My Followers Who Follow My Blog

Monday, May 24, 2010

Edisi Dua : Beza Belajar di Malaysia dan di UK

Saat aku mula menulis entri nie, jam sudahpun menunjukkan pukul 5.00 pagi. Matahari pun dah cerah kat London nie. Aku masih belum tidur semalaman sebab semangat betul-betul untuk study statistics. Malangnya, satu patah haram pun aku tak faham apa-apa walaupun besok dah nak exam. Tapi tak mengapa, selepas aku bangun tidur nanti, aku akan cuba untuk buat latihan sebanyak mungkin dan hafal semua formula yang perlu. Oh ya, mungkin entri nie akan dipublish selepas aku bangun tidur nanti. Tak laratlah nak publish selepas nie. Buat masa sekarang, karang dulu apa yang patut ^_^/


perbezaan belajar dalam dan luar negara
>Selepas publish entri nie : Aku perlukan tidur<


Sebagimana yang aku janjikan semalam, aku akan sambung pasal entri aku mengenai perbezaan antara study di United Kingdom (luar negara) dengan study di Malysia (dalam negara.) Untuk entri kali nie, aku akan senaraikan empat lagi perbezaan utama antara study di kedua-dua tempat nie. Macam biasa, ini pendapat dan pengalaman peribadi aku. So, sebarang percanggahan maklumat, harap tidak dibahaskan. Selain itu, ada juga yang bertanya : mana lagi bagus antara dalam negara ataupun luar negara?! Itu aku akan jawab di perenggan paling last. Buat masa sekarang, enjoy terlebih dahulu sambungan entri semalam. Ngeh3!!


perbezaan belajar dalam dan luar negara>Di luar negara ada peluang untuk mendengar talk sebegini<


perbezaan belajar dalam dan luar negara>Satu-satunya yang masih dibukak selepas 10.00 am : Bar & Pub<


Kelainan 04. Praktikal dan Aplikasi : Terus terang aku cakap yang system pembelajaran di Malaysia lebih kepada belajar apa yang terkandung di dalam buku teks dan buku rujukan. Selain itu, soalan-soalan exam pun lebih kepada pengisian ilmu dan bukannya aplikasi. Berbeza dengan di luar negara, kebanyakkan exam adalah berdasarkan kepada aplikasi yang dipelajari. Sebagai contoh, aku semasa exam economics hari itu, aku dah hafal semua formula-formula dan info-info penting. Last-last, soalan yang keluar betul-betul aplikasi yang mendalam. Dengan wujudnya aplikasi dalam pembelajaran, pelajar dapat faham dengan lebih mendalam apa yang dipelajari. Aku harap Malaysia dapat tingkatkan lagi aplikasi dalam pelajaran.

Kelainan 05. Budaya dan Masyarakat : Aku rasa sewaktu zaman SPM dahulu, sekiranya kalau ada tajuk karangan pasal beza study di dalam dan luar negara, mesti isu nie menjadi antara point utama. Yup!! Memang betul!! Di luar negara, aku ada peluang untuk berjumpa dengan lebih banyak masyarakat luar berbanding yang aku jumpa semasa di Malaysia. Ingin aku tegaskan di sini bahawa bukan aku cakap tiada student foreigner di universiti-universiti tempatan tetapi adalah lebih ramai kalau di UK nie. Dengan adanya classmate dan coursemate yang berbilang kaum dari serata dunia nie, pelbagai idea yang mungkin tak pernah terlintas di fikiran pun kita akan dapat perolehi dan berdiskusi. Nie memang peluang keemasan untuk students improve diri mereka sendiri. *thumbs up!!*


perbezaan belajar dalam dan luar negara>Pelajaran wajar kurangkan buku & banyakkan aplikasi<


perbezaan belajar dalam dan luar negara>Banyak masa di Malaysia dihabiskan menonton TV<


