My Followers Who Follow My Blog

Friday, May 28, 2010

Part Dua : You're A Malaysian Who's Been to UK If...

Sebelum aku memulakan bicara aku hari nie untuk sambungan entri semalam, aku nak berkongsi dengan korang semua apa yang aku jumpa hari nie. Selepas aku penat menggeledah serata London untuk mencari apartment dan rumah untuk term depan, aku berjumpa dengan member aku. Dia cerita kat aku pasal ayam panggang ataupun ayam bakar yang dijual di Finsbury Park. Aku pun dengan kadar segera terus ke Finsbury Park dan beli ayam bakar tu. Hazab yang teramat sangat! Hazab giler! Hazab giler!! Inilah first time aku makan ayam panggang di London dan juga di UK sebenarnya. Dahla harganya murah sahaja : yakni GBP 3.50 untuk seekor ayam kecil. Sedap dan hazab!! Korang mesti jeles kan?! ^_^


kehidupan pelajar di luar negara>Aku selalu turun Finsbury Park untuk beli makanan<


kehidupan pelajar di luar negara>Rindunya rasa nak makan sambal belacan : Sini harganya 50 pence<


Memang excited gila aku tengok ayam panggang halal tu tadi. Dahla payah nak jumpa yang halal kan. Murah pulak tu. Ngeh3!! Apa-apapun, aku sudah memulakan edisi pertama pengemasan bilik dan barang. Apa-apapun, penat betul aku rasa hari ini. Sejak duduk di London nie, memang kurang bersukan kan. Jadi, stamina dan daya tahan kardiovaskular pun dah merudum. Balik Malaysia nanti, kena kasi sukan dan exercise lagi. Alright!! Cukup pasal sedikit update life aku. Kita sambung entri semalam. Jom scroll down~!!

You’re A Malaysian Who’s Been to UK If…..

10. You made more Malaysian friends in the UK than British friends : Kalau di sini, memang aku berkawan dengan lagi ramai Malaysian berbanding dengan UK friends. Bukannya tak berkawan langsung tapi lagi selesa dalam komuniti sendiri : tak kisahlah anda melayu, cina ataupun india. Kalau nak berkawan rapat dengan orang-orang sini, kita seolah-olah kena menjadi seperti mereka yakni ikuti kehidupan mereka : macam aku pernah bagitahu dulu-dulu.

11. You shed a tear when youtubing over streamyx : Ini dikongsikan oleh student Malaysian yang belajar di UK yang sudah kembali ke Malaysia. Korang cakap Streamyx laju dan memang terbaik kan?! Tapi berdasarkan ulasan member nie, nampaknya internet di UK jauh lagi laju berbanding di Malaysia. Aku harapkan, by tiga dan empat tahun lagi, part internet Malaysia akan berkembang dengan majunya ^_^


kehidupan pelajar di luar negara>Inilah chef celebriti di UK : Nama dia Gordon Ramsay<


kehidupan pelajar di luar negara>Mahunya Chef Wan jadi macam Gordon Ramsay kan?!<


12. You wished there was Amazon.com.my and that easy online was just as easy and safe back home : Aku sendiri akui bahawa aku menghabiskan banyak gila duit di Amazon.co.uk. Hampir semua barang-barang keperluan aku dapatkan di sana. Tak perlu susah-susah pergi keluar shopping dan kadang kala, harganya lagi murah dari shopping complex di luar. Kalau Malaysia ada perkhidmatan dan servis sebegini, senang urusan dan kerja aku. Hidup pun makin senang-menang!!

13. You actually queue : ini berlaku kepada diri aku sendiri tanpa aku langsung sedari. Sebelum nie agak jarang untuk aku beratur sebab aku malas beratur. Kalau macam nampak ramai orang, aku akan tunggu untuk the next trip. Tapi kalau di London, aku still rasa nak beratur sebab setiap detik masa amat bermakna. Lagipun, takkanlah aku nak pintas orang di depan aku memandangkan semuanya pakat beratur. Aku pun beratur jugaklah.

14. Genting is too hot for a jacket : Di manakah kawasan yang paling sejuk di Malaysia?! Aku budget-budget Genting lah yerk sebab ramai yang nak rasa cuaca sejuk akan ke sana. Pastu, sampai di sana mesti pakai pakaian yang tebal-tebal gaya overseas tu. Sebenarnya kan, kalau pakai jacket di Genting tu boleh diconsider panas sebenarnya. Kalau dah biasa dengan cuaca di London, suhu di Genting tu macam biasa-biasa sahaja. Ngeh3!!


kehidupan pelajar di luar negara>Aku main salji pakai camnie sahaja : Genting tu cikai jer<


kehidupan pelajar di luar negara>Kalaulah Malaysia ada perkhidmatan Amazon kan best<


kehidupan pelajar di luar negara>Di sinki ada dua tab : Satu panas dan satu sejuk<


