My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Thursday, October 06, 2011

5 Benda di London Yang Ingin Aku Bawa Pulang

Lebih kurang seminggu lebih dah aku sampai ke London dan seminggu lebih jugaklah blog aku berada dalam keadaan silent mode : harap tak vibrate jer. Aku baru sahaja move in ke rumah baru aku di Turnpike Lane, London hari Sabtu yang lepas dan memang sibuk dengan segala macam urusan. Lagipun kitorang baru sahaja dapat internet connection semalam : so struggle jugaklah hidup nie. Bila difikirkan balik, aku ada setahun lagi untuk tamatkan degree aku di LSE dan pulang ke Malaysia. Confirm once aku balik ke Malaysia, mesti aku akan rindukan London nie. Ahakz!! Kalau diikutkan hati, mahu jer aku bawa balik beberapa benda ke Malaysia. Antara yang terlintas ialah :

01. Transport dan Pedestrian : Antara benda paling awesome pasal London adalah system transportnya yang lengkap dan teratur. Walaupun aku tau KTM dan RapidKL nampaknya makin maju sekarang tapi kita mungkin masih lagi ketinggalan jauh berbanding mereka. Selain itu ruang yang disediakan khas kepada pejalan kaki dan juga pengayuh basikal memudahkan urusan kehidupan seharian. Walaupun London memang amat padat dan sibuk tetapi confirm korang takkan mengambil masa yang lama untuk bergerak ke mana-mana sahaja.


london zone 3
>Di London, pengemis kena jual The Big Issue untuk dapat bantuan<


02. Peminta sedekah : Semalam masa aku tengah lepak-lepak depan Sainsbury, aku ternampak seorang peminta sedekah yang menjual majalah The Big Issue menggulung kertas kosong, bakar dan terus isap cam hisap rokok. Memandangkan aku tak smoking, tak dapatlah nak offer rokok kat dia. Kalau aku dapat angkut para peminta sedekah nie semua kembali ke Malaysia, insyAllah diorang punya kehidupan dan pendapatan seharian mereka will get better. Malaysian kan antara manusia paling pemurah? (^_^)/

03. Cuaca : Yang nie aku tak sure samada nak bawak balik Malaysia or tak sebabnya aku tak suka dengan panas terik di Malaysia tapi pada masa yang sama, aku pun tak suka jugak dengan kesejukan melampau semasa winter di London. Tapi seriously, kalaulah aku dapat exchange cuaca Malaysia ke cuaca di London, confirm korang semua enjoy dengan 4 musim di sini. Kalau nak main salji, tak perlulah bayar mahal-mahal pergi iCity kan?! Ahakz!!


london zone 3
>Inilah antara kejadah paling akan dirindui nanti kan?!<


london zone 3
>Sejak berlakunya riot hari itu, aku rasa cam takut nak jejalan<


04. Damage Safety : On the way aku ke LSE semalam, aku melalui kawasan pembinaan yang memang terletak betul-betul di tepi jalan. Kalau di Malaysia, selalunya kawasan sekitar akan dikosongkan tapi berbeza dengan London yang padat, kawasan pembinaan mungkin terletak di tengah-tengah tempat orang ramai. Yang bestnya, semua buat tak kisah sahaja memandangkan safety memang diutamakan berbanding dengan Malaysia yang lebih utamakan cost saving kut. Riot hari tu punya damage pun dah siap clean up semua semasa aku gie usha. Wonderful tul eh!!

05. Komuniti UK : Semasa aku borak-borak dengan member-member aku yang origin daripada London, antara benda yang diorang jeles pasal Malaysia adalah pasal cuaca Malaysia yang panas dan banyak pantai-pantai yang cantik lagi awesome. Diorang semua nie memang minat betul-betul dengan pantai sebab diorang semua boleh berjemur dan Malaysia pun lagi murah living cost berbanding London. Tapi bahaya jugak kalau bawak balik orang-orang London ke Malaysia : semua pakat turun pantai nak gie usha diorang berjemur kan?! *wakakakaa!!*


london zone 3
>Tengok diorang semua duk terkejar-kejarkan pantai : kesian tul!!<


london zone 3
>Turnpike Lane : Tumpat tempat aku stay sekarang : Zone 3 London<


Itulah dia lima perkara (benda??) di London yang aku teringin untuk bawa pulang ke Malaysia. Tapi memang confirm agak mustahilla untuk berlaku : logic ker aku nak wujudkan cuaca macam London di Malaysia?! *kah3!!* Oh ya, aku nak share something dengan korang semua nie. Semalam semasa member aku bernama Zaki Adan on the way pulang ke rumah kitorang di Turnpike Lane, dia hampir dirompak oleh tiga orang adults dalam tube. Selamatlah dapat lepaskan diri : bahaya tul kalau duduk kawasan yang agak luar London nie. Alhamdulillah selamatlah semuanya dalam keadaan yang baik. Yeehaaaa!!


