My Followers Who Follow My Blog

Thursday, April 22, 2010

Resipi : Chef Long Memasak Nasi Goreng London

Testing2!! Anyone?! Poyo la pulak untuk seketika. Kepada semua pembaca blog aku nie yerk, aku ingin memberitahu bahawa ruangan-ruangan tertentu akan di update setiap hari : sekiranya ada soalan baru dan ada sesiapa yang nak exchange link. Jadi, pastikan setiap kali korang datang, singgahlah seketika di dua ruangan tersebut. Harap tidak hanya singgah untuk tulis di shoutmix dan terus pergi tak kembali. Sedih tau!! T__T Oh ya, di atas shoutmix, aku sudahpun meletak satu kotak pesanan yang menunjukkan any pesanan dan update baru daripada aku. Aku harap korang peka lah yerk. InsyAllah~!!


resepi nasi goreng london>Inilah dapur hall aku : Nampak tak periuk nasi mini di bawah tu?!<


resepi nasi goreng london>Sebelum memasak, sediakan bahan-bahan secukupnya<


resepi nasi goreng london>Cara untuk ukur samada air dah cukup lum : Orang rumah aku ajar<


Jom kita masuk topik utama. Sebelum aku fly ke United Kingdom last September, aku memang langsung tak reti nak masak apa-apa. Setakat nak masak nasi putih, masak telur goreng, jerang air dan masak meggi tu memang aku expertlah. Tapi kalau nak masak lauk ataupun yang lagi expert daripada itu, memang aku langsung tak pandailah. Jadi, sementara menunggu untuk fly, aku pun belajar memasak dengan ayah aku. Diulang, dengan ayah aku dan bukannya mak aku yerk!! Ayah aku nie bekas tukang masak askar, jadi dia memang terror bab-bab masak. Aku sempatlah belajar beberapa lauk basic dan juga menggoreng nasi. Kira cukuplah untuk aku survive kan?! ^_^

Namun, ketika aku sampai di London dan aku tengok kitchen hall aku, memang tak boleh untuk digunakan sebagai tempat memasak sebab tak cukup kelengkapan dan memang sempit. Tetapi, dua bulan lepas, aku dan member aku telah menggunakan kitchen tu dengan bijak dan kami pun berjaya memasak nasi goreng. Ini adalah kali pertama dan juga kali terakhir aku masak di hall aku dan ini juga yang akan menjadi tajuk utama aku kali nie. Mari kita bersama-sama memulakan rancangan "Mari memasak Nasi Goreng London bersama Chef Long!!"


resepi nasi goreng london>Bilas dan cuci beras itu bersih-bersih : Tak perlu suci<


resepi nasi goreng london>Inilah hasilnya : Nasi putih yang dah putih<


resepi nasi goreng london
>Tumis ramuan : Perencah Adabi sehingga ada bau sedap<


Langkah Satu : Sediakan bahan-bahan secukupnya. Antara bahan yang kita perlukan adalah seperti di bawah :-
1. Perencah nasi goreng Adabi (paling penting dan utama)
2. Telur
3. Beras
4. Minyak
5. Gula, garam dan anything yang secukup rasa
6. Sos cili, kicap dan sos tomato
7. Tupperware sebagai perhiasan.

Langkah Dua : Selepas sediakan bahan-bahan di atas, kita ambil beras dan cuci beras itu. Cuci secuci-cucinya tapi jangan guna sabun dahla. Selepas itu, budget-budget air yang banyak mana diperlukan untuk masak beras itu. Kalau boleh, ukur dengan menggunakan jari yakni dua "timbulan" di jari itu. Masak nasi dan hidupkan suis periuk nasi.

Langkah Tiga : Tunggu sehingga nasi masak. Dijangkakan nasi akan siap masak dalam masa setengah jam. Ambil nasi yang dah masak itu dan masukkan ke dalam tupperware. Biarkan di tepi untuk seketika. Kita beralih ke dapur sekarang dalam keadaan kuali sudah ready.

