Selepas merentasi beberapa daerah utama di Andalusia, Sepanyol termasuklah Malaga, Nerja,Granada dan juga Cordoba, perjalanan diteruskan ke destinasi terakhir di bumi Andalusia yakni Sevilla. Bagi sesiapa yang mengikuti bola sepak Sepanyol, confirm korang tahu bahawa Sevilla merupakan antara pasukan terkuat di Sepayol selain daripada Barcelona dan Real Madrid. Papepon kitorang bertolak daripada Cordoba pada awal pagi : seperti mana sebelum nie jugak. Perjalanan ke Sevilla daripada Cordoba dengan menggunakan bas mengambil masa dalam 2-3 jam gak dan masa terluang tersebut digunakan untuk tidur secukupnya. *wakakakaaa!!*
>Inilah dia binaan paling cantik di Sevilla aku rasa<
>Duk main compare peta hitam putih sebab sesat punya pasal<
>Lagi perhiasan ukiran yang terdapat di dalam Alcazar<
>Kalimah Lailahaillah jelas terpampang di ukiran tersebut<
>Cam gaya kubah masjid pun ada kalau tengok daripada bawah nie<
Sesampainya kitorang di Sevilla Bus Station, kitorang terus cari loker untuk simpan bebarang kitorang. Pas dah siap simpan beg-beg backpackers, kitorang keluar daripada Sevilla Bus Station dan ternyata terkejut kerana apa yang kami expect adalah berbeza dengan apa yang telah kitorang research. Selepas bertanya kepada beberapa orang setempat, barulah kami tahu bahawa kami sebenarnya berada di Sevilla Bus Station yang terletak di kawasan agak luar bandar dan bukannya Sevilla Bus Station yang sebijik lagi di tengah bandar. Oleh kerana itu adalah weekend dan tourist centre semua tutup, nak tak nak kitorang terpaksa bergantung kepada map hitam putih yang amat-amat tak details untuk mencari jalan ke tengah bandar. Sobsss TT___TT
>Tengok camna muda-mudi Spanish lepak-lepak ketika weekend<
Selepas sejam dua sesat di tengah bandar Sevilla dan duk pusing di tempat yang sama, kitorang akhirnya berjaya masuk ke kawasan paling sibuk di Sevilla. Daripada situ kitorang dapat jumpa path untuk ke Alcazar dan Sevilla Cathedral bernama Giralda yang terletak bersebelah antara satu sama lain. Memandangkan tenaga yang dah sampai ke tahap minumun, kitorang decide untuk masuk just salah satu daripada dua monument tersebut : Alcazar menjadi pilihan. Sebagaimana Alcazaba di Malaga, Alhambra di Granada dan juga Mezquieta di Cordoba, Alcazar di Sevilla turut dipenuhi dengan peninggalan seni bina Islam yang masih dijaga rapi. Setelah sejam dua bergambar di sana, kitorang meneruskan perjalanan dalam keadaan sesat dan akhirnya tiba di Sevilla Bus Station yang aku maksudkan sebelum nie. Yeehaaa!!
>Tengoklah seni bina Plaza de Espana : aku kepanasan<
Daripada situ, aku sekurang-kurangnya mula mendapat rough idea mengenai path jalan yang perlu diambil. Next attraction yang kitorang lawati adalah Plaza de Espana. Memang cantik, memang awesome tetapi sebab masing-masing dah mula kepenatan dan kelaparan, tak banyak sangat dapat kitorang nikmati : just bergambar mencukupkan syarat. Kitorang berempat teruskan perjalanan berjalan di tepi sungai merentasi Sevilla dan akhirnya tiba di sebuah kedai makanan arab. Dengan hanya 10 euro, kitorang dapat makan sebanyak mana buffet yang kitorang mahukan. Memandangkan semua cam dah berzaman tak makan, maka memang banyaklah makanan kitorang makan : nasi beriani, ayam panggang, desert, pizza dan pelbagai lagi jenis makanan masyarakat Arab Andalusia. Kenyang dowh!!
