My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, May 26, 2010

Coretan Perantau : Sejarah Penciptaan

Penat yang amat sangat aku rasa sekarang!! Aku baru sahaja menghabiskan sesi merenovate blog dan sekarang masa untuk menulis entri baru pulak. Aku menghabiskan dalam 4 hingga 5 jam untuk mengemaskini semula blog aku dan beginilah hasilnya. Segala segmen-segmen di blog aku telah diupdate entrinya termasuklah segmen-segmen yang korang nampak di atas nie. Kasi tukar sedikit sebanyak apa-apa yang perlu. Oh ya, header blog tu digunakan untuk tempoh masa terdekat jer. Ada masa dan peluang, nak tukar balik nanti. Tengoklah macam mana. Huk3!!


sejarah blog popular>Semasa bercuti winter : Aku buat keputusan terbitkan blog nie<


sejarah blog popular>Blog Coretan Perantau : Satu Sejarah Penciptaan<


Sebelum aku mula start merepek lagi jauh, aku dengan bangganya mengumumkan bahawa exam aku telah berakhir dengan tidak jayanya tengahhari tadi (yakni semalam waktu Malaysia.) Exam penamat yakni Statistics memang seperti yang aku jangkakan : payah betul. Menyusahkan kepala pemikiran aku sahaja untuk berfikir dengan lebih panjang. Tapi tak mengapalah, semuanya sudah tamat. Result akan keluar dalam bulan Julai nanti dan aku harapkan yang terbaiklah untuk seadanya. Aminn~ Meh pakat doa ramai-ramai ^_^

Oh ya, ramai jugak yang terkejut bila aku cakap blog aku nie baru berusia dalam lingkungan lima bulan lebih. Kenapa yerk?! Aku nie ada gaya-gaya pakcik tua yang sudah start blogging berzaman-zaman lampau dulu ker?! *muehehe* Memandangkan aku baru sahaja renovate blog hari ini, maka aku berbesar hati untuk share dengan korang semua sejarah penubuhan sebuah blog yang bernama Coretan Perantau ini. Sebuah blog yang mengisahkan suka duka hidup di London. Jom kita imbau sejarah~!! *tapi sejarah mengantuk -_-"*


sejarah blog popular>Gambar kasi korang jeles : Di Cambridge semasa ini<


sejarah blog popular>Dulu aku tulis blog untuk aku sorang sahaja baca<


Blog Coretan Perantau nie ditubuhkan pada bulan Januari 2010. Ini merupakan blog kedua aku selepas Blog Long Haffiz. Tapi Blog Long Haffiz tu dah ditutup secara rasminya dalam dua bulan lepas untuk membolehkan aku focus sepenuh perhatian kepada Blog Coretan Perantau nie. Aku mula berblog dengan Blog Long Haffiz itu masa August tahun lepas. Kira menulis blog sempena aku dah ready-ready nak datang UK pada waktu tu. Semasa menjaga blog lama aku tu, aku tak pernah blogwalking (dan aku tak tahu pun kena blogwalking.) Aku juga tak pernah kisah pasal followers, tak pernah kisah pasal komen dan so on. Aku bukak blogger untuk check, aku tulis entri dan aku tutup. Habis cerita!! Wakaka!!

Sehinggalah suatu hari tu, aku pergi melepak di tempat member aku, Qama yakni owner Blog Sakayama. Dia bagitahu aku bahawa member dia yang bernama Amer Said (owner Blog Oh Malaysia!) dah pesat dan maju dengan blog dia. Aku memang kenal Amer dan pernah jumpa dia beberapa kali semasa di Malaysia. Sebabnya dia kawan kepada Qama dan Qama tu pulak kawan aku. Mutual friendlah kiranya. Aku pun ke Blog Oh Malaysia! yang banyak memaparkan isu-isu semasa. Pesat tul blog dia masa itu. Sekembalinya daripada tempat Qama dan berada di London, aku pun terfikir : patutkah aku berblog secara lebih serius?! Cam bestlak! *persoalan timbul*


sejarah blog popular>Lagi gambar daripada Cambridge : Aku tahu yang korang jeles<


sejarah blog popular>Inilah Qama : Mutual friend kepada aku dan Amer<


Pastu, Cik Asliza Ahmad selalu cerita pasal kehebatan Hanis Zalikha (Owner Blog IniBelogSaya) yang mempunya beribu-raban followers dan entri-entri dia yang best. Aku masa itu macam kisah tak kisah sangat pasal blog. Busy kut! Last-last, awal bulan January aku pun mereka Blog Coretan Perantau ini dengan niat asal untuk dijadikan bahan bacaan up to date untuk palajar-pelajar di UK. Last-last, lain pulak jadinya yakni aku berkongsi kisah aku di London dengan korang semua. Kira okaylah tu kan?!

