Malaysian memang suka Paris. Tapi sepanjang tiga tahun aku
di London, hanya dua kali sahaja aku menjejakkan kaki di sana. Bagi aku, Paris sebijik
seperti London – bangunan, architecture, permandangan dan juga attractionnya.
Namun bagi cukupkan syarat sebagai seorang Londoner, aku dan kengkawan aku
membuat keputusan untuk travel ke Paris lebih kurang tiga bulan sebelum
kitorang balik ke Malaysia. Jam 5 pagi 4 April 2012, kami berempat
berangkat ke Paris menaiki Train Eurostar. Asalnya kitorang plan nak bermalam
di Paris tapi akhirnya decide untuk sekadar day trip travel sahaja. Yeehaaa!!
(^_^)/
 |
| >Gambar intro bersama Eiffel Tower< |
 |
| >Inilah dia Sacré-Coeur : sampai terus bergambar< |
 |
| >Cuba teka nama bangunan nie apa?< |
 |
| >Inilah pemandangan pagi Paris dari Sacré-Coeur< |
Kitorang sampai di Paris dalam pukul 8 pagi dan berbekalkan
Paris Map yang diberi oleh Eurostar, kitorang menuju ke attraction yang pertama
yakni Sacré-Coeur. Sacré-Coeur nie terletak tak jauh dari stesen keretapi tapi
yang tak bestnya adalah bangunan nie terletak di atas bukit. Selamatlah waktu
tu musim bunga, so tak berpeluh sangat panjat bukit. Memandangkan masa yang
agak suntuk, maka kitorang just snap-snap gambar dan terus bergerak ke
attractions yang lain – tak sempat nak baca-baca pasal Sacré-Coeur nie. On the
way turun dari bukit, kitorang disapa oleh beberapa orang Parsi tapi dapat
jugak kitorang lepaskan diri. Wakakakaa!!
Selepas settle dengan Sacré-Coeur, kitorang berjalan menuju
ke Louvre Museum dan dalam setengah jam kitorang sampai di kawasan The Louvre. Memandangkan
ramai sangat yang beratur untuk masuk ke Louvre Museum, kitorang decide untuk
bergambar di luar Louvre Pyramid sahaja. Oh ya, lukisan Monalisa disimpan di
dalam Louvre Museum – sebab tu ramai yang datang melawat. Selepas berhenti
makan di Subway, kitorang meneruskan perjalanan berjalan kaki ke attraction
yang berikutnya yakni Notre Dame Cathedral.
 |
| >Raksasa mengganas memijak Louvre Pyramid< |
 |
| >Beberapa kali kitorang sesat sebab berjalan kaki< |
 |
| >Inilah dia ahli rombongan berempat ke Paris< |
 |
| >Tadaaa! Nampak tak Longchamp? Long!< |
Notre Damn Cathedral merupakan sebuah gereja yang terletak
di tengah Bandar Paris. Namun seni binanya adalah lebih kurang sama dengan
gereja-gereja lain di sekitar Eropah yang pernah kitorang lawati. Selepas
bergambar sekadar cukup di Notre Dame Cathedral dan area taman bunga di
sekitarnya, kitorang segera bergerak ke Eiffel Tower yang terletak betul-betul
di hujung dunia Paris sebelah lagi. Lagipun memang plan kitorang untuk spend
lebih banyak masa di area Eiffel Tower. Memandangkan waktu tu hujan dan siang,
kitorang agak kecewa bila sampai di Eiffel Tower sebab menara yang gah nie nampak
seperti besi buruk sahaja. Kalau malam lainlah sebab ada lampu bagai tapi siang
nampak agak kurang menarik. Tapi gambar still snap. LOL XD
Memandangkan cuaca yang agak kurang baik, maka pelancong
tidak dibenarkan untuk naik ke Eiffel Tower tapi bagi kami berempat, dapat
melihat Eiffel Tower dari jarak dekat sudah mengcukupi. Selepas penat bergambar
sakan di Eiffel Tower, kitorang terus berjalan ke Arc de Triomphe yang terletak
tidak jauh dari Eiffel Tower. Ketika di Arc de Triomphe, sempatlah juga aku
merasa croissant chocolate asli daripada Paris. Memang sedap, memang gebu –
amat berbeza dengan yang ada di London.