>Semasa lepak kat Sevilla Airport : aktiviti utama<
Pas dah kenyang bagai, kitorang berjalan di tepi sungai menuju ke Stesen Bas Sevilla yang terletak di luar bandar itu untuk ambil bebarang kitorang semula. Dan selepas dah dapatkan bebarang itu, kitorang terpaksa berpatah balik ke Stesen Bas Sevilla yang terletak di tengah bandar tadi untuk menaiki bas ke destinasi lain pula. Walaupun penat memikul bebarang kitorang tu, kitorang sempatlah jugak untuk bergambar dengan bangunan-bangunan dan attraction-attraction menarik yang kitorang jumpai ketika dalam perjalanan. Pas dah sampai ke Stesen Bas Sevilla, kitorang terus menaiki bas ke Sevilla Aiport. Kenapa airport? Dah nak balik ker?! Ahakz!! Yang itu bialah rahsia buat masa sekarang tapi pada malam tu, kitorang tidur di Sevilla Airport. Oh ya, kitorang beberapa kali dikejutkan oleh polis yang berjaga di situ yang meminta kitorang tunjukkan passport and so on. Risau jugaklah kan?! Isyhh!!
*Alright. Ngam-ngam lagi seminggu sebelum balik ke London semula : Taknak aci??*
[Besar kemungkinan next study year aku akan kurang berjalan-jalan kut : banyak kena fikir]
50 comments:
Menara masjid yang dijadikan menara loceng gereja tercantik dunia tu yg bernama Giralda tu juga berada di Sevillea kan?
bestnye dapat jenjalan..
sangat leka tengok gambar2 senibina bangunan kat sana...thanks.:)
cantiknya..bestnya. lagi best kalau di ajak ke sana. hehe :)
best sangat2....!!!!
bestnye......jauh perjalanan luas pengetahuan..kongsi-kongsi la pengetahuan yea;))
jeles..nk g gak..
wahhhh...sonok nya langkah pnjg
soooooooooo beautiful . bile lah agaknye dapat pergi jalan jalan macam ni .
anda antara manusia bertuah kerana dapat melihat sendiri keindahan diserata dunia.
memang banyak seni ukiran islam....thanx for sharing ur sweet moments.. ;) suke tengok gambar pemandangan..
cantik senibina & ukiran Islam kt sana. bukti Islam wujud di setiap pelusuk dunia:)
cantiknya......jeles!!ehe...
cantiknyeeeeeeeee :)
untung la org tu dapat pergi spain...sob sob...hahah
saudara sebut ttg sepanyol terus saya datang ke sini..:) wah sangat menarik.best dapat travel negara orang..:))
jemput komen entri sy juga jika sudi
eeee..best nye..thanks sudi kongsi kan...ske tgk pic uh...best nye kalo dpt p sane...
cantik dan bersihnya sungai kat tempat dia org....jauh berbanding dgn tempat kita..:)
huaaa... best nya...!
>>tau maen kad big 2.. ekekeke
http://bulatmata.blogspot.com/
last skali tu korang main judi ke hape
LOL..
Takda kejenya nak main judi..
Bosan takleh nak buat apa2 sebab tenet xde, hapa xde..
So, just leh main daun terup jerla..sambil killing free time..
=)
nice pic n interesting places!
Cool! Cuti je gi merayau2 kat europe! Bez la! Aish! Ni rase tergugat ni. Blaja akaun bley ke luar ngra. Huhu! mesti kacang je soalan LCCI bagi admin ni.
wahhh besnyee, r u acc student??or ??
ade xpreince mrantau , worthy !
berkunjung utk sobat :)
follow success, follback yah teman :)
link exchange yuk sobat :)
( http://bboy-zaid.blogspot.com )
bila la nk p sana ni
nice place to go :)
assalam..
waw indahnya permndgn kt citu....
terpegun jer nengok..
untung yer leyh g pusing2 dunia cm nie...