Kelainan 06. Gangguan dan Hiburan : Orang selalu cakap, kalau study di luar negara (terutamanya UK), kita akan mudah lalai. Sebabnya ada konsert-konsert hiburan, ada match bola dan so on. Itu memang aku setuju dengan fact tu tapi kalau konsert dan match bola pun, itu hanya seminggu sekali (lagipun aku tak pernah pergi.) Berbanding di Malaysia, tiap-tiap hari mesti ada rancangan hiburan di televisyen. Dah habis Mentor, ada rancangan Akademi Fantasia pulak. Dah habis AF, ada rancangan Muzik-Muzik pulak dan berterusan sepanjang minggu. Jadi, plan nak study pun cancel sebab nak menonton rancangan-rancangan ini. Berbeza di UK, aku hanya layan bola sekali seminggu jer dan itu sahajalah hiburan yang aku ada. Selain itu, youtube jer. Tiada televisyen untuk tengok rancangan dan kalau nak streaming internet untuk tengok tv di Malaysia pun, hall aku ada limit internet. Secara tidak langsung, kuranglah gangguan dan hiburan for me untuk study berbanding ketika di Malaysia dahulu. Betul tak aku cakap agak-agak korang?! Ahakz!!

Kelainan 07. Peluang Kerjaya : Selain daripada peluang untuk menempuh pelbagai budaya seperti aku cakap di atas, study di luar negara pun akan ada lebih banyak peluang kerjaya : lebih-lebih lagi kalau korang study di top university. Aku sebagai contoh study di LSE yakni antara top ten social science university di dunia. Banyak company-company besar datang untuk bagi talk kerjaya dan so on. Selain itu, ramai juga pemimpin-pemimpin negara yang tersohor dari seluruh dunia datang untuk bagi ceramah. Inilah peluang untuk aku mewujudkan networking dan pada masa yang sama untuk merancang path kerjaya aku pada masa yang akan datang. Bukannya aku ingin merendahkan status di Malaysia tetapi ternyata di sini, ada lagi banyak peluang untuk aku grab sahaja!!


perbezaan belajar dalam dan luar negara>Ada lebih banyak peluang dan talk kerjaya di luar negara<


perbezaan belajar dalam dan luar negara>Pelbagai bangsa : Pelbagai Budaya : Pelbagai Ilmu<


perbezaan belajar dalam dan luar negara>Mungkin tak berbaloi habiskan limit internet streaming nie<


Jadi, itulah ketujuh-tujuh perbezaan utama antara study di Malaysia dan study di United Kingdom. Lagi sekali aku tegaskan bahawa ini semua adalah pendapat peribadi aku berdasarkan pemerhatian diri aku sendiri dan juga pengalaman yang telah aku tempuhi. Sekiranya ada yang bertanya : mana lagi bagus?! Study di Malaysia ataupun luar negara?! Dan jawapan aku adalah : Terpulang kepada diri sendiri. Sekiranya mental dan fizikal bersedia untuk menempuh dunia baru, aku strongly cadangkan untuk sambung belajar di luar negara. Just pastikan tidak terpesong daripada apa yang kita ingin gapaikan~!!


*Aku ada kurang daripada 24 jam untuk statistics : Tapi kena tidur!!*
[Keletihan yang amat. Di luar dah cerah yang amat walaupun baru 6.00 pagi]

31 comments:

SUHAIDA said...

THANKS BG INFO NI..bg su tu pendapat awak.su respect.

Nurul said...

entah kenapa, saya nak rasa setuju dengan semua tu.. :) awak untung dapat ke luar negara, hah jgn lupa balik berbakti pada rakyat ye along. Basiswa kan? amanah rakyat tu

mrs.JamaL said...

alhamdulillah..bertuah awak...

farahfatihah said...

study jgn x study hehehehe wish u good luck ok..

lina said...

Thanks sharing/giving ur experience! enjoy ur wrote.

Unknown said...

haha.yang kau baca tak masuk sebab tak cukup rehat kot.ngaa.apa la.kau tak rendahkan malaysia tapi kau da buat pun.lalala.ada cadangan untuk diforwarkan kepada KPTM supaya malaysia tak seperti yang kau da kata?lalala.

akuvision said...

rezeki masing - masing, ada yang belajar di luar negara dan di dalam negara. Yang penting niat untuk belajar ada

Shey Lokman™ said...

rs mcm teringin pulak na further studies kat overseas , dpt bnyk exp , mm

Rina Rossoneri said...

xkisahlah di mana jua anda berada, yang penting pandai bawak diri kannn..k lah, statistic no shiken wa, ganbatte!!!