*Tiap-tiap hari ada kelas : Alhamdulillah elaun PETRONAS dah dimasukkan*
[Study dah pun bermula dan nampaknya pilihan subjek aku tahun nie banyak essay-based]

37 comments:

Cik Kasih said...

best kan3?

Kisah Hati said...

bawak balik train la erk! sbb ktm kt malaysia mcm kura2.. hehehe

nina suhaina said...

hampir kena rompak? hati2 woo...

Mama Zharfan said...

i miss everything about UK esp Notts....esp the wheather :)

Kamsiah said...

bawak balik salji,boleh...:)

ni..nak pesan..jgn bawak balik minah saleh..kang terbeliak mak ayah kat kg tu...

Zeeqa ~ Ajie said...

bestnya...jangan lupa share lagi pengalaman-pengalaman waktu kat London nanti. :)

oli-go said...

nk study kt london jugak

Fazlinil Irma said...

betul.. sy setuju yg no 1 tu. dah nak setahun sejak balik Msia. tak pernah lg naik bas. nak lintas jalan pun takut.. makin dekat kereta makin laju. ~aisshh~

me | is | aku said...

tlggg, nwk balik pengemis & transport tu

[z@ck] said...

jaga diri. =)

Meor89 said...

FYI: Malaysia ada safety in construction yg tersendiri. bg setiap pembinaan, mmg wajib ade site officer.. cuma projek2 kecil ala-ala kampung je tak de safety nih.

hidayahjamal said...

hati-hati yaw, sebenarnya KTM masih g lmbat, hv fun exp. kat london

Anonymous said...

Long, nanti boleh buat entry pasal the Big Issue tu x? (bukan pasal pengemis tu, tp more specifically what is The Big Issue?) mcm menarik je..

Naga Sarawak said...

Bawa balik kucing yang berkeliaran kat London tu tuk Naga K. Kalo tak dapat sekor ambik 2 ekor jadilah..kih...kih..kih..

♥ norlida ramli ♥ said...

wah bestnya dok london...huhu..

x bawak balik buah hati ke dr london?muahahaha ^^

MissVanilla said...

mesti best duk london... nak ikot!!!

Nieda said...

kalau balik msia ...rindu kat London boleh pergi sebagai pelancong pula..

Nieda said...

kalau balik msia ...rindu kat London boleh pergi sebagai pelancong pula..

gadis bunga said...

waaaa besnye tinggal kat oversea .

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

best tu :)

CT said...

Bestnya...insyallah kita nak ksana kejap lagi...huhuhuhu. Tak sabonya, akk tinggal Colindale, London...

Cik tikah said...

untunglah sebab awak antara org yang bertuah dpt smbung belajar kat oversea :)

cik fatea said...

law ade salji at malaysia abislah air perigi beku~~~hehe

simanis said...

Oh how i wish i could hold the snow once in my lifetime...

semoga tabah di negara orang...Salam kenal...

nuR izyan said...

wow..bestnyer study obersea...:)

Mawar said...

huyoh! hehe..

Amalina said...

Untunglah dpt pg London. Lina tak sampai lagi :(

budakijaupendek said...

sekali dtg ke london, tak puas!
hehe

ainwaheeda said...

bestnya dapat main salji.. saya dapat main banjir jer setaon sekali...^^

Sheda Argos ツ said...

sngat bertuah dpt merasa tempt owg... sedangkn kite m'sia pun abih lg huk3x tingin nk ase salji....=P

Amir Baker said...

Bestnye dudok london. teringni sngt nk g sana. mesti seronokkan. sob sob

kpah k-poh said...

long..tak nak bawak balik minah salleh rambut perang ke..???

caliph shuriken said...

blom pnah lagi jln2 kt sana, huh...

♥Amalina♥ said...

nak kumpul duit nk ke sana laaa.:D

EmpayarUtama said...

Tak nak bawak isteri London balik? :)

cikpjaz said...

kesian sume duk terkejar pantai,hehe
wat balik la sparuh diotang tu, mesti x puas mandi kat malaysia :D

NURUL ASHIKIN said...

kim salam kat bekam dengan posh

    Related Posts with Thumbnails