15. You wished Chef Wan cursed like Gordon Ramsay. "Now mak cik, pour in the fucking belacan!" : Siapa di sini yang kenal Gordon Ramsay? Rancangan Hell Kitchen?! Okay2!! Gordon Ramsay nie lebih kurang macam Chef Wan lah yakni dikategorikan sebagai chef selebriti. Dia nie dikira memang popular lah. Yang tak bestnya, dia kuat mencarut dan cursing. Mood pun selalu tak menentu. Bayangkan kalau Chef Wan camtu kan?! *muehehehe*

16. You wished they’d just have one tap instead two, so you won’t burn your left hand and freeze your right hand : Di dalam tandas ataupun bilik mandi, mesti ada tab air kan?! Di London ataupun UK, ada dua paip di tab itu. Satu air sejuk yang amat sejuk dan satu pulak air panas yang amat panas. Tujuan diasingkan adalah sebab air sejuk tu boleh diminum terus (macam biasa korang tengok dalam cerita omputeh) tapi air panas pulak tak boleh. Paham murid-murid?!

17. You notice a sudden increase in the number of cards you have in a wallet : Ini pun satu kes utama jugak. Kalau di Malaysia, dalam beg duit aku langsung tiada kad. Hanya ada kad ATM sahaja dua tiga bijik. Tu pun kadang-kadang tak bawak. Tapi di UK, ada banyak kad kena bawak bersama. Kad bank sebijik, Oyster Card untuk travel, Student ID untuk preparation pape, Boots Card dan macam-macam lagilah kad bonus point lain tau. Berat beg duit aku!! -_-"


kehidupan pelajar di luar negara>Streamyx yang paling laju masih boleh diimprove lagi<


kehidupan pelajar di luar negara>Gambar sampingan : Musim winter di Middlesbrough : Jeles tak?!<


Alright! Malam nie aku kongsi lapan lagi pengalaman kehidupan di London ataupun UK nie. Sorrylah yerk memandangkan hari nie aku letih sedikit. Tadi dah satu petang habiskan masa untuk pergi cari rumah. Besok selepas sembahyang jumaat, aku nak sambung pergi cari rumah sewa lagi dengan member-member semua. Sudah hidup kalau still tak jumpa jugak rumah within kitorang punya budget. Korang semua doa-doakanlah yerk. Nanti balik Malaysia, kena cari rumah untuk sewa di Kuala Lumpur pulak. Banyak benda kena settlekan nie. Penat dan nak tidur sudah~!! *p^


*Besok akan berdepan dengan hari yang memenatkan lagi : Kena tidur awal*
[Bilik aku macam reban ayam selepas exam : Siapa nak tolong kemas?!]

27 comments:

et said...

ahahaha.cikai ek genting tu.adei.tpt maksiat mmg hot je.ntah nape masing2 nak pakai sweater bajet sejuk. ^^ *senyum simpul*

et said...

oh.1st! haha.

marina anakcikbob said...

tu yg kat hell's kitchen tu kan? kan?

mizzura said...

tapi dua-dua chef jenis cakap lepas..ramsay tu sgt teruk rasa nak lempang.. chef wan sangat ckp lepas yg kelakar..sebab tu akak-akak makcik-makcik terhibur.. :-)

zai said...

janganla chef wan maki-maki kang famous beliaww dikutuk dikritik rakyat malaysia ahhhaa
budaya kita berbeda

WZulhilmi said...

Teringin jugak nk shopping kt amazon. Tapi tak reti.. Hihiii. Lagi satu jangan lah Chef Wan tu mencarut. habis lari peminat nanti.. Hahaha

Ayako A. said...

Tujuan diasingkan adalah sebab air sejuk tu boleh diminum terus (macam biasa korang tengok dalam cerita omputeh) tapi air sejuk pulak tak boleh. -typing error ke inche long?

Elya Roza said...

kekkasih hati ku gi londonn jugakkk...klo terjumpa diee di sana...tlg jaga kan die bleh??
peace :p

Cheese Monster said...

malaysia ada nasi lemak ayam goreng berempah. urgh! terbaik

Anonymous said...

hahaa... genting cikai je ek..
btul sgt la tu.. bukan la sejuk mane genting too sampai nk pkai baju ala2 obesea.. hak3..
neway, seriously tringen nk makan ayam bakar.. haih

sweetsal said...

ayam panggang mesia lg sedap aish..internet klu laju sgt xlarat nk kejar..klu shopping online je, xdpt la jln2 cuci mata..hehe
..biar byk kad2 tu jgn pakai kad kredit sudah, bkn menyenangkan tp menyusahkan..erk beban hutang.