 |
| >Pernahlah jugak guna gambar nie as DP Facebook< |
 |
| >Arc de Triomphe versi Paris< |
 |
| >Memandangkan spring : so berbunga sikit< |
 |
| >Selfie ketika berada di hadapan Notre Dame Cathedral< |
 |
| >Sempat kitorang snap hasil lukisan pelukis jalanan di Paris< |
Memandangkan agak jauh untuk kitorang berjalan kaki dari Arc
de Triomphe ke Eurostar Train Station, maka kitorang decide untuk menaiki Paris
Metro – sama seperi LRT di Malaysia. Kalau korang nak tahu, Paris nie takdalah
bersih sangat. Once aku masuk ke dalam Paris Metro, terus boleh bau hancing
kencing. Yurkkk! Memandangkan kitorang rushing mengejar train, tak sempat
kitorang nak jejalan lagi jauh. Namun yang penting – Paris sudah ditawan dan
attractions utamanya sudah dicover. Penting tu tau. Settle semua!! XD
*Sedar tak sedar dah nak dekat 5000 orang followers blog nie : dah nak masuk 3 tahun*
[Selamat bercuti dan selamat hari natal diucapkan buat semua : besok kerja balik]
47 comments:
Dekat ke London dengan Paris
Ok..nt nak jugak day trip ke Paris from London! Xpyh susa2 nk crik hotel kt sne plak..balik hari je kan..eurostar smpai mlm ke ape?
bestnya pegi paris,,, saya nak pegi korea tapi xsampai2 lagi huhu
wahh..best nya awk dpt ke paris..btw..done follow awk..
bestnya jalan2 ke paris.. takpe, one day anne mesti sampai sana.. hehehe
tak mampu nak jejak kaki ke sana nie...
Seronoknya.sekarang tengah kumpul duit nak pg europe..harap impian tercapai jugaklah tahun depan ni huhuhu
alaaaa!!! -____- jelesnye!
best ah pergi paris , haha
jeless ni..tak ajak pun..huhu..
^______^
Paris? well bad experience sama banyak dengan sweet memories..huhu
an evening in Paris ....
wah.. lama dah tak singgah sini... huhuhu bestnya pi paris...
syoknye. enth dapat sampai ke sana entah tidak.. wuuu
<-- dlm negara pun belum habis jelajah >_<" hihi
org2 sana mcm mna? ce citer sikit
Seronoknya :(
untungla blh g paris..:)
Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.
wahhh... cukup jeles.. salam kenal, katak melompat di sini.. :)
waw.. macam best jea trip ke Paris. One day, I will :)
uuu..bestnya LHLH....paris tu...
wow!! best!
wah..bertuah dapat pergi ke negara orang kan.. btw yaya dah follow sini ..
best nye!
syoknya dapat pergi paris, lagi syok lelama duk kat sana. bole pusing sana sini tgk tempat org. kita ni tah bila lah nak merasa.. :(
Best nye... PARIS tak sampai ag, tapi PARIT dah laaaa gagagaga
salam tahun baru long...lama tak datang ke sini..
seronoknya baca pengalaman long tu.. teruja la pula nak jejak kaki kat sana...nak tgok lukisan monalisa di louvre museum...
cantiknya lukisan hasil pelukis jalanan tu...
Sangat besttttt~
Berbaloi² wlaupun day trip jerk!
menarik. Teringin pergi sana.
wahh best nya
best sesekali jalan negara orang kan..tq 4 sharing (teringin sgt nak ke Mekah)
bestnya dapat jenjalan ke londoonnnnnnnn.. nk juga!! xD
it's look fun, dpt pergi paris.. anyway, thanks visit my blog.. your shout mix it's to complicated.. ^^ and have a nice day..
best yer...jeles2..hahaha
Bestnya melancong..
Bertuahnya awak, muda2 lagi dah dapat tengok negara orang :-)
Seronoknya bisa tengok negara orang ...
mampir sini yu gan
salam.kunjungan balas dari kami.terima kasih. bagus intipatinya... cantik penampilan. teruskan berblog. terbaeekk lah...!
salam.. bestnya dapat g paris.. :)
btw,gambar gergasi tu smart! :P
Wah bestnya. Jeles nya sbb xpnh smpi huhu
Paris. Antara the top place yang i nak travel. Tak sabar !!
Woahhh!!!seronok nye! Ni yg untung if study/kerja overseas...huhu
bestnye p Paris~ :)
akak dah follow sini...sgt menarik!~ ;)
Bestnya dpt travel ke negara orang. Mesti byk kenangan manis..
untong laa dapat jalan2 ke Paris nun..
Post a Comment