My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, June 09, 2010

Ciri-Ciri Pramugari Mengikut Kehendak Aku

Seperti mana yang aku bagitahu semalam, flight aku adalah selama 17 jam daripada United Kingdom ke Malaysia. 7 jam adalah dari UK ke Abu Dhabi dan lagi 7 jam untuk flight dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur. Manakala transit di Abu Dhabi selama 2 jam. Lagi sejam untuk urusan imigresen dan check-in. Memang memenatkan : lebih-lebih lagi setelah tiba di Abu Dhabi pada waktu tengah malam yakni 12.00 am. Alhamdulillah sebab semuanya berjalan dengan lancar walaupun barang check-in lebih melampau-lampau daripada yang dibenarkan. Ini merupakan kali pertama aku dan Zaki menggunakan Etihad Airways dan memang terbukti perkhidmatan mereka amat memuaskan hati. *thumbs up!!*


pramugari idaman hati>Syarat utama seorang pramugari adalah ketinggian<


Bersempena dengan edisi naik flight punya entri kali nie, aku ingin berkongsi dengan korang semua pasal kisah santai. Pasal anything sahaja yang terlintas dalam fikiran aku semasa dalam flight. Apa yang aku dapati ketika itu, untuk menjadi seorang pramugari ataupun pramugara yang berjaya, paras rupa yang cun ataupun hensem tidaklah menjadi perkara penting. Ada banyak lagi ciri-ciri penting yang perlu dikuasai oleh seorang pramugara dan pramugari yang berjaya. Dan inilah pendapat yang akan aku kongsikan untuk entri kali nie. Jom layan~!!

Ciri Satu : Kuat Tenaga Badan & Tinggi
Penerangan : Kekadang ada penumpang yang bawa muatan berlebihan untuk hand luggage. Eh jap, termasuk aku jugaklah. Kui3!! Bebarang hand luggage biasanya akan diletakkan di tempat yang disediakan di atas kepala penumpang (cam naik baslah) Biasanya pramugari yang kena tolong angkat beg-beg tu. Ada yang berat sangat dan agak terkejut jugak aku bila tengok diorang mampu angkat. Tempat letak barang tu jugak agak tinggi. Jadi mereka perlu cuba untuk meninggikan diri sendiri sekadar termampu. Memang kena kuatlah!! Badan pun kena tinggi. Patutlah ada limit menimun ketinggian untuk jadi pramugari.


pramugari idaman hati>Pakaian rasmi pramugari Etihad Airways<


pramugari idaman hati>Di dalam Etihad Airways : Cilok Google jer nie<


Ciri Dua : Tahan Mengantuk & Kuat Daya Tahan Mental
Penerangan : Biasanya penerbangan memang mengambil masa yang lama. Contohnya untuk flight MAS straight daripada Malaysia ke UK akan mengambil masa dalam 14 jam dan aku percaya pramugari dan pramugara kena stay wake up dan segar sepanjang waktu. Lagipun diorang kena serve penumpang. Kalau tertidur, confirm ada yang tak kena nanti. Selain itu, ada juga penumpang yang cerewet dan pelbagai ragam. Mental kena betul-betul strong untuk berjumpa dan berdepan dengan orang-orang sebegini. Korang sendiri pun boleh bayangkan?! ^_^

Ciri Tiga : Suka Travel tapi Kurang Suka Shopping
Penerangan : Ciri ketiga nie mungkin korang tak setuju sedikit kut tetapi ini hanya pendapat aku sendiri yerk. Dengan menjadi seorang pramugari ataupun pramugara, korang akan ada peluang untuk travel ke seantero dunia. So, ini chance terbaik untuk travel dengan kos yang paling rendah. Tetapi aku pernah borak dengan seorang pramugari tau. Dia cakap yang diorang semua hanya stay di London semalaman ataupun seharian dan kebesokkan harinya mereka akan terus pulang. Aku yakin tempoh seharian memang tak cukup untuk shopping di London. Sebab itu ciri ketiga di atas aku wujudkan. Ahakz!!


pramugari idaman hati>Internet memang slow : Lalala!! Aku dah ngeng!!<


pramugari idaman hati>Mahal sangat nak guna Blackberry di Malaysia<


pramugari idaman hati>Memikirkan kemungkinan untuk mendapatkan ini<


So, inilah yang bermain-main di fikiran aku sepanjang dalam flight bila sahaja aku ternampak pramugari-pramugari nie mula untuk bekerja. Jangan cakap aku skodeng or usha pramugari lak yerk. Aku akui yang paras rupa yang elok dan senyuman yang manis turut menjadi asset penting untuk pramugari-pramugari nie. Agak payah untuk jumpa pramugari yang tak berapa cun. Tapi pramugara selalunya ada jer yang kurang hensem. Yang lembut pun ada. Tak kisahlah kan?! Yang penting, diorang jalankan tugas diorang bebaik. Korang pulak ada pendapat lain tak?! Ciri-ciri yang korang mahukan pada seorang pramugari?! Silalah kongsi!! *muehehehe*