Bila dah start blog Coretan Perantau nie, maka bermulalah zaman aku mula berblogwalking dan menulis entri dengan penuh siasatan yang mendalam. Mood pun secara automatik jadi serius tapi gila-gila pada masa yang sama. Masa tu, aku masih lagi control dua blog sekaligus. Memandangkan aku dah tak larat nak urus dua blog disebabkan study yang menimpa-nimpa, maka aku pun tutup blog aku yang lama dan import segala entri dari sana ke blog nie. Blogwalking masih aku teruskan dan hampir setiap hari, mesti aku akan jumpa orang-orang baru di alam blogging nie. Best jugaklah sebenarnya!!

Dari berblogging, merebak ke GengBlogger dan seterusnya ke alam Twitter. Kalau dulu, aku langsung tak tahu apakah kegunaan Twitter. Eh kejap, sekarang pun tak tahu jugak. *muehehe* Oh ya, aku ingat lagi semasa aku mula-mula nak berblog dengan serius, Cik Lolly baru mencecah 1000 followers. Aku terus jalan-jalan di blog lagi dan jumpa hardcore-hardcore blog macam Cik Epal, JustKhai dan banyak lagilah. Di GengBlogger dan Twitter, aku jumpa Cikgu Zara, Ariff, Joegrimjow, Cikmin, Sis Dahlia empunya Dahlia’s Journal dan bertimbun-timbun lagilah manusia-manusia blogger lain dan juga korang semua. Aku rasa tanpa blog nie, aku tak ada kesempatan untuk jumpa dengan korang yang merupakan pembaca-pembaca setia.


sejarah blog popular>Just a sharing : Apa LSE students fikir pasal muslim friends?!<


sejarah blog popular>Aku semasa duty menjaga dakwah stall LSE Islamic Society<


Jadi, begitulah kisahnya aku mengenal dunia blog dan mula berblog dengan agak serius (disamping study aku) sejak bulan January lepas. Kepada sesiapa yang masih belum percaya, sila-silakanlah untuk percaya yerk. Kalau korang nak tahukan, Cik Asliza Ahmad tu suka betul membaca blog dan pastu dia pun share dengan aku. Yang tak bestnya, dia puji blog orang lain. Tercabar jap. So, aku pun blog jugaklah. Wakaka!! Apa-apapun, exam aku dah habis sekarang. Jadi, bolehlah aku untuk mula supply entri-entri yang lagi bermutu tinggi berbanding ketika di zaman exam period. Selain itu, aku harapkan juga bantuan korang semua untuk terus-menerus sebarkan dakyah blog Coretan Perantau nie. Trimas kepada semua yang terus memberi sokongan!! I Love You All!! (bebellah awek aku nanti)


*So, per pendapat korang selepas aku 5 jam renovate blog?!*
[Mahu tidur tapi lapar : Besok nak makan banyak-banyak : Dah ada Feedburner!!]

31 comments:

sarah shafie said...

5 jam??lamanya..

En iLHAM said...

baru saja sampai cni hari ni..bagus2.suke baca entry kamu.keep it up.salam perkenalan

KERAK NASI said...

best la tgok whiteboard psl muslim tu..

adam said...

klu jumpa Lampard kim salam kat dia. pesan dia singgah blog aku skali ek :)

Anonymous said...

dahsat la dik..ingat dah 5 tawun berbelog..

stay success k..

dya adriza said...

Wah!! Terbaik punya entry~

Suka bc entry kali nih~ suka duka berblogging sebenarnya haha n_n

Ann said...

suka gmbr whiteboard tu..kagum ar :P

Chik chuMeLL said...

wohoo...chik doakan semoga result exam meletupzz..gebaburr..!!!hehe..
makan mmg bleh hilangkan stress..

Sheherazade said...

lebih terang :),jelas ceria :)

akuvision said...

Inilah sejarah penceritaan blog perantau, nice template la skang

Rina Rossoneri said...

aku suka ah yang 'apa lse students fikir pasal muslim friends' tuh.. aku suka jawapan 'misteri' hehehehehe bergembira sakanlah ko skrg dah abes exam...hohohooo.. hmm knp aku rasa blog ko lagi laju loading, atau intenet aku laju hari nih..heheheh

Yuni Aisyah said...

cerita yg menarik keseluruhannya...=)
lme x singgah sini..huhu..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

kenapa nama aku hanya itu je?
nama amer banyak kali?
hahaha~

apa pun, gembira kenal kamu walaupun di dalam blog~
dan kamu antara sebab kenapa aku set waktu jam London~ senang nak ajak menggila kat Twitter!

Hoyeah!

