Kepala aku agak ngeng sekarang sebab semalam aku tidur lewat sangat. Aku tidur pukul 6.15 pagi dan aku end up bangun pukul 3.30 petang tadi. Aku rasa nie rekod paling lewat sekali aku bangun. Oh ya, aku menerima banyak feedback positif daripada perubahan design di blog nie. Rasa macam terharu dan berbaloi 5 jam aku tu. Pastu, header baru kena tunggu Cik Asliza Ahmad sihat terlebih dahulu sebab dia yang uruskan semua benda bab-bab Adobe dan seni art nie. Aku memang tak reti langsung bab-bab benda-benda camnie. Software Adobe pun tarak ada dalam laptop nie!! *muehehehe*

>Seven-eleven : Tempat orang paling suka pergi lepak<
Selain feedback positif, aku juga menerima feedback yang tak seberapa. Ada yang komen cakap : macam tiada apa-apa perubahan pun pada blog aku nie selepas lima jam duduk renovate. Seriously aku cakap yang aku memang tak pandai langsung bab-bab kod HTML dan so on. Maka, aku kena membuat banyak research aku menerusi internet untuk cara-cara nak tambah gadget-gadget yang bersesuaian seperti Facebook Like, Facebook Share, Feedburner dan banyak lagilah. Sorrylah yerk tapi ini yang terbaik mampu aku buat untuk masa sekarang dan ini sahaja kemampuan aku dalam bab-bab IT nie TT__TT
Alright!! Tolak tepi kisah sedih. Kali nie, aku nak bercerita lebih panjang pasal tajuk entri tu. Untuk pengetahuan semua, sepanjang aku berada di United Kingdom, aku berjumpa dengan pelbagai jenis pengalaman baru. Selain daripada diri aku, orang-orang lain pun ada pengalaman mereka sendiri. Baru-baru ini, satu Facebook Group yang bernama "You’re A Malaysian Who’s Been to UK If…" dicipta untuk membolehkan pelajar-pelajar Malaysia di UK berkongsi pengalaman-pengalaman pelik mereka sebagai citizens di sini. Memang ada banyak betul pengalaman-pengalaman yang berguna, pelik dan yang pernah aku sendiri alami tanpa aku sedari. ^_^
Maka, dengan itu aku meminta kebenaran daripada admin group itu untuk berkongsi dengan korang semua segala macam jenis pengalaman yang telah dikumpulkan di situ. Sebenarnya kan, korang boleh sahaja untuk bukak group tu dan baca sendiri. Tetapi di sini, aku akan kongsikan pengalaman tu dan ceritakan dengan lebih lanjut supaya takdalah korang macam no idea at all kan pasal benda-benda itu. So, jom scrole down bawah~!!
You’re A Malaysian Who’s Been to UK If…..
1. You refer to the ringgit as the pound : Memang ini menjadi satu kebiasaan. Masa mula-mula sampai dahulu, pound dibahasakan sebagai ringgit dan kalau balik Malaysia nanti, mesti akan tersebut perkataan pound masa nak shopping. Ngeh3!!
2. You shop at 7-11 asking for cash back : Di UK, hampir semua benda korang boleh refund untuk dapatkan balik duit. Pakaian tu memang confirmlah boleh refund balik. Tapi makanan pun termasuk jugak tau. Sekiranya kualiti makanan tak sampai ke tahap yang korang nak, korang boleh demand for cash back. Customers diutamakan sepenuhnya.
3. You voted Labour : Sebagaimana yang aku pernah ceritakan, ada tiga parti utama di UK yakni Labour, Conservative dan Liberal Democrat. Labour adalah sepeti BN di Malaysia. So, biasanya students akan undi BN kan. Same aplikasi di sini. Tapi aku undi Liberal Democrat hari itu yerk.
4. You think Top Shop is overrated : Kalau di Malaysia dulu, Top Shop macam benar-benar popular. Macam barang-barang kelas atasan sahaja. Tetapi bila sampai di UK, Top Shop tu macam kedai or shopping complex untuk pakaian seharian dan mungkin dah jadi overrated sangat di Malaysia.