Langkah Empat : Hidupkan gas dan letak kuali di atas dapur. Letak minyak dan tunggu sehingga minyak itu panas. Cara untuk uji minyak samada dah panas ataupun belum adalah dengan merenjis sedikit air. Korang jangan pergi ambil satu jug air lak letak dalam kuali. -_-"


resepi nasi goreng london>Sedang menggoreng di dapur hall yang amat kecil<


resepi nasi goreng london>Kekuatan tangan amat penting ketika korang menggaul nasi goreng tu<


resepi nasi goreng london>Kalau dah penat gaul, tukar shift lak. Ini Khalil<


Langkah Lima : Selepas diyakini bahawa minyak sudahpun panas, masukkan perencah nasi goreng Adabi ke dalam kuali. Sekiranya korang berminat nak letak daging ataupun ayam, sila masukkan sebelum perencah memandangkan daging keras dan ambil masa untuk masak. Tumis perencah itu sehingga berbau sedap.

Langkah Enam : Selepas timbul bau sedap itu, masukkan nasi yang kita dah ready awal-awal tadi. Tumis dan goreng sehingga korang berasa puas hati. Sekiranya ingin masukkan sayur, sekarang adalah masa yang paling sesuai memandangkan sayur ini memang lembut dan cepat masak. Goreng dan terus menggoreng.

Langkah Tujuh : Pastikan korang rasa nasi goreng korang itu. Sekiranya kurang rasa, masukkan garam ataupun gula. Kurang pedas, masukkan sos tomato, sos cili dan kicap. Kalau kicap terlebih, masukkan apa sahaja yang boleh digapai di dalam dapur sehingga dapat rasa yang best dan memuaskan hati.

Langkah Lapan : Sebagai langkah terakhir, korang tebuk lubang di tengah-tengah nasi goreng itu. Pecahkan telur dan masukkan telur ke bahagian tengah itu. Sebelum telur itu menjadi telur goreng, korang gaulkan nasi goreng itu bersama-sama telur. Lagi banyak telur, lagi sedap menjadi. Teruskan menggoreng nasi. Lagi lama goreng, lagi sedap nasi itu jadinya.

Langkah Sembilan : Selepas korang dah penat menggoreng nasi, bolehlah untuk dihidangkan. Tutup api gas dan letak nasi itu di dalam tupperware ataupun pinggan. Hidangkan untuk makan bersama-sama dengan serunding ataupun kicap. Nak lagi sedap, boleh makan dengan ayam goreng yang dibeli dari somewhere else.


resepi nasi goreng london>Tebuk lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur<


resepi nasi goreng london>Sebiji beras umpama setitik peluh petani : Banyaknya peluh?!<


resepi nasi goreng london>Selepas siap, hidangkan untuk di makan bersama kengkawan<


Jadi, pembaca-pembaca sekalian, itulah pengalaman pertama dan juga terakhir kami masak di hall kami. Selepas itu, tak masak dah di hall sebab tak selesa dan malas. Aku pun masak nasi putih jer dan just beli ayam goreng dari tempat lain untuk di makan bersama. Kepada pembaca entri perempuan, komen korang amat diperlukan untuk improve masakan aku nie. Apa-apapun, selamat mencuba "Nasi Goreng London!" Ngeh3!! (Cam lawak dan ntah apa-apa entri aku kali nie!!)


*Seriously nasi goreng hari itu agak rasa terbakar dan hangus*
[Alhamdulillah : Kenyangnya makan nasi putih, kicap dan juga ayam goreng tadi]

51 comments:

Atiqah said...

nk lagi sedap tumis bwg dlu..x perlu ltk byk2..bwg tu sbnrnye bg rse manis pd msakan..(yeke??) haha.
nk lg sedap tumis bwg td smpai naik bau pastu msukkan daging ke ayam ke atau kerang, tumis sme2 dgn bwg..perghh terangkat.

sy msk x penah lak pkai perencah..huhu..x reti kot msk nsi goreng pkai perencah sbb sllunya guna raw material mcm bwg, cili kering yg dh diblend, skt sos tiram, sos cili/tomato dan kicap.

sy x suka msakn sy nmpk hitam so sy akn letak kicap dlm kuantiti yg skt je..slbhnye merah adalah hsl dr cili kering tu td..mmg agk pedas la..so ltk la ala kadar dan tmbh kn byk sayur serta bwg utk meneutralkn rse pedas tu (erk teori pe ni)hehe..ni je la kot tips sy msk ns goreng..sy x bape mkn ns goreng kdai sbb dorg suka ltk ajinomoto..penin kepala mkn..haha

