Selepas dua hari menghabiskan sebahagian daripada percutian kitorang di Malaga dan Nerja, kami berempat meneruskan perjalanan ke destinasi Andalusia seterusnya yakni Granada. Kitorang check-out daripada hostel kitorang di Malaga seawal jam 6.00 pagi yakni selepas solat Subuh dan terus bergerak ke stesen bas Malaga. Bas kitorang ke Granada adalah pada jam 7.30 pagi dan tepat pada waktunya, bas mula bergerak meninggalkan Malaga menuju ke Granada. Sepanjang perjalanan aku banyak spend masa untuk tidur dan berehat. Namun semasa dalam perjalanan, aku dah tak dapat tidur sebab matahari dah naik tinggi. So, aku layan jer lah permandangan sepanjang perjalanan dari dalam bas. Memang amat awesome sekali tau!!
>Gambar intro bagi pengembaraan di Alhambra<
>Adess! Kepenatan sebelum memulakan perjalanan<
Once sampai di Stesen Bas Granada dalam pukul 11.00 pagi, kitorang terus bergegas ke hostel yang telah ditempah awal-awal dengan menggunakan bas tempatan ataupun bas bandar. Pastinya korang semua tahu bahawa Alhambra yang teramat-amat popular itu terletak di bandar Granada dan itulah target utama kitorang di sini. Selepas siap letak barang di hostel dan berehat, kitorang turun ke reception hostel untuk bertanyakan attractions utama Granada yang lain selain daripada Alhambra. Selepas di-briefing dengan pelbagai maklumat penting dan juga diberi map Granada, kitorang berempat terus ambil bas pelancong ke Alhambra. Dalam on the way ke Alhambra, aku mendapati jalan-jalan di Granada memang sempit dan diperbuat daripada batu bata. Selamatlah aku tak drive datang sini. *kih3!!*
>Mulakan perjalanan dengan kehijauan alam sekitar<
>Wuhohohoo!! Muka mengantuk menahan kepanasan matahari<
Kitorang sampai di pintu hadapan Alhambra lebih kurang jam 1.00 petang dan terus beli ticket untuk masuk ke Alhambra pada jam 2.00 petang. Sementara menunggu jam 2.00 petang, kitorang sempat untuk jejalan sekitar kawasan luar Alhambra dan bergambar sebanyak yang mungkin. Selain itu, sempatlah jugak kami semua bersembahyang jamak untuk memudahkan urusan yang akan datang. Tepat jam 2.00 petang, kami berempat terus menyerbu masuk ke Alhambra. Seriously Alhambra adalah satu monument ataupun satu kawasan yang amat besar. Di dalam Alhambra sendiri terdapat banyak part ataupun istana, binaan dan juga monument yang boleh dilawati. Memandangkan kami berempat teramat-amat excited dengan Alhambra, maka hampir seluruh part Alhambra kitorang sempat conquer!
>Ini salah satu binaan penting dalam Alhambra<
>Aku ternampak ukiran Laihaillah di bahagian atas tu<
Memandangkan Alhambra pernah diduduki oleh pemerintah Islam dan juga Kristian, maka kitorang berpeluang untuk melihat tinggalan kedua-dua budaya di seluruh kawasan Alhambra. Antara kawasan utama di dalam Alhambra yang aku ingat adalah Nasrid Palaces, Generalife, Alcazaba, The Baths of the Mosque dan pelbagai lagi monument dan binaan yang lain. Kitorang mengambil masa lebih daripada 3 jam untuk mencover semua area di dalam kawasan Alhambra bagi memastikan ticket berharga 12.00 euro per person kitorang betul-betul bermakna. Oh ya, memang terdapat ramai pelancong asing yang turut melawat Alhambra ketika kitorang di sana : termasuklah beberapa Malaysian yang aku terserempak semasa meneroka sekitar kawasan Alhambra. Ahakz!!
>Lihatlah ukiran seni bina Islam yang amat awesome<
>Walaupun dah lama : still the quality masih dijaga rapi<
Selepas puas meneroka Alhambra, kitorang mula berjalan pulang ke hostel dan kami berempat menggunakan jalan belakang yakni disediakan khas untuk pejalan kaki. Dalam perjalanan pulang, kitorang mendaki satu lagi bukit yang terletak tidak jauh dari Alhambra dan daripada puncak bukit tersebut, kitorang dapat melihat Alhambra daripada jauh dan memang cantik pemandangan tersebut. Kitorang teruskan perjalanan sehinggalah terserempak dengan Muslim Centre of Granada dan sempatlah jugak kitorang lepak di situ sekejap. Selepas menconfirmkan yang kaki masing-masing memang dah tak larat, kitorang ambil bas tempatan untuk kembali ke Central Granada.