5. Spending RM 400 on a jacket suddenly doesn’t seem expensive : RM 400 adalah lebih kurang bersamaan dengan GBP 80.00 di United Kingdom. Biasanya kalau belanjakan RM 400 tu macam mahal gila di Malaysia just untuk sehelai jacket. Tetapi kalau di UK, GBP 80.00 untuk sehelai jacket boleh diconsider berpatutan.
6. Every day is a battle between "Thank You" and "Cheers" : Untuk pengetahuan member-member semua, ada dua cara or ucapan paling common untuk "Terima Kasih". Dua-duanya ialah yang aku bagitahu tadi. Biasanya aku akan gunakan ucapan "Cheers" sebab lagi pendek dan best. Mungkin akan terbawak-bawak ke Malaysia nanti.
7. You use Singapore and Thailand as a landmark when explaining where Malaysia is : Ini memang pernah terjadi kepada diri aku sendiri. Semasa mula-mula sampai dahulu dan bila aku cakap aku berasal daripada Malaysia, seriously diorang tak tahu di manakah ia. Last-last kena bagitahu bahawa ia berada di tengah-tengah Thailand dan Singapore. Thailand dan Singapore diorang tahu pulak yerk -_-"
8. You wish you could bring the London Tube to UK : Ini memang dah banyak kali aku ceritakan di blog aku pasal betapa effisiennya transport di London nie berbanding di Malaysia. Dah siap ada entri khas dulu. Bila sahaja aku naik London Tube, aku selalu terfikir macam nie : Bestnya kalau ada benda nie di Malaysia. Camnerlah aku di Malaysia nanti yerk naik KTM?!
9. RM45 for a plate of nasi lemak is justified : Berapa harga nasi lemak(sahaja) paling mahal korang pernah jumpa?! RM 5.00?! RM 10.00?! Kitorang pernah jumpa nasi lemak berharga RM 45.00 yang rasa lagi tak best berbanding nasi lemak RM 0.50 di kampung aku di Terengganu. Seriously! Kalau nak makan nasi lemak, RM 45.00 tu dah dikira murah dan berpatutan di UK. *sob*sob*
Alright kengkawan semua, untuk edisi pertama nie, aku kongsikan 9 perkara-perkara ataupun pengalaman-pengalaman yang timbul daripada kami semua : pelajar-pelajar Malaysia yang berada di United Kingdom. Tetapi kenapa sembilan yerk?! Kenapa tak dicukupkan sepuluh terus?! Sebabnya aku suka nombor ganjil. Ngeh3!! Oh ya, blog aku sudah ada ruangan feedburner di bahagian sidebar. Ringankan tulang tangan korang dan jangan lupa subscribe. Free! No Charge! Memang terbaik punya!!
*Besok aku kasi sambungan entri nie : Memang best layan nie tau*
[Memulakan operasi clearing nota-nota dan sebagainya : Maybe buang kut!!]





25 comments:
good info!
best2...
ade kwn gak kat UK...
die kat surrey...
waaa..bagus2..banyak info dapat baca entry ni..walaupun xpenah ke sane kan..dapat jugak rase cket2.hehe
Mahal giler nasi lemak kt UK..tak yah le makan kt sana..klu teringin nk mkn nasi lemak tu buat sendiri Long..lagi sedapppp...hehe
mie dok 3 minggu disana pon rasa apa yg ditulis diatas tuh.... top shop overrated betul kat malaysia.. hehehehe n makan kebab lagik best dari nasi lemak disana... fish chip sikit punyaa... besarrr!!!!
bayang kan masa makan kat embassy.. amik ikan keli sekor.. sambal belacan... pon dekat nak rm40.. huhuhuh
klik sinie jom...
nice sharing long!!!
lagi lagi, we want more we want more!! riott
mahalnye mknanan kt cne..rm20 boleh makan macam2 tu..huhu~
good info! suka sgt bace blog awak
aku pun xreti guna adobe walaupun ada software dalam lappy ni..ye ah,lect aku beriya2 suh letak dalam lappy, last2 dia cuma ajar kecikkan gambar je..adeiiii...
mmg loh thailand,singapore femes.. filipina lagi femes..kalau ak join mana2 forum, mmg dorang je ramai... ak penah gunakan 'lah',budak jepun tu ingat aku singapore...
syukur dapat merasa dok tempat orang...mudah2an anak2ku dapat belajar di sana nanti. Amin...