Good Job..nasi goreng london..hehe

Anonymous said...

err kt london pn ade nsi grg adabi?

abangfaizul said...

sedap gak nampak... kitorang wat spaghetti itu ari. tapi makan ngan kuah nasik dagang. kelas tak... duk KL je. tapi rindu masakan mak...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

nak lagi sedap, nasi putih tu biar nasi yg dah semalaman,goreng sampai asap2 dah keluar dr celah2 nasi tu or erti kata lain biar nasi tu betul2 garing...just my 2 cents.

elwenes said...

wah! bestnya kalau pandai memasak..wanes nak rasa juga nasi goreng tu kalau dpt. heeee

Hamizah said...

hubby akak pon kalau dia masak nasi goreng gni la caranya.mesti pki perencah adabi..yg makan dia sorg je la..hehehe.akak xboleh nak telan..

Nurul Ayu said...

sempit yang amat dapur pon memang xde mood la nk masak tapi at least ada inisiatif nak masak...

kitorang kat sini masak kat bilik je..guna prencah gak tapi ada taruk bawang sikit..sedap2..hehe

oya said...

bagus pandai masaknya..

RerameUngu said...

waaa..mcm sedap jek nmpak..

tapi kite tak suka nk msk guna perencah tu..lagi suka guna bhn asli..hehehe...

sbb pernah msk guna perencah adabi tu nci goreng jadi tak sedap..hangus n terbakar jek rasa..

maybe perencah tu tak perlu nk ditumis lama22 kot..hehehe

neway, good job..heee

yAtiE said...

semoga bertabah d sana
hehe

F. A said...

duduk kat negara sendiri rs2 x pernah masak2 cenggini an...
tp bila dah di ngr org...mmg kena memasak...kalau x mo kebulur an...
papepun...good job....

kakngah said...

ns goreng ko xder sayo
tak cukup zat!

Anonymous said...

wah...pndai masak upenye....


bagus2...xpe leh baiki lagi skill masakan anda....

salam perantau dari ku

Merah Baldu said...

bagus2..ade usaha tuk msk sndri..tp sempit gle dapur nye..trs hilang mood nk msk

Amira is mira said...

tetibe terinagt penah aja boy saya mask nasi grg..die same mcm awk..sggup tpon nak belaja masak

Unknown said...

haha...1st time masak?gud job!
aku pun blaja masak after dah fly~
eventho mkanan kt indon lbh krg mesia, tp still nak msakan mesia..wuuwuwuwuu~~

ouh btw, da brape lama duk london ni?

Azrul Hisham said...

hehe..lelaki kena pandai masak...senang skit nanti masa kawin tolong bini kat dapur..

farahfatihah said...

wahhhh byknye perencah???!! hahahah mesti ada menda lain yg dibawk dari msia kan?

Fia Abas said...

alah siannya hehe meh fia ajar masak..konpom xpyh pkai perencah dh, sume bahan segar n asli hehehe

*msk xsusah, kena rajin praktis =)

Chik chuMeLL said...

tahniah bro,nmpk sedap...mau resepi nasi ayam dr chik??hehee

Anonymous said...

wah..dah pandai masak..
bgus2..
buleh tlg bini nanti..

=)

nuriz said...

sdapnya nampak nci goreng adabi hehe...pasni leh buat makaroni goreng ke ganti me goreng mamak :)

Nur S. said...

uish, bape byk stok perencah dibawak tuh?
tp smenanye kn, xyah pakai perenacah la best. hehe. dulu xreti gak masak. pastu member2 ramai y reti (at least buat n.goreng. malu siot. sohla mak aja. haha. ni resipi nasi goreng pertama yg penah wat dulu. saje nk share n memanjangkan komen2 kat sini. =p

bahan2: nasi putih, bawang putih, minyak, serai, cili api, sos tiram, black pepper.

1.serai tu hiris nipis2. cili api tuh tumbuk. kalo malas, hiris je halus2.

2. campak 1 ulas bwg putih dlm minyak bila da panas. pastu masukkn skali serai n cili api y da hiris2 tuh.

3. letak sos tiram

4. campak nasik putih.