Anonymous said...

bagi saya ... cara belajar tu masing2...cuma yg bezanya samada dia sedar siapa diri dia...dari mane asal usul dia...dan mane hala tuju dia nanti...dan ape dia nak capai suatu hari nanti....

faramira said...

walopon aku x minat lgsg tgk tv..

yp aku stuju yg psl hiburan... kat msia mmg ade seribu satu sebab utk x study! hiburan semua mengikut selera aku!
ini pengakuan mangse karoke.. wayang & etc!

tp pandai2 la kembali ke pangakal jln !tggjwb pelajar mesti la blajar kan!

nk seribu daya x nak seribu dalih kan..lalala

Anonymous said...

aku pernah terbaca kenyataan sorang pelajar nie...kalau dia dibagi peluang untuk ubah sesuatu..dia nak buat apa?

dia cakap..dia nak ubah sistem pendidikan kita yang berteraskan exam semata2...ramai yang mengejar A..

Murni Alfathunnisa said...

totally agree dengan yg last tu...!

Syafrizal said...

saya setuju sebab cara pembelajaran di sana sangat berbeza dan memang menaikkan prestasi seseorang..

Farah Y said...

Salam dari Sheffield. Musim exam sekarang ya? Good luck!

Berto said...

bestnye g oversea..haha, tu la, dulu2 malas lg g kelas..hehe

Dakjaat said...

ko kat U.K rupanya.. best2... :)

aziim said...

erm, btol gak aper yg ko ckp tu, even aku bljr kat ipta kat m'sia skang nie..

actually, it depends laa kat org tu..

perbezaan:
1) yg nie mmg aku sokong arr, bljr kat luar ngara mmg memerlukan tahp berdikari'an yg amt tnggi.. ye laa, sumernyer bgai benda asing bg kter..

2)penggunaan english nie mmg aku stuju arr.. btol laa org ckap, practice makes perfect..

3) yg pasl bantuan nie, sumer u kat slruh dunia cmni kot.. cthnyer (kat uia, promote sikit..hihi), lecturer bkn sumernyer local, even, pngalamn aku stkt nie, blh dikatakan 60% lecturer yg ajar aku foreigners.. so, aper aku nk ckp sebenarnye, kter mmg kena bergantung pd dri sendiri n usaha sndiri.. lain lecturer, lain ragamnyer..

4)msia lebihkan praktikal aku stuju.. tp, ak nmpk gak arr usaha uni tok lebihkan praktikal.. cthnyer, time aku amik subjek accounting kat asasi dulu (kat uia), dia dh ubah course assessment dr quiz kpd kna pegi factory tok buat report (time nie aku pegi kat gardenia-siap dpt roti free lagi.. hihi). N aku harap sumer uni kat m'sia nie dpt berubah laa yer..

5) yg nie totally setuju..
best kowt dpt kenal budaya n tempat baru.. x gitu.. huhu..
kat uia nie ramai gler foreigners.. tp, uni kat m'sia nie dh mula giat tok tngktkn pengambilan students luar ke uni masing2..

6) Hiburan nie, tgk kat pljr tu sendiri.. aku kat sini pun, x der laa plak nk gi konsert n tgk reliti tv n gigih nk sms(afundi) diorang.. hui hui..

7) peluang kerjaya myb terbuka luas tok sesaper yg bljr kat luar ngara.. cuma nk gunakan sebaik mgkin atau x jer.... uit uit..

Tu je laa pandangan aku.. x harus btol n x wajib salah.. tepuk dada tnya iman..
oink oink!!!

5)

chybee said...

kalau kt oversea chybee rasa internet adalah benda plg penting. kalau kt malaysia takde internet leh tgk tv ke, kuar g makan kt mamak ke..kt jerman kedai sume tutup kol 7-8pm. ahad langsung tak bukak. mmg leh mati kebosanan kalau takde internet :D

AngahSayang2314 said...

wah.. apa pun thanks la bagi info tue.. hehehe

azimask said...

best of luck exam okeh

Ann said...

hoho nyesal tol x study lelok masa spm dulu...leh jugak mluaskan pemandangan kn

masa study punyer lah hafal pelbagai formula ngn wat latihan2, tp bila kuar exam...len tol soklannyer....formula pon ntah kemane...moralnyer kene paham formula bukan mhafal..kuarlah plbgai soklan pun, mesti leh phm

Haffiz Al-Banna said...