Anyway, salam perkenalan.
wahh pound!! i got extra euro from my last travel to holland n Paris...tukar ngn pound leh????
best nye bce entry ni..nti ary msk kan msi lemak utk hafiz ek..F.O.C je.lalala
bestnye dpt study ovesea..
hehe.
x bebaloi btul nasi lmak die.
nasi lemak msia agi sdap.
;P
uik..buang nota..
rugi kut..
cepat la hari esok.haha.
sedap je mate memandang tengok blog ni..
mahal betul nasi lemak tu..
masak sendiri je la
me suka baca entry ni :) fakta2 yg me alami sendiri so me really enjoy it!! bab harga nasi lemak tu sgtlah betul even nasi beraini (kat kedai pakistan pun) mahal giller kalau convert to RM :p :p
huhuh
sonok bace!
rase cam ade kat sane lak!
ececeh
hehe
hoho seronok!
nk pergi jugak nih tggu hbs foundie dlu..tsk~
klo dpt..hehe.
salam ziarah bro..duduk tepat org memang kena jimat ye
kebab itu sedap... hehe
betapa bestnya nasi lemak dimalaysia,letak lauk msh bwh RM5
Nasi Lemak memang enak
Hari2 makan tak elok juge
,xper long balik nanti mkn ye
nak komen sikit je..
cash back and refund are two different things...
Refund is when u return the product and u get ur money back..
and cash back (as i understood) is when u pay 4 something by card, let's say the total is 2.34 pounds, u can roudn up the amount charged to your card to 2.40 and the cashier will give u 0.06p in return.
Please someone correct me about the cash back if i'm wrong but yeah, they are different.
cheers. :)
waa..coretan anda mengingatkan tntg percutian sy kt sane..mmg best naik tube underground tu..senang!
dauz:yerker?apa nama dia?mner tau aku kenal ker..
ilham:hehe..aku harap yang blog aku nie berguna untuk korang semua yekr..
sweetsal:nak masak sendiri tu yg problem kak..tiada bahan2..
mimie: tau xper..saya yang duk sini dah nak lebih 9 bulan lagilah kan?
zaizax:uit..jngnlah kasi huru hara blog aku..haha
shukor:kalo kt malaysia, rm20 tu aku dah lepas 3-4 kali mamak dah..haha
sue:trimas yerk..sbb sudi support blog sy yg xsbrapa nie..
rossoneri:yerkeR?hehe..biaserla tu..kt ngn singapore jer yg guina cmtu kan..
ibu:insyAllah..amin..moga goa anda dimakbulkan..
farah:hehe..leh kut..cepat2..meh tukar meh..
arieyko:yerker?pergh..sedap nie kalo ada orang nak tolong masakkan nasi lemak..besar hati ini..
aainaa:tau xper..nasi lemak yg ayah saya masak lagi sedap tau..mehla rasa nanti..
noor afzan:terpaksa buang..sebab nak jimat ruang..
akufobia:haha..kalo leh, aku taknak cepat2..ke2
dayang:xder bahan2 la kakak..payah nak cari..kalo masak pun, tak sedap rasanya..
mama zhafran: tau xper..kalo convert, mmg mhl tulla..kl x, biasa2 jer..
reen:trimas2.truskn membaca yerk..kasi support..haha
amirah:insyAllah..dapatnya..kalo dah dapat result nanti, gtaula yerk..
abu luqman: tau xper..sumber kwangan terhad kan..
syafrizal:kebab itu tidak menyhatkan..haha
peri:cnfirm saya akan pergi makan nasi lemak tu nanti.sedapnya..huk3
tanpa nama:haha..alamak..tersalah tafsir lak..trimas yerk..
cik nana:yerker?best2..tau xper.sng n mudah kan/..
Bagus ni Long sebagai panduan terutmanya kepada akak yang memang tak ada facebook dan insyaAllah tak teringin masuk pun. Jadi bloh Long ni jadi 'guide'.
Post a Comment