Ruby ntah bla nk g jln2 cm tue kn...huhu
Ruby folow sekali...4002 is me taw...
seronoknya dapat jalan2 di negara orang..
teringin rasanya..
hehe
saje nak buat org jelesss letuwwwww .
bestnyeeee pegi spain :))
eehhh..bestnye..InsyaALLAH..apple nak bljar rjin2 nak gi sna jgak..hikhikhik
wowwww! cntek betul senibina tu! wah...
sangat lah cantik .
terima kasih share pic2nye :)
ouhh besnyeeee belajaq akaun kt luaq ngra la kan, pehh mesty mntappp BI hee
ehh2 untungla single :D
hebat jugak org akaun ni kan , leh mrantau g ni y jles nieh :P
ha btw , disebabkan senior akaun , i will put u on bloglist :)
wah . cantiknye :)
alangkah bestnyer...klu sy dpt jejakkan kaki kat sna...
seronoknye dpat jejalan kat sane..hmm,kene pasang neat nhey..
tqs for sharing... great trip..!!!
bgus btul nota..xlupa bwk, agaknya kalau sy ke sana..mmg igt bercuti abis la
assalamualaikum..wahhh bestnya dapat blajar kat tempat lain pastu dapat jalan2 lagi..sume pic cantik2..mengagum kan
en.hafiz ni makin lama makin gelah aje saya tengok..ni mesti kes banyak sangat berjalan2 ni..hehehe.. sila belajar dengan rajin yea!
en.hafiz ni makin lama makin gelah aje saya tengok..ni mesti kes banyak sangat berjalan2 ni..hehehe.. sila belajar dengan rajin yea!
memang cantik.....
u janji nk bawak i, sampai hati u eh, hahaha gedik
dulu janji nnak bawak fina sekali . ee, penipuu . ee. :D
perjalanan yang mengasyikkan..senang bisa membaca artikel ini dan melihat foto yang indah :) terimakasih kawan sudah berbagi cerita
bila lh nk jejak kaki kt situ agaknya...penuh dengan kemegahan dunia..tringin nk tgk..
Assalaamu`alaikum warahmatullah
seronok baca catatan kembara dan banyak info terkini.
Insha ALLAH saya akan melawat andalusia dan di jangka berangkat pada 12 atau 15.11 ini . Dari KL Paris air asia dan Paris Seville dengan Easyjet atau Ryan air.
Oleh itu saya ingin bertanya dengan lebih detail lagi :
1. Berapakah harga tiket masuk ke Al Hamra dan Masjid Qurtubah (Cordova) ?
2. Tolong cadangkan hostel yang dekat dengan area Alhamra di Gharnatah (granada) dan Masjid Qurtubah di Quttubah (cordova).
3. Saya belum beli tiket easyjet dan Ryan airv lagi kerana takut tersilap isi di ruang nama.
Kalau nama saya Mohd Aiman Bin Mohd
Ali. Bagaimana saya nak tulis di ruangan : first name dan last name atau ada satu airlines lagi ; first name dan family name. Saya tak pernah beli tiket online tapi saya minat travel dan telah travel ke banyak negara Arab serta pergi umrah (bawa jamaah) setiap tahun sejak 1994 lagi, juga dah sampai ke Baitul Maqdis dan Turki.
Oh ya. saya juga akan melawat Moroko. Lawatan saya kali ini hanya seorang, seorang kawan lagi tak beri kata putus sedangkan dalam sehari dua lagi saya akan beli semua tiket.
Ini sahaja yang saya nak tanya dan saya ucapkan berbanyak terima kasih diatas info yang akan diberi nanti samada disini atau e mail saya: naasiha@yahoo.com
Saya juga mungkin melawat london dalam kembara saya nanti, insha ALLAH.
Sekian wassalaam. semoga ibadah kita di `idil adha diterima ALLLAh. Aamin.
Post a Comment