asam:no problem..semua orang ada pendapat memasing kan..huk
nurul:tidak2..amanah petronas..keh2
mrs jamal:alhamdulillah..kena guna bebek kan..
farah:alamak..malasnya nak study..nanti kut..hehe
lina:trimas for the pujian..rasa macam terharu kejap..huk3
akufobia:aku ter-rendahkan malaysiala wei..kira tak sengaja..tak per..haha
akuvision:yer[2..betul2..semuanya bergantung kepada diri sendiri jugak akhirnya..
shey:yerp..ttpi kkdg experience tu amat berat ntuk diterima..heh
rossoneri:uit..cakap bm la wei..tak pun italy..
hasmadi:yerp2..kena ada goal dan set memasing kan?
faramira:setuju2..oit?mner ko ilg eh?lama tak namapak..
sirmarcello:mngkin ko terbaca komen aku kut..haha..xderla..aku gegurau..tp aku stju ngn dia kalo cmtu..
murni:trimas sbb agree..rasa terharu japo..
syafrizal:berbeza denhgan cara di malaysia yang mngkin mengutamakan A..
FYMSO:hehe..tau xper..msim exm skrg nie..tp ada masa gk ntuk blog jap..
bert:tu la ko..ckgu cakap taknak dengar..hahaha..memen jer yerk
dakjaat:la..ko xtau ker?huk3
aziim:rasa cm besar hati aku sebb ada org ensem setju kan..hahaha
chybee;tau xper..rasa macam takleh nak idup kalo xder internet..bila balik malaysia, kelajuan internet amat drindui..
angah:sesamer..biasa2 sajer..hehe
mimie:doakan result la pulak sekarang nie yerk..
ann:xper..ak paham perasaan ko tu..haha..baru jer alami last week..

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

aiNa setuju...dekat luar negara kita memang independent..100%. Bagi aiNa, belajar ni bergantung pada individu itu sendiri.. belajar mana ade yang senang..yedak..? usaha, tawakal n doa perlu lah seiring...=)

e k i n said...

Info ni sangat best. Trus terang, mmg ada point yg aku setuju sangat2. Bg aku, tahap kerajinan tuh bergantung pada setiap individu, bg aku sistem pelajaran yg berdasarkan buku teks semata-mata tu mungkin sedari maksudkan masa sekolah menengah kot. Masa waktu Uni, buku teks tuh guna dalam 50% je. Lepas tuh bergantung pada course apa yang pelajar itu ambil, contoh kalau dia ambil Law, perlu ke dia ada kemahiran aplikasi? sedangkan dia perlu byk belajar dr buku.

Ada kawan sy dpt 3-4 peluang belajar ke oversea, tp semua ditolak sebab dia percaya sistem pelajaran dimalaysia sudah diiktiraf(bergantung pada course). Lg satu, ramai jugak tk memilih belajar oversea sebab byk riot berlaku sekarang.


Hehe. Ini cuma pendapat peribadi sy. Tiada sebarang pencanggahan, harap diterima la ye. Thanks. Sorry membebel panjang. :p

♥♥ miracle ara ♥♥ said...

untung dapat stdy oversea nh..otak makin berkembang..success slalo=)

NurWahidah Abdullah said...

bestnye..huhu..tp xde peluang...huhu...

Anonymous said...

thanks to this! Grab some for my debate's points :)

ili ajeerah said...

Untung la belajar UK! :)
pergi UK lepas abeh foundation UIA ke?

Wahidah BME said...

Btol3. Setuju ^^ Cuma part hiburan tu, depends on pljr sbnrnya. Kan2. Hiburan jgn terover sgt. Gudluck ye..

Anonymous said...

Minta tolong tumpang ad sebagai UK university agent di bawah ni. Terimakasih

As salam all,

If any of you fellow students wish to further your study in UK please give us call. We are a students recruitment consultancy agency base in Sec.7 Shah Alam(near Jakel textiles). Don't worry our services are FREE. Please like our FB page at https://www.facebook.com/EDMYC.Educ?ref=br_tf

We provide the needs of students on end to end application process such as application submission, academic requirement, English proficiency, scholarship availability, flight arrangement, accommodation etc.

Come talk to us and feel free to contact us via FB, phone or email.
P/S: If you can't visit us , we'll come to you.

Azmi (019-2837018)
EDMYC Education Consultant

    Related Posts with Thumbnails