5. kacau2 la nasi tu bagi sebati. pastu ltk black pepper scukup rasa. kalo agk2 xcukup masin ltk la garam tp sos tiram pon da bg masin dah.

siap! slamat mencuba. hehe =p

Cik Nad said...

long..
anta cni sket..
nak raseeee
hehehe =)

ferienza hezra fara said...

membaca entri ni sewaktu lapar
memang sangat memberi kesan.

TAHNIAH.

:P

faINa989 said...

ehem, muka cam br bangun tidoq ja masa wat nasi gorengtu...kantoi..=p

rainbowcloudy said...

semat je wana nasi goreng tu haha..!

guna nasi putih yg semalam lebih ump kalu nak goreng nasi, jgn nasi yg basi plak, nnt perut yg umph!..

kalu ada ikan goreng yang lebih2 semalam, gaulkan sekali ngn nasi putih tu ..pergh terangkat sbb rasa ikan manis lemak!

step cikLONg buat tu dh betol cuma buleh tambah bahan2 lain.
guna bhn asli sedap ckt. tmbah sayur kacang, carot pun buleh.
nak kasi pedas saya letak perencah gulai.. wangi.. then letak sos, sos xleh byk nnt nasi melekit2..

ni resepi versi rainbow haha...~

masak ni satu seni jugak. xder salah xder betl.cuma perlu kreatif je. ada basic dan taruk je apa2 bhn pun lam kuali, menjadk punyer!!

Cemara said...

untuk orang macam aku yang tak experts masak. malulah nak bagi tau macam mana nak masak tetapi boleh juga sebagai satu perkongsian ilmu kungfu masak tahap 3.
Memasak nasi goreng ni aku pun tak reti tetapi aku telah belajar dengan ilmu tahap 3 lah... belum lagi tahap gaban... ngeh..ngeh..ngeh... lawak mesti buat kalau tak, tak seronok. mudah saja apa yang tak pernah aku tahu masak nasi goreng ini. rahsianya :
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi segenggam (bagi yang suka pedas giler), lada besar merah, sedikit belacan dan garam.
Ingat tumbuk tau bukan kisar.
2 Nasi putih
3.sayur sawi di potong halus atau terung. (yang mana disukai)
Cara-cara memasak nasi goreng ala cermin :
1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau (agak-agak minyak dengan jumlah nasi yerk!)
2. masukkan sayur,
3. pecahkan telur (kalau suka)
4. gaul rata; kecilkan api dapur. kalau tak nanti bahan tumis hangus jadinya. :)
5. akhir sekali masukkan nasi.
6. Gaul sebati dengan bahan tumis dan rasa dah sebati bolehlah angkat dan makan... itu saja...
simple kan.. tapi penerangannya punya panjang.
dulu aku pun mula2 masak susah nak ikut cara-cara dan bahan2nya tetapi apabila setiap pagi aku masak macam lebih expert pulak... ngeh...ngeh..ngeh.. perasan sendiri.

apapun selamat mencuba!...

Aku said...

Tahniah....
Berjaya gak masak~

Zasillah Ariffin said...

dapat masak sekali jer .....
sedeyy2

Ayako A. said...

mak aih, rasa macam dah masuk blog masakan pulak.. hehe.. nasi goreng tu banyak kicap la bro.. lau bleh kurangkan la. masak pakai perencah kekadang tak sedap.. lau guna bahan2 segar tak pe..tak pakai perencah pon terangkat..hihi

Hot Mama said...

hehehe nak nasi goreng paling ringkas ialah

tumis bawang putih dengan minyak masak..tp make sure minyak tu sesuai dgn brp byk nasi..coz nk kasi kuning2 sikit..pastu masukkan garam secukup rasa...agak garing bawang putih tu br masukkan nasi putih..gaul hingga kekuningan...

sedap dimkn dgn keropok goreng atau ikan goreng atau ayam goreng atau apa2 jelah...

ftrhd said...

wah nampak sedap..takde kuali ke??guna periuk nak menggoreng cam terseksa je hehe :)

farida tarmize said...

kalo nak senang,ketuk garlic, nasi goreng tu gaul ngan garam n white pepper sket..pastu gorng garlic smpai naik bau, myk jgn byk2, pastu humban nasi dalm kuali.kacau sket.kalo de kicap taruk la..pastu buat telur goreng mata kerbau.

dah siap..makan dalam kuali pon bleyh..pastikan mak xnmpak..nnt kene lempar dengan periuk

Ren said...