NUNU EERA said...

nak weh sna jgk la.. bile la dpt g sana..

SufatihaNur said...

satu lagi, bilik air dia jarang ade paip ( x termasuk paip sinki) tp byk tisu..eeiiiyaaakkk...haha..x sesuai ngan i tau...tp bersih mmg tahap hotel ler...

SufatihaNur said...

if compared Australia,Malaysia and UK..Malaysia still the best...

azimask said...

waaa rindunyer.. nak g london gihhh..!!!!!!

Zullism said...

bila nk sampai sn neh....:)

joegrimjow said...

3.50!!!!

ku terpaksa komen part ni
blanje ak weehhhh

Sheherazade said...

akak doakan yg terbaik :)

bilik,erm2 akak surrender hehe

Nur Ardilla Najwa said...

ahahah... Chef Wan lagi bgus dri Gordon Ramsay. =)

jeleznyer dapat main salji... =P
btw ..Genting memang tak best pun! haha

SUHAIDA said...

~ ~ ~jeles ~ ~ ~...nk pi sane jugak...

kak cabai said...

salam long, kak cabai boleh dapat tips berguna dgn karangan long yang panjang tu, sebab 5jun nanti saudara kak cabai nak p london. baguih la juga dok baca entri long ni. thanks. depa berhenti di dubai lapas tu baru p london. kak cabai pun doakan semua selamat pergi dan long selamat pulang ke m'sia. Insya-Allah.

Scha Nazri said...

wah. entry yang sangat bagus. share lah lagi long. at least, sape2 nak g london, ade briefing sket. hehe

Lada Hijau said...

Gordon Ramsay tu, kalau dia dok kat Malaysia, dah lama mulut dia kena lada ngan mak dier kan... ahaha

Eh? Pasal air panas ngan air sejuk tu... okay, mungkin ni soklan bodoh, tapi naper air panas tak boleh minum terus dari paip tu? Habis tu, nak kena panaskan lagi ker air panas tu? Atau kena sejukkan dulu baru minum?

Rina Rossoneri said...

huh,aku rasa kalau aku kena tinggal kat tempat ko tuh, seminggu kot aku tak tido..ko bayangkan aku penah tido satu malam kat genting, aku xley tido..gila sejuk walaupun aku dah pakai 3 lapis baju plus selimut..aku rela duk negara panas dari negara sejuk..hahahah

ibunoor said...

Long,

Good that you've highlighted all these points. Interesting!

Haffiz Al-Banna said...

et:Ltau xper..aku ada gak dengar yang maksiat mmg bnyk kat sana..haha..hot kut..
marina:yerp2..tu yg hell's kitchen tu..ahakz
mizzura:haha..chef wan lebih kepada melatah tetapi ramsay tu lak lebih kepada mencarut..
zai:haha..tau xper..memang budaya kita la
zulhilmi:kalau tak silap aku, amazon tak trimer barang nak antar ke malaysia..
kasih:aah..typing error masa tu..haha..bru jer sedar kut..kui3..:D
elya:hehe..tolong jagakan eh?boleh jer..small thing jer tu..
hBz:haha..cnfirm aku leh makan tu sekarang jugak..cuma kena gie cari ah..
aainaa:haha..ayam bakar best..lebih2 lagi ayam golek ketika musim ramadhan tu..
sweetsal:biler sy dh balik malaysia nie kak, saya sedar yang betapa pentingnya internet..haha
nunu:nie dah masuk blog nie dah leh consider dah sampai london lahkan?ahakz..
infinity:haha..memang banyak tisu sebab diorg guna sapu cmtu jer..kita lebih pentingkan air kan?
mimie:meh dtang meh..meh datang ntuk shopping kt sini..ahakz
zullism:xperlah kalo xder ksmptn pun..smpai blog nie pun dah ckup kut..ahakz
joe:okay..aku belnja tetapi guna duit ko..bereh?
peri:haha..takper kak..dh jumper pun bilik yg sswai..syukur ssngtlah..
ardilla:haha..genting tu tempat untuk judi..maksiat berleluasa..
sue:sampai ke blog nie dah dikira sampai london lah kan..ke cmner?
kak cabai:bagis2..arap2 dpt membantu skdr trmmpu yerk..huk2
syazana:nie briefing ksar jer..bila dah face sndir nnti, ada jugak yang eklam kabut kut..
lada hijau:aku sendiri pun xtau kenapa sbnrnya..dngr cter sbb ada kuman..tp kalo panas, cmner ada kuman kan/.heran tul aku..
rossoneri:haha..aku snggup duduk di dua negara yg aku lh tukar2 cuaca..haha
ibunoor:thanks a lot auntie :D

Amierah Nabillah said...

ya Allah! serious betul!! haha! :DD semua betul!!!

    Related Posts with Thumbnails