Oh ya, sebelum aku terlupa, ada tak sesiapa yang berminat untuk baca apa yang Cik Asliza Ahmad tulis mengenai kepulangan aku ke Malaysia?! Kalau ada yang berminat, bolehlah rujuk entri dia yang bertajuk Dear Incik Long nie. Kalau tak berminat, buat-buatlah berminat yerk. Tengok-tengok!! Sweet tak kami?! *wakakaka*


*Aku di public library untuk online : Ternyata memang terlampau perlahan*
[Memikirkan possibilities untuk membeli broadband]

24 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ha ha ha~
aku tunggu ko online sebab nak jengah kau~
tak tercapai hasrat aku~
haish~~

En iLHAM said...

kalau naj jumpe pramugari yang gemuk n dah tua gile macam atuk2 dan nenek boleh naik KLM air france royal dutch

mak datok, memang tak leh terima betapa tuanya diorang

pastu boleh lupe nak bagi air kat satu row

haha

cekodokcomot said...

mcm mana i nk chat ngan u...tak ada chat pun...

u dh balik ke...:D selamat kembalik...apa2 contactlah ya

SUHAIDA said...

NAIK MAS MAHAL : PAKAIAN PRAMUGARI AGAK SOPAN..

NAIK AIRASIA MURAH : PAKAIAN PRAMUGARI AGAK SEKSI..

MANA SATU NAK PILIH...EMMM

MISH LOLIPOP said...

weh long ko tlg tckle sorg prmugra utk aku..xpon abis sng pilot ker..ngehngehngeh

cokelat panas said...

long..aku pernah try gulf air..ok jgk la pramugari die..hehe
tapi member2 ckp emirate lagi cun awek die..hahaha

Kie-yu said...

saye nasihatkan xmoh le pakai berokben ijau tu
kureng memuaskan laa~

based on my experience je
tatau la plak if org len

IRAH HAJERAH AZMAN said...

mungkin kau patot bercinta dengan encik wimax... n kalau kau perasan, pramugari luar negara badan besar2 tp pramugari mas or air asia semua comel comel.wahahaha

zai said...

kalau aku nak pramugari malaysia pakai tudung !! mcm brunei ker at least, why not tak boleh kan.

hahha aku prefer pramugari mas dari airasia..sebab sebab sopan santun amalan mulia, takder la naik flight tambah dosa hahaha

ummiross said...

welcome home hafiz...

Nuruljannah BadrulHisham said...

kamu,kalo nk bli broadband,just guna kat mmsia then blk UK tak guna, elok la tak payah beli modem tu..just g maxis or celcom,amik sim broadband..bayar 68 per month for celcom or ntah bpe ntah kat maxis..guna sim kad tu kat bb kamu..nah..dah leh online..
ni bg idea je..

Ateh Nour said...

Sallam, akak cuma merasa naik MAS dan Air Asia aja,tak merasa lagi naik Etihad...

dayangredzuan said...

dah balik malaysia ek??

tehr said...

maxis macam siput
celcom macam kura2

...kamu pilih le long mana yg berkenan

nina suhaina said...

welcome home hafiz..

urmm aku rasa macam glamer je kerja pramugari ni..ala2 artis gitu..haha..

Cipina said...

saya suka souvenir etihad je..ngehehe

dapat satu beg yang penuh dengan toiletteries n perfume ;D

Unknown said...

yeaa.balik.cepat la sampai.nak oleole.

Young Millionaire Cik Mariah Sazali, said...

welcome back home =))

Nurul a.k.a Riko said...

Kalo tgk pramugari..hati ahkak tertanya2...tak penat ker derang nie asyik t'senyum ajer. Letih tu!

Tapi kan...ahkak suka tgk Pilot lagik...furgghhhh...ecewah!

Anonymous said...

Mesti cantik, ramah dan penyabar

AtieAbid said...

nak jadi pramugari tp x cukup pakej la..haha..kesian..

sweet gila awk ngan awek awk...=)

tulip jingga said...

macam awan dania la tu....sabar je
dgn gelagat penumpang...

Rina Rossoneri said...

hahahahaha xsangka entry macam ni wujud kat blog ko..terkejut gak aku hakhakhakahkahak...oooo aku pun baru paham kenapa pramugari kene tinggi..

Fana Flora said...

cantiknya pramugari dorg :D

    Related Posts with Thumbnails