Sesampainya di Central Granda, kitorang segera mencari kedai kebab yang bertimbun-timbun di area tersebut. Alhamdulillah memandangkan bekalan makanan halal terdapat di mana sahaja. Selepas makan kebab sehingga kenyang di sebuah kedai kebab kepunyaan lelaki Palestin, kitorang pusing-pusing bandar Granada sehingga matahari mula terbenam. Perut dah kenyang, kaki pula penat : maka kitorang terus beredar ke hostel kembali untuk berehat. Sesampainya di hostel, kitorang tidur dan bangun pada waktu malam. Memandangkan perut pun dah mula lapar kembali, maka kami berempat mula masak megi, makan dan terus sambung tidur kembali sebab besok nak gerak ke Cordoba pulak. Yeehaaaa!!
*Aku ada beratus gambar untuk dipilih bagi trip ke Granada : usha FB aku pun boleh*
[Panjang lebar entri aku yang kali nie : entah ada orang rajin baca sampai habis tak eh?!]
32 comments:
cantiknya senibina Islam. memang merah kan, semerah namanya "alhambra"
panjang entri ni?
eh takpe, aku bc je. aku mmg suke tgk gambar2 pemandangn camni.
plus, aku mmg fans blog ni. hehe :)
teringin nak ke sini kalau ada rezeki..
senibinanya sangat cantik..
btw,thanx for sharing..
buat masa ni dapat tengok gambar and ada info pun dah cukup.. :)
Alhamdulillah..dpt tgk gmabr pon dh ckp bagus, tq for sharing..
saya bc sampai habis..
Gila kagum dgn seni ukiran dia. Amazing and really awesome :)
mesti la taw Alhambra. seni bina islam mmg unik. xkan pergi je ke...cenderahati utk pembca blogger xda? :p
Terima kasih kongsi gambar2 dan pengalaman
Umi
cantik pemandangan greeny tue..so lovely
tak posa ker? siap makan that thing di siang hari ..heheheh kantoi
chantek sgt :) beznyeee :)
sudaa follow kmoo skali :) hrp follow blik :)
streets in the neighborhood blogs ... may get the hottest news ... let's share
Salam;
nice info..terasa aku sama2 kamu berempat di sana.
mcm shooting suria di cordoba pun ade gak.hihi
harap dapat sampai sini juga nnt..Amin..
pehhhhhhh...jln sakan ko...
buah kaki tu aku??/
fuhh!!!! cntik btul seni bina dy..menakjubkan!!
cantikkk...=)...nice one...memang tak penah pergi lagi...senibina islam yang halus n mmg menakjubkan...=)
wah bestnyee dpt mengembara mcm ni.
sgt menakjubkan alhambra!
like gambar2 di atas ! ^^
lawanya tempat..
bile la bole pegi ni
huhu
wah sangat cantik lah
:)
cantiknya binaan kat situ!!!
Best kan? Dapat mengenali negara asing dan mengutip pengalaman dari sejarah lampau buat pedoman masa akan datang....Salam Ramadhan dari kami berdua.
cantek nye....
thanks 4 sharing =.=
nice entry...
menarik tempat2 tu
Salam..dah selesai baca. Nice entry.. ^_____^ Btw will be flying there this saturday. Mixed feelings. Harap2 orang2 kat sana ok la. Still here or dah blk UK?
encik, slamat berkenalan.thanks 4 sharing.jom jalan kuwait plak.tp sini tak best pon..ahaahhahahaa
encik, slamat berkenalan.thanks 4 sharing.jom jalan kuwait plak.tp sini tak best pon..ahaahhahahaa
wahh...cntk nye...sblm nie baca dlm novel jew kisah alhambra...huhu
kebanyakan word kat situ ditulis
"Wala Ghaaliba Illa Allah"
maksudnye
tiada yg lebih berkuasa selain Allah
assalamualaikum..
nak tanya sikit, duduk hotel mana tu? kat sana ada tak tempat letak barang sementara, coz tak planning nak tido di granada.. mungkin memang penat tapi sebab kekangan masa.. advise me by mail teru_bozou@yahoo.com.sg
Assalamualaikum,
TQ for the precious info.
Buat akak nye pedoman tuk trip backpacking.
Rasa2 travel sesorang tuk Muslimah kat sana selamat tak?
Post a Comment