Semalam aku sempat untuk pergi survey broadband sekejap. Memandangkan aku hanya ingin gunakan broadband selama 3 hingga 4 bulan, maka option terbaik yang tidak merugikan perlu dicari. Untuk Maxis, aku akan burn duit kalau guna less daripada 5 bulan. Kalau Celcom, aku kena pulangkan modem kalau guna kurang daripada setahun. So, aku plan nak dapatkan modem CSL dan guna link Celcom kut. Dalam next week mungkin akan aku finalize. Papepon, aku ingin dapatkan pandangan korang mengenai keputusan nie. Lagipun, korang lagi expert kan?! Tolong yerk!!
Oh ya, untuk beberapa siri yang akan datang, aku ingin kongsi pemerhatian aku terhadap perubahan yang berlaku di Malaysia. Untuk korang yang berada di Malaysia, sebarang perubahan yang berlaku sepanjang tahun mungkin korang tak sedari sebab semuanya berlaku secara perlahan-lahan dalam kehidupan seharian. Namun, untuk diri aku pula,last time aku berada di Malaysia adalah bulan September tahun lepas dan selepas hampir 9 bulan di UK, aku dapat melihat perbezaan yang telah berlaku di Malaysia. Jadi, inilah akanku kongsikan. Ngeh2!! ^_^
Semalam aku sempat untuk pergi survey broadband sekejap. Memandangkan aku hanya ingin gunakan broadband selama 3 hingga 4 bulan, maka option terbaik yang tidak merugikan perlu dicari. Untuk Maxis, aku akan burn duit kalau guna less daripada 5 bulan. Kalau Celcom, aku kena pulangkan modem kalau guna kurang daripada setahun. So, aku plan nak dapatkan modem CSL dan guna link Celcom kut. Dalam next week mungkin akan aku finalize. Papepon, aku ingin dapatkan pandangan korang mengenai keputusan nie. Lagipun, korang lagi expert kan?! Tolong yerk!!
Oh ya, untuk beberapa siri yang akan datang, aku ingin kongsi pemerhatian aku terhadap perubahan yang berlaku di Malaysia. Untuk korang yang berada di Malaysia, sebarang perubahan yang berlaku sepanjang tahun mungkin korang tak sedari sebab semuanya berlaku secara perlahan-lahan dalam kehidupan seharian. Namun, untuk diri aku pula,last time aku berada di Malaysia adalah bulan September tahun lepas dan selepas hampir 9 bulan di UK, aku dapat melihat perbezaan yang telah berlaku di Malaysia. Jadi, inilah akanku kongsikan. Ngeh2!! ^_^
Jadi, untuk entri kali nie, aku ingin kongsi dengan korang semua perubahan yang aku nampak terhadap system public transport di Malaysia. Scroll down please~!!
Isu Satu : System Public Transport di Kuala Lumpur
Pendapat Aku : Sebagaimana yang korang semua tahu, sebelum balik ke Terengganu, aku sempat stay di Kuala Lumpur beberapa hari. Jadi, aku ada travel guna public transport. Untuk bas RapidKL, aku rasa takda perubahan sangat. Still mengambil masa yang lama untuk tunggu bas. Selain itu, untuk tren RapidKL, dah ada improvement dan makin laju. Makin cekap dan makin efisien juga pada masa yang sama. Namun begitu, KTM still seperti dulu. Bahkan makin merosot mungkin. Contohnya hari itu, aku nak ambil KTM dari Stesen Kuala Lumpur ke Stesen Petaling. Nak tunggu tren, dah ambil masa dalam sejam dan travel pulak dalam setengah jam. Lama tul kan?! Pengenalan kepada gerabak just untuk girl memang bagus tetapi banyak benda KTM fikirkan!!
Isu Dua : Perkhidmatan Bas Ekspress
Pendapat Aku : Aku sempat turun ke Pudu Raya pada hari Sabtu lepas. Aku tengok Pudu dah tak seaktif dahulu lagi memandangkan dalam proses pembaik pulihan. Namun, warga asing memang ramai dan ini akan aku ceritakan lain kali. Harap-harap Stesen Pudu akan jadi better nanti. Aku ambil bas ke Terengganu daripada Stesen Putra. Semuanya masih seperti dulu. Sesak dengan ramai orang dan agak payah mencari bas yang perlu dinaiki. Namun, system board sudah dipasang untuk menunjukkan bas-bas yang berada di terminal. Bagus juga macam tu. Selain itu, untuk Transnasional, ada boardnya sendiri yang menunjukkan segala bas yang disediakan oleh syarikat nie. Ada improvementlah walaupun amat sedikit. -_-"
Isu Tiga : Lain-lain
Pendapat Aku : Aku masih belum menggunakan bas awam di Terengganu tapi aku rasa macam makin kurang jer frekuensi bas di depan rumah aku nie. Selain itu, teksi-teksi di Kuala Lumpur pun masih banyak seperti biasa tapi rate mungkin menjadi tinggi sekiranya tersekat di dalam traffic jam. Pengenalan RapidPass memang memudahkan urusan seharian dan ini merupakan satu turning point dalam public transport Malaysia. Tapi kisah-kisah seperti kena raba dalam KTM, bersesak-sesak, tolak menolak, kes seluk saku dan lain-lain masih sinonim dengan public transport Malaysia. Aku harapkan akan ada improvement nanti. InsyAllah!!
