer dpt gi sana... nak ikut... hehe..
fuh! adrenalin meningkat!! nak pegi someday!
wah sonoknye...jelesh jelesh =p
pengalaman ney berharga, sumpah jeles..apepon hati2 ye, jgn lupa M'sia, huu
wahhhh...bestnya,xdpt pegi dpt tgk pic2 nh pom ok dh...have fun..=D
Okay,sy mmg jeles!huuu..
gileeeeee BEST! lu saje je buat gua jelas..adeiii..bile lak gua nak dapat peluang mcm neh? adeiii..
yeahhhh...spain!
jeles..okbai !
aiyakk jeles betul la ..
mana ole2 tuk sis ??
jaoh pejalanan
jao jugak kaki melangkah,hehe
~ one day .. will be there ~ :)
wooo ... mesti best dpt pergi oversea.
cantik betul tempat dorang tu
sumpah tu gmbr pantai BW smart :)
untungnye org tu... best2.. yeah! ovrseas.. grrrrr =,=. hikhik
wahh . .bestnya . . . .
[sy tak pernah ke luar negara lg :P]
wowwwwww awesome
sesungguhnya nk pegi jgk...=)
bestnye :) *dtg selepas jwb last paper final exam*
salam...bc n3 ni makin tk sabar nak ke spain lawat anak buah masih study kt sana..
Wish u gd luck.
peminat barcelona ? hahaha... malangnye ku bukan pminat tp cikgu kita la minat gila kot. rimas.. HAHA.. ehh kirim keychain :P
hey! thanks for isit myblog :) msti bdk bijak kan ? *act not a budak . Abg may be ? haha . bestnyaa bljr kat oversea :)
seronok...! harap dpt peluang mcm ne jga..
uhuk> bila ntah leh p bacelona!
memg bes jadi shot...ak jeles nak mampus dok tgok shot g jalan...nyesal plak xblaja sunguh2...
ak tmpang epy tgk enko jalan...haha
bes nya dok sana
warghhh gwa fanatik barcelona baiiii
jeles3
bile la kite nak sampai sini.. wuwuwuu
dengkinya aku tengokkkk. :'(
hopefully I could reach there one fine day. Jaga diri kat tempat orang ok. chow.
halamak . best tu :)
bestnye! :D
hi, saye akan ke london next year, bwk saye jln2 bleh ?
Asalam
Wah..banyaknya gambar menarik di sini..memang hebat.
wah, syok nye ! :0
Bro....sini di selangor penuh dengan majlis ilmu di masjid dan surau hingg peringkat tak tahu nak pergi mana serta HOT TOPIC sekarang HUDUD....Komen sikit Bro kalau student sana lepas USRAH atau HALAQAH bincang tentang HUDUD....
Post a Comment