Syafrizal said...

blog ok la.. tapi header besar sgt
anyway, tahniah sebab dapat abiskan exam
semoga berjaya hehe

Young Millionaire Cik Mariah Sazali, said...

wow..nice blog da...suke2..tp ary xpndai nk wt headerc=((
btw ary mmg jealous ngn kamoo sb pndai then study kt sne..huhu

khairul farhan said...

perh..cambridge bookstore..

kama abdullah said...

untuk makluman semua, amir said dgn long haffiz sekampung, so dorg memangla related..hehehe

joegrimjow said...

hehe
lupe nak share pasal renovate blog ni
(pengalaman renovate 4 kali dah)

perkara pertama kena buat
siapkan header
hoho

lepas tu baru pk tamplate semua tu
widget semua tu

sebab klu org nak make up
make up muka dulu
baru taruk inai, pakai gelang kaki
hehe

keep blogging bro
kat uk xramai yg blog serius ni
teruskan hasil entry berkualiti
;)

joegrimjow said...

saje nak ckap header ko xlawa
kekeke


cet, aku pon xde header gak
hahaha

Legasi Piston Pecah said...

berbaloi lah 5 jam itu

cik affy said...

layout takde ke ? haha ~
btw exam dah habes ? bestnyaaa ~
kat sini ta habes lagyyyy T_T
books ! books ! books ! :DD

Mis Erika said...

wah2..bessnyaa dia..huu :)

sweetsal said...

blog Long macam ada magnet laa..mesti nak datang jenguk..klau tak jenguk tak sah..hehe!

windi said...

nampak semakin matang. 5 jam Long memang berbaloi!

faramira said...

berbaloi 5 jam ko tuh!
tp kan..
aku rse x sabar nk tgk header br ko..
ehehehe...

Dakjaat said...

dah lama blogging bukan? bila lagi nak tukar ke wordpress? :) very cheap...

aku agak2 ko dah mula guna dashboard draft ni utk design template ko sebab dah payah sangat nak carik template.. hahaa! :P sakit jiwa nak cari template utk blogspot ni...

rynas said...

semangat baca blog long sebab teruja nak pi London..

Oh Malaysia said...

long, URL blog aku bukan http://www.blogger.com/ohmalaysia.com/...

tapi http://ohmalaysia.com

btw thanks....

Haffiz Al-Banna said...

sarah:nak wat cmner..haha..tak pandai dan tak pro bab2 it nie..
ilham:trimas2..teruskan support yerk..kasi aku smngt skit..
kerak nasi:masa tu aku yang jaga stall tu..haha..dahla winter..
adam:bere2..tp sblum aku kim slm, aku lekuk kepala dia dlu sekali..
makdara:5 taun?haha..xder eh kak..masa tu tak kenal blog poun lagi..
dya:banyak yang duka sebenarnya tapi tu top secret..haha
ann:well..ko kena tngok gak, siapa yang jaga masa tu..
chik:haha..makan boleh menimbulkan stress lain lak nanti..
peri:trimas2..hehe..anggp tu sbgai pujian mlmbung..
akuvision:haha..aku tukar ntuk kasi ngam2 ngan header tu..
rossoneri:aku tukar template semua ntuk kasi laju skit..nampaknya ada kesan eh..
yuni:maner ilang lamer xdtg?boikot blog ker?haha
lord zara:menggila?ko betul tak nie?nak pil?
syafrizal:trimas atas komen tu..tu la..aku rasa macam besr gk..still dlm proses edit..
arieyko:ahakz..sy pun xpndai gk..nie pun awek sy yg tlg buatkan..
farhan:pegi amik gambar jer pun..bukannya pergi beli buku..

Haffiz Al-Banna said...

kama:ko ckp ngn saper?aku ker?
joe:sabarla wei..haha..nanti aku mintak tolong awek aku desgn len..tu jer termampu wat masa sekarang..
piston:nk wt cne..haha..aku tak berapa mahir bab2 it nie..
affy:muehehe.gelakkan dia sebab tak habis exam lagi..jeles lah tu kan?
erika:per yg best ckgu?huk3
sweetsal:sy tau sy ensem kak..tp jngnlah puji lebih2..haha..xder kaitn..
windi:mmg nak kasi matang skit..yer!! berjaya!!
faramira:sabarlah..awek aku tak sihat lagi tu..sabar yerk..
bubu:cheers mate! whenever i have free time, i'm gonna drop at urs..
dakjaat:pasal wordpress, walaupun korang cakap senang, aku ttp rasa benda tu susah..yerp2..aku guna draft pnya template..malas la nk cri template lagi..hehe
rynas:hehe..kasi up lagi semngat tu kan..up2..
ameer:bukan aku yg ubah, blogger yg ubah..tp xper..aku dh kasi tukar

Kak Mahh said...

Akak pun suka baca blog awak.

    Related Posts with Thumbnails