Jadi itulah sedikit sebanyak perubahan yang aku nampak dalam system public transport di Malaysia. Untuk menjadi masyarakat yang better, public transport memang kena improve. Masa perjalanan akan jadi lebih pendek, kos makin rendah dan ekonomi akan menjadi lebih maju. Orang datang lambat kerja pun dapat dikurangkan. Panjanglah pulak aku membebel kali nie. Kepada member semua, harap-harap dapat share opinion mengenai perenggan pertama tu : pasal modem dan broadband. Memang aku seriously struggle dengan internet sekarang. TT__TT
*World Cup 2010 dah bermula. Bosan tul opening match semalam*
[Sumber internet aku hanya di Public Library. Maaf kepada pembaca semua]




21 comments:
huhu, Pudu raya punya stesen bas tu ntah bila nak siap renovate, naik bas kat bukit jalil environment sangat merimaskan. heh!
world cup tak pernah busan. lama tu ku nanti. 4 thn.!
semalam hangat menunggu train kat kl sentral..pergh delay sampai sejam lebih...berasap jer...
himpit menghimpit dah macam biasa...takat nie tak pernah diraba or meraba...hahaha
jom komen:
Masjid Jamek & Si Budak Setan
aku masih benci naek KTM balik klang.sekian.
~i hate KTM....
~bas awam kat tganu mmg koho kurg pon leni... hu8
kwsn pudu raya memang kwsn dielakkan sekarang..rimas dgn pendtg,xlayak utk membenci mereke,ak pon mahkluk Allah
cuma xsuke kalao mereka buat mcm tmpt sendiri,pernah nmpk mereka acu pisau :O,nsb baik bkn diri ini sasaran.
OPENING mlm td mmg bosan,dan brt sebelah?
malaysia kena pertingkatkan lagi mutusamy, hehehe mutu pengangkutan awam da
saya pun dah lama tak turun kl..hoho hye dah follow dah...follow me back yer...huhu
Takkan ada perubahan dalam sistem pengangkutan awam Malaysia selagi takde cerita'panas'. Kerajaan Malaysia macam biasa la, bila ada isu baru la nak gerak buat pembaharuan. Semua ikut musim aje...
salam....psal broadband tue kan..rsanya better cri agi sebab if pkai celcom mmang kita akan menjadi BERUK sbb nk tunggu line huahaua..sistem pngankutan awam lak..tak brapa nak tau..dah lama tak naik public transport ngeh2..btw wlcme back to malaysia :)
since aku tak stay kl, then jarang2 guna public transport so susah cket nak compare .
kalu nak travel ke KL mmg lisa akn elakkan naik KTM!
tapi lau da terpaksa takpe la..
eyh..wlpn de coach wanita tu, still ada laki pervert yg masuk gak tau! huhu
sal bband tu tk dpt r nk komen, nape long tak try for yg prepaid nye je ?
salam ziarah dari orang kampung..
pasal broad band..orang kg pakai ZTE dan csl sama je..mudah dan boleh pakai 3 syarikat..cel,mex dan digi pilih je... kita pakai celcom la..sbb muslim kan
aku rela g keje naik putra LRT,tapi xsanggup aku nak naik komuter..kesian woo sape2 yang guna komuter ulang alik g keje..kalau balik keje ok lagi..ini nak pegi keje..
sebab aku bukan pengguna semua jadah ni so aku xtau la keadaan dia camne..
hahha... gi KL da mcm gi luar negeri weh... warga asing aje yg memenuhi ruang legar ;)
lama dh x naek bus. hehe..
waa da blk malaysia ke...huhuhu...
ada lagi satu long..
jalan makin jem..
kete makin byk kat jalan.
say rasai ni.=)
dulu masa aku kerja kl sentral.tiap2 hari waktu pagi dalam pukul 7-9
asik2 ade train delay..kesian sapa yg pergi keja dgn ktm
*pada mereka yang kerja ktm, jgn terasa pulak.*
Salam Long,
Long akak bukan nak share apa2 pengalaman dan input kali ni tp cuba Long tengok balik entry ni...ada 2 perenggan yang redundant perenggan satu berulang semula di perenggan tiga dan perenggan kedua diulang semula dan sama dengan perenggan yang ke-4. Harap Long boleh edit semula. Ini hanya cadangan...
org terengganu rupenya. samala kita...pasal transport bas awam kat terengganu, rasanya dalam negeri2 kat malaysia ni, terengganu la paling mundur. susahnya nak bergerak bila bas tak ikut jadual and laluan yang betul. ingat semua orang terengganu kaya2 kot. boleh beli cash moto ngan keta sebijik suka2 ati.
Post a Comment