Uik tu tapau untuk bawak g kelas ker tu??? ker korg mmg makan dalam tu? takde pinggan ker?

tehr said...

hahaha...
camana la nasi tu tak rasa terbakar / hangus - langkah ke 9 kamu tu teruk - ada ka patut perlu penat menggoreng baru boleh dihidangkan! - hahaha...

Anonymous said...

tak cukup air tu nasik.. ;p

sedapnye makan kalo org msk..
blk cni jgn lpe anta kt umah ktrg ye..

petimasa said...

tahniah kerana kaum lelaki berjaya menanak nasi yg putih gebu dan digoreng bersama perencah nasi goreng adabi..(i like nasi putih gebu itu..:))

Afizzat said...

pergh terbaek ah weh..kataa laki bujang, nrmal la nasi sedikit hangus..hahaha..tp tiada yg lebih sedap mlainkan msakan sndri..

Haffiz Al-Banna said...

@atiqah:uisyh..nasihat yg pnjg lebar..tp probnya,bhan2 yg wak ckp tu mmg pyh nk cri di london nie.huk3
@nadia:perencah tu bwk siap2 dari Malaysia dah..hehe
@abangfaizul:biasalah tu..time lapar, semua benda sapu kan..haha
@miss mirror:eh..yerker?pelik jer bnyinya tp xper..hehe..sy akn take note..lgi?
@wanes:ahakz..nasi goreng cmtu nk rasa?are u serious mate?
@hamizah:ahakz..kami blh jadi gengn kalo cmtiu..leh kamciong lgi kut..hehe

Haffiz Al-Banna said...

@ayue:xleh msk dlm blik sbb xder dpur..mahunya siren kebakarn brbnyi..kn dh popular tu..hehe
@mahira:pndai masak nasi goreng cmtu jerla..lauk2 semua xpndai n xreti..
@rama2ungu:ahakz..anda yg expert mmgla cmtu..sy yg basic2 nie cmtu jerla retinya..
@yatie:mmg tabah pun nie..ahakz'
@zana:ahakz..dlu prnh gk msk cmnie sebelum fly..masa duk rumh kwn ntuk wt visa..
@kakngah:itu jer yg trmmpu kak..huk2..sdih2..
@pensel:meh la nk join masak sekali gk..huk2..mner tau leh jdi tukg masak sy..
@merah:tau xper.masuk 2 org sajer trus jdi smpit dah kalo nk tahu..
@amira:ahakz..kami glongn laki bujg dan jauh mmg sllu cmtulh jadinya..
@aisyah:hehe..bru jer lagi..bru tahun pertama..sjk sept lepas..awl lgi kan?

Haffiz Al-Banna said...

@azrul:uisyh..org yg dh bertung bgi nasihat..take note..take note.bek bro.trimas
@farah:ahakz..tau xper..nie mmg bbrg yg bwk dri malaysia pun..semuanya lgkp dri malaysia..
@fia:nk praktisnya tu lah yg xder masa..huk2..busy sngt..jdual penuh jer..
@chik:ahakz..kalu tau resepi pun, xleh nk msk gk sbb xder kspmtn..huk2..sdihnya,,
@mengenaldiri:huk2..lambat lgi kut nk bini tu..sabar2..lgipun si dia mmg terror bab masak nie..
@nuriz:anak masak tu yg xder masa kak..kl ikut hati,mmg tringin nk msk semuanya..eh jap..err...
@pink:eh..kena sos tiram ada gak eh?lkena gie beli lah kalo cmnie gk..ahakz..

Haffiz Al-Banna said...

