Sebelum nie aku sudahpun sharing dengan korang semua part pertama perjalanan aku dan member aku mengembara sekitar Sepanyol pada bulan April yang lepas. Dalam entri tersebut, aku membebel pasal pengalaman kitorang menjejaki destinasi pertama kitorang yakni Malaga di bumi Andalusia. Selepas seharian penat berada di Malaga, kitorang bermalam di hostel yang telah di check-in. Kebesokan harinya selepas breakfast di hostel, kitorang berjalan-jalan di hentian bas Malaga. Di sana terdapat banyak bas tempatan yang menghubungkan bandar-bandar tempatan di persisiran laut Andalusia : juga dikenali sebagai Costa del Soy.
Selepas berfikir dan berbincang panjang, kitorang berempat bersetuju untuk membuat day trip ke Nerja yang terletak dalam sejam dua daripada Malaga. Oh ya, cara sebutan Nerja adalah ”Nerha”. Dengan tiket yang berharga kurang daripada 10 Euro setiap seorang, kitorang bertolak ke Nerja. Memandangkan jalan yang menghubungkan Nerja dan Malaga adalah berada di persisiran pantai, sempatlah kitorang mencuci mata dengan keindahan pantai-pantai Costa del Soy nie. Pabila sampai di Nerja, kitorang menaiki satu lagi bas untuk menuju ke Gua Batu Kapur yang merupakan tarikan utama bandar Nerja nie. Jalan ke Gua Batu Kapur nie memang bersimpang-piur : macam jalan nak pergi Gua Musang gitu. Ahakz!!
Once sampai di sana, kitorang terus beli ticket untuk masuk ke Gua Batu Kapur di Nerja nie. Nama sebenar Gua Batu Kapur nie tak pulak aku ingat tapi aku percaya korang mampu untuk tanya Uncle Google sendiri kan?! *kih3!!* Gua Batu Kapur nie mengandungi pelbagai keindahan batu kapur yang masih lagi dijaga rapi : ala-ala Gua Niah kat Sarawak tu la. Memang ada ramai tourist lain : maka sempatlah jugak kitorang minta tolong diorang untuk ambil gambar kitorang berempat di mana-mana pemandangan yang perlu. Agak memenatkan menerokai gua nie dan ternyata memang gua ini agak luas dan dalam. Namun memandangkan kami berempat memang kurang berminat sedikit bab-bab semulajadi nie, maka cepatlah kitorang habis tour. Adess!!
Sementara menunggu bas untuk kembali ke Nerja, kitorang sempat untuk lunch yakni bekalan biskut, roti dan air yang memang telah siap-siap dibawa daripada Malaga. Kitorang juga sempat sembahyang jamak Zuhur dan Asar di sebuah taman yang terletak berdekatan dengan gua tersebut. Memang camnielah kitorang : selamba derk jer sembahyang di kawasan yang dikira agak public. Selepas bas sampai, kitorang bertolak kembali ke Nerja. Di Nerja, kitorang spend dalam sejam dua untuk meneroka bandar Nerja dan juga keindahan pantai-pantai sekeliling. Masa kitorang berjalan-jalan di pantai di Nerja, sempat jugaklah kitorang usha-usha tourist-tourist dan orang tempatan yang berjemur. Astaghfirullah. *Isyh3!!* Memandangkan dah agak lewat petang dan fizikal pun dah lemah, kitorang pun bertolak pulang ke Malaga kembali.
Sesampainya di Malaga, kitorang terus bergegas ke Stesen Bas Utama Malaga untuk membeli ticket ke Granada memandangkan kebesokan harinya, kitorang akan ke Granada pula. Selepas dah siap-siap beli ticket dan bekalan makanan untuk dinner, kitorang tour beberapa attraction lain di Malaga seperti tempat lawan lembu, pantai Malaga dan lain-lain yang sempat dijejaki semasa on the way pulang ke hostel. Haziq dan Amin terus beristirehat di hostel; manakala aku dan Syazwan pula keluar kembali untuk mendapatkan beberapa souvenirs untuk dibawa pulang. Aku memang akan angkut Fridge Magnet dan Key Chain : dah menjadi kebiasaan setiap bandar aku lawati. Oh ya, sebelum aku pulang ke hostel memandangkan hari dah mula malam dan kedai pun dah start tutup, aku ditegur seorang lelaki tempatan. Tanya dia kepada aku : “Awak mahukan pelacur tak?!” Respons pantas aku : “It’s okay!!” (^_^)/
*Seterusnya kita akan menjejaki tinggalan Islam di Alhambra di bumi Granada*
[Ada ker patut tawarkan aku pelacur : tahulah awek-awek Spain nie hot semuanya]
36 comments:
bestnye dapat jln2 negara org.. ;)
bestnya!
bestnya...:)
mana orang tua tu long? hahaha
bestnye dpt jalan2. cikasamjeruk dulu g german 2bulan,dok la dlm german je tak pegi mana. balik malaysia rasa penyesalan yang sangat tinggi! btw dah follow blog yg fames ni. ramai follower tuu..terasa kerdil diri ini..kekeke :)
Mau runtuh gua tu... ekaw dlm bahaya bro..heheh
nsb baik awak jawap it's okay bila ditanya soklan cepumas tu :P
syoknya dapat jenjalan kat negara orang kan
:)
seronoknyaaaaaa! :)
tringinnya nak g vacation lg!!
Salam;
jauh perjalanan luas pandangan tebal ilmu..
gua tu sumpah berseni . aku kagum !
waaahhh seronoknyer bjln..wuuu..
wah agak agak berapa lah kos dia ya? Byk tu tempat leh g..
saya follow sini ye...
bestnye melancong ke tempat org..best x jadi perantau?
suke tgk pantai..sgt bessshhh...huhu =D
best gilerrrr!!!
wahhh ~ best nya . tasha teringin nak pergi tempat-tempat macam ny . lagi-lagi kalau jadi student dekat negara orang . seronok ! >..<
nice..
saya tau maksud signboard tuh.. "square of the discoverers of the cave of Nerja" (padahal copycat je) hahak :P
uwww...jelesnyewwww sayewwww :P
uiwhh beznye,,nelly nak itot gak,,huhu
Cepat2 la buat entry utk Granada tu..am going to Granada next 2 weeks for 18 months..boleh la kot dijadikan pedoman.. =)
wah..seronok ader kt sana ya...byk perjalannan..byk pengalaman...thanks sudi menapak kat belog kita...insya allah..akan melawat lg....
ala seronok nya..lama tak ke sepanyol..wahaha..(mimpi)
singgah la ke blog ini>>>http://fahrulrazigaleri.blogspot.com
lama gila kot aku xmai sini..
bukan mai andalusia ..mai blog hang long..ages kot
syok nooo jalan.
best-nyeeewww... nak ikot gakk...
best nye ade kat LONDON..:)
nak ikut...
JOM singgah blog saya nak? Ade cite best...Bencana atau Musibah di TERENGGANU?
Blog mantap dan nice. Lawat dan follow sini.
untunglah!!!!!!!!:P
jadi pengalaman terindah sepanjang hidup kita kan..:)
nice blog..:)
makin jauh berjalan...tak dapat pergi,dapat baca kat sini pun dah cukup best....SELAMAT TAHUN BARU 2012
Soknya dah lama xmasuk gua.
Banyak berjalan, luas pengalaman, bertambah pengetahuan, tajam akal fikiran mentafsir keindahan alam (^_*)...
nice place...
Post a Comment