@cik nad:serius nk rasa?kn pengsan kn xtau..xtnggung..hehe
@hezra:ahakz..adalah itu menunjukkan masakan saya menjadi..ahakz
@fara aina:eh..mner ader,mser tu bru blik dri lecture kot.
@ranbow:mcm colourful jer nasi goreng tu jadinya yerk..hehe..best2!!sy suka cdngn anda tu..
@cermn:uisyh.pnjg lenbar..dah copy paste pun dah nie..hehehe
@daisy:ahakz..trimas2..berjaua ngn gembiranya..kui3
@shiela:biasalah kak..pelajar mner ader masa..gipun,aritu ari rabu..ari ping xder lecture..
@kasih:bnyk kicaola bru best..wakakka
@hot mama:oho..nasi goreng putih eh..huk3
@fitri:ahaha..tu jer yg ada..eh,tu periuk eh?bru tahu..seriously..
@cik:ahakz..xper..mak kn ada kt malaysia..lgipun, yg urus dpur ialah ayah n bukannya mak..
@janggel:xlah..mmg mkn dlm tupperware jerla..mner ader pinggang mangkun..
@tehr:eh?bukan eh?bukan lgi dimasak lagi lama,mkin sdp jadinya..
@macy:eh..satu negeri kita nie upanyer yerk..bru ku sedar,,
@cik kaktus:wakaka..trimas2..sy bukn nk ckp per tp sy mmg expert pun..lalalala
@afizzat:akus etju sepenuh hati aku bro!! setuju!!

Sirap Manis said...

hehe..wah2,ns goreng londen ya? msti terpegun jamie oliver tgk u masak

Sha-na.Szied said...

haih, semua pembca, dok kt negara org nih, yg taktau mask trus jd expert dpt pangkat CHEF!

lg 1, mmg sedih di luar negara, mst wajib lah gune perencah kan kan?? hik3..perencah adabi? maggie?? sume layan~~

rasenye dapat bau2 nih, sedap2..hohoh..

ps: sian nye x de pinggan ker?? gune bekas makanan je letak nasi goreng tuh????~ sila beli pinggan yer..

Unknown said...

alahai...siannyer..x der kuali ke dik...susah nak bagi sebati perencah2 tu kan...comei sgt periuk tue...tp xper la janji sedap di makan...

FA.SA'A said...

haha. jgnlah pnggl nasi greng london! sbb mak aku pun pki perencah yg same! perench adabi! tp mak aku tumis dulu ngan telur br msuk nasik! hahaha. but well korang berjya jugaklah kan...:D

Haffiz Al-Banna said...

@sirap:eh..jeremie oliver tu saper?haha..pyhla kalo cm xkenal org nie..keh
@naiela:errk..tu jer la yg ader..tu[erware tu la pinggangnya..okay per..ahakz
@ismaliana:haha..masak nasi goreng guna periuk..keh..
@laut:ahakz..bezanya aku masak di London..sbb tu dpt nama nasi goreng london tu..

Mamaafzal said...

akak tengok gambar menumis paste adabi tu pun dah tau long dah hangitkan tumis tu....tumisan tu dah masak la long, tak payah kacau lama2, asal dia panas je, letak nasik.apa2 pun akak penah rasa life mcm ni, masa tu, hangit ke, tak masak ke semuanye sodap....tapi tu kenangan yg akan kita paling ingat bila kita dh keje n senang sok...:o)

Nora Karim said...
This comment has been removed by the author.
Nora Karim said...

OK akak nak bagi tips kalau nak masak nasi goreng guna perencah adabi tu... biasanya sepeket perencah adabi tu untuk 1 pot 1/2 beras... baru sedap...

1. mmg akan lagi sedap kalau tumiskan bawang putih (seulas) dan bawang merah (dalam 3 biji)

2. bila bau bawang dah naik... masukkan perencah adabi tu... but make sure masak sekejap je (dlm 2 minit) sebab perencah tu dah dihalf cook... so, tak boleh masak lama nanti hangit..

3. terus masuk ayam cincang ke, daging cincang ke... then masukkan telur. (kalau masukkan telur selepas nasi, takut ada cairan telur yg tak masak.. so masukkan telur dulu...)

4. kalau nak masukkan carrot ke, kobis ke.. waktu ni ok la... (masuk sayur kemudian sebab dia cepat masak/layu..)

5. akhir sekali, baru masukkan nasi putih... kacau sampai rata... (kalau nak masukkan kicap, masukkan waktu ni... hehehe kacau2 lagi... smpi sebati...)

WALLA dah siap!! ;-)

btw, jangan la pakai periuk.... pakai kuali... ke tak de kuali??? hm... kesian... huhuhu

    Related